Thursday, February 7, 2019

Fitrah Manusia Buat Kesalahan ~ Boleh Di Terima Pakai Ke?

Assalamualaikum, Konichiwa Dunia!


Sejak mendengarkan lagu Taakaki Terry (pemuda Jepun yang boleh bertutur Bahasa Melayu) ni, hati jadi jatuh suka pada rentak dan lirik lagunya. Lagu ni seakan-akan lagu Assalamualaikum dari Faizal Tahir. Nama pun composer yang sama. So, boleh expect la kan. 

OK la, ada masa yang sekejap ini, aku nak coretkan sesuatu sebagai peringatan pada diriku dan sesiapa yang membaca coretan ini. Niatku cuma satu, agar ada orang beroleh kebaikan daripada perkongsian ini. 

Baru-baru ni kita dengar ada golongan artis atau selebriti yang membuat pusingan U-Turn berubah dari yang baik ke arah yang sebaliknya. 

Ada yang fitrahnya lelaki, kemudian berubah jadi Jejanita (wanita jadi-jadian), kemudian membuat penghijrahan kembali menjadi lelaki namun kini berubah semula kepada Wanita Jadian. Hadoi! Pening nak digest. 

Ada juga wanita yang mula-mula tampil tidak berhijab, kemudian bersyukur akhirnya berhijab dan kemudiannya membuka hijab semula. Malah bukan seorang dua yang memusingkan layar mereka, sudah jadi trend agaknya. Nauzubillah. 

Bukan nak bahankan mereka, jauh sekali nak mengaibkan sesiapa. Tetapi disebabkan mereka ini golongan yang mencari dan diberi publisiti makanya kita akan mendengarkan cerita mereka ni dada-dada akhbar. Namun satu yang kita perlu ingat, jangan pernah mengeji mereka kerana kita juga tidak dapat meneka apa yang akan berlaku di masa hadapan. 

“Doakan yang baik-baik sahaja”. (Kata Nitizen yang berhati mulia). 

Biasanya mereka yang belum berhijab akan berkata, mereka belum bersedia, tak nak pakai hijab kerana paksaan. Bila dah berhijab, kemudian bercerita tentang penghijrahan mereka. Dan apabila membuka semula, atas alasan apa? 

Jadinya, rata-rata alasan tak nak menipu diri sendiri, nak mencari kebahagiaan diri sendiri, ingin menjadi diri sendiri. Habis selama memakai hijab ni, mereka jadi siapa? Jadi Neelofa ke? Jadi Siti Nurhaliza ke jadi Wardina ke? Habis hijab tu sebenarnya untuk pemakaian siapa? Tak faham aku. 

Dan sebenarnya pemakaian hijab tu tidak wajib. Yang wajibnya menutup aurat. Itu perkara pertama yang perlu kita fahami. Batas aurat seorang wanita dan lelaki. Cerita pasal aurat ni dah banyak kali aku utarakan dalam entri-entri yang lalu : 

Cover Your Aurah ~ Because You're Worth It! - Wednesday, May 17, 2017

Soalnya, atas alasan apa lagi bila kita buat pusingan U-Turn ni? Kita bukan tak tahu hukum Allah, bukan tak pernah belajar tentang bab aurat. Namun kita sambil lewa tentang hal ini. Dengan semudah berkata perkara ini antara diri kita dengan Allah. Sedapnya jawapan. Allah memang Maha Mengetahui isi hati kita, keikhlasan kita. Allah memang Maha Faham diri kita berbanding diri kita sendiri namun semudah itu kah kita memberi alasan untuk mengingkari suruhan Allah? Seram bila dengar. Buat dosa, buat maksiat dan berkata urusan ini antara dia dan Allah. Pergh! Padu betul jawapan kat dunia ni. Sedarkah diri kita ini cuma hamba sahaya? Apa layakkah seorang hamba berkata begitu dengan Maha Pencipta? Fikirkan sendiri. 

"Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah" 

(An-Nahl:83) 

Ok fine, semua orang tak lari dari berbuat salah. Memang betul. Ini memang fitrah. Tapi fitrah jua membawa kita kembali ke jalan-Nya. Teringat pada suatu cerita oleh seorang Ustaz dalam ceramahnya di YouTube. Mengenai seorang Imam yang berbelas tahun berbakti pada Masjid di kariahnya. Setelah berkhidmat punya lama, tiba-tiba beliau jatuh sakit. Dalam 2 bulan terlantar, beliau tak mampu lagi ke Masjid. Setelah beliau kembali sihat, beliau meneruskan rutinnya ke Masjid untuk bertugas. Namun, beliau sangat kecewa kerana tugasnya telah diambil alih oleh Imam yang lain. (ye la, takkan berbulan Masjid takde Imam kan). Oleh kerana terlalu kecewa dan terasa hati, beliau kemudiannya memutuskan tidak lagi ke Masjid (boikot Masjid tu). Dan paling tak disangka, beliau berubah menjadi seperti orang lain, beliau berseluar pendek, tidak lagi solat sehingga ke akhir hayat. Ianya diceritakan semula oleh anak beliau sendiri kepada Ustaz itu. Seramkan? Benar, Allah tak lihat permulaan kita tapi pengakhiran kita yang paling utama. 

Jadinya kalau permulaan kita teruk, tiba-tiba Allah datangkan Hidayah pada kita untuk berubah. Takkanlah kita mahu berubah menjadi teruk semula kan? Seram bila dengar, tapi itu semua ujian Allah pada kita. Sejauh mana kita boleh istiqomah atas perubahan baik kita. Dan sebenarnya berubah itu mudah, istiqomah itu yang payah. Nak jadi orang baik, senang saja. Hari ini jadi penjahat, esok boleh jadi warak. Tapi, bolehkah berterusan jadi warak? Itulah ujian sebenar kita. 


Oleh itu marilah kita selalu amalkan doa ini. 

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya." 
(Ali Imran:8) 

Enough writing, marilah kita saling ingat mengingati. Boleh jadi mereka yang buat U-Turn hari ni jadi lebih baik dari kita di masa hadapan. Semoga Allah selalu memilih kita untuk menjadi hambanya yang sentiasa cuba menjadi yang lebih baik. Semoga perjalanan hidup kita setiap waktu adalah ke arah yg lebih baik. Doakanlah agar hidup kita, keluarga dan sahabat-sahabat kita supaya tergolong dalam golongan yg mendapat hidayah Allah. 

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…." 


"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.

Kepada para wanita semua. 


(Yang berada di Jalan Lurus atau yang buat U-Turn atau yang masih Sesat di Jalan.. semualah! sebab semua wanita muslim itu wajib tutup aurat walau apa alasan pun!) 

Jemput singgah www.syarifahsyifa.com dan belilah shawl dan instant shawl untuk pemakaian yang lengkap. Tutup aurat. Labuhkan tudung ke dada. That’s no.1 rule!