Monday, December 21, 2009

Cerita Pendek : Bertakhta Di Hati

BERTAKHTA DI HATI

"Sebuah karya percubaanku dan Alhamdulillah dapat menang tempat ke-2 dalam Pertandingan Penulisan Cerpen di UiTM Johor suatu masa dahulu..Sekadar berkongsi cerita.."


“Aina Safiyyah!”
“What the hell you think you’re doing?”
Suara garau itu memecah sunyi. Pasti dia nak mengamuk lagi.

“Sorry sir?” aku membalas dengan persoalan, berpura-pura tidak tahu ataupun tidak faham. Sengaja menaikkan kemarahannya ke tahap maksimum.

Persis singa kelaparan, yang menunggu masa untuk menerkam dia menyambung lagi.
“I said, what the hell you think you’re doing? Awak ingat ini ‘office’ bapak awak?”

‘What?’ Kurang ajar punya Mamat Sepet, ni sudah main kasar. Pantang datuk nenekku keluarga jadi mainan. Aku cuba bertenang dan membidas dengan kata-kata yang paling tajam.

”Memang ini bukan ’office’ ayah saya, tapi ini juga bukan’office’ bapak awak!”

Mamat Sepet itu terlopong. Matanya yang sepet itu dijegilkan padaku. Bagai lava yang meletup dari Puncak Kilimanjaro kemarahannya membuak-buak.

”Yes!” aku berjaya mengalahkannya. Namun kemenanganku bukanlah berpanjangan. Aku ditukarkan ke ’R&D Department’ untuk sementara waktu sebelum menunggu keputusan ’Meeting Board of Discipline’ mengenai kes aku.

Bukan pertama kali , bahkan sudah acap kali sehingga aku sendiri tidak pasti bilakah tercetusnya peperangan antara kami. Kecoh satu ’office’ banyak sungguh internet bergerak di sini. Mamat Sepet..Mamat Sepet, apalah nasibku kali ini.

Sekilas pandang ku alih pada telefon bimbitku.

‘One massage received’. Hatiku berbunga riang.
‘Sender: My Love’

“It’s your love, just does something to me, sends a shock right to me, can’t get enough..but if you wonder’bout the spell I’m under, it’s your love..”

Telefon itu ku dakap, rangkap lagu itu mengingatkan pada dirinya. Wajahnya bermain di fikiranku. Rinduku padanya mengheret nostalgia ku ke suatu suasana. Masihterdengar gelak tawanya, senda guraunya terasa segar.

Hatiku bergetar, lama sudah tidak bersua. Saat-saat begini terasa seperti kehilangannya. Perasaanku bagai dilayat-layat rindu. Aku bagaikan lemas dan tenggelam dalam kesunyiaan sendiri. Hatiku sayu..yang ternyata aku teramat rindu..

”How sweet!” aku tersentak dari lamunan meninggalkan rinduku tenggelam di daerah sepi hatiku. Amber dan Jason sudah tersengih bagai kerang busuk di sisi.

”Fifie, we’re gonna miss you..” Amber bersuara manja lantas memeluk bahuku erat. Jason hanya 

Amber masih tersenyum kelat. Apa yang aku tahu, dia pasti gusar kerana semasa ketiadaan ku pasti bertimbun kerja yang terpaksa dilakukannya sendiri. Apa nak buat, ini semua Mamat Sepet yang punya pasal.

Hampir 3 minggu aku bertugas di ’R&D department’. Tugasku agak terhad berbanding di ’Financial Department ’ dulu. Namun aku redha kerana ini berpunca daripasaku yang selalu bertikam lidah dengan bosku sendiri.

“Fifie, akak tengok En.Zaril tu baik orangnya, ‘handsome’, hormat pekerja, bertimbang rasa..”

“Apa? Si Mamat Sepet tu bertimbang rasa, saya rasa akak ni dah silap orang ni.."cepat-cepat aku memintas cakap Kak Anim senior ku di ’R&D Department’ ini.

