Sunday, June 28, 2015

Bazar..oo..Bazar..

 Berada di bazar Ramadhan boleh menguruskan pahala puasa!! 


Melalui pemerhatian minggu pertama Ramadhan, Jawapannya FACT!
Kebanyakkan bazaar Ramadhan di sini hanyalah sekadar pesta makanan dan niaga..
Sedikit pun ia tidak menampakkan kecantikan Islam pada mata luar atau mereka yang bukan Islam yang berkunjung..
Kenapa tak letak nama “Bazar Makanan Setahun Sekali" je?

Apa taknya.. Nauzubillah..yang berniaga atau pengunjung sama je 2x5..
Yang perempuan ada yang xbertudung, berbaju ketat, berseluar ketat, baju takde lengan, berpakaian seperti lelaki..
Yang bertudung, tudung pendek, bert-shirt lengan pendek, berlegging, berbaju kelawar..
Yang bertudung labuh, berstoking, berniqap, boleh dikira..

Yang lelaki berseluar pendek, berbaju kurung moden pun ade..wa nauzubillah..
Allahurabbi..patut la orang-orang alim/ warak jarang pergi ke sini..
Mungkin tak pernah pegi pun..

Sekadar gambar hiasan
sumber : internet


Sekadar gambar hiasan 
sumber : internet

Hmm..Bukan nak tunjuk baik, tapi menegur sesame muslim tu perlu..
Dah masuk fasa ke-2 kita berpuasa..kenapa kita masih berada di tahap yang sama?
Kenapa tiada tanda2 perubahan dalam diri kita?
Masa sebelum puasa dan semasa puasa pun sama je..
Tiada penambahbaikkan pun..takkan nak puasa lapar dahaga je sampai bila-bila?
Mari muhasabah diri..sementara Ramadhan masih berbaki…

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain.
Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Riwayat al-Bukhari)

#tegurtakbermaksudsempurna

#masihbelajar

Wednesday, June 17, 2015

Malam Pertama Taraweh ; Antara Saf dan Kipas Angin

Sekadar perkongsian..


#FirstRamadhan
Malam pertama Solat Tarawih..
Alhamdulillah, masjid bukan main penuh.. meriah.. lagi-lagi bahagian  muslimah..
Dah sampai ke tangga beratur nak amik tempat..

Aku sampai agak lambat.. tak dapat masuk dalam.. takde aircond pun takpe lah.. kite solat kat luar pada sliding door tu je..
Yang pelik saf kt luar ni mula dari tengah.. aku duk mundar mandir.. ajak orang pergi depan..
Ade la 2-3 orang yang mula gerak..

Sejadah dibentang.. tiba2 aku ditegur oleh seorang muslimah..
“Awak, bentang sejadah kt belakang ni la (means depan pada saf yg tengah tu)..nanti terputus saf tu..”

Aku tengok muka dia, dalam kepala masih fikir.. aku xmenjawab bila die ajak..
Tak bergerak dan berganjak pun dari tempat aku..

Aku cakap separa kuat dan tidak.
“Kenapa nak ke belakang..sepatutnya saf kene penuhkan depan..”

Aku tak berganjak.. muslimah tu macam kecewa dengan aku agaknya.. bercakap dengan kawan sebelah die..
Sorry la beb, aku ni memang ade kelemahan nak ambil hati orang.. lagi-lagi tang ekspressi muka..

Aku buat tak tahu je dengan cadangan die.. mak cik yang sebelah aku pun mempertikaikan..
“Sambung je la saf dari depan ni..”
“Kan!” dalam pada tu sempat mengiyakan makcik tu..huhu

Aku berpaling terus meneruskan pekerjaan aku tadi. Bentang sejadah..

Tiba-tiba ade ustazah datang dari dalam tegur, nak  betulkan saf yg compang – camping tu.. Mana taknya, yang saf tengah tu tak mahu ke depan.. bila buat saf depan, dah lompong di tengah-tengah..

Ustazah pun cakap ;
“Mintak ke depan ye, penuhkan yang depan..
kalau nak dapat pahala berjemaah.. kene ikut saf yang kt dalam ni.. sambung sama macam kat luar.”

Lepas pada tu, barulah saf-saf yang tengah tu join yang depan ni.. Alhamdulillah..

Aku lega.. aku perati.. kenapa saf tu mula dari situ..
Rupanya sebab ade kipas angin besar.. patut semuanya berkumpul dan mulakan saf dari situ.. Allahurobbi..

So, antara Saf dan Kipas Angin; mana lagi penting ea? hmm..

~No offence, just my 2 cent!~

Tuesday, June 16, 2015

Marhaban yaa Ramadhan!!

Marhaban yaa Ramadhan!!
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1436H.

Saya Sharifah Suhaila Idris blogger_My Secret Shifter mohon maaf atas segala kesalahan dan khilaf.. baik atas tulisan-tulisan saya.. jika ada yang menyinggung perasaan rakan-rakan pembaca.. secara sengaja mahupun tidak kepada rakan-rakan semua..

Bismillahirrohmanirrohim..
Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban, 

dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. 

Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan shalat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga. 

Amiin ya robbal a’lamiin..