Al–Fatihah buat Allahyarham Tok Jawdin yg aku sendri xpernah bersua dengannya..tetapi segala jasanya dan pesannya pada aku dan keluarga hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikannya..
Semoga dia tergulung bersama orang2 yg diterima amalannya disisi Allah, Aamin
Dipetik dari doa Baginda Rasulullah saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah, Hadits shahih Muslim pada kitab janazah hadits ke 867.
Lalu digantikan namanya untuk doa ini..sesiapa yg mengenali beliau, marilah sama2 berdoa untuk beliau..
Wahai Allah, ampunilah Tok Jawdin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.. Aamin..Ya Rabbal A’lamin..
Allah yang memegang segenap isi langit dan bumi.. tiada satu kuasa pun yang bisa menghalang dan mengubah ketetapan Allah..
Allah
SWT berfirman:
“Kami
Allah pasti akan menduga dan menguji kepada kamu semua dengan sedikit daripada
perasaan takut dan lapar, kekurangan di dalam harta, nyawa dan buah-buahan.
Berikan berita gembira kepada mereka orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang
bilamana di duga Allah SWT, mereka mengatakan, “Kita semua adalah milik Allah
dan hanya kepada Allah kita akan kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikkan dari Tuhan mereka serta rahmatNya." (Surah al-Baqarah, 155-157).
Kemarau melanda, menghapuskan nikmat keselesaan kita..tidur yg diganggu malam membahang..kerja harian tergugat dek kekurangan air di beberapa kawasan..binatang dan pohon- pohon turut sama terancam..semakin lama semakin kontang..
Apakah yang terjadi pada kita kala ini..adakah apabila kita tersedar dari tidur lena, kita marahkan sang malam yang membawa bahang? Ataupun kita bangun bermunajat pada Allah minta ampun dan pertolongan..mungkin ini balasan Allah di dunia..ataupun dugaan Allah yang sayangkan hambaNya?
Dan kemudian kita dihembuskan dengan asap kelabu sang jerebu memenuhi ruang udara..yang membataskan penglihatan dan menggugat pernafasan..juga menyesakkan dada dan memedihkan mata.. apakah yang kita lakukan? Adakah kita mengeluh memandang ke luar jendela..atau kita beristighfar saat Allah menduga..
Kita menggunakan topeng muka bagi menjaga kesihatan kita, adakah kita lupa nikmat udara yang percuma selama ini? Pernahkah kita terfikir betapa besar harga udara yang setiap detik kita sedut untuk teruskan hidup? Jika sepanjang kehidupan, kita hanya menyedut udara tanpa pernah memikirkan betapa nikmat udara merupakan anugerah terbesar dalam kehidupan kita, pastinya mulai saat ini kita akan lebih menghargai nikmat udara bersih yang kita kecapi. Dan tika ini kita tidak dapat menyalahkan negara jiran kita lagi kerana jerebu ini berpunca dari sini...
Apabila timbulnya kesedaran serta keinsafan mengenai perkara ini, muhasabahlah diri dan merenung kembali setiap perlakuan kita terhadap alam sama ada ia baik atau pun buruk. Sesungguhnya, dalam setiap inci musibah yang berlaku pastinya sedikit sebanyak adalah bertitik tolak daripada kesilapan dan kealpaan kita sendiri.
Tak kurang dengan itu, kita diuji lagi kali ini. Kejadian
yang berlaku kepada MH370 adalah musibah khususnya kepada
penumpang yang berada di dalamnya dan keluarga penumpang dan pada hakikatnya
adalah musibah kepada kita semua rakyat Malaysia. Kita perlu mengambil iktibar dan menginsafi kekhilafan kita serta redha dengan ketentuan Allah SWT. Sudah lebih seminggu ianya hilang tanpa khabar berita. Janganlah kita menuding jari menyalahkan sesama kita. Ketahuilah Allah sedang menduga kita.
Musibah ini merupakan ruang terbaik untuk masing-masing muhasabah diri, biarpun jika kita gagah dan cekap dengan teknologi kita tetapi jangan pernah lupa bahawa kita hanyalah makhluk yang lemah dan tidak sempurna. Sebagai manusia biasa pastinya kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting, kita bersedia belajar daripada setiap kesilapan yang lepas untuk menjadi insan yang lebih baik.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ada mengaitkan mengenai apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk bagi diri mereka. Manakala, apa yang mereka sangka buruk, maka baik bagi mereka sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
"...dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, 2: 216).
La Tahzan Malaysia, ketahuilah Allah bersama orang-orang yang sabar..bersikaplah sebagai seorang Mukmin yang benar dalam menghadapi musibah yang menimpanya..