”So far, everybody berpuas hati dengan kerja dia. Maklumlah anak Bos, Bos muda, pengalaman pun cetek lagi. Dia pun baru ’Graduate Master’ dari Manchaster. Panjang lebar penerangan Kak Anim.

Ish.. ish.. ish.. luas betul pengetahuan Kak Anim pasal Bos aku tu. Aku pun tidak tahu menahu. Jadi betullah syarikat ini bapak dia punya?”

Kak Anim tergelak mendengarkan soalanku itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Aku tersenyum sendiri,malu tak terkata...wajah Mamat Sepet muncul di benakku seakan tertawa mengejekku.

Mengimbau saat pertama kali bersua Mamat Sepet itu, aku seakan terpukau melihat ketampanan dirinya hasil kacukan Korea dan Malaysia yang dimilikinya. Kusangkakan dia sudah berumur seperti kebanyakan ketua-ketua lanjut usia di syarikat besar. Dia memberi senyuman yang penuh makna dan memberi tunjuk ajar yang sempurna. Terasa bagaikan mimpi dapat bekerja dan mencari rezeki di syarikat yang sebesar ini. Namun segalanya berubah dari hari je hari. Si Mamat Sepet semakin berbisa, ada saja salahku di matanya, hilang senyuman penuh makna, hilang tunjuk ajar sempurna, yang ada hanya pekikan suara tanda tidak puas hati.

Kadangkala aku terfikir yang dia anti dan prejudis pada aku yang bertudung litup. Mungkin padanya keadaanku boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti syarikatnya ini. Tapi, bagaimana dengan Kak Anim, Suria dan ramai lagi staf yang bertudung. Tidak pernah timbul masalah dengan mereka. Aku pun tidak pasti mengapa semua staf di sini begitu mengagumi seta meminatinya. Termasuklah Kak Anim yang sudah beranak tiga itu. Mungkin daya tarikan berupa harta dan rupa yang menjadi bonus pada dirinya. Namun, aku tak pernah rasa teruja sebagaimana yang mereka rasa. Patutlah Si Amber tu semakin hari semakin bergaya, terbelah sana, terbelah sini, rupa-rupanya ada hati nak memikat Si Mamat Sepet tu.

Kotak fikiranku terpaut pada suatu peristiwa.

Aku membelek-belek mesin fotostat itu. Maklumlah minggu pertama bekerja, tak mahir lagi dalam penggunaan alatan pejabat ini. Tiba-tiba satu suara yang tak diduga menyapa.

”Amber, could you please teach her to use this machine! Dia ni nama je Graduan Universiti, tapi nak guna mesin fotostat pun tak tahu.” 

Suara itu seakan menyindir. Dia tersenyum sinis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Amber tak dapat menahan ketawa. Aku terkesima. Malu pun ada. Sejak peristiwa itu, ada saja perkara yang yang dilakukannya untuk mengenakan diriku. Namun, aku bukan selemah yang disangka. Aku sendiri hairan bagaimana lidahku begitu lancang membidas segala amarahnya. Di bawah satu bumbung, kami mengishtiharkan Perang Dunia ke-3. Itulah sejarah perkenalan aku dengan Si Mamat Sepet itu.

* * * * * * * * *

Waktu kian memanjat usia, jam di dinding sudah menunjukkan jam 11 malam. Aku menanti deringan panggilan telephone, YM dan Skype ku dengan penuh sabar. Menanti dan terus menanti..khabarnya kekasih hatiku pulang ke tanah air hari ini.

Jejari mulusku bermain sesama sendiri. Ingatanku mengulit kenangan silam. Tatkala rinduku pada dirinya menggongcang tangkai hatiku. Tiada khabar, tiada berita, yang ada hanyalah sms peneman setia. Mataku berkaca-kaca, rindu...rindu yang tidak terhingga. Hampir satu tahun tidak bersua muka, namun hatiku tetap setia padanya.

