Sunday, June 29, 2014

AMAN PALESTIN (Ada orang Kata : Ada Aku Kisah??)


Salam Ramadhan kepada semua rakan –rakan sekaliannya, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada hari kedua. Semoga segala ibadah kita diterima Allah hendaknya.

Syukur ke hadrat Allah, satu persatu jalan ke arah matlamat itu hadir di hadapanku.. Alhamdulillah menjejak kaki menjadi sukarelawan di AMAN PALESTIN amat membuka minda atas apa sebenarnya yang berlaku di sana.. kenapa dan mengapa aku ke sana biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya..

Namun hati jadi sebak membaca perihal manusia-manusia yang tak habis –habis mempertikaikan usaha yang dijalankan oleh AMAN PALESTIN.. Aku bukanlah siapa-siapa di sana, cuma seorang insan yang cuba berkongsi rezeki Allah, menyumbang tenaga, buah fikiran, apa saja yang termampu untuk membantu saudara seislam kita yang ditindas terus-terusan tanpa ada pembelaan. 



Aku tahu, tak ramai yang menyokong penglibatanku, aku tak pasti mengapa..namun, hati sangat sedih bila membaca sebuah artikel dari sebuah blog yang menayangkan tajuk APA AKU KISAH DENGAN AMAN PALESTIN..mereka-mereka ini sibuk mempertikai ketelusan badan NGO ini, berapa banyak dana yang diperolehi, ke mana dana yang disumbangkan disalur, berapa gaji CEO,pengarah, pekerja. Dan derma yang di kutip tu pasti sebahagiannya hanya akan digunakan untuk membayar gaji CEO dan pengarah-pengarahnya sahaja..dan mengapa ada gaji, kata sukarelawan..bahkan NGO ini berdaftar sebagai syarikat Berhad, macam-macam tomahan dan tak lupa juga yang menyokong dan menghentam dengan kata-kata yang cukup tidak melambangkan jati diri seorang muslim yang sepatutnya bersimpati dengan nasib orang islam yang lain..Sedih la..

Kalaupun badan -badan sebegini dikelolakan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan mengapa perlu bersikap sinis? Sibuk menuduh duit itu masuk poket sipolan-sipolan..anda yakin ke dengan apa yang anda katakan..berhati-hati nanti jadi fitnah anda juga yang rugi.

Dan lagi menyedihkan ramai pula yg berfikiran cetek seperti blogger tersebut dengan menerima dan mengiyakan apa sahaja yg di tulis . Nauzubillah.. 

Sebagai seorang Melayu islam aku malu..Sedarlah bahawa kita hidup di bumi Malaysia walau macam mana teruk pun, kita masih sihat, bebas kesana kemari, masih boleh memilih makanan apa yang kita mahukan. Tapi pernahkah anda terfikir apa yang saudara seislam kita makan..bahkan adakah mereka ini dapat makan? Allahurabbi..menitis air mata mendengar penceritaan seorang aktivis yang menjejak kaki ke sana, bagaimana keadaan mereka..hanya Allah yang mengetahui..

Bagi aku, kalau kita nak sumbang, sumbanglah seikhlas hati kita. Ingat satu tujuan kita derma adalah untuk masyarakat dan saudara islam kita di Palestine. Kalau benar sumbangan kita tidak sampai ke bumi Palestine, insyallah ada balasannya untuk mereka.

Hanya Tuhan la membalas niat org yang menderma dan orang-orang yang menguruskan nya. Tidak salah untuk menyelidik organisasi seperti ini tetapi janganlah terlalu dangkal pemikiran menyimpulkan sesuatu yang tidak pasti tetapi hanya mendatangkan dosa. 

Ketahuilah tugas NGO ini murni. Aku bangga ada organisasi seperti AMAN PALESTIN yang bukan hanya berjaya menguruskan duit derma orang ramai, malah menjana pendapatan untuk sustain perbelanjaan dan menyumbang lebih lagi kepada palestin. Bukan lah seperti anda bayangkan, dengan hanya mengutip derma dan salurkan begitu sahaja. Pelbagai pihak diperlukan dalam memastikan sumbangan ini sampai ke saudara Islam kita di sana..bukan senang saudaraku..bukan senang.. hanya mereka yang benar-benar berani dan kuat mentalnya yang mampu jalankan tugas sebegini..

Sebelum sewenang-wenangnya berkata, refleksi diri kita, kalau kita tak nak menyumbang ke AMAN PALESTIN, banyak lagi saluran lain.. ada VIVA PALESTINA MALAYSIA, MERCY MALAYSIA, PERTUBUHAN JAMAAH ISLAM MALAYSIA, ABIM, AQSA SYARIF, IKRAM MALAYSIA dan banyak lagi..kalau takut sangat sumbangan terbesar anda tu tak sampai ke sana..cubalah cari jalan sendiri untuk sampaikan sumbangan anda direct ke tangan mereka.. Ada berani? 

