Sunday, December 9, 2018

Reflections - Bad Luck Does Not Smell (Malang Tak Berbau)

#bestrong #takeabreak #syarifahsyifa #fridaymubarak #reflection #fridayreflections

Alhamdulillah, I got a few days of MC because of the accident..this is the second time I got hit by someone, this time it was a lorry..I got back, hip and chest pain..truthfully, I was upset and frustrated by the fact that it wasn't my fault..for the second time.

Bye-bye MightyMyvi

See you again

But someone told me, if Allah keeps giving you the same tests, over and over again, there might just be something that He is trying to tell / teach you that you have not realised yet, or something that you might have missed.

These repeated tests are not because He is angry at you (we have to remember that our Rabb is ar-Rahman, the Mooooooooooooooooost Compassionate), rather, maybe it is Him trying to tell you, "my dear, there is something so important that I want you to learn. It will benefit no one but yourself. But you've got to stop being angry, stop being frustrated, and stop giving up. Instead, be still and find Me in these tests you are facing. 

Find Me in your struggles, and you'll then understand why it happened the way it happened. Find Me in your hardships, and you will get yourself a firm handhold that will never break." Thanks my sister @aidaazlin_ for the love letter.. it means a lot to me..and for the rest of you, may Allah protect us and guide us often and not leave us behind.. Amiin..

Although, I was not in the office but it doesn't stop me from working..

I'm here today #seniurutansyarifahsyifa

Me still working..
To all ladies out there, let's come and pampered yourself @syarifahsyifa2012.. we are here at Putra Perdana, Puchong from 10am-10pm (Sun-Sat). We offered the best traditional unique massage for ladies only..

Monday, November 26, 2018

Umpama Mimpi Dalam Mimpi ~ Dejavu!!

Aku selalu bermimpi perkara yang sama yang berulang kali. Bila terjadi, siap boleh terfikir dalam mimpi. Oh dejavu!!

Hujan ~ Gambar Sekadar Hiasan

Biar aku ceritakan di sini, agar aku akan ingat bila ianya berulang lagi nanti. 

Keadaan di mana aku ada di kampung, set-up rumah lama, masa rumah masih ada dua tingkat. Keadaan masa tu hari gelap, macam nak hujan/ribut. Angin kuat, aku keluar berlari-lari nak angkat kain dari jemuran. Jemuran tu, ada sepanjang laman. Sama macam waktu dulu. Di tepi rumah, pokok rambutan tengah berbuah lebat, masak ranum. Awan kelabu bertukar gelap. Tiba-tiba, jadi ribut kuat, aku berlari ke dalam rumah untuk berlindung,  aku nampak bumbung rumah terbang satu persatu, bahkan dinding pun terkopak satu persatu, habis basah lenjun. Macam puting beliung pun ada. Ada kalanya aku terbangun, lantas aku merasa sangat sejuk. Adakalanya mimpi tu bersambung, sampai aku nampak semua benda terapung, macam banjir atau baru lepas tsunami. Tak taw nak kata. Tapi aku masih ada dalam rumah tu.

Jemuran ~ Sekadar Gambar Hiasan

Dan mimpi yang sama akan berulang bila-bila masa. Masih dalam set-up yang sama. Rumah lama, pokok rambutan, kain jemuran, hari gelap nak hujan, ribut puting beliung

Ada masanya, aku mimpi aku sedang petik buah rambutan yang masak ranum, kemudian hujan ribut pun mula turun.

Ada masanya, aku mimpi berkayuh basikal balik sekolah, sampai di rumah, hujan ribut tu pun bermula.

Ada masanya, aku mimpi tengah baring-baring dalam bilik  (set-up rumah lama) tiba-tiba hujan ribut tu pun bermula.

Puas berfikir, apakah maksudnya??


Sekadar Gambar Hiasan

Rumah lama yang aku maksudkan adalah rumah di kampung sebelum Arwah Ayah renovate menjadi keseluruhan binaan batu, satu tingkat. Aku sangat suka akan rumah lama, sebab ada dua tingkat, rumah atas rumah kayu, ada berandah kat luar, tangga batu tempat kami bermain-main dahulu. 

Rambutan ~ Sekadar Gambar Hiasan

Keliling rumah memang penuh dengan pokok rambutan. Masa pokok-pokok itu berbuah ranum,  Ayah pasti akan panggil budak-budak Asrama sekolah agama berhampiran rumah kami ini untuk petik dan bawak balik asrama mereka. Walaupun ayah aku garang, tapi hati dia baik. Bukan main seronok budak-budak tu. Kadang-kadang kalau rambutan berbuah banyak, tiap petanglah mereka datang untuk petik dan bawak pulang ke asrama. Mudir pun dah tahu dan tidak membantah. Anak-anak sekolah ini walaupun orang luar tetapi sudah jadi macam anak-anak kampung ini juga. Kalau ada kenduri, kematian, tahlil, budak-budak sekolah agama ni la yang akan dipanggil oleh orang kampung. 

Masihku ingat, bila Ayah meninggal dunia dan jenazahnya masih di rumah, tak putus budak-budak ni datang menziarah, bertahlil, berdoa untuk ayah. Dapat dilihat dari kejauhan, ramai yang berjubah putih dan berserban disekeliling rumah bila aku tiba di laman waktu Ayah meninggal dahulu. Ayah aku bukanlah siapa-siapa, bukan AJK Masjid, bukan juga orang Kuat Kampung, bukan Tok Sidang, namun ramai yang menziarah tak putus-putus. Sayu hati, mereka pun ingat akan budi Ayah pada mereka. Allahurabbi.

Hujan memang meninggalkan memori sedih padaku. Bila mataku melihat sekujur tubuh kaku Ayah, awan gelap bagai memayungi sepanjang perjalananku, air mata turun merembes saat mendengar perkabaran itu, angin sedu menerpa, langit bagai nak runtuh, begitulah keadaan waktu itu. Bila diceritakan semula oleh ibuku, saat terakhir ayah terjadi kala hujan lebat turun selebat-lebatnya, Ayah pergi saat dia bangun rakaat kedua dalam Solat Zuhur. Terus rebah dalam solat tika berjumpa Allah. Subhanallah, begitu indah pengakhiran Ayah. 

Banyak yang aku belajar dari kematian Ayah. Antaranya, aku belajar dari kesabaran Ayah. Biar apapun orang buat pada dia, dia tetap berbuat baik pada mereka. Selalu Ayah pesan soal hati, bersihkan hati, jangan berhasad dengki, jangan iri hati, berbaik sangka, berbuat baik dengan semua orang. Tak pernah aku jumpa musuh ayah. Di manapun dia pergi, pasti ada terjumpa kawan lama. Buktinya, bila aku dan ayah ke pekan dan singgah minum di kedai, ada sahaja orang akan membayar. Kadang-kadang ayah sendiri tak tahu siapa. Perkara ini selalu terjadi sehingga aku pun perasan. Kadang kala bila kami minum di mamak, di kedai mee rebus paling famous di Teluk Intan tu atau di mana-mana sahaja. Murah rezeki Ayah. Kalau difikirkan macam pelik, Ayah cuma bekerja kampung, bersawah, berkebun, berniaga kecil-kecilan. Tetapi Ayah mampu membesarkan 4 orang anaknya dan menghantar anak-anaknya ke menara gading. Allahu. Rindu pulak pada Ayah.