Hazrul..pertemuan yang singkat begitu membahagiakan. Perpustakaan, tempat terjalin cinta kukuh sehingga kini. Sehari tidak bersua, bagai setahun lamanya. Hanya Allah yang mengerti rasa cintaku padanya.

Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini, sesungguhnya aku benar-benar rindu pada dirinya. Aku tewas dengan perasaan dan naluriku sendiri. Tanpa kusedari kolam mataku mengalir air mata hangat.

Dia sering menasihatiku, mengingatkanku pada suatu yang hakiki.

”Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.” Air mataku mengalir air hangat.

Keputusan memihak kepada En.Zaril Si Mamat Sepet. Aku kembali bertugas di Jabatan Kewangan syarikat. Amber begitu bersyukur dengan kehadiranku kembali ke ’department ’ ini. Banyak kerja yang menanti kami.

Namun, hatiku diamuk resah. Menanti Hazrul bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Aku tak dapat menghubunginya. Terasa begitu siksa menanti dengan persoalan yang tiba silih berganti. Aku cuba keluar dari kepompong yang menghimpit, ingin bebas daripada penjara diri.

Namun, keluarku dengan hati yang terpenjara, dipenjarakan oleh perasaan yang tak pasti. Aku tidak tahu patutkah aku tersenyum, patutkah aku tertawa atau terus bermuram. Aku tampil begitu ketara pada penglihatan orang lain. Perubahan yang terang lagi bersuluh. Mereka pasti dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang melanda hatiku jiwaku ini.

Jason dan Amber turut menyapa kemurunganku. Masing-masing saling berteka-teki. Mungkinkah kerana En.Zaril? aku tidak berniat untuk mencipta sengketa dengan bos ku ini. Cuma keadaan yang memaksa. Tetapi, lama sudah aku tidak bersua dengan Si Mamat Sepet ini. Dia seperti melarikan diri daripadaku. Ah, persetankan dia! Mindaku melayang jauh terkenang Hazrul. Aku rindu wajah dan senyumannya. Suaranya pernah singgah di telinga, tapi lama dulu...

"Ain, tamat study nanti Hazrul hantar rombongan ye!" Hazrul bermain kata. ‘Ain’ itulah narna panggilannya kepadaku, Aina Safiyyah. Tidak seperti rakan-rakan sepejabat yang memanggilku dengan nama ‘Fifie’. Lembut dan gemersik suaranya. Aku hanya tersenyum, terhibur dengan tingkah-lakunya.

"Hazrul nak kita ikat hubungan kita dengan pertunangan, lepas tu baru kita merancang masa depan. Hazrul nak kumpul duit untuk kita." Katanya bersungguh.

"Ain ikut je, Ain akan tunggu Hazrul sampai Hazrul balik!" aku membalas, ada rasa gelisah terdetik di hati.

“Tapi, kalau Hazrul tak balik, jangan tunggu tau! Hazrul tak nak Ain sedih. Hazrul nak Ain teruskan hidup Ain ni, janji tau!” Hazrul mengikatku dengan janjinya. Aku hanya tersenyum tanda setuju.

* * * * * * * * *

Mentari tegak di atas kepala menyimbahkan cahayanya ke pusara yang masih merah. Wangi puspa kemboja mengiringiku ke pusara sepinya. Aku sendirian duduk terjelepok, bertafakur di sisi nisan yang tinggal sebagai tandanya. Senduku tiada, tangisan ku sudah kering, rindu, resah, segalanya berkecamuk menggeledah sudut hati.

"Bagaimanakah hendakku teruskan hidupku tanpamu..." hatiku merintih, air mataku membasahi pipi. Ku renung tanah merah iempatnya bersemadi.

