Sunday, May 31, 2015

Hebahan Umum : Kelas Pengajian Al-Quran Bermula Ramadhan

Assalamualaykum wbt.. hebahan umum!

Bismillahirrohmanirrohim..

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air," seorang sahabat bertanya, "bagaimana menghapuskan karat tersebut?" Jawab Nabi S.A.W, banyakkan mengingati mati dan membaca Al-Quran.

Khas untuk para MUSLIMAH yang kami sayangi.

• Adakah anda ingin belajar Al-Quran? 
• Malu untuk pergi ke kelas yang sedia ada atau tidak tahu di mana untuk menuntut ilmu Kalamullah? • Adakah anda ingin belajar Qiraat dan Tarannum? 
• Adakah anda sedang mencari guru untuk memperbaiki tajwid dan fasohah bacaan Al-Quran anda? 

Masih belum terlewat. Masih belum terlambat. Jangan malu untuk mempelajari Al-Quran. Umur dan ketiadaan masa jangan dijadikan alasan..

Alhamdulillah.. InsyaAllah, sempena kedatangan bulan RAMADHAN Al-Mubarak ini, kami di Syarifah Syifa akan menganjurkan kelas pengajian Al-Quran khusus untuk para MUSLIMAH sahaja. 

InsyaAllah..Kelas bermula Ramadhan ini.. akan diadakan pada setiap hari Ahad, 9.00 - 11.00 pagi.. di Pusat Rawatan Sirrun Asy-Syifa', di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. 

Kelas akan dikelolakan oleh Guru bertauliah iaitu Puan Normalina Binti Alias - Pensyarah dan Qariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Pengambilan pelajar adalah TERHAD. Berminat? 

Sebarang pertanyaan atau pengesahan kelas, sila hubungi talian@whatssapp 017-244 9387/ 012 – 399 4983 atau PM kami di:


Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/SyarifahsyifaShoppe/www.syarifahsyifa.com Sila hubungi kami SEKARANG!! 

~Kerana Al-Quran itu memberi petunjuk dan penawar~



Wednesday, May 13, 2015

Apakah kalian tidak berfikir?



Assalamualaykum wbt kepada semua yang singgah di Blog ku yang tak seberapa ini.
Lama aku mencari sesuatu untuk dikongsi, sehingga aku lupa pada tujuan sebenar aku membina Blog ku ini. Sekian lama kita hidup dalam dunia ni, pernahkah satu hari kita terfikir sesuatu yang kita tidak pernah ambil tahu? 

Dalam menjalani kehidupan harian kita yang sama hari demi hari, kita bagai diprogramkan untuk berbuat itu dan ini. Sehingga kadang-kadang tiada masa untuk menyemak kembali apa yang kita lakukaan sehingga kini.

Kita seolah-olah terpukau dan saat tersedar, kita bertanya sendiri. Apa yang aku lakukan di sini?



Aku pernah terdengar suatu hadis berbunyi, “Berfikir sejenak lebih baik daripada Ibadah sunat.” Begitu Islam mementingkan kita berfikir, refleksi diri. Setidak-tidaknya apa yang kita lakukan saat ini?

Tapi kadang – kadang untuk berfikir pun kita tiada masa, tak sempat katanya.. itu semua alasan semata. Kadang- kdang dalam kesesakan lalu lintas saat memandu balik rumah, kita hanya termenung kosong, mengeluh penat. Tidakkah kita sedar setiap saat itu sangat berharga.. saat, minit, jam yang lepas takkan datang semula.

Aku gemar menonton suatu rancangan di TV AlHijrah – Al Khawater yang memaparkan sesuatu yang jarang kita lihat. Sesuatu yang boleh membuat kita berfikir, sebagai umat Islam apa penambahbaikan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan harian kita?
Kadang-kadang benda tu nampak simple, namun kerana tiada kesedaran kita tidak lihat impak sebenarnya kepada Ummah dan Islam dari kaca mata orang bukan Islam.
Adakah akhlak yang kita pamerkan ini melambangkan Islam, kata – kata, perlakuan di media sosial atau di mana-mana, adakah kita menyumbang pada kebaikan Islam atau sebaliknya?

Aku sering kali takut untuk berfikir lebih dalam, kerana makin lama aku berfikir, makin rumit rupanya sesuatu permasalahan itu. Pernah tak terjadi sebegitu? Contoh, waktu dahulu aku tiada arah tujuan, saat cita-citaku kecundang aku cuma mengikut nasihat ayah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku sendiri tak pasti iaitu bidang Perakaunan.

3 tahun aku menuntut Ilmu dengan perasaan tak tentu, nak kata suka tak jugak, tiada passion di situ..hanya mengikut perintah Arwah Ayahku..hasilnya tiada yang nak dibanggakan, ya aku lulus dengan Diploma namun aku tak tahu nak teruskan lagi penyiksaan ini atau tidak.. aku berfikir lama untuk decide jurusan dalam degree. Aku mengambil keputusan sendiri untuk tukar jurusan aku namun aku masih belum tahu inikah yang aku inginkan atau aku hanya larikan diri dari Accounting kerana frust dengan pilihan ayahku dahulu. 

Hasilnya aku dapat pekerjaan yang setara dan sama bidang yang kuambil dahulu. Namun, aku masih keliru, benarkah jalan ini yang aku pilih. Tak pasti samaada aku sempat bermunajat pada Allah atau ikutkan hati je.. mungkin juga Allah dah aturkan perjalanan hidupku namun aku belum berhenti berfikir, apakah setakat ini sahaja yang mampu aku lakukan?

Atas pemikiran itu aku terjun ke dalam suatu yang sangat mencabar minda dan emosi. Aku berjinak-jinak dalam perniagaan. Atas dasar pernah mengambil subjek Business Management aku terjun dalam lautan manusia yang dahaga Elmu dan sangat bersemangat. Waktu itu aku sendiri rasa nak meloncat-loncat. Aku mengikuti kursus Dr Hj Azizan Osman yang jelas membuka mindaku yang dah berkarat. Tetapi Allahuakbar susahnya nak mengekalkan momentum positif itu.

Jadi setiap hari, setiap masa aku kena ingatkan diri sendiri.. Weh Sharifah Suhaila, what the heck are you doing??  Setiap kali aku tersasar. And believe me, banyak kali aku tersasar..Sungguh aku berasa Allah sangat menyayangi aku, saat aku tersasar jauh, tersesat jalan, Allah pasti akan menemukan jalan pulang padaku saat aku berfikir sejenak..

Kita manusia yang Allah sudah kurniakan Akal yang sangat berharga berbanding makhluk yang lain, gunakan akal kita dengan sebaik-baiknya. Ambil masa untuk berfikir sejenak setiap hari, sebelum tidur, sesudah solat moga kita dapat menemukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Kita dapat melihat potensi diri kita yang selama ini tenggelam oleh keraguan dan ketidakyakinan diri kita.. But thinking alone would not solve your problem, back to fitrah and ask from ALLAH.

Jadi tanya pada diri , aqlan yatafakkar??