The Best Experience in Life.. Where can it be?
Here in UiTM Segamat..
Saat pertama kali menjejak kaki di UiTM Segamat.. Semacam ada aura yang suram di celah pepohon hijau, di belah bukit bukau.. ada suatu tempat yangg tersembunyi dari hiruk pikuk kota.. mana taknya, jenuh la jalan nk masuk ke dalam saja dah membuatkan hati tak tenteram, di tambah dengan pemandangan hutan, bak kata kakak ku dahulu.. ni tempat "Jin Bertendang".. hah.. memang sah sebab aku telah disajikan dengan pemandangan sebuah Jirat Cina yang seluas mata memandang.. macam mana aku boleh tercampak kat sini?? tu sudah ditakdirkan..
Kita bertemu saling tidak mengenali, dari setiap pelusuk negeri membawa harapan yang tinggi. Itulah yang selalu dikatakan bilamana kita berjaya masuk ke menara gading. Membawa cita-cita yang tinggi, untuk memperoleh penghargaan, sekeping kertas sebagai tiket untuk masa hadapan yang lebih cerah. Fuhh. Jauh aku merantau mencari ilmu. Dari utara ke selatan, tak pernah ku jejak Segamat sebelum ini, tidaklah dapat aku bayangkan keadaannya nanti.

Salah satu benda yang aku tak sempat nak buat ialah background check. Selepas beberapa lama duduk situ baru aku tahu. Memang UiTM ni dalam hutan, didirikan dekat ataupun atas perkuburan Cina, pekan Segamat mmg tiada apa masa tu.. nak outing pun tak tahu la nak pergi mana, peraturan yang paling ketat, paling skema, Pak Guard garang-garang, pelajar perempuan baju kena bawah pinggul, kalau tak memang akan kene saman, banyak blok bangunan lama, kolej kediaman lama a.k.a keras berhantu (katanya) dan yang paling terkesan ialah senior-senior masa tu fuhh.. seriau!!
Tapi tu semua pengalaman hidup la beb! Masa seminggu Induction dengan senior wingmate memang teruk betul kita kena dulu. Sampaikan memori tu masih ada dalam ingatan aku, nak je aku tuliskan satu persatu. Adakah kita mangsa "raging"? Aku pun tak pasti sebab aku dah lama maafkan diorang semua. Walaupun ada salah seorang kawan aku dulu memang teruk kena dengan senior. Masih aku ingat assignment first mencari siapa penghuni misteri bilik bernombor (dot..dot..dot..) actually, aku dah tak ingat nombor berapa dah. Dan aku lah yang memberikan jawapan paling menyampah abad itu.. sebab pe, dah nombor bilik tu nombor toilet. Dan jawapan tu memang mencabar ego senior-senior masa tu. Cari nahas beb! Nak tahu apa jawapannya.. hehe.. dah diorang tanya siapa penghuni tandas, aku bagi jawapan "Syaitan".. haha.. lepas tu kena memang kena "AIM" je dengan senior.. haha.. (teringat pulak ayat kakak senior ni yang ditujukan untuk aku "buat muka - buat muka!") Aku tak pasti apa pulak jawapan wingmate yang lain. Tapi semester itu memang menyeramkan la, bukan sebab ada hantu ke ape, tapi sebab senior-senior. Ada 2-3 orang senior paling garang, paling kerek, paling masalah, paling 'loghat' la senang cerita. Bila senyum salah, tak senyum salah, tegur salah, tak tegur salah.. serba tak kena la. Sikit-sikit naik meeting. Meeting pulak de taraf. Senior duduk atas kerusi meja, yang ada pangkat duduk atas katil, konco-konco duduk sekeliling. Yang freshie duduk tengah-tengah macam pesalah. Tak boleh lari beb! Bila meeting dilaungkan, seram sejuk, ketar' lutut. Oleh kerana itu, terserempak dengan mereka-mereka ini adalah sangat-sangat dielakkan. Bila nampak kelibat salah seorang daripadanya mencecet kitorang lari. Mengalahkan nampak hantu. Seram kan?
Tapi semua tu berjaya diatasi. Lastly sebelum final exam, semua senior minta maaf dengan kami. Takut kantoi paper la tieww. huhu. Tapi semua tu takde tinggalkan apa-apa pun dalam hati. Disebabkan perkara itu juga lah aku dan wingmateku semua bersatu hati. support each other, saling membantu, suka duka bersama, sbb kita dah lalui saat getir tu bersama. Ukhuwah yang terbina sangat tak ternilai harganya. Kukuh dan akrabnya persahabatan kita aku sendiri tak menduga.