Tak kusangka panggilan yang ku tunggu hukan dari dirinya tapi dari keluarganya yang mengkhabarkan berita musibah ini. Semalam adalah detik hitam dalam hidupku di mana dia pergi selama­-lamanya. T'atkala aku menunggu separuh gila, dia ditimpa kecelakaan dalam perjalanan ingin berjumpa denganku.

Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu ini. Betapa lama aku menanti, akhirnya penantianku berakhir di sini. Di tanah merah ini.

Dia sering memberiku pesanan ringkas pabila aku menyuarakan rinduku padanya. 

"Ubatilah kerinduan Ain yang tidak bertepi itu dengan doa...

"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia lah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang yang beriman harus bertawakkal."

(At-Taubah: ayat5l)

"Hazrul... bagaimana Ain nak lerus hidup tanpa Hazrul. Kepada siapa Ain nak mengadu...Hazrul... Ain nak sangat tatap wajah HazruI...Ain rindu sangat ...rindu sangat pada Hazrul ... Ya Allah...

Hazrul…kenapa Hazrul.... Kenapa...."

Masa berlalu tanpa kusedari, lebih sebulan Hazrul Nizam meninggalkanku pulang rnenyahut seruan Ilahi. Aku teruskan hidup atas kekuatan janjiku padanya dan iman yang kukuh di jiwa. "Tak jemu aku menziarahi pusaranya mengirimkan doa juga Fatihah ke atas rohnya. Semoga kau tenang di alam sana. Aku jua akan menyusul tiba.

* * * * * * * * * 

Badanku Iemah, namun aku tak mahu mengundang simpati mereka. Aku sibukkan diri dengan kerja, overtime dan segala aktiviti yang ada. Waktu pulang kepalaku terasa berat, pandanganku berpinar. Kakiku bergetar. Aku gagahkan jua melangkah ke pintu lift, terlanggar bahu seseorang dan terus...Buk!! 

Aku pengsan. Sesedarnya aku, ada tuala sejuk di dahi. Bilik yang sederhana sejuk itu aku teliti. Tiada seseorang pun di situ. Aku cuba meraba-raba kepalaku. Kaget! Terlihat tudung kepalaku di kerusi. Aku tak bertudung. Tiba-tiba pintu terkuak.

En. Zaril masuk dengan pandangan yang tidak berkelip, terkejut. Sepantas kilat aku menyambar tudungku lalu menutup rambutku yang panjang mengurai.

"What have you done to me?"Aku bersuara lantang. Baru ku sedar dialah insan yang kulanggar di muka pintu lift tadi. Duniaku seakan bergoncang. Aku ingin jatuh, tidak stabil. En. Zaril dengan pantasnya mengagahku daripada jatuh. Fikiranku kacau, lantas aku memberinya tamparan "pap!!" aku berlari meninggalkannya. Air mataku merembes membasahi pipi. Tidak menghiraukan keadaan diriku...aku hanya ingin lari daripadanya.

Hatiku tidak tenang, resah, gundah dan segala macam perasaan mula menyesak-nyesak tangkai hatiku.

Suria menceritakan hal yang sebenarnya. Suria yang merawatku atas arahan En. Zaril. Segalanya berpunca daripada salah sangka lantas aku menghadiahkannya tamparan berbisa. Aku seperti dibelenggu rasa serba salah yang mencengkam. Kekadang terasa begitu sunyi. Lama sudah tak bertekak dengan Si Mamat Sepet. Rindu pula pada kehidupanku dulu. Dia semakin menyepi dan tidak pernah mencari kesalahanku, tidak lagi mengenakanku dengan kenakalannya seperti dahulu.

Masihku ingat dia pernah menggelarku Si Burung Hantu dan aku sendiri menggelarkannya Si Mamat Sepet. Sedang aku mengelarnun. Tiba-tiha aku terlihat kad kecil terselit di mejaku. Cantik dan kemas tulisan tangannya. Namun, aku tak dapat meneka dari siapakah dia.