Aku sendiri tak tahu kaitan mimpi itu dengan kehidupan aku. Kenapa hujan itu selalu dekat denganku. Aku memang sangat sukakan hari hujan, mandi hujan, duduk ditepi tingkap kala hujan, termenung jauh, berfikir di kala hujan. Hujan banyak menyimpan memori suka dan duka. Mungkin mimpi itu juga sebahagian memoriku. Memori kesakitan dan kedukaan sehingga ianya selalu muncul dalam mimpiku. Wallahua'lam.

~semoga mimpi itu bersambung lagi~

Monday, September 17, 2018

Gelita ~ Bermulanya Episod Misteri (Halalkan Mangga Yang Ku Curi).



Halalkan Mangga Yang Ku Curi.
(Sebuah thriller story, hasil nukilanku yang ku draft dalam masa setengah jam. Harap para pembaca dapat pengajaran dan 'ibrah daripada cerita fiksyen ini)



Bibirnya diketap-ketap sambil melihat buah mangga yang sudah kuning meranum di dahan pohon berhampiran pagar belakang itu. Sudah dua kali dia melihatnya sejak membuang sampah semalam. Pada fikirannya siapalah tuan punya pokok mangga ni.

Sekadar gambar hiasan.

Sejak semalam, fikirannya masih terlekat pada buah mangga itu. Bukan tak pernah makan, malah buah mangga paling besar, paling mahal, yang import malah yang Harum Manis pun pernah dijamah. Inikan pula buah mangga di luar pagar. Apalah sangat!

Tetapi dia silap, gambaran buah mangga ranum yang bergayut di dahan pohon itu membawa ke dalam igauannya. Dia nekad, buah itu mesti dipetik hari ni juga. Dia sudah menunggu 2 hari memerhati, siapakah yang akan memetik buah itu, namun tiada siapa pun yang datang. Lantas dia membuat kesimpulan, pohon itu tidak bertuan.

Buah mangga itu sudah dikeleknya untuk di bawa pulang ke rumah. Tak sabar dia ingin mengupas dan menjamahnya. Perutnya yang sudah kelihatan besar, bergerak-gerak sedikit. Mungkin inilah yang dikatakan orang tua-tua sebagai mengidam. Kandungannya kini sudah masuk 4 bulan.

Sekadar gambar hiasan.

“Baby tak sabar nak makan ke?”

“Kejap ye, mama kupas. Nanti kita makan.”

Dia berkata sendiri sambil tersenyum sendiri. Puas dapat memetik buah mangga yang diidamnya. Dia tidak menceritakan hal ini kepada suaminya kerana bimbang tidak dapat persetujuan. Bukannya tidak mampu untuk membeli, bahkan suaminya sanggup  turun ke Perlis semata-mata untuk membeli buah mangga Harum Manis yang segar dari ladang untuk isterinya yang tercinta.

Malam itu, selepas memakan mangga yang dipetik siang tadi perutnya berasa memulas. Beberapa kali dia berulang ke tandas. Suaminya turut bimbang akan melihat keadaan isterinya itu. Pulang dari klinik doktor cuma mengatakan yang mungkin isterinya tersalah makan. Tiada masalah pada kandungannya. Tapi perut isterinya masih memulas juga. Berpeluh-peluh dia menahan sakit malam itu. Namun, tidak terfikir oleh akalnya untuk menceritakan hal yang sebenarnya pada suami. Bimbang suaminya akan berleter panjang lebar. Malam itu, dia bersabar menahan sakit perut. Asalkan kandungannya selamat, tiada apa yang dirisaukannya.

Malam itu dia seakan terbangun dari tidur tetapi melihat diri sendiri terbaring di katil. Dia terasa seperti terapung di udara. Tiba-tiba bahunya disentuh lembut dari belakang, keadaan sejuk beku menguasai bilik itu seperti dalam labor room. Dia tiba-tiba ternampak seperti dirinya di atas katil hospital dalam keadaan ingin melahirkan anak. Biarpun dia masih belum pernah melahirkan anak, tetapi sering kali dia melihat drama-drama di televisyen. Dia sangat tahu akan keadaan itu. Tidak terlihat seorang doktor atau nurse bersama dengannya dalam bilik itu. Tiba-tiba muncul seseorang yang tidak terlihat wajahnya mendekati dirinya yang sedang terbaring dalam kesakitan. Orang itu dilihat dalam kelam. Dia pasti itu bukan doktor kerana orang itu tidak berpakaian putih atau uniform hospital. Tiba-tiba dia merasakan ketakutan yang teramat. Perutnya semakin kuat bergerak-gerak. Sakit yang teramat. Dia dapat rasakan ada tangan yang menyentuh kakinya dan cuba mengangkat kain yang menutupi bahagian bawah badannya. Dia ingin menjerit tetapi suaranya tersekat dikerongkong. Puas dia meronta, tetapi dia tidak dapat menggerakkan anggota badannya hatta bola matanya juga.

Tiba-tiba kesejukan itu semakin menghilang dan menghilang. Dia dapat menggerakkan badannya sehingga menendang kaki suaminya. Basah badannya berpeluh-peluh, walaupun sebentar tadi dia berdepan keadaan sejuk beku. Rupa-rupanya azan subuh berkumandang. Jam menunjukkan pukul 5.25 pagi. Terpisat-pisat suaminya bangun dalam keadaan terkejut.

“Kenapa awak tendang kaki saya?”

“Tak boleh ke bangunkan saya elok-elok?”

Dia tidak menjawab pertanyaan suaminya. Dia masih berfikir akan kejadian tadi. Adakah dia bermimpi? Apakah yang sebenarnya terjadi? Dia meraba perutnya, sakit perut itu sudah hilang. Dia meninggalkan suaminya dengan perbagai persoalan. Belum pernah lagi terjadi perkara seperti itu dalam hidupnya.

Suaminya dilihat sudah keluar bekerja tanpa memberitahunya yang termanggu di depan televisyen.  Dia pun tak ambil peduli. Mungkin masih terasa hati dengan peristiwa pagi tadi. Rancangan Tanyalah Ustaz sedang bersiaran di kaca televisyen tetapi fikirannya merewang entah kemana. Dia masih membisu seribu bahasa. Otaknya ligat memikirkan mimpinya malam tadi. Dia terasa tak sedap hati, seolah-olah akan berlaku sesuatu yang buruk hari itu.

