Monday, January 19, 2015

Ukhuwah Fillah Abadan Abada..Kelantan, We Are Here For You..

Assalamualaykum wbt..


Alhamdulillah baru-baru ni.. aku diberi kesempatan menyertai misi kemanusiaan banjir di Kelantan.. setelah hampir 1 minggu banjir melanda dan kami di pusat pengumpulan barang banjir di Darul Thibbun Nabawi bertungkus-lumus mengumpul dan mengagihkan barang-barang bantuan kepada kawasan-kawasan yang terlibat.. kini tiba masa untuk aku sendiri turun padang melihat sendiri kawasan bencana yang dikatakan.. Aku takkan lepaskan peluang.


Perjalanan yg menjangkau mase lebih 10 jam.. kini aku sudah tiba di bumi Kelantan.. melihat signboard.. owh.. dah melalui kawasan Manik Urai.. Kuala Krai.. menyaksikan sendiri kesan kemusnahan banjir begitu menginsafkan.. kesan-kesan lumpur, air tanah masih jelas kelihatan di dinding-dinding rumah.. di dahan-dahan pokok.. rumah yang ranap di sini sana.. tinggalan tapak2 rumah jadi bukti betapa derasnya air bah yang melanda di sini.. jalan yang rosak.. longgokkan barang rumah yg kini jadi sampah begitu menyedihkan.. namun perjalanan kami tetap diteruskan ke kawasan yg ditetapkan..

Allahurabbi..kuatkanlah hati kami untuk meneruskan misi ini..



Allahurabbi.. dengan izin Allah kami sampai ke destinasi kami di Dun Temangan, Machang. Di situlah kami akan diberi kawasan untuk Misi Opps Cuci Kelantan kali ini.. 

Syukran Jazilan pd pengurusan Maahad Tahfiz Al-Azhari kerana menerima kunjungan kami dan menerima kami sebagai tetamu bermalam di sini..
Hanya Allah yg dpt membalas ihsan kalian semua..



Alhamdulillah.. kami berjaya mencuci beberapa rumah yang dilanda bah.. kekotoran dan kesan debu itu menusuk ke sanubari.. kesannya bukan sahaja pada fizikal tetapi lebih kepada emosi..



Betapa tebal selut dilantai.. tebal lagi hati yang sebal.. menanti bantuan sampai.. rumah yang di dalam gambar ni belum pernah dijejaki semenjak banjir hari tu.. penghuninya tak mampu nak membersihkannya kerana masalah kesihatan..tambah lagi kerana masalah air.. masalah tiada elektrik.. mulanya kami sndiri rasa give up nak bersihkan.. tak tahu nak bermula dari mana.. semua barang rosak.. lantai retak.. selut dah kering mencipta lapisan lantai yang berkerak melekit.. baunya.. hanya Allah yang tahu..


Namun, Alhamdulillah hasil kerjasama semua sukarelawan.. kami berjaya membersikan rumah itu sediakala.. semua barang-barang rumah terpaksa dilonggok jd sampah.. tiada apa yang tinggal.. hanya dinding dan lantai jadi kenangan..

Allahurabbi..tabahkan lah hati-hati mereka..

Bagi kami para sukarelawan ini, hanya ini sahajalah yang dapat kami lakukan.. seterusnya kami juga berserah pada Allah SWT agar Allah memberi perlindungan, keselamatan dan kesabaran yang tinggi pada semua mangsa..

Pengalaman ini sungguh manis, tidak terdapat  di mana-mana.. sungguh, semua kejadian ada hikmahnya.. terima kasih Kelantan, atas pelajaran berharga ini, kita sama-sama membantu mereka yang kita sendiri tidak tahu nama, kita berpanas.. berhujan.. berembun bersama.. untuk satu tujuan yang sama.. semoga usaha yang kecil itu mendapat redha Allah SWT jua..


Buat yang lain, teruskan misi anda membantu selagi mampu dengan cara masing-masing, insyaAllah kita hanya mengharap Allah terima perbuatan baik kita sebagai amalan untuk saham kita ke Syurga..

Amiin Ya Rabb.. 

" Barangsiapa tidak peduli dgn urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk ke dlm golongn mereka " (HR THABRANI)

Tuesday, January 6, 2015

Mencari Hidayah di dalam Musibah


Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul!


Menginjak usia setaun lebih tua dari sebelumnya. Pastinya ramai dari kita yang sudah mencari dan menyemat Azam tahun baru yang lebih jitu.
Di harap tahun lepas membawa seribu-satu erti yang mendalam dan kita belajar sesuatu dari kehidupan kita yang lalu..

Mengakhiri tahun 2014, kita diuji lagi..dengan musibah banjir yang teruk di Pantai Timur, dan beberapa kawasan yang lain.


Tak habis dengan MH370 dan MH17, sekarang kita diuji lagi dengan kehilangan 1 lagi kapal terbang melibatkan Pesawat Air Asia (Indonesia) - QZ8501.
..Innalillahiwainnailaihi rojiun..betapa bertalu-talu Allah menguji kita rakyat Malaysia tahun lalu..

 Sesungguhnya ada yang insaf menyaksikan peristiwa ini..Alhamdulillah.. Namun masih ramai lagi terus-terusan alpa dan sibuk mencari sebab dan alasan atas setiap perkara yang terjadi.

Ini percaturan alam yang tidak dapat kita kawal, banjir disebabkan pembalakan, tanah tak sekata, kapal terhempas disebabkan cuaca buruk dan sebagainya..
Memang itu adalah asbab, tetapi setiap apa yang berlaku adalah kerana kudrat dan kuasa Allah jua. Jika Allah tidak mengizinkan tidaklah perkara-perkara ini bisa terjadi..
Betapa kerdilnya kita, walau betapa canggih teknologi kita namun kita tak dapat menghalang musibah itu dari berlaku..

Sesungguhnya aku takut melihat air deras yang bisa menghanyutkan rumah-rumah manusia, namun aku lagi takut jika musibah itu menjadikan kite lebih kufur dan menidakkan Qada’ dan Qadar Allah.
Bersyukurlah kala kita diuji kerana Allah masih mengingatkan kita atas perbuatan kita. Allah tahu kita mampu menghadapi ujian berat ini..

Redha, lebih mudah untuk dikatakan namun, susah untuk pada yang berhadapan ujian.
Pada kita yang mendengarkan, jangan berhenti hulurkan bantuan..hulurkan simpati, doa dan pengharapan pada Ilahi, merintih, munajat minta jalan keluar bagi mangsa yang terus-terusan dihimpit kesusahan..
Berbalik kepada fitrah, jauhi kemungkaran yang menyebabkan kemurkaan Allah.. muhasabah la diri kita..mungkin ada juga perbuatan kita penyebab Allah murka dan turunkan peringatan buat hamba Nya..
bkn untuk yg terkena banjir saja tapi buat seluruh rakyat Malaysia..

Sentiasa syukuri ape yg kite ada, hargai ape yang kita masih punya kerna semua tu pinjaman semata di dunia..bila-bila masa Allah boleh ambil kembali segala milik Nya..


Wallahua’lam..