"When the door of happiness closes, another opens hut oftentimes we look so long at the closed door, that we don't see the one which has been opened for us. "

Kata-kata yang sungguh bermakna membuatkan aku berfikir. Ya Allah, mengapa hidupku ini terlalu sunyi.. . air mataku mengalir lagi.

Hari demi hari aku menerima kad-kad kecil yang comel dengan kata-kata semangat penguat jiwa. Hatiku benar-benar terubat dan tak sabar menunggu kehadiran kad-kad comel itu di mejaku setiap pagi.

* * * * * * * * * 

"Kak long, rnalaslah Aina nak pergi!" aku merungut sendirian.

"Jangan macam tu, nah pakai baju ni." Kak Long Azi. kakak iparku menyerahkan sepasang kebaya biru polos yang mewah bersulam. Atas desakan mereka semua aku memaksa diri untuk pergi ke `Annual Dinner' syarikat tempatku bekerja. Jason telah berjanji untuk menjemputku malarn ini. Apa mimpi Si Jason ni, aku pun tidak pasti.

"Wow, you look so beautiful tonight! Jason memujiku. 

Sernuanya hasil kerja Kak Longku, dari baju hingga ke make-up semuanya diuruskan bagaikan Mak Andam. Aku mengikut sahaja, tidak mahu membantah atau mengecilkan hati mereka.

Majlis sudah bermula, ramai staff dan VIP yang hadir. Aku bertemankan Jason, Amber ku lihat rancak bersembang dengan seorang VIP. Anggun sungguh Amber mengenakan dress malam yang agak seksi itu. Kak Anim hersama keluarganya turut hadir sama dan ramai lagi rakan-rakan staff' yang lain. Cuma dia yang tak kelihatan.

"Hai I ingatkan Wardina Safiyyah sesat tadi!" Suria mengusikku.
"Eh, tengok tu, dia dah sampai. Wah ‘handsome’ nya!" Suria begitu teruja memandang 'dia'.

Aku menoleh, Mamat Sepet! Tidak dinafikan dia lebih nampak segak dan maskulin. Jika memakai sut Georgio Armani masakan tidak bergaya. Namun, aku masih terkenang pada si pemberi kad-kad comel itu. Terasa ingin berjumpa dengannya untuk rnengucapkan ribuan terima kasih kerana menyedarkanku akan realiti kehidupan ini dan membantu memulihkan semangatku kembali.

Sedang ku mengelamun, aku dikejutkan dengan suatu bungkusan yang diberi oleh seorang waiter di situ. Ada kad kecil terselit di bungkusan itu. Tertulis sesuatu yang merentap tangkai hatiku. Berlari aku mendapatkan waiter tadi.

"Dia baru saja keluar cik, ke arah sana!"

Aku ingin berlari mendapatkannya, tidak ku hiraukan keadaanku yang memakai baju kebaya serta bertumit tinggi ini. Hatiku di amuk resah, debar jantungku dapatku dengar dengan jelas. Aku mesti mencarinya.

Berlari dan terus berlari keluar dari `Ballroom' hingga ke taman. Ada titis-titis gerimis luruh dari langit yang gelap. Mataku melilau mencari wajahnya. Namun, tak berjumpa. Tumit kasutku hampir patah. Air mataku tak dapat ku tahan lagi, lantas aku menangis sepuas-puasnya di situ. Aku tidak berganjak, hujan semakin lama semakin Iebat. Kad kecil ku renung, ada namanya di situ, nama yang bertakhta di hatiku, nama yang ku rindu... Hazrul..

"Ain! Ain!" Aku tersentak. Aku melilau mencari insan yang memanggilku. Panggilan itu merentap setiap urat nadiku. Rindu mendengar panggilan nama itu. 

"Haz.... Kau?"

"Mana Hazrul? Mana dia..." Aku sudah tidak dapat mengawal diri. Tangisanku menjadi-jadi selebat hujan yang turun membasahi bumi. Dia lantas membalut tubuhku dengan sutnya.

"Ain, tenang Ain.... bawa mengucap." Dia lantas menggenggam jari jemariku, memayungiku dengan pujukannya.

"Maatkan saya, saya tak berniat nak buat awak begini".

"Cukup! Apa lagi yang awak nak buat hah! Tak cukup ke awak siksa saya selama ini! Apa salah saya pada awak!

"Jangan sekali-kali awak samakan diri awak dengan Hazrul, awak tak layak!" Lantang aku bersuara, tangisanku tidak mahu reda. Terduduk aku di rumput basah itu.

"Ain, berilah saya peluang untuk menjelaskan segalanya." Dia duduk berhadapan denganku. Jari­ jemarinya menyeka air mataku yang mengalir laju. Kami berdua basah di situ.

"Ain. sudah lama saya ingin memanggil awak dengan nama itu. Saya dah lama menaruh perasaan pada awak, sejak hari pertama awak ditemuduga. Ini bukan cinta pandang pertama. Walau berjuta kali memandang awak, saya tetap jatuh cinta. Saya benar-benar terpikat, tak pernah saya rasakan sebegitu." Panjang- lebar pengakuannya kepadaku. Hatiku semakin sayu, tak pernah ku alami keadaan sebegini. Jejari mulusku kembali di genggamnya.

"Bila saya tahu awak dah berpunya, saya cuba buang awak dari fikiran saya dengan mencipta sengketa dengan sengaja., tapi tak dapat Ain. Malah saya semakin sayang pada awak. Inilah anugerah Allah yang tak pernah saya alami sebelum ini, sebelum berjumpa dengan awak!"

Aku meraih tanganku kembali, menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. "Awak tak perlu menyamarkan diri sebagai Hazrul, kerana pada saya dia tiada gantinya. Aku lantas bangun ingin meninggalkannya, tersedar atas keterlanjuranku berkeadaan begitu.

Aku ingin bangun tetapi pandanganku berpinar. Aku terjatuh tapi ada tangan yang mengagahku. Memandang tepat ke arah matanya yang kuyu , lantas aku teringat yang aku pernah menghadiahkannya tamparan hebat suatu masa dahulu.

”Maafkan saya , di atas ketelanjuran saya..”

”Sudahlah, saya tak apa-apa..”

”Mari, saya hantar awak pulang, risau saya dengan keadaan awak ini.’

Dia memimpinku seraya membawa aku keluar dari situ. Aku dapat melihat beratus-ratus mata yang memandang ke arah kami yang nyata basah kuyup itu.

Sunyi menguasai segenap ruang yang ada di dalam kereta itu. Aku terpandang dashboard , terdapat banyak kad-kad comel seperti yang pernah diberikan padaku. Air mataku mengalir lagi. Kekadang rimas dengan keadaanku ini.

Tiba-tiba ku terpandang fail yang terletak di situ. Terpampang nama pemiliknya.
’Mohammad Zaril Hazrul bin Dato’ Mansur Tze Abdullah’

”Hazrul...” suaraku sekan berbisik. Memandangnya penuh tanda tanya.

”Nama saya, awak tak pernah nak tanya. Saya tak berniat nak mempermainkan awak, saya benar-benar ikhlas pada awak. Saya tahu saya tak dapat nak gantikan Hazrul yang dahulu, tapi saya akan berusaha untuk membahagiakan awak! Saya rasa bertuah memiliki nama ini!” Dia tersenyum ke arahku. Senyuman yang membawa seribu erti, menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipinya. Baru malam ini aku terlihat ketampanannya lain dari hari biasa.

”Ain, saya minta maaf sekali lagi, jika saya mengusutkan fikiran awak. Saya menghormati keputusan awak, saya takkan pernah mendesak. Keutusan terletak di tangan awak. Saya sekadar menyuarakan apa yang terpendam di hati ini.

”I know, sometime it’s takes only minutes to get crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone. But its takes alifetime to forget someone. And I’m willing to wait for you for a lifetime..InsyaAllah”

”Assalamualaikum..”

Aku masuk ke rumah sebaik sampai. Masuk dengan langkah longlai yang mengundang seribu persoalan dengan keadaanku yang berupa ini. Tanpa menghiraukan Abang Long dan Kak Longku, aku terus menuju ke bilik.

Malam itu, ku panjatkan doa yang paling panjang pada Ilahi. Berilah aku petunjuk apa yang perlu aku lakukan.

”Ya Allah, jika dia adalah jodohku yang teah ditetapkan oleh-Mu aku redha..Ya Allah..”

Dan istikharahku memberi jawapan yang pasti.

”Sekiranya ku mendapat pengganti 
Kuharapkan insan seperti mu oh kasih 
Banyak membantu dan mendorongku 
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadarnu 
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku.."

Pergimu Hazrul Nizam, membawa detik duka dalam hidupku. Namun Allah Maha Adil, muncul Zaril Hazrul sebagai pengganti.... Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur...

* * * * * * * * *


-Babybenifah@SHAKESPEARSINLOVE

"It's true that we don't know what we’ve got until we lose it, but its also true that we don't know what we’ve been missing until it arrives.."

Wednesday, December 2, 2009

Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya


Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matahari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya


Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi


Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:


Selamat tinggal,
selamat tinggal awan
Selamat tinggal matahari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang


Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan


Usman Awang
Mingguan Bumi, 6 November 1982.

Menyingkap kembali nostalgia puisi yang sangat berkesan di hatiku ini..Saat mendeklamasikan puisi ini membuatkan aku masih mengingati tiap bait-bait kata yang disusun oleh Sasterawan Negara yang tiada galang gantinya..Allahyarham Usman Awang..
Masih kuingat lagi, saat kuterpandang buku puisi itu di perpustakaan, masih kuingat warnanya..hijau kebiru-biruan..ku buka helaian demi helaian..lantas aku terjumpa puisi ini yang termaktub dalam kitab puisi lama itu..Sedang aku yang masih berada dalam Darjah 3 ketika itu..Lantas aku memilih untuk mendeklamasikan puisi itu dalam kelas Bahasa Melayu nanti..Saat rakan-rakan memilih tajuk-tajuk sajak yang biasa digemari antaranya Cikgu, Hadiah, Ayah, Ibu, Bendera Malaysia, Merdeka, Karipap..huhu..dan hanya aku yang mendeklamasikan puisi yang kompleks ini..Cikgu pun agak terkejut bila kubacakan tajuk puisi pilihanku..Tajuknya sahaja membuatkan ramai yang seakan tercengang..

Pada waktu itu seingat aku, aku sendiri tidak berapa pasti maksud tersirat dari puisi tersebut, hanya menggemari dan tertarik dengannya..Namun, kini aku mengerti betapa beertinya puisi ciptaan Allahyarham Usman Awang ini..menyingkap betapa pembangunan telah melenyapkan keindahan alam yang diwakili oleh Pohon Beringin yang sudah lama bertapak dipinggir kota itu..Walaupun dalam era pembangunan yang pesat, kita diingatkan supaya jangan sampai merosakkan alam semula jadi tempat berlindungnya makhuk-makhluk Allah yang lain..Begitu indah bahasa yang digunakan Beliau bagi menyampaikan nasihat dan pesanan yang sangat berkesan..

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri melihatkan kembali kemusnahan yang kita lakukan demi mencapai pembangunan yang diidam..jangan salahkan dunia yang semakin tua bila berlaku bencana, sedangkan pada mulanya kita yang mencipta sengketa dengannya..

Wednesday, November 18, 2009

Mencari Ketenangan Jiwa...

Bismillahirrahmanirrahim....

Mahalnya Ketenangan Itu.. Alangkah nyamannya jika jiwaku setenang air di tasik tu..