Jadi sebelum berkata ADA AKU KISAH, baiklah muhasabah diri apa yang anda lakukan di sini sebelum anda mengutuk usaha orang lain.. semoga usaha kita yang lain membantu sehabis boleh mendapat redha Allah.. Mengutip derma dan menguruskannya juga adalah salah satu dari jihad iaitu membantu saudara-saudara kita di sana..anda pula bagaimana? Jangan cuma pandai berkata-kata menulis blog follower berjuta..tetapi tiada satu pun yang bermanfaat untuk ummah sekaliannya..

Di dalam Al-Quran, Allah menjanjikan sumbangan infaq di jalan Allah (fi sabilillah), digandakan pahalanya 700 kali ganda. Di dalam hadis, Rasulullah menyatakan bahawa pahala ibadah fardhu digandakan 70 kali ganda. Subhanallah..tak nak kah kita merebut peluang?

Pelaburan yang sangat menguntungkan! Mari kita rebut peluang keemasan di bulan Ramadhan ini bersama-sama!

Saturday, June 21, 2014

Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin



Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin 

Disaat kami mengira letupan bunga api di langit 
kamu mengira berapa ramai tubuh yang syahid 

Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin 

Disaat kami bergembira bersama anak isteri dan keluarga kami 
kamu berduka meratapi sanak saudara yang pergi 

Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin 

Disaat anak-anak muda kami berpesta berdansa lupa diri 
anak-anak muda mu bangkit membela agama dan pertiwi 

Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin 

Siapalah kami dibanding dengan diri kamu yang diuji sedemikian oleh Yang Maha Penentu yang lebih mengetahui hikmah disebalik kesemua yang berlaku 

Doa kami buat kamu, tidak pernah akan luntur 
Maafkan kami Syria, maafkan kami Mesir dan maafkan kami Palestin 

Credit from http://mawarsoleha.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Jumaat! Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari Jumaat merupakan hari yang paling utama dari semua hari dalam seminggu. Ia adalah hari yang penuh barakah. Allah Ta’ala mengkhususkan hari Jumaat ini hanya bagi kaum Muslimin dari seluruh kaum dari ummat-ummat terdahulu.

Oleh kerana itulah, Nabi saw sangat mengagungkan, mengistimewakan, serta memuliakan hari Jumaat di banding hari lainnya. Baginda banyak melakukan berbagai macam ibadah di hari ini Banyak sekali keutamaan dan keistimewaan yang ada di hari Jumaat di antaranya adalah bersedekah.

Di sini kami kongsikan cara paling mudah untuk bersedekah.. Mari raikan hari Jumaat anda dengan kami bersama-sama menyokong Aman Palestin..


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nama yg tertera Ustaz Mohd Akib (Aman Palestin cawangan Kota Damansara) atau boleh hubungi Sharifah Sue (017-2449387) di Syarifah Syifa untuk pertanyaan lanjut..

Firman Allah SWT maksudnya :


“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, Pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-NYA lah kamu dikembalikan".

(Surah al-Baqarah ayat 245)



Tuesday, June 3, 2014

How to Eat for a Flat Belly - Mengikut sunnah Nabi Muhammad Saw.

Assalamualaikum wbt semua..

Entry kali ni nak share something interesting yang aku baru dapat sambil-sambil buat kerja dalam office ni. 


Sambil-sambil buat kerja, ok. Secara sambil-sambil kita boleh bukak Youtube and listened. Not to watch it, nanti tak siap pulak kerja. At least my office is not so restricted to block Youtube or Facebook or Instagram. Just need to be mindful of it, don't cheat and spend your day with all these, but your work is much more important. (INTEGRITY)
Ok! Watch and listen if you got time only.


So, sebenarnye aku dalam process nak turunkan berat badan!! Yeay! sebab dah tahap OVERWEIGHT, even orang lain tak nampak macam tu pun but I know my body personally.. hehe.. So, need to do some research and finding about what makes the best diet program to try on. Not to say a diet program la when it's all about restructure your meal properly. I'm not a kind of person yang akan berdiet2 siang malam, do extra exercise, subscribe for gym classes, no..no..no.. I'm not like that.. I tried once. I went for a swimming class at CONSIST Training Center, Ampang but I must say it is pretty exhausting if you are working late like me.. can't do it anymore.. so what's work for me??


I did try some dangerous way to stay slim buy taking various slimming product till I got to a point, THAT'S IT!
These all product will help you to be slim in a short period but there's is a very dangerous side effect after it TRUST ME. I've tried it so many times. I've tried the pills type, the milk type, the juice type, the corset type.. owh, this is so embarrassing. I don't know about the rest but one of the product that I took is contained sibutramine which is announce by KKM recently.


So that's about it. STOP while you can. I still have stock of pills that cost me >RM100 per bottle that I bought online. As I listen to the short video, I did take some note and then I realized.. Ok, here it goes..

5 Tips to loose belly fat:

1. Chew your food properly, let the enzyme work while you are chewing your food especially fiber need to chew properly.
(Ikut sunnah 40 kali kunyah)




2.    Try to least 5 small meals than 3 meals per day and snack just so you don't feel hungry and don't eat too much.
(Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang- that’s sunnah also)

Nix your Midnight meal
Ideal time to eat between noon 12 pm -  4 pm
Anything after 8 pm or before you go to sleep (even it’s fruit) is not going to metabolise and will turned into FAT.

3.    Eat in proper order
Eat more fruits rather than drink the juices you buy from the store. Always eat fruit before you take your meal.
(Ikut sunah makan buah sebelum makan makanan lain)


Fruit, raw juices and green vegie = Sport Car
Cooked vegie, wholemeal bread = Passenger Car
Protein (egg, meat, nuts, oatmeal etc)= Dumb Truck

So start your day with Sport Car (fruits) cause it easy to digest. If you take protein such as egg or sausage for breakfast you will start your day with a Dumb Truck (eeuww) and then you take fruits (Sport Car). There's only one highway which is your usus and one destination which is your stomach. You fill your highway with a Dumb Truck and then Sport Car? Weirdo.. That can can lead to a fatal accident cause the Sport Car will stuck at the back of the Truck. haha..macam pantun plak..ok..Boleh faham tak? Boleh bayangkan tak? huhu..


4.    Starch n protein is not a friends, don’t mix starch with protein
(Sunnah -Jangan campur-campur makanan in the same time, makanan laut dengan darat)
Enzyme for starch and enzyme for protein is different.
Always eat Protein with veggie, this is good.

5.   Give your belly a break
(This is puasa, also sunnah)


Detox is happening during emptiness at least 12 hours empty while you sleep 
(So better puasa Isnin and Khamis every weekend)



Interesting??
I got this tips from a detox expert and colon hydrotherapist Mike Perrine but amazingly all this has been taught by our Beloved Prophet Muhammad SAW.
Why can’t we see it earlier….

OK! LET GET IT STARTED!!


Sunday, June 1, 2014

Puisi Rindu untuk Ayah


Ayah..
Sedari kecil aku memandangmu..
Dengan pandangan yang kaku..
Tiada rasa kasih di situ..
Cuma taat dan melihatmu sebagai seorang ayah kepadaku..

Sebagai Imam solat keluargaku..
Sebagai pemberi wang saku..
Sebagai tukang sain kad laporanku..
Sebagai penghukum kesalahanku..
Sebagai mekanik yang membaiki basikalku..
Sebagai guru yang mengajarkan apa yang aku tak tahu..
Sebagai penghantar ke sekolah saat hujan pagi sendu..
Sebagai ini sebagai itu..

Jika bisa dilihat pada portfolionya, sudah mencapai tahap menteri pelbagai kerja..
Jika bisa dilihat pada wajahnya, sudah membatalkan niat bertanya..
Jika bisa didengar suara lantangnya, sudah membuatkan budak-budak terduduk semena..

Itulah ayahku, seorang yang garang pada mata kasar..
tapi cukup lemah-lembut pada dasar...

Ya, dia memang garang.. sesuai pada waktunya..
Waktu itu aku sedang membesar..
Perlukan disiplin dan ketegasan dalam kasih sayang..

Aku tahu kasih sayang ayah berbeza saat itu..
Dan ianya bertukar saat aku menginjak awal remajaku..
Aku sangat sedar akan perubahan itu..

Dia bukan lagi Ayah yang kulihat dengan pandangan kaku..
Dia bukan lagi Ayah yang segarang dahulu..
Dia sudah jadi seperti seorang sahabat kepadaku..

Yang bisa bergelak tawa bersama..
Yang bisa duduk semeja..
Yang bisa bergurau senda..
Yang bisa dibawa berbincang isu semasa..

Itulah Ayahku, seorang ayah yang biasa pada mata mereka tapi cukup istimewa di mata kami semua..
Itulah Ayahku, yang terlalu lembut hatinya biarpun pada orang yang mendustakannya..
Itulah Ayahku yang mengajarkan aku berbaik sangka pada tiap manusia..
Itulah Ayahku yang mengajar aku supaya berusaha sehingga berjaya..
Itulah Ayahku yang mendidikku menjadi seorang yang tegas dalam berbicara..
Itulah Ayahku yang menyayangi kami dengan caranya..
InsyaAllah dengan cara itu juga kita semua dapat bertemu kembali di Syurga..

