Tuesday, May 29, 2018

Coretan Ramadhan Ke-13 ~ Solat Di Rumah Lebih Baik


Alhamdulillah malam ni dapat turut serta solat tarawih di masjid lagi. Sekarang ni dah jadi tugas bawak mak pergi masjid sepanjang Ramadhan InsyaAllah.

Selesai solat isyak tadi, Imam bagi teguran. Rasanya dah kali ke berapa sejak aku ikut solat kat sini. Maksudnya, tak ada perubahan. Lepas ditegur haritu, ada perubahan. Dah lama tak tegur, buat balik.

Betullah, Ramadhan ni bulan tarbiah. Saling ingat-mengingatkan. Tinggalkan perkara yang buruk, lakukan perkara yang baik.

Berbalik kepada teguran imam. 

Para qariah, sila parking kereta di tempat yang disediakan. Bukan di bahu jalan dan di tepi rumah orang, seperti yang sesetangah para qariah lakukan. Bukan tak disediakan, malah kawasan parking yang luas lengkap dengan petugas Rela memantau kenderaan. Bukankah lebih baik parking kat sana? Rata-rata parking ikut suka hati, nak keluar awal. Ye la, parking kat dalam kena la ikut giliran keluar, pagar kan satu je. Itu pun tak boleh nak tolerate. Tak faham. Sampaikan ada suatu malam tu polis yang datang beri teguran. Menggangu jalan dan membahayakan pengguna lain. Tiap kali aku nak keluar simpang pun susah, sebab ada kereta parking kat tepi simpang kiri kanan. Camon la, akhlak mana? Pergi solat tapi susahkan orang lain? Macam mana tu??



Imam sambung lagi. Kali ni dia dapat aduan dari kawasan kejiranan. Kita kena faham, Malaysia ni masyarakat majmuk. Ada non-muslim duduk dekat area masjid tu mengadu yang Anak-Anak Qariah main mercun kat tepi rumah dan dekat kenderaan mereka. Perbuatan itu menggangu dan membahayakan orang lain. Imam mintak ibu bapa yang bawak anak pantau anak masing-masing. Sampaikan  non-muslim itu cakap tiap tahun perkara yang sama berulang sampaikan dia nak pindah rumah lain. Mungkin ada orang akan kata mengadalah dia tu, pergilah pindah, tak kan tak faham lagi dah bertahun-tahun duduk situ. Aku bukan nak menangkan non-muslim tu, tapi kita sebagai Muslim patut lebih menyantuni mereka ini, sebab akhlak tu kan pakaian kita. Patut tunjuk akhlak yang baik agar non-muslim tu terpikat dengan Islam. Ni tak.


Lagi satu, anak-anak memang tak terjaga. Masa aku sembahyang kelmarin, ada budak kecil masuk celah saf cari ibu dia. Mau tak terkejut aku. Sampaikan ada suatu malam tu, ada anak Qariah cemas tak masuk dalam kain Imam. Anak siapalah agaknya. Aku sangat tak faham konsep mak bapak jenis ni, engkorang pergi masjid bawak anak kecil tapi tak pantau. Main lepas macam tu je ke? Boleh khusyuk ke solat?? Malam ni ada yang main wisel, menangis, berlari, menjerit, main mercun. Aduh! Bingit la.
Imam bagitau lagi, tegur la anak masing-masing. Tak kan nak orang luar tegur. Aku rasa ibu bapa zaman sekarang ni susah nak terima teguran orang luar berbanding mak ayah kita dahulu. Kalau kita kena marah dengan Ustaz sebab main masa solat maka bersedialah. Balik je kena marah dengan mak. Kalau ayah tahu, ayah tambah rotan pulak. Kau ghase?? Kau nak main kat masjid??

Satu je aku nak simpulkan. Sebelum tu, nak minta maaf kalau ada yang tak setuju dan terasa. Bagi aku, kalau ada anak kecil yang susah nak dikawal, baik jangan bawak dulu ke masjid. Para wanita pun sebenarnya lebih afdhol solat di rumah. Kalau suami nak pergi masjid, isteri solat la dirumah dengan anak kecil. Bila dia dah faham etika masjid, kita sebagai ibu bapa dah ajar dan boleh pantau, masa tu bawalah mereka ke masjid tiap waktu.

Aku berharap sangat agar kita semua dapat memahami dan menghormati perasaan jemaah lain. Kalau nak bawak jugak, kawal la anak-anak. Masjid dah sediakan nursery waktu solat tarawih, letak lah anak kat sana. Sumbanglah sikit untuk mereka yang memantau anak anda. Taknak jugak. Aku tak faham. Aku berharap bila aku jadi parents nanti InsyaAllah aku akan pastikan perkara seumpama ini tidak terjadi. Cett, macam berkempen pulak. Undilah saya! Haha.

Oklah, bermuhasabahlah dan selamat beribadah dengan khusyuk dan tawaduk.
Just my 2 cents.

No comments: