Thursday, October 16, 2014

Aku dan Makhluk Comel itu..


Kucing..Cat..Kittun..
Makhluk Allah yang comel..
Biarpun apa jenis kucing..kucing kampung, kucing pekan..kucing oversea..semua makhluk ni comel..pada aku..
Aku tak pasti macam mana ada insan dalam dunia ni tak sukakan kucing..
mungkin mereka yang terbiar tu mengundang benci pada manusia - manusia lain..tapi ingat lah kehadiran kucing tu mesti ade hikmah..


Aku pun suka kucing..tapi tak ade rezeki lagi nak bela seekor dua..dulu-dulu memang ade kucing..masa kat kampung..kucing aku semuanya kucing datang..ade yang sesat..ade yang orang buang.. jumpe dari guni..ade yang ntah dari mana-mana, aku bagi makan, dia pun stay..sampai dah beranak-pinak pun ada..


Tapi kucing -kucing aku bebas ke mana-mana, tak de sangkar..sebab diorang takkan pergi mana pun..waktu lapar mesti balik punya..tapi disebabkan xberkurung ada yang mati dilanggar kereta..kalau nak diikutkan 2 ekor mati dilanggar kereta..


Tapi aku xtaw pun sebab ayah dah siap-siap tanam..aku balik sekolah je ayah cakap ayah dah tanam..xnampak pun..jadinya, aku bersedih je la..mau tak nangis kucing mati..


Kucing aku warne oren, jantan..aku xingat aku bagi nama ape..lebih kurang macam ni la warne dia..selalu tido atas dada..atas perut..nakal betul..kadang-kadang terkejut sebab dengar kuat bunyi nafas die..walaupun kene halau, dah kunci bilik sume, ade mase die pndai jugak masuk nk tido..selalu kena 'babab' sebab kacau aku tido..kucing ni paling manja, gemuk, comel..tp last2 die la yang kena langgar tu..sedih..

Ade banyak g yang datang dan pergi..tapi kucing yang sangat meninggalkan kesan dan buatkan aku rindu kan die adalah Si Putih..die pun kucing datang jugak..lama aku jaga die..tapi mak aku xsuka..dia macam taw je mak tak suka die..sebabkan time tu aku dah belajar jauh, aku kena tinggalkan die..yang peliknya..mak aku cite, masa aku xda, Putih pn xde.. masa aku balik cuti ade je die 24 jam kt rumah..macam taw2 je die..sian Putih..


Si Putih kucing kampung je, xde la macam die ni..tapi Putih adalah kawan yang sangat baik.. Perkara yang membuatkan aku xkan lupekan Putih ialah masa aku sangat sedih.. masa tu Allahyarham Ayah meninggal dunia..aku hilang semangat, masa hari tu, aku langsung tak teringatkan Putih, die makan ke x..sebab aku pun xtentu hala..setitik air pun aku xminum ni kan pula makan.. tp Putih xde bunyi suara pn, aku nampak die..masa dah kebumi, aku duduk menangis.. Putih datang duduk dekat aku..tanpa bunyi apa..die duduk senyap-senyap temankan aku..aku peluk die, die diam jugak..aku nangis n luahkan perasaan aku dekat die..aku dapat rasa die pun sedih macam aku..sepanjang masa tu die ade la teman kat rumah..xde wat perangai..baik je..hurm..Putih..Putih..tapi last2 Putih pun tinggalkan aku jgak sama macam Ayah..hurm..


Kucing ni istimewa kan..pada aku diorang boleh jadi kawan baik, jadi kawan bergaduh..tengok kan telatah die pun boleh ketawa..huhu..niat hati memang nak bela kucing lagi tp nak tunggu aku ade rumah sendiri..xdelah kacau sesiapa..


Dan yang paling best, Rasulullah ﷺ Junjungan Mulia kita pun sayangkan kucing..

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, waktu itu ada seekor kucing sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh kucing itu dari supaya tidak membangunkannya.. Subhanallah..

 Rasulullah ﷺ pun sayangkan makhluk Allah tu, kenapa tidak kita..sedih bila menyaksikan kucing-kucing terbiar ni teraniaya..kalau kita ada masa dan rezeki yang lebih..apelah salahnya memberi sedikit rezeki itu pada kucing..mana tahu, makhluk ini mendoakan kita..apelah salahnya berbudi pada dia..kucing ni pembawa rezeki..aku doakan sesiapa yang membela kucing dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Marilah kita berbuat baik dengan kucing kerana kucing juga makhluk Allah SWT.



Wednesday, October 8, 2014

Dracula ~ Should Remain Untold!

Tiba-tiba hari ni rase mcm nk review satu movie.. dah tgk trailer tp xde hati nk tgk the whole story.


This is just one of the other movie yg related to Zaman Kegemilangan Islam di Eropah..
Dulu ade cite Dracula menceritakan asal usul dracula, kemudian Kingdom of Heaven yg menceritakan tentang Perang Salib.
Tu xtermasuk cite2 action movie yg lain yg semua mengaitkan keganasan dengan islam..
Selalu tgk dlm CSI, bile terrorist je mesti name Islam.. cite Taken tu pn die buat mafia tu Islam..muak la weh..boleh x kita buat sesuatu?

Serba sedikit psal filem Dracula ni, menurut tukang review filem ni (Oh Bulan.com):

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).
Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.
Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.
Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Well, truly nonsense!
Sebabkan die menyentuh pasal Sultan Mehmed atau Sultan Muhammad Al–Fateh seperti yg diceritakan sesedap rase diorg..aku rase ni dah lebey ni..
Anda taw x siapa Sultan Muhammad Al – Fateh ni?

   

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis Nabi. 

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Subhanallah..zaman kegemilangan Islam di mana Sultannya sangat soleh dan tawaduk..
mana mungkin kita boleh terima penipuan yg diceritakn dlm movie Dracula ~ Untold tu..walaupun aku xtengok g movie tu n aku xde hati nk tgk pn..
sangat rase tercabar bila senang2 je org kafir ni putar2 cerita..n orang lain (Islam) pn tengok je tnpa rase bersalah dan kagum dgn kesan khas dlm movie tu..
Semoga kita dijauhi drpd bersekongkol dgn mrk yg hendak menjatuhkan Islam walau dgn 1 tiket wayang!!

Mcm cerita Kingdom of Heaven, walaupun pnceritaan tu versi barat tp cerita tu x biased pd tentera Islam dlm perang salib..sapa setuju??
Adatlah orang kafir ni, dah kalah xnak ngaku pastu buat cerita kononnye based on true story / history..

Moral of the story :    
  • Kalau kita sendiri xtaw sejarah Islam, mana mungkin kita dapat bidas cerita2 karut ni? sedangkan kita cume belajar sejarah topik kerajaan Islam untuk jawap periksa je..xde tersemat dalam hati pn psal ni..
  • Kalau tukang filem Malaysia asyik sibuk buat cite hantu mcm2 hantu, cite lawak ntah pape, cite Mat Rempit sana sini, cite Gangster yg xbp nk gengster, cite cinta romantik, cinta islamik sume.. mcmne nk didik penonton?
  • Orang kafir guna filem utk naikkan semangat diorg, memburuk2kn islam tu agenda die, tp orang islam Malaysia gune filem utk ape? Sekadar suke2 pecah panggung?
  • Tukar mentalilti, gunakan kuasa filem utk sampaikan dakwah..harap sgt ade orang buat movie psal kegemilangan Islam..
  • Bagi anak-anak kita taw siapa hero yang sebenar, siapa Sultan Muhammad Al-Fateh, siapa Iskandar Zulkarnain, para Sahabat yang lain.. bukan hero-hero plastik dalam Avengers tu..

Huhu.. tibe-tibe jd tukang review filem plak..huhu
Baca psal Sultan Muhammad Al-Fateh ni rase teringin nk tgk seni bina Aya Sofiya, gereja yang ditukar jd Masjid..jom pg!!..huhu

Friday, October 3, 2014

Waiting for the Call

Assalamualaikum wbt...



Salam Jummuah!
Alhamdulillah.. hari ni, jemaah haji akan wukuf di Arafah..
Wukuf adalah puncaknya haji. Wukuf di Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jemaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu yang sama..

Melihatkan update2 status mereka di Facebook..mereka yang pernah dan yang sedang berada di sana, melihatkan gambar2 mereka..aku jadi cemburu..cemburu kerana aku masih di sini..di depan keyboard ini..melihat sahaja semua itu berlalu..dalam 29 tahun hidupku ini..aku masih lagi di sini..belum mampu melangkah ke sana lagi..

Sesungguhnya aku rindukan Kaabah itu, walau xpernah menjejakkan kaki ke sana.. aku sentiasa berdoa dan berusaha agar aku dapat sampai ke sana.. dapat menjadi tetamu di RumahMu Ya Allah..kerdilnya aku, masih belum mampu membawa keluargaku bahkan aku sendiri belum sampai ke sana..malunya aku..setelah pelbagai nikmat yang Kau berikan sepanjang hidupku ini, aku masih belum cukup memperuntukkan bahkan kadang2 lupa niat dan harapan itu..lupa yang rezeki yang aku kejarkan ini semuanya pemberianMu Ya Rabbi..

Nah, petang ni bersamaan hari wukuf di Arafah..hujan rahmat membasahi bumi Kuala Lumpur..mari kita submit doa sebanyak- banyaknya.. InsyaAllah waktu ini mustajab..

Marilah sama – sama kita berdoa agar kita semua mendapat rahmat, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta dapat terpilih menjadi tetamu Allah SWT.. InsyaAllahu Taa’la..

Dan tidak lupa diucapkan Salam Aidil Adha kepada semua muslimin muslimat..

Wallahua'lam..

Sambil tu mari dengarkan dan hayati lagu ini, semoga kita akan lebih bersemangat untuk berusaha agar kita juga mendapat panggilan itu..

Irfan Makki ft Maher Zain : WAITING FOR THE CALL


Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance 
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf, 
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)

Labbayk(here I am)