Awan gelap menyelubungi pagi yang kelam itu. Terlihat titik-titik hujan mula mencurah dan membasahi luar rumah. Keadaan yang gelap itu membuatnya sedikit gusar. Dia masih rasa berdebar-debar. Terasa seperti keadaan seram sejuk malam tadi akan kembali. Sedang dia duduk menghadap kaca televisyen, tiba-tiba bekalan elektrik terputus.  Belum sempat Ustaz dalam rancangan itu membacakan doa, semuanya jadi gelap. Hujan diluar bertambah lebat. Kilat pula sabung-menyabung menambah kegusaran hatinya. Dia cepat-cepat mencapai telefon bimbit. Mendail nombor suaminya beberapa kali. Tetapi panggilan gagal disambung. Dia mencuba lagi. Masih gagal.

Dia duduk senyap di atas sofa. Pandangannya melilau melihat setiap sudut rumahnya. Dalam hati dia berkata-kata memberikan keberanian semula.

“Apa yang aku takutkan?”

“Sekarang dah jam 7 pagi kan.”

Dia berkata sendiri sambil mengusap perut hamilnya lalu bangun dari sofa.

Sorry baby, mama terkejut tadi.”

“Kita sarapan dulu ok,”

“Ok….”

Tiba-tiba dia seakan terdengar suara seakan memberi jawapan pada soalannya tadi. Suara itu sayup-sayup kedengaran dicuping telinganya. Tetapi dia dapat mendengarnya dengan jelas.
Terduduk dia kembali.

Jantungnya berdegup kencang. Terketar-ketar dia cuba melihat sekeliling. Cahaya kilat di luar memberikan hightlight pada pandangannya. Melihat di setiap sudut ruang, namun tiada sesiapa di situ. Namun, pandangannya terhenti di kaca televisyen. Monitor yang gelap itu memberi pantulan pada cahaya kilat yang kadang-kadang memecah sunyi. Sekilas pandang dia ternampak seperti susuk tubuh seseorang di hujung ruang tamunya. Berderau darahnya kembali. Perlahan-lahan dia cuba memandang semula, namun tidak ternampak apa-apa.

Allahuakbar, Astaghfirullahala’zim. Dia beristighfar.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba talifon bimbitnya berbunyi hampir tercampak dari tangannya dek kerana terkejut. Suaminya di talian menalifon kembali kerana risau melihat berkali-kali miscalled dari isterinya. Mendengarkan suara suaminya, dirinya yang ketakutan bagai terlepas dari ancaman. Menangis dia di talifon menyebabkan suaminya berjanji pulang ke rumah tengahari itu. Namun, dia tidak menceritakan perihal sebenar.

Suaminya cuba untuk faham yang dia sedang berbadan dua. Hati dan perasaan isterinya perlu dijaga. Dia faham kadang-kala emosi wanita hamil mudah terganggu. Ibunya turut berpesan berkali-kali mengenai hal itu.

Tengahari itu suaminya pulang sambil membawa makanan tengahari. Dia tidak mampu ke dapur, kepalanya terasa berat. Sejak terkejut dengan keadaan tadi, dia mengunci diri di biliknya dan cuba untuk lelap namun gagal. Mungkin sebab itu sakit kepalanya menyerang. Melihatkan keadaanya yang tidak sihat. Suaminya mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan separuh hari.

Dalam pada terlelap itu, tiba-tiba dia seakan terbangun dari tidur. Pabila tersedar, dia sudah berdiri di luar bilik tidurnya. Dari luar dia ternampak akan kelibat suaminya bersama seorang wanita di atas katil mereka. Bermimpi lagikah dia? Dia menghampiri katil kelaminnya senyap-senyap dan dia dapat melihat dengan jelas bahawa susuk tubuh seseorang yang baring bersebelahan suaminya itu bukanlah dirinya. Tidak terlihat wajah wanita itu, namun dia yakin ianya seorang wanita melihatkan bentuk tubuh badannya. Rambutnya hitam pekat dan panjang menutup separuh tubuhnya. Hatinya terasa luluh, tiba-tiba suaminya terbangun memandangnya. Suaminya pelik melihatkan dirinya yang kaku berdiri dengan linangan air mata.

“Kenapa ni sayang?” Suaminya cuba memujuk dan menyentuh tangan isterinya.

Namun dengan kasar, dia menolak tangan suaminya dan berlalu meninggalkan bilik tidurnya. Suaminya kebingungan. Kenapa isterinya berperangai pelik sejak pagi tadi. Dia menangis teresak-esak, ingin lari dari rumah dia tak mampu dengan keadaannya itu. Sakit kepalanya kembali menyerang. Tiba- tiba dia pitam, suaminya bergegas mendapatkannya yang rebah di dapur.

Apabila dia membuka matanya, dia melihat suaminya tidur di sisi dengan keadaan masih berpakaian kerja. Amatlah pelik jika ada wanita lain selain dirinya kala tadi. Ini semua hanya permainan mindanya sahaja. Dia cuba untuk tidak membangunkan suaminya yang terlelap kepenatan itu dan bergerak ke tandas untuk menyegarkan badan. Buntu memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi.
Di luar bilik suaminya yang terlelap kepenatan tersedar dari lena. Suaminya sayu melihat keadaan isterinya yang terbaring pucat lesi disebelahnya. Lantas suaminya bangun dan mendekati isterinya yang sedang nyenyak tidur lalu memegang tangan isterinya lembut. Sejuk betul tangan isterinya.
Lantas si suami berkata separa kuat.

“Kenapa dengan sayang ni?”

“Risau abang tengok sayang.”

Tiba-tiba isterinya bangun dengan mata terbeliak memandang si suami. Dengan mata yang terjegil dan merah, isteri itu memandang suami dengan pandangan tajam. Lampu bilik pula menjadi semakin malap dan berkelip-kelip. Tiba-tiba, tangan yang dipegang suami tadi berubah menjadi hitam dan membusuk. Si suami sangat terkejut dan menjerit sehingga terjatuh dari katil. Isterinya yang berubah menjadi makhluk ganjil itu tiba-tiba bangun dan melayang di udara dengan suara seperti mengilai. Si suami yang melihat dengan mata kepalanya mengigil ketakukan. Lupa untuk beristighfar. Bau busuk mula memenuhi ruang bilik aircond itu. Sedang si suami terbatuk-batuk menahan nafas, isterinya yang sebenar pula keluar dari bilik air kehairanan melihat keadaan suami yang ketakutan.

“Kenapa ni abang?”

“Macam nampak hantu je?”

Isteri semakin hairan melihat bantal dan selimut berserakan di lantai. Si suami masih tergamam dengan peristiwa tadi.

Malam itu, si suami tak dapat tidur. Dia risau perkara seperti tadi berlaku kembali. Si suami akur yang dia sudah lama tidak solat malam dan bertadarus Al-Quran. Dia juga lupa untuk mengajak isterinya bersama-sama mengimarahkan amalan solat malam. Seingatnya kali terakhir dia bertadarus adalah di bulan Ramadhan yang lalu, lebih kurang 6 bulan lepas. Sejak itu, sudah lama dia tidak menyentuh Al- Quran. Melihat isterinya yang sarat itu, dia insaf akan kehilafan dirinya yang bakal menjadi bapa. Syukur, tiada apa yang terjadi malam itu.

Berharap yang esok segalanya akan kembali seperti sediakala, si suami cuba untuk tidak menceritakan hal yang terjadi kepada isteri kerana bimbang akan keadaan isterinya.

Pagi itu berlalu seperti biasa. Manisah, ibu muda itu berehat-rehat di balkoni sambil menikmati udara pagi. Suaminya sudah pergi kerja seperti biasa. Dia tidak membuka televisyen, dia cuba untuk menghabiskan masa dengan membaca buku berkenaan kehamilan yang dibelinya tempoh hari. Buku itu mengandungi tips-tips untuk mudah bersalin, amalan berpantang dan sebagainya. Kini kandungannya sudah masuk Trimester kedua dan menanti cuma beberapa bulan saja lagi untuk hari kelahiran. Sesungguhnya dia dan suaminya amat teruja dengan kehadiran insan baru yang akan menyinari hidup mereka berdua.

Malam itu, suaminya pulang lewat dari tempat kerja. Manisah hanya memesan makan dari talian kerana tinggal berseorangan. Dia cuba untuk tidak mengingati peristiwa pelik yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Dia hanya duduk di ruang tamu menonton televisyen sementara menanti makanan yang dipesannya sampai. Dia hanya memesan pizza untuk makan malam.

“Ting Tong!”
Loceng rumahnya berbunyi, dia pantas bangun mengambil beg duit dan berjalan ke arah pintu. Pabila pintu di buka, tiada kelibat sesiapa pun di hadapan pagar. Dia memberanikan diri untuk meninjau dengan lebih dekat. Benar. Tiada sesiapa di koridor itu. Dia tidak membuka pagar, namun dia dapat lihat keseluruhan koridor sehingga ke hujung. Tiada sesiapa di situ. Hatinya berdebar, dia takut perkara pelik seperti kelmarin berlaku lagi. Cepat-cepat dia menutup pintu rumahnya.

“Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!”

Loceng rumahnya kembali berbunyi tanpa henti. Menjerit dia ketakutan di dalam rumah.

“Ya Allah, apa semua ni.”

Terketar-ketar dia mencapai telefon bimbitnya dan cuba menghubungi suaminya. Loceng rumah yang berbunyi masih belum berhenti. Tiba-tiba telefon di tangannya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin. Bunyi loceng pun terhenti.

Terketar-ketar dia mengangkat telefon. Di talian, pihak pizza menalifon memberitahu akan lambat sedikit kerana jalan jem dan hujan. Mereka akan memberikan kupon kerana kelewatan. Jantungnya berdegup kencang, kini dia buntu siapa yang menekan loceng rumahnya tadi.

Perkara tadi tidak diceritakan pada suaminya yang pulang dengan pizza ditangan. Suaminya berkata sudah lama budak pizza tu tunggu depan pagar, nasib suaminya kebetulan sampai di rumah lalu membayar pesanan tersebut. Bebelan suaminya seperti tidak didengar, dia masih buntu dan terkejut dengan kejadian di awal tadi. Risau dengan keadaan isterinya yang pucat itu, suaminya cepat-cepat menghidangkan pizza di meja makan.

Mereka duduk senyap di meja makan, hilang seleranya memikirkan perkara tadi. Si suami yang pulang dalam keadaan penat itu tidak dihiraukannya. Malah setiap persoalan suaminya ditinggal sepi. Bungkam hati suaminya mengenangkan perangai isterinya itu, lalu dia meninggalkan meja itu untuk ke bilik dan mandi.

Di meja makan, Manisah masih termanggu. Perutnya bergerak-gerak. Namun seleranya sudah tiada untuk menjamah pizza tadi. Dia tiba-tiba teringin nak makan telur ayam. Cepat-cepat dia menyelongkar cabinet daput dan peti sejuk mencari telur. Seperti kerasukan, dia menjadi marah bila tidak berjumpa walau sebiji telur ayam pun. Habis semua periuk belanga ditolaknya jatuh ke lantai. Terkejut dengan bunyi bising di dapur, suaminya cepat-cepat keluar dari bilik air. Tergamam suaminya melihat dapur yang hingar-bingar, lantas mencari kelibat isterinya. Dia melihat isterinya sedang duduk berteleku menangis di bucu dapur. Berderau darahnya tiba-tiba.
Suaminya mendekatinya dan bertanya dengan lembut.

“Kenapa ni sayang?”

“Kenapa jadi macam ni?”

Dia memujuk si isteri yang masih tunduk dengan rambut menutupi mukanya sambil menangis teresak-esak. Walaupun suaminya juga takut, namun dia harus memberanikan diri demi isterinya.

“Aku nak makan!”

Tiba-tiba isterinya bersuara. Suaranya kali ini bertukar garau. Tersentak si suami sehingga terduduk mendengarkan suara isterinya. Tiba-tiba Manisah mengangkat mukanya. Rambutnya terurai kusut masai. Matanya terbuntang, melilau dan memandang liar. Dia merangkak mendapatkan suaminya yang terduduk terkejut dengan sapaan suara isterinya sebentar itu. Si suami yang terkejut pantas bangun menjauhi isterinya yang bukan seperti isterinya itu. Keadaan isterinya yang sarat itu menyukarkannya untuk bergerak laju. Terkumat kamit dan terketar-ketar suaminya membaca Ayat Kursi dan apa-apa sahaja surah yang terlintas di kepalanya. Manisah tiba-tiba mengilai dengan suara yang tak pernah didengari suaminya sebelum ini lalu rebah tak jauh darinya.

Risau dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua itu, suaminya memberanikan diri mendekati isterinya. Sebaik sahaja dapat memegang isterinya, si suami cepat-cepat mengucapkan kalimah syahadah di telinganya.

“La ilaha illallah..Muhammadurrasulullah..” berkali-kali sehingga isterinya lemah dan tak sedarkan diri.

Isterinya masih tak sedarkan diri, dia ingin membawa isterinya ke klinik namun dia pasti bukan doktor yang boleh mengubati isterinya. Suaminya memasang ayat-ayat bacaan Al Quran di televisyen. Pelbagai benda pelik yang terjadi sejak akhir-akhir ini pastinya berkaitan dengan peristiwa ini. Lalu dia dengan pantas menalifon kakak ipar isterinya (biras) yang tinggal berdekatan dan menceritakan hal yang terjadi. Malam itu, kakak iparnya datang melawat selepas dia menceritakan hal yang terjadi kepada dia dan isterinya. Hasil bertanya pada group Whatsapp Masjid di qariahnya, suami Manisah dapat memanggil seorang Ustaz dan pembantunya. Nasiblah suaminya masih aktif dalam aktiviti masjid, biarpun jarang-jarang menjejaki tangga masjid kala ini.