Meskipun Allâh Ta’ala dengan hikmah-Nya yang Maha Sempurna telah menetapkan bahawa musibah itu akan menimpa semua manusia, baik orang yang beriman mahupun orang kafir, akan tetapi orang yang beriman memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang kafir, yaitu ketabahan dan pengharapan pahala dari Allâh Ta’ala dalam menghadapi musibah tersebut. Dan tentu saja semua ini akan semakin meringankan beratnya musibah tersebut bagi seorang Mukmin.
Ole itu, setiap daripada kita perlu memandang musibah yang berlaku kepada negara kita tika ini dari sudut positif iaitu sebagai ujian daripada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita belajar sesuatu bagi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Setidak-tidaknya dengan peringatan dan ujian Allah SWT, ia akan menyedarkan kita daripada terus lalai dan alpa dalam setiap tindak tanduk kita selaku khalifah di atas muka bumi..
Ia bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil, berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."
(Surah an-Nahl, 16: 90).
Jesteru itu, jangan pernah berhenti berdoa..ketahuilah Allah itu sangat sayang pada hambaNya yang redha dan meletakkan pengharapan padaNya.
Ku petik bait-bait doa dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid..begitu meruntun jiwa..subhanallah..
Ya
Allah, Limpahkanlah Selawat dan Salam Ke atas Junjungan baginda Muhammad dan
Keluarga serta para sahabatnya.
Ya
Allah, kami memohon keampunan dan keselamatan yang berterusan dalam urusan
agama kami dan di dunia mahupun di akhirat...
Ya
Allah berilah ganjaran baik kepada kami atas kesabaran kami terhadapmusibah
yang menimpa dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik daripada itu.
Ya
Allah, berikanlah sebaik-baik ganjaran ke atas keluarga yang ditimpa musibah
dari kalangan hambaMu wahai Tuhan sekalian alam...
Ya
Allah, Rahmatilah orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya
Allah, ampunilah dosa orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya
Allah, tinggikanlah darjat orang yang telah meninggal dunia di kalangan kami.
Ya
Allah, ampunilah dosa mereka, rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka...
Hapuskanlah
keburukan-keburukan mereka dan gantikannya dengan kebaikan dan kemuliaan serta
kurniaanMu yang baik wahai Tuhan sekalian alam.
Dan
Limpahkanlah Selawat dan salam ke atas Junjungan Muhammad, keluarga dan para
sahabat serta segala puji bagiMu wahai Tuhan sekalian alam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalamin
wassalatuwassalamuala ashrafil mursalin sayyidina muhammadin waala alihi wa
sahbihi ajmain.
Allah
SWT berfirman:
“Kami
Allah pasti akan menduga dan menguji kepada kamu semua dengan sedikit daripada
perasaan takut dan lapar, kekurangan di dalam harta, nyawa dan buah-buahan.
Berikan berita gembira kepada mereka orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang
bilamana di duga Allah SWT, mereka mengatakan, “Kita semua adalah milik Allah
dan hanya kepada Allah kita akan kembali.”
Kejadian
yang berlaku kepada MH370 adalah musibah yang berlaku khususnya kepada
penumpang yang berada di dalamnya dan keluarga penumpang dan pada hakikatnya
adalah musibah kepada kita semua yang kita perlu mengambil iktibar dengan ayat
(di atas) Allah dan redha dengan ketentuan Allah SWT.
Saya
mengajak kepada semua yang menyaksikan untuk bersama-sama menginsafi dan
mengambil iktibar daripada kejadian ini.
Pertama:
Kepada mereka yang berada di dalam kapal terbang, bilamana Allah menjaga dan
belum dikembalikan atau diambil Allah SWT
– kita berdoa moga-moga Allah SWT menjaga di mana saja mereka berada
untuk dikembalikan ke pangkuan ahli keluarga mereka.
Dan
bilamana Allah SWT ingin mengambil mereka, kita berdoa juga kepada Allah SWT,
moga-moga mereka itu diterima oleh Allah SWT dan mereka adalah diberi ganjaran
oleh Allah SWT dan juga kita berdoa kepada Allah SWT - ahli keluarga yang kehilangan orang-orang
yang tersayang diberikan Allah kesabaran dan ketabahan dan redha menerima qada’
dan qadar ketentuan Allah SWT, yang itu adalah merupakan sikap kepada
orang-orang yang beriman.
Dan
saya menyeru kepada semua juga untuk bersama-sama berdoa - yang mampu untuk
bermunajat dengan Allah di waktu malam, gunakan peluang itu untuk bermunajat,
berdoa kepada Allah SWT agar supaya membantu.
Kepada
pihak yang berkuasa, khususnya Kerajaan Malaysia, dan dibantu daripada beberapa
negara yang membantu untuk mencari, agar Allah membantu kepada mereka
mempertemukan nasib yang dialami oleh mereka yang berada di dalam MH370.
Bagi
kita semua: berdoa kepada Allah dan mengambil iktibar. Adapun doa kita kepada
Allah SWT adalah agar supaya Allah SWT menjadikan kita menjadi orang-orang yang
menerima akan musibah yang menimpa.