Ayah..
Biarpun sudah kurang lebih 7 tahun kau meninggalkan alam fana..
Dan meninggalkan kami keluargamu semuanya..
Meninggalkan teratak kasih yang kita bina..
Meninggalkan pusaka ilmu yang tertanam di dada..
Aku berdoa moga kau sentiasa tenang dan bahagia di sana..
Waktu kami jua pasti akan menyusul tiba..

Ayah..
Ramadhan semakin hampir lagi menjengah tahun ini..
InsyaAllah, jika diizinkan Allah aku akan menempuhnya lagi..
Tapi yang aku pasti, memori bersamamu di sepanjang Ramadhan akan kuingat kembali..

Ayah,
Kami melihat kau berusaha keras menyempurnakan hidup kami..
Membawa pulang rezeki untuk kita sahur dan berbuka nanti..
Berusaha mengadakan apa yang tiada..
Berusaha untuk membolehkan kami beraya sama seperti mereka..

Sungguh aku pernah merajuk kerna aku tidak dibelikan baju raya seperti yang aku inginkan..
Sungguh aku pernah bersungut terkena panas dan hujan kerna kita tiada kereta sebagai kenderaan..
Sungguh aku pernah marah pada keadaan yang bisa membuatkan ayahku tak keruan..

Allah..
Apalah yang aku fikirkan saat itu..
Allah..
Kalaulah aku tahu apa yang terpendam dalam hati ayahku..
Allah..
Kalaulah aku tahu....

Ayahku..
Sesungguhnya aku selalu merinduimu..
Aku rindukan marahmu..
Aku rindukan omelanmu..
Aku rindu untuk menjadi makmum dalam solatmu..
Aku rindu akan tazkirah dan nasihatmu..
Aku rindu gelak tawamu..
Aku rindu panggilan telefonmu..
Aku rindu pertanyaan khabarmu..
Aku rindu pesanan-pesananmu..
Aku rindu nak kucup tangan dan pipimu..
Allah..
Aku rindu...

Ayah,
Masih ku ingat saat terakhir kita bersama..
Aku pulang dengan hati yang riang..
Menghabiskan cuti semester setelah bekerja sambilan..
Tak sabar nak bercerita pengalaman kerja ku saat itu..

Aku pulang dengan kegembiraan,
Harapan ayah untuk aku belajar tinggi sudah tercapai..
Waktu seminggu itu kita hadapi bersama tanpa rasa ada yang kurang..
Walaupun kau kerap bergurau mengenai kematian..
Tapi tiada siapa pun yang hiraukan..
Anggap ianya cuma gurauan..

Tapi bila mana waktu kau telah tiba..
Tiada satu kuasa yang dapat menghalang..
Tidak bisa untuk dicepat atau dilambatkan..

Aku masih ingat lagi..
Waktu akhir Ayah menghantarku ke terminal bas Teluk Intan..
Saat itu begitu syahdu..aku pun tidak tahu mengapa..
Penantian bas itu seakan begitu lama untuk diisi dengan kebisuan..
Kulihat ada titik-titik jernih saat Ayah melepaskan aku pergi..
Syahdu saat aku kucup tangan ayah dan pipinya..

Tak kutahu ianya peluang terakhir bagiku..
Tak kutahu itulah kali terakhir dia berbicara denganku..
Tak kutahu itukah kali terakhir dia duduk bersama denganku..
Tak kutahu itulah kali terakhir dia memberikan pesanannya padaku..
Allahurobbi..beratnya dugaanMu..

Saat menerima panggilan itu,
Luruh kurasakan jantungku..
Sunyi sepi duniaku..
Gelap kurasa masa depanku..
Aku tak mampu berbicara apa..
Aku terduduk menangis hiba..
Sesak nafasku seketika..
Allahuakbar..berat untuk aku ucapkan..
Innalillahiwainnailaihi rajiun...
DaripadaNya dia datang..
dan kepadaNya dia kembali...

Tak mampu lagi untuk ku coretkan kata-kata..
Bagi menggambarkan apa yg aku rasa..
Hanya Allah yang mengerti segalanya..

Al-Fatihah untukmu..
Hanya Allah saja yang bisa membalas segala jasamu..
Hanya pada Allah saja kupohonkan kesejahteraanmu..

Semoga kita dapat bersua kembali di Syurga.. Amin ya Rabbil a'lamin..