.jpg)
Pejam celik, terkebil kebil, lengkap beberapa tahun menjadi penghuni setia Kolej Baiduri. Kolej yang terkenal dengan warna merah. Dahulu peraturan kolej ni sangat berat. Turun ke lobby je kena pakai tudung. Kalau jenis yang free hair, bila tiba je dekat dining, dah kena sarung tudung sebab nak masuk area Baiduri. Yang bagusnya disebabkan peraturan itu, ramai juga pelajar-pelajar yang berhijrah dari free hair ke pakai tudung. Bukankah manis tu. Sekarang aku tak pasti peraturan macam tu wujud lagi atau tidak. Bagus peraturan tu. Sangat Islamik.
Tergerak untuk mencatat sesuatu sebab wingmate ku telah membawa kembali memori suka duka kita di sana. Lalu aku coretkan di blogku yang tak seberapa ini. Tak lah hebat macam blog Hanis Zalika (hikhikik) Tapi kalau nak diceritakan di sini.. 3 hari 3 malam upn tak habis. Sungguh aku rindu zaman itu, kita bersama mengejar cita-cita. Kitalah satu-satunya batch wingmate yang ambil course account semua. Korang tahu tak betapa susah payahnya aku amik account ni (huk..huk..huk), dengan terlibat dalam PERSIDA lagi. Walaupun begitu, Alhamdulillah berjaya jugak diatasi. Inilah yang dikatakan takdir Allah. Walaupun aku masuk ke sini tanpa memohon course ni, aku gagahkan juga sebab adanya korang semua insan-insan yang sangat terkesan dalam kehidupan ni. Kalau aku tak amil account takde la aku jumpa korang semua kan.
Rakan-rakanku, wingmateku, coursemateku, bestmateku, secret penpal ku.. waah sungguh tak terungkap betapa kita semua membesar dengan cepat meninggalkan memori kita di UiTM Segamat. Masa-masa gembira, masa duka, makan bersama, pergi dining bersama, pergi benteng bersama, pergi coop bersama, tidur bersama, pergi kelas bersama, balik kelas bersama, pergi masjid As-Syakirin bersama, pergi library bersama, pergi Billion bersama, pergi Upwell bersama, pergi pasar malam bersama, pergi bazar ramadhan, bersembang bersama, bergosip bersama, basuh kain bersama, (erk mandi lain-lain ea), outing bersama, study bersama, exam bersama, tengok cd bersama, balik kampung bersama, naik bas Abon bersama, pergi camping bersama, Dikir Barat bersama, Coral Speaking bersama, pergi JB bersama, pergi Dinner bersama, baca yasin bersama, puasa bersama, berbuka bersama, jogging bersama, strolling (acara kegemaran) bersama, pergi Dewan Seri Budiman bersama (teringat Abang Karyawan!) pergi Sagil bersama, sambut besday bersama (Macam-macam plan dah terlaksana), bab-bab simbah menyimbah inilah hadiah yang tak boleh lupa. Nasib birthday aku selalu time cuti sem. haha. Tapi rasenya kena jugak lastly. Pendek kata, semua perkara tak lengkap tanpa adanya insan-insan bernama sahabat yang menemani.
Cepat betul masa berlalu kan, macam-macam yang dah berlaku. Semua orang dah ada kehidupan masing-masing. Berjaya dan move on dengan cara masing-masing. Lama sudah kita tak berjumpa kan? Kalau la masa boleh diputar semula, aku ingin nak bermula kembali di sana. Menyingkap memori suka duka. Walaupun kalian masih ada lagi bersama di FB ni. Tetapi semuanya dah berubah. walaupn kita masih org yang sama, tetapi kita sudah berbeza, saat gembira seperti itu hanya berlalu seperti mimpi. Kenangan yg tak boleh dicipta kembali. Seriously, kalian memang tiada pengganti. Sesungguhnya aku amat menghargai kenangan kita ini.
Terima kasih atas segala memori, benarlah apa yang dikata, kala ini, saat seperti ini amat berharga sekali. Hargai la setiap apa yang kita tempuhi kerana ianya bakal menjadi memori yang tiada terdapat di mana kecuali kita sendiri yang mencorakkannya. Sahabatku sekalian, may Allah bless you, may you get all your wishes come true, for all lecturers yang banyak berjasa membentuk insan, hanya Allah yang bisa membalas jasa-jasamu. Kepada senior-senior yang banyak memberi kesan, semoga anda semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Kepada warga UiTM Segamat, Selamat Maju Jaya semuanya.
Sahabat-sahabat yang di maksudkan, izinkan aku ukirkan nama kalian di sudut blog aku yang tak seberapa ini. Let me start with Sue, Eida Dayah, Mimi, Eima, Liana, Shy, Mar, Yuyun, Ayu.. anda semua memang awesome! You guys are legend!