Manisah yang sedang tidur seakan seperti terbangun dalam mimpinya. Dia bangun dari mimpi, namun masih berada dalam mimpi lagi. Keadaan gelap sunyi itu menyebabkan dia ketakutan melihat sekeliling. Keadaan hitam pekat itu, menyebabkan dia berdiam diri. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang melingkari perutnya. Pelukan itu semakin kuat menyebabkan dia mengerang kesakitan. Jeritannya meminta tolong tidak didengari sesiapa. Semakin lama, dia menjadi semakin lemah dan terduduk longlai. Nafasnya tersekat-sekat. Matilah dia kali ni. Tiba-tiba ada cahaya memancar dari suatu sudut jauh dari tempatnya. Dengan cahaya itu, dia dapat melihat ada tangan yang melingkari perutnya. Tangan hitam, berbulu itu tetap memeluknya kuat dari belakang. Puas dia cuba melepaskan diri, namun gagal. Dia cuba mengucap dan membacakan ayat Al Quran, namun satu ayat pun tidak singgah di mindanya. Dia menangisi keadaan itu, kerana terasa lemah dan putus asa.

Tiba-tiba Manisah merasakan ada angin bertiup menghembus segala kegelapan dan pelukan maut itu berlalu. Barulah dia dapat bernafas semula. Dia akhirnya dapat membuka matanya dan kembali ke alam yang nyata. Dia dapat melihat suaminya menangis di sisi dengan ditemani kakak iparnya. Dia juga terlihat seorang ustaz sedang membacakan ayat AlQuran di hadapannya. Dia terbaring di sofa dengan telekung membaluti tubuhnya. Sayup-sayup ada bacaan Al-Quran diperdengarkan di kaca televisyen. Hatinya terasa lapang.

Dia menceritakan hal yang sebenarnya yang membawa kepada peristiwa pelik yang berlaku. Namun, adalah sukar dimengerti akan hal sebegini. Suaminya marah dengan tindakannya yang memetik buah mangga seperti yang diceritakannya itu. Keesokkan paginya, suaminya di temani ustaz itu pergi kawasan pokok mangga yang diceritakan isterinya namun tidak berjumpa. Puas mereka melihat sekeliling namun tidak berjumpa pohon mangga. Bahkan bila mereka bertanya dengan seorang makcik yang kerap mengutip sampah di situ, makcik itu tak pernah ternampak akan pokok mangga yang berbuah di kawasan itu. Kawasan itu kawasan pembuangan sampah, mana ada pokok yang tumbuh, inikan pula pokok mangga. Benar juga kata makcik itu. Mereka pulang ke rumah dengan kehairanan. Persoalannya, bagaimana isterinya boleh melihat, memetik, malah memakan buah mangga itu? malam itu mereka melakukan solat hajat meminta petunjuk Allah atas perkara yang berlaku. Namun masih tiada jawapan.

Sejak kakaknya ada menemani di rumah, Manisah tidak mengalami gangguan lagi. Ustaz datang ke rumah mereka setiap malam, membacakan rukyah dan memagar rumah. Manisah yakin dia sudah sihat. Dia tidak ingin lagi menyusahkan kakak iparnya yang sepanjang minggu ini menemaninya di rumah pabila suaminya keluar bekerja.

Dia masih trauma dengan peristiwa yang berlaku, namun segalanya sudah pulih seperti sediakala. Dia akan melahirkan anaknya di kampung, Ibunya kerap kali berpesan agar dia pulang lebih awal untuk mempersiapkan diri. Lagipun, ini kandungan pertamanya. Dia dan seluruh keluarganya begitu teruja dengan kehamilan ini. Tiba hari yang ditunggu, suaminya telah menghantar dia pulang ke kampung dua minggu sebelum tarikh yang sepatutnya. Katil hospital telah ditempah, persiapan dan persalinan juga telah sedia. Dia sudah bersedia ke hospital bila-bila masa sahaja.

Malam itu, perutnya tiba-tiba sakit, terasa masanya sudah tiba. Dia membangunkan suaminya yang baru sahaja tiba di kampung malam itu. Jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Dia menahan sakit menanti suaminya menghidupkan kereta dan memapahnya ke luar. Tiba-tiba ibunya datang dengan tergesa-gesa menarik tangannya masuk ke dalam bilik. Terkejut Manisah melihat ibunya bertindak sedemikian. Dia terduduk apabila ibunya menolaknya masuk ke dalam bilik ditengah rumah itu dan menguncinya dari luar. Terduduk dia di lantai. Bilik itu dipenuhi dengan kain kuning. Dia tidak pasti bila masa ibunya menghias bilik itu.

Dia tidak sempat menjerit kepada suaminya. Dia juga tidak pasti kenapa ibunya bertindak sedemikian.

“Mak, tolong buka pintu mak. Ani nak pergi hospital.”

“Abang! Tolong Manisah!”

Manisah sudah menangis teresak-esak. Dia hairan dengan sikap ibunya. Dia merasakan apa yang terjadi ini bagaikan mimpi. Kenapa dengan ibunya? Di manakah suaminya? Di manakah ayahnya?

“Ayah, tolong Manisah!!” Manisah masih menjerit-jerit dari dalam bilik berkunci itu namun tiada siapa yang datang menyelamatkannya.

“Ya Allah, tolong aku!” Manisah sudah terduduk menahan sakit. Dia merasakan ada darah mengalir dalam kainnya. Sakit perutnya menusuk-nusuk. Adakah masanya bersalin sudah tiba. Dia kaget. Dalam hatinya hanya berdoa agar Allah menyelamatkannya malam ini.

Jeritannnya semakin kelam, tangisannya semakin menjadi-jadi namun tiada siapa datang membantu.
Lampu di bilik itu tiba-tiba malap dan berkelip-kelip. Tepat di sudut bilik yang malap itu Manisah dapat melihat ada susuk tubuh seseorang yang duduk tunduk menghadap dinding kuning itu. Rambutnya mengerbang dan panjang sehingga memenuhi lantai. Bau busuk dan hanyir memenuhi ruang bilik itu. Manisah sudah hilang kata, tangisannya juga sudah tiada bunyi. Matanya seperti terpaku pada makhluk itu. Dalam terketar-ketar, dia cuba bangun untuk menyelamatkan diri namun tidak berhasil untuk berdiri. Makhluk itu tiba-tiba berpaling perlahan-lahan. Tidak terlihat di mana wajahnya dan badannya kerana Manisah sudah seakan pitam dalam pada itu. Manisah terasa dia sudah terbaring dilantai. Dia menangis meraung menahan sakit. Perutnya terasa pedih seperti ditoreh-toreh. Dia tidak melihat apa yang dilakukan makhluk itu kerana menutup mata menahan takut dan sakit. Dalam hatinya tak putus berdoa.

“Ya Allah, tolong aku Ya Allah.” Segala ayat-ayat Al Quran yang pernah dibaca hilang dari ingatannya. Dia hanya teringat akan mati malam itu.

Tiba-tiba dalam keadaan berputus asa itu, Manisah teringat pada pesan Ustaz yang mengubatnya dahulu. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah dalam apa jua situasi. Dalam keadaan getir ini, Manisah seperti diberi kekuatan untuk bangun dan berusaha menyelamatkan diri demi anak yang dikandungnya ini. Dengan lafaz Bismillah, segala ketakutan itu hilang dan dia bisa bangun dari kekakuan itu.

Pabila dia membuka mata, seluruh keadaan berwarna putih. Dia sudah tidak berada di bilik kelam itu. Rupanya dia berada di hospital. Ibu, Ayah dan suaminya berada di sisi melantukan ayat-ayat suci Al Quran. Dia menghela nafas lega dan bersyukur dalam tangisan. Suaminya cepat-cepat mendapatkannya.

“Alhamdulillah, Ani dah sedar.”
Teringatkan peristiwa tadi, Manisah meraba-raba perutnya lantas memikirkan nasib anaknya.

“Mana anak kita bang?”
Suaminya hanya menitiskan air mata bila ditanyakan persoalan itu. Ibu dan ayahnya juga turut menangis menahan syahdu.

Innalillahiwa innailaihi rojiun.

Bayi yang dikandungnya telah meninggal dunia. Dia bukan keguguran tetapi apabila doktor mengeluarkan janin itu, keadaan janin itu seperti sudah mereput dari dalam perut. Bahagian kaki dan kebawah sudah hancur. Doktor sendiri tak dapat mentafsir apa yang berlaku.

“Serahkan pada Allah, Allah lebih tahu apa yang terjadi. Bersabarlah.” Pesan Ayah dan Ibu pada mereka suami isteri.

Dia mengambil masa yang lama untuk pulih dari kesedihan dan kehilangan. Perkara yang terjadi pada malam itu juga diceritakan pada keluarganya. Ibu dan ayah Manisah amatlah terkejut dengan perkara ini. Gangguan yang terdahulu juga tidak sampai pada pengetahuan ayah dan ibunya membuat Manisah sedikit hairan. Perihal kakak ipar yang menemaninya seminggu di rumah juga tidak diketahui Ibu dan Ayahnya.

Namun, masing-masing menyerahkan segalanya pada Allah. Ayah dan Ibu Manisah memanggil seorang Ustaz di kampung untuk memulihkan Manisah dan memagar rumahnya berikutan peristiwa itu. Biarpun perkara yang terjadi pada Manisah kala itu cuma mimpi bilamana dia pengsan di pintu rumah tatkala ingin berangkat ke hospital pada malam kejadian itu. Namun kesannya seadakan nyata terjadi. Ustaz tidak memberikan sebarang komen, cuma nasihatnya, jagalah solat dan dekatkan diri dengan Al Quran, mengaji dan belajarlah Al Quran dengan mendalam. Hanya ayat-ayat Allah sahaja yang bisa mengubati jiwa manusia yang kosong.

Setahun sudah berlalu, kini Manisah hamil lagi. Rezeki dari Allah. Cuti hujung minggu kali ini, dia dan suami pulang ke kampung bagi menziarahi Ibu dan ayahnya. Turut sama pulang ke kampung adalah kakak iparnya. Dia pulang sendirian tanpa suami. Biarpun kakak iparnya sudah berkahwin lain sejak kematian Abang Sulongnya setahun dahulu, namun hubungan kekeluargaan itu masih erat. Selalu juga Kakak iparnya pulang ke kampung sendirian. Dahulu, Manisah juga sering bercerita perihal dirinya kepada kakak iparnya kerana hubungan mereka yang agak rapat. Biarpun telah berkahwin 2 kali, namun Kakak Iparnya masih belum punya cahaya mata, jadi perihal kehamilan Manisah begitu mengujakan dirinya untuk berkongsi rasa.

Namun, sejak peristiwa hitam pada kehamilan yang lalu, Manisah seperti trauma untuk bercerita tentang kehamilannya. Dia hanya bercadang untuk bercerita pada ibunya hujung minggu itu. Lagipun kandungannya baru mencecah dua minggu.

Melihat kakak iparnya sedang masak di dapur, Manisah hanya menemaninya sambil berborak. Ibu, suami dan ayahnya berada di depan bersembang petang. Rezeki musim buah. Di mana-mana sahaja meriah dengan buah-buahan tempatan. Di meja makan juga penuh dengan buah manggis dan rambutan yang dipetik dari belakang rumah. Tiba-tiba Manisah ternampak sebiji buah mangga yang membuat jantungnya berderau. Manisah memberanikan diri mengambil buah itu dan membeleknya. Terasa pernah dilihat sebelum ini. Tiba-tiba fikirannya membawa kepada kenangan buah mangga dahulu. Tercampak buah itu ke lantai kerana tindakan spontan Manisah yang terkejut.
Tiba-tiba Kakak Iparnya bersuara, tanpa menoleh ke arahnya.

“Kenapa Ani?”

“Kau tak kenal buah yang kau curi dulu?”

“Akak bawak jauh buah tu untuk kau, kau kan tengah mengidam!”

Kakak ipar Manisah bersuara keras.

Bulu roma Manisah tiba-tiba meremang, bagaimana Kakak Iparnya tahu akan kehamilannya sedangkan dia belum lagi bercerita kepada sesiapapun dirumah itu. Terketar-ketar Manisah ingin bersuara. Dia ingin menjerit memanggil suami, ayah dan ibunya namun lidahnya kaku. Kakak Iparnya menoleh dan memandangnya dengan pandangan tajam dan tersenyum sinis. Manisah pengsan di situ juga.

Sejak peristiwa itu, kakak iparnya telah menghilangkan diri dan tidak menghubungi keluarga Manisah lagi. Adakah kakak iparnya adalah dalang dalam peristiwa hitam itu? Kenapakah kakaknya iparnya berkelakuan begitu? Apakah niat disebalik perbuatannya itu? Segalanya tidak dapat dipastikan. Namun, biar apapun yang terjadi berlindunglah hanya pada Allah SWT. Berdoalah pada Allah supaya menyelamatkan kita dari tipu daya syaitan. Wallahua’lam.

Wednesday, September 12, 2018

Gift on A New Year (Alhamdulillah)

Assalamualaykum wbt..



Good day folks! How are you doing? 
Wishing you a bless Wednesday as I just came back to work after a long weekend and holiday. Happy New Year, Maal Hijrah to all muslim around the world. May this year will bring us more closer to Allah day by day, and keep praying for the hidayah and guidance from Allah SWT.

Well, I have a good news to share with you! This has been my dream, my desire, my passion, my ambition to be a writer. I was once attending a camp during school to become the Young Writer. It is a fruitful session and really makes me believe in my ability. I was the one an only Science Stream student who get selected to go for this camp. I wouldn't know why my teacher picked me at the first place. 


It start when I wrote a Cerpen (short story in Malay language) about a girl who have a very sad and challenging life. The title is "Dirantai Rindu". It is for our Malay language Writing subject. It has been chosen to be one of the story under a compilation of short story (cerpen) for my school. The printing of the book is done by my teacher himself. He really look into my talent. Thanks so much for trusting me "Cikgu"

I got the chance to meet up with all the established writer all over Malaysia. During the camp, I got to learn how to write with a good language, how to develop story plot, how to set the climax part, but it's pretty sad when most of the thing that I learnt,  I almost forgot. It takes a lot of practice to be a writer. It's not a one night awakening and suddenly you become a writer. Never.

When I was in University, I did participate in a writing competition and guest what? I won for the 1st runner up prize. That time I wrote about a girl and her journey to find love. She face a lot of trial in a way to find her true love destined by Allah (God). The title is "Bertakhta di Hati". I'm still have it in my Blog if you want to read. It's pretty challenging when I wrote this story. This is because I got to imagine the working situation and the office environment as I'm still in the college and never work in the office before. But it's not that awkward, so it's still OK.

Years passes, I stop write because I start to work after graduation. I didn't find time to write, but I keep my Blog just in case I need to write something. Nobody cares about Blog when everyone got their own IG page (Instagram). Moreover, most of the blogger haven't update their blog anymore. So, Blog nowadays consider as no longer relevant for reader. But, I still write in my Blog for my follower and for those who visiting my Blog. At least they got something, "Ibrah" when they click on my page.

So today, is a very wonderful day as I suddenly got an email from a publisher who wants to publish my story. Even it just under a compilation, but I'm happy enough to be a part of the project. Like seriously!! Are you kidding me?? There're thousand of story sent by all writers but yet they choose my story for the first book?? This is the best feeling I had in the 1st week of Islamic New Year!! The best!! I can't describe it!! Alhamdulillah.. Looking forward on the collaboration!


#moonlightlady #writerwannabe #passionatewriter

Monday, August 20, 2018

Lembutkan Hatimu, Berdoalah ~ (Sempena Hari Arafah)




Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ Ù„اَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ
Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ
Labbaikallahumma Labbaik

Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak


Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. 
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. 
Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 1438H (21 Ogos 2018) hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H (22 Ogos 2018) itu dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pada 21 Ogos 2018 kira-kira pada jam 8.48 malam hingga 11.30 malam. 

Umat Islam disunatkan membaca doa sepanjang waktu ini walau di mana sahaja mereka berada. Padang Arafah adalah tempat semua Jemaah Haji berkumpul sebagai simbolik dan lambang Padang Mahsyar. Allahuakbar.

Moga Allah SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua. Antara doa yang selalu menyebabkan hatiku lembut untuk menangis adalah bait-bait doa ini, marilah sama-sama baca dan hayati. 

Berdoa sepenuh hati. Mengulangi doa yang sama juga tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.

Bismillahirrohmannirrohim..

Wahai Allah tuhan kami,

Ampunkanlah dosa-dosa kami semua, ampunkanlah dosa mak ayah kami. Ampunkan dosa mak ayah kami andaikata ada dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan solat, kau ampunkanlah dosa mereka.

Wahai Allah tuhan kami,

Kami pernah dengar ada mak ayah yang ditakdirkan masuk neraka tetapi disebabkan doa anak mereka yang soleh engkau selamatkan mereka dan kau masukkan mereka dalam syurga. Wahai Allah, kami bukan anak soleh tapi kami nak jadi mak ayah kami masuk syurga.

Ya Allah tuhan kami,

Ampunkanlah dosa kami semua. Ampunkan dosa kami semua orang Islam dalam dunia ini.

Wahai Allah tuhan kami,

Hidup kami berlalu hari demi hari. Setiap nikmat kau dan kebaikan yang diberi kepada kami tak henti-henti tetapi wahai Allah betapa zalimnya kami, kami telah jauh dari perintah-perintahMu.

Ya Allah,

Ampunkanlah dosa-dosa kami semua. Berilah kami hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kau beri kepada kami.

Wahai Allah tuhan kami,

Tiada tuhan melainkan kau yang tidak berhenti-henti berbuat baik pada kami. Maafkanlah kami semua, maafkanlah kami semua, kami bertaubat atas segala dosa kami, kami benar-benar bertaubat.

Wahai Allah tuhan kami,

Kami tahu tiada yang menyayangi kami lebih dari kau sayang kami. Kami tahu tiada siapa kasih kami lebih daripada Engkau ya Allah. Tapi kami begitu berdosa zalim, dalam hati kami, kami tak tahu sama ada kami mampu paksa hati kami untuk datang dan ingat padaMu. Bantulah kami, hati kami keras dan sombong. Belum benar mencintaiMu dengan sebenarnya.

Sedangkan telah habis separuh hidup kami, terlalu banyak nikmat kau beri pada kami. Kami malu, entah berapa masa lagi kami perlukan untuk benar cinta padaMu. Belum benar dekat padaMu. Berilah kami cinta sayang rindu dekat padaMu seperti Rasulullah saw dan para sahabah rhum. Hadiahkan kepada kami sebelum kami mati. Hadiahkan kami ya Allah.

Ya Allah,

Berilah ikhlas dalam amalan kami. Berilah ikhlas dalam amalan kami. Berilah ikhlas dalam amalan kami.

Ya Allah,

Maafkanlah kami seandainya ada amalan kami tak ikhlas. Janganlah kau tolak amalan kami.

Wahai Allah,

Sedikit sangat amalan kami. Dalam hati kami masih ada riak kibir takabur. Bersihkan diri kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkan dan sucikanlah hati kami.

Wahai Allah yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih,

Jangan biarkan kami lagi, tolonglah kami semua, kami tak tahu nak buat apa. Tolonglah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tak nak hidup dengan lalai, hati yang mati, hilang kelazatan dan roh amalan agama. Kami nak sebut namaMu dengan manis, dengan nikmat, kami tak nak hidup dengan maksiat. Ya Allah selamatkanlah kami, kami sedih lihat manusia mati tanpa agama.

Ya Allah,

Macam mana kami nak jumpaMu dalam keadaan begini. Kami rindu nak jumpa dan berterima kasih padaMu. Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami, Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami? Nabi saw yang kami kasihi bergadai nyawa untuk redhaMu, untuk agama ini, isteri dan anak Nabi saw susah demi agama ini. Lapar, sakit, susah , derita dan mati demi agama Islam sampai pada kami.

