Wednesday, July 29, 2009

Muhasabah Diri...

Muhasabah Diri

Assalamualaikum ..Hanya Ingin Mengingatkan ....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....



1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, kat zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.



Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segalaADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya




Sekadar mengambil petikan dari email yang aku terima. dan sesungguhnye, Rasulullah SAW pernah bersabda, sampaikan lah walaupun satu ayat..Cuma ngin mengingati diri sendiri dan sahabat semua..Oleh itu saudaraku sekalian, marilah kite muhasabahkn diri kite supaya kite tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi di kemudian hari..

Friday, July 10, 2009

Nur Kasih

Salam..




Mencari cahaya cinta dalam kegelapan..adakah masih ada sinar untuk insan yang perlukan bimbingan..hidup bersuluh hawa, berpaksi nafsu..namun cinta dan pengorbanan adalah sesuatu yang x dapat diurai dengan kata-kata.. sepasang janji ijab dan qabul..hanya lafaz dalam paksa..mahar cinta tak dapat dibayar dengan air mata..hati cuma untuk insan yang tak butuh untuk didambakan..akal yang cetek tanpa iman melerai kasih ibu dan ayah yang tiada galang gantinya..biarpun rotan menghinggap di kaki..pedihnya sampai ke ulu hati..meninggalkan parut di hati yang tak mampu di ubat lagi..

Ceritera yang membangkitkan pelbagai emosi, kekeluargaaan, cinta, pengorbanan dan air mata..namun berpegang kepada pegangan agama adalah jalan yang di damba setiap insan..mampu meraih cinta tulus yang diredhai Allah sesuatu yang tenang dalam damai..InsyaAllah..berdoalah agar dipertemukan cinta yang diredhai ini.

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih