Assalamualaikum Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2021,
Selamat mengharungi tahun baru dengan COVID-19 yang masih tetap berlegar-legar dalam donia ni. Alhamdulillah, hari tu Aku buat COVID-19 test, result is clear. Hopefully tu je lah pertama dan terakhir buat test tu. Hari ni ada masa sikit nak jenguk blog ni. Nampak sangat dah lama tak update blog, bila bukak tadi layout dah lain maciam! Dulu design lain, ni dah macam update blog kat website if you know what I mean. Honestly rasa amat terkesan dengan COVID-19 nih. Masih tak pulih lg, bahkan awal tahun ni je dah 2 kali PKP dilanjutkan lagi. Nak salahkan siapa pun tak guna dah. Bertabah je la. Dan sentiasa beringat. Minta Allah lindungi kita dan keluarga hendaknya.
Well, now back to homies, which I like the most about PKP. I don't have any problem working from home. It's so ideal for me. I guess it is not for everyone. Tapi aku bersyukur je, sementara masih ada kerja. Dalam pada sibuk dengan kerja dari rumah, ada satu perkara yang aku dan keluarga aku buat. Maybe dah sampai masanya dan Allah bagi jalan. Kan Allah dah kata, usahalah nescaya Aku beri. Dan Allah dah beri jalan untuk berubat penyakit segala SAKA_MAKA supernatural magical world of Disney wonderland ni. Cumanya cerita kita tak mudah untuk berakhir dengan Happily Ever After macam dalam cerita tahyul fairytale mat salleh tu. Tak semudah itu yew!
Sedang scroll2 FB, Insta ni banyak aku jumpa orang buat post or content jenaka pasal SAKA. Aku memang pantang bila terdengar orang suka update dan buat lawak pasal Saka_Maka ni. Aku triggered betullah. Sikit-sikit buat lawak pasal saka la, bela saka la, makan macam ada saka la.. engkorang yang cakap tu tahu tak betapa mencabarnya hidup kalau ada saka? Ke korang tak tau pn saka tu apa? Shikin mungkin? Ingat lawak ke ada saka?? Boleh pulak nak hantar-hantar. Terror betul kau dah boleh arahkan SAKA kau buat kerja.
Engkorang tahu tak SAKA ni orang melayu panggil sebagai pendamping keturunan diorang daripada golongan jin, yang langsung tak sama macam kita, yang engkorang tak nampak, yang kebanyakkan korang atau mak ayah korang pun tak tahu-menahu perihal makhluk ni kalau tak belajar selok belok dan sejarah keturunan sendiri. Kalau nenek moyang ada bercerita sebelum diorang pejam mata, takpa la, at least korang dah tahu ada sesuatu yang korang perlu uruskan. Uruskan itu bukan sesuatu yang mudah ye, itulah permulaan cabarannya. Yang sedihnya, korang yang tak tahu apa-apa ni, tetapi mewarisi SAKA. Tak lawak ea ada saka. Ada orang kata, takpa lah, SAKA ni tak kacau kita. Eh, mana korang tahu ea? Saka tu tak jahat, dia jaga keturunan kita. Bengong dari mana? Selama ni Allah jaga kita, kau tak percaya. SAKA keturunan jaga engkorang, korang percaya pulak?
Kebanyakkan orang melayu dah menanam dalam fikiran dan kepercayaan mereka yang mengarut tu bahawa saka ni baik sebab jaga keluarga. Baik mendenye?? Mana korang tahu SAKA ni tak kacau kehidupan korang? Logically thinking, apa SAKA tu dapat kalau dia free-free je jaga (so called) keluarga korang tu? Dia tak harap apa-apa ke? Dia ikhlas ke kerja secara percuma? Any how, mana korang tahu dia jaga korang? Apa yang dia buat untuk jaga keturunan korang? Lama tu weh, bayangkan dia dah ada sejak dari 7 keturunan? Banyak mana korang nak bayar dia? Serammss..
Cuba senaraikan kebaikkan SAKA ni, aku nak tengok. Malah ada
orang buat cerita bodoh pasal SAKA (Saka Nan Sepi) yang diorang bela macam
ahli keluarga. SAKA tu baik pulak menyatukan ahli keluarga tu. Ahli keluarga tu pulak bersusah payah selamatkan SAKA tu. Ada orang kata chill la, cerita lucu je pun. Fine. Lucu ea, seolah-olah nak bagi gambaran yang chill la, SAKA tak bertuan pun boleh jadi ahli keluarga, apatah lagi SAKA yang diturunkan. Wait, tapi apa benda ni?? Shut your stupid mouth kalau tak tahu apa-apa
pasal Saka Nan Keji ni (ni pula tajuk cerita aku).
Kalau aku nak membebel pasal SAKA ni, sepuluh blog ni pun tak habis. Nanti aku share lagi. Stay safe ya all!
COVID-19 ni pun dah macam SAKA, SAKA tak bertuan! Sapa nak jaga??
PS : Cio!
Tulusly,
#beliabenciSAKA