Kami tak buat apa-apa untuk agama ini, kami tidur lena, makan sedap, manusia mati tanpa Islam. Orang Islam jauh dari amalan Islam. Kami tidur lena makan sedap sedangkan saudara kami di Palestin, Syria di seluruh dunia dalam kesusahan dan kelaparan.

Ya Allah,

Selamatkanlah semua saudara kami diseluruh dunia.

Ya Allah,

Campakkanlah kasih sayang di kalangan kami semua, janganlah kami bergaduh sesama sendiri, berilah rasa cinta dan sayang di kalangan manusia di seluruh dunia. Berilah rasa cinta dan sayang sesama suami isteri, rasa cinta dan sayang sesama anak dan ibubapa, rasa cinta dan sayang kepada adik beradik dan semua ahli keluarga.

Ya Allah,

Fitnah atas agama ini datang satu demi satu, dakyah pendakyah datang bertalu-talu, tapi kami orang Islam tinggalkan dam tak bersungguh atas kerja dakwah ini. Maafkanlah kami.

Ya Allah,

Ramai anak muda kami sedang habiskan hidup mereka dengan dosa dan maksiat. Ya Allah tunjukkanlah apa patut kami buat. Berilah ilham dan kekuatan, apa yang patut kami semua buat. Tunjukkanlah, selamatkan semua anak muda kami.

Ya Allah,

Anak-anak dan keturunan zuriat kami kau selamatkanlah. Kami mati hari ini, tak tahu apa nasib mereka. Jadikanlah anak kami daie yang bawa Islam ini ke seluruh dunia. Selamatkanlah isteri dan anak-anak yang kami amat sayangi dan cintai, selamatkanlah ya Allah. Jagalah agama mereka, pilih mereka hidupkan islam ke seluruh dunia.

Ya Allah,

Satukanlah hati orang Islam. Letakkan rasa cinta dan sayang sesama kami dalam membangunkan Islam.

Ya Allah,

Kami tidur lena, kami tidur lena sedangkan manusia mati tanpa kenalMu ya Allah.

Wahai Allah,

Ampunkanlah dosa kami semua. Dosa kami paling besar ialah kami belum benar-benar mencintaiMu dengan sebenarnya-benarnya. Belum cinta Nabi saw yang telah korbankan segalanya, kami benar-benar nak cinta padaMu, nak cinta Nabi saw, hadiahkanlah kami ya Allah.

Ya Allah,

Ampunkan kami semua, kami masih belum kasih saudara seperti kami kasih diri kami sendiri, tak sempurna iman kami jika tak kasih saudara kami seperti kami kasih diri sendiri. Ya Allah, ampunkan kami, pimpin kami untuk sayang manusia yang lain keranaMu, hadiahkan cinta dan sayang penduduk Madinah pada zaman Rasulullah SAW, sanggup mati demi beri air pada orang lain.

Ya Allah,

Kasihilah semua saudara kami. Kami kasih mereka keranaMu, hanya keranaMu.

Ya Allah,

Kami cuma nak redhaMu. Itulah segalanya dalam hidup kami. Redhalah ke atas ibubapa yang kami cintai. Redhalah ke atas isteri kami sayangi, suami kami. Redhalah ke atas semua orang Islam. Pimpinlah dan jagalah mereka untuk kami, peliharalah mereka, kami benar sayang pada mereka kerana Islam yang kau beri pada kami.

Ya Allah,

Mana-mana hambaMu yang jauh dariMu, dekatkanlah ya Allah. Mana orang masih belum solat dan ada yang tak pernah solat berilah mereka jadi orang jaga solat, selamatkan kami semua. Yang belum tutup aurat berilah dapat tutup aurat, yang belum sedar dan masih buat dosa berilah taufik untuk bertaubat.

Ya Allah,

Seperti kau selamatkan kami dulu, kau beri belajar mengenalMu, itulah perkara terindah dalam hidup kami. Selamatkanlah semua saudara-mara kami. Selamatkanlah semua manusia dalam dunia ini.

Ya Allah,

Hidup kami semakin berlalu, tapi kami belum bertambah dekat denganMu. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah kami. Berilah keajaibanMu dalam hidup kami. Berilah rasa cinta dan rasa syukur dalam setiap ahli keluarga kami. Supaya kami benar mencintai dan memimpin setiap ahli keluarga kami ke syurgaMu.

Ya Allah,

Janganlah orang Islam ini bergaduh sesama sendiri. Kami semua tak untung, yang untung syaitan. Dan orang bukan Islam semakin tak faham Islam. Maafkanlah kami semua.

Ya Allah,

Kami pohon jika ada di antara saudara kami yang sakit kau sembuhkanlah, ya Allah jika antara kami ada yang diuji dengan musibah dan kesedihan, kau bukalah jalan keluar dan berilah bahagia dalam hati mereka.

Ya Allah,

Antara kami ada yang lapar dan susah. Penuhilah keperluan mereka dan cukupkan rezeki buat mereka. Di antara kami ada yang baru diuji dengan berita kesedihan, ya Allah ubatilah kesedihan mereka. Ya Allah antara kami ada yang ada masalah rumahtangga, kau berilah mereka cinta dan bahagia sampai syurga. Di antara kami ada yang hidup sebatang kara, berilah keluarga dan rasa kekeluargaan itu dengan orang Islam yang membantu.

Ya Allah,

Ada muallaf yang kehilangan keluarga, kau lembutkan hati keluarga mereka untuk menerima mereka. Jadikan kami semua keluarga mereka. Ada antara kami sedang berjuang di jalanMu, pelihara isteri dan anak mereka serta harta mereka.

Ya Allah,

Antara kami ada ulama dan pemimpin yang ikhlas berkati perjuangan mereka, cukupkan rezeki panjangkan umur dan pelihara anak isteri mereka. Berkati mereka atas ilmu dan pimpinan mereka dan doa mereka.

Ya Allah,

Ada antara kami ingin pekerjaan, jodoh, dan anak, kau kurniakanlah ya Allah. Jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata dan saham di akhirat sana.

Ya Allah,

Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah,

Berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Ya Allah,

Izinkan kami semua menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.

Ya Allah,

Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah pada kami Syafaat Rasulullah (SAW)

Ya Allah,

Ada 7 bilion manusia belum kenalMu. Berilah mereka dapat kenalMu. Beri hidayat orang amerika dapat Islam, beri islam pada orang Korea, Russia, brazil, Perancis, China, Jepun, Afrika, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, pulau-pulau di Indonesia, semua penduduk Malaysia dan seluruh dunia sampai kiamat. Berilah setiap orang dapat kenalMu. Ya Allah sayangilah dan kasihilah mereka..

Terimalah kami semua dapat bertemu denganMu ya Allah. Hanya Redha dan keampunanMu yang kami harapkan. Berilah kami dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, Khadijah ra, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, Fatimah rhum.., Abu Bakr ra, Umar ra, Usman ra, Ali ra, Hassan dan Hussain rhum. Terimalah kami semua..

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.