Iktibar
yang perlu kita ambil adalah:
“Tak
seorang pun tahu apa rezeki yang dia akan dapat hari esok dan tak seorang pun
tahu di mana dia akan meninggal dunia.”
Iktibar
yang perlu kita ambil adalah – bersiap-sedia akan seruan Allah SWT kepada semua
makhluk untuk kembali.
"Sebab
boleh pelbagai tapi kematian adalah satu."
Kita
berdoa kepada Allah SWT, dengan doa setulus hati kita, menadahkan tangan kepada
Allah SWT agar supaya Allah SWT, bilamana mengkehendaki mereka kembali dengan
selamat, moga-moga Allah SWT menjaga kepada mereka, di mana saja mereka berada,
dibimbing, dipelihara, dan juga diberikan kawalan sebaik mungkin oleh Allah SWT
kepada mereka.
Untuk
ahli keluarga, semoga Allah SWT menganugerahkan kesabaran, ganjaran ketabahan
dan juga redha di atas ketentuan qada’ dan qadar Allah SWT.
Kepada
pihak berkuasa, semoga Allah SWT berikan ganjaran dan bantuan kepada mereka
yang berusaha, bertungkus-lumus untuk menjumpai keadaan daripada mereka yang
berada di dalam kapal terbang.
Dan
kepada kita, moga-moga Allah SWT memberikan kepada kita pengajaran dan
masing-masing mempunyai hubungan dengan Allah, berdoa kepada Allah SWT.
Hazawabillahitaufik.
Akhir kalam,
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allâh; barang siapa yang beriman kepada Allâh, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allâh Maha Mengetahui segala sesuatu..
Andai cinta itu begitu mudah..takkan lah syurga begitu indah..
Adakah kita pencinta dunia atau kita pencinta syurga..adakah kita hanya mencari cinta sebagai peneman di dunia ataupun kita sedang mencari cinta yang akan membawa kita ke syurga..Allahurabbi..
Selalu aku berfikir dan berfikir...
Siapakah insan yang istimewa dalam hidupku ni..yang ditakdirkan sedari luh mahfuz untukku..
Siapakah yang bakal menjadi imam solatku dan imam dalam keluargaku..
Jika ditakdirkan aku tidak menemuinya di dunia..siapakah kurniaan Allah padaku di syurga..
Mempercayai takdir dan jodoh adalah salah satu keyakinan kepada qadha’ dan qadar.
Soal melaksanakan sesuatu itu adalah di bawah tanggungjawab ALLAH, kita hanya perlu berusaha dan menunggu hasilnya di samping bertawakal dengan mengharapkan yang terbaik.
Jangan perlu bimbang dan khuatir, semua yang dikurniakan oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk hambanya walaupun di mata kita nampak tidak selesa dan kurang sesuai.
Hari ini mungkin akan terasa menyesal, tunggulah 2,3 tahun lagi ketika itu senyum kita adalah senyum yang paling bermakna. Barulah kita bersungguh-sungguh berterima kasih dengan Dia dan berkata:
‘Kalaulah dari dahulu aku nampak akan kebaikkan ini, nescaya aku akan terus berharap kepada DIA dan tidak akan menyesal dengan segala takdir yang telah ditetapkan’
Selagi mempunyai masa dan peluang untuk menemui jodoh yang terbaik, berusahalah ke arah itu sehingga mendapat apa yang kita mahukan.
Yakin dan pasti jika baik yang diinginkan ALLAH akan membuka ruang dan petunjuk untuk kita. Jangan pernah lupakan Istikharah dan teruskan usaha.
Antara usaha yang boleh dilakukan :-
Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha
Lihat orang disekeliling "jodoh selalunya tidak jauh"
Jangan mudah patah semangat "tidak semua yang kita nak akan kita dapat jadi teruslah berusaha"
Mengisi hati dengan ibadah yang tertentu
Sayang pada semua orang disekeliling anda
Membersihkan hati supaya hati lebih Tenang
Sentiasa bersedia. Percayalah jodoh ada dimana-mana
Lengkapkan diri sendiri dengan mengikut syariat islam ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
Ketahuilah bahawa ketetapan jodoh itu sangat ajaib dan luar biasa, seandainya telah ditakdirkan seseorang itu sebagai jodoh kita, walaupun dia sudah 'dipunyai' waimmah sudah berkahwin sekalipun, dia masih mempunyai peluang untuk menjadi jodoh kita. Walaupun dia jauh entah di mana pun kalau dah jodoh pasti akan bertemu juga.
Apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita, jangan berputus asa, mencuba sesungguhnya (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah, semoga ALLAH redha :)
YA Allah..Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.
Selamat mencari jodoh, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah..semoga aku dan kalian yang masih mencari bertemu pilihan hati, insyaallah :)