Sesungguhnya jiwa aku sangat kacau bilau ketika ini..mencari nur Ilahi yang mampu membuatkan aku sedar bahawa tiada yang lebih berkuasa Mencipta ,Memberi dan Merampas apa yang kita ada dalam sekelip mata.. Selain Allah Swt..

Tetapi mengapa harus ku bersedih kernanya..mungkin kerna aku seorang manusia biasa yang tak lari dari kekurangan diri..tak dapat menguasai kesedihan ku, kemarahanku dan dengan tidak sabar menghamburkan kata2 yang tak sepatutnya dituturkan..aku seharusnya diam, bersabar dengan ujian Allah ni..Astaghfirullahala'zim..

Tiada dapat digambarkan jiwa ku yang sedang bergelodak ini..benakku bagaikan buntu berfikir..dada ku sebak menahan air yang bergenang di kolam mataku..kembali membasahi kesan hujan air mataku semalam..

Semakin kusut kerna tika ini aku tak dapat nk mendekatkan diri ku PadaMu Ya Allah..xdapat nk menuturkan KalamMu..Hariku seakan kaku, gerak bibir pun payah nak menguntum senyum..Kenapa ini terjadi Ya Allah..puas aku memikirkan apa yang harus kulakukan..Ku pohon PetunjukMu Ya Rabbi..Ya Ilahi dengarkanlah rintihan ku, dan mohon belas kasihMu agar kudapat KeredhaanMu....Amiin..

Aku lantas terfikir, betapa mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk meraihnya. Namun, tak sedikit yang salah arah. Lihat saja orang rela menghabiskan masa berjam-jam berpeleseran di pusat hiburan sambil meneguk minuman keras. Tak sedikit yang menghabiskan jutaan wang untuk mendapatkan pil-pil penenang. Sementara, ketenangan yang diperoleh cuma sesaat. Itu pun sifatnya sementara. Yang dicari ketenangan jiwa, yang diraih adalah kehancuran. Namun aku bersyukur kerna masih dilindungi Allah dari terjerumus ke arah itu..Alhamdulillah..

Faktanya, tak ada seorang pun terbebas dari persoalan hidup. Itulah sunatullah yang berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat dan kedudukan takkan mampu menghalanginya.

Alhamdulillah ,daripada pembacaan ku sepintas lalu sebentar td..aku kembali sedar yang sesungguhnya benar, Islam itu Indah..Allah takkan menguji ku jika aku tak mampu untuk menghadapi ujian itu..Aku yakin, aku mampu bangun sendiri, mencari sisa2 kekuatan yang ada, lebih bertawakkal selepas berusaha, redha diatas ketentuan Allah ini..

Ingin ku kongsikan di sini, Islam memberikan solusion terhadap tekanan hidup itu agar jiwa tetap tenang. Tak ada istilah stress hagi seorang mukmin. Soalnya, Islam telah memberikan penyelesaian untuk menghadapi tekanan hidup, berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk meraih ketenangan jiwa, InsyaAllah:

1. Solat Fardu 5 Waktu

Menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).
Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

2. Membaca dan mendengarkan al-Quran


Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Ia mengeluh, “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah obat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari-hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah, dan pikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tak nyenyak," kata orang tersebut.

Ibnu Mas’ud menjawab, ”Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdi kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang tersebut. Sesampainya di rumah, segera ia berwudhu kemudian diambilnya Al-quran dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, ia segera dapati hatinya memperoleh ketenteraman, dan jiwanya pun tenang. Pikirannya segar kembali, hidupnya terasa bergairah kembali. Padahal, ia baru melaksanakan satu dari tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah saw tersebut. Mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

3. Berzikir Memuji Allah SWT

Dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

4. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu bisa mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadits dijelaskan bahwa para malaikat selalu mendoakan orang-orang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan."
Dari hadits tersebut dapat disimpulkan bahwa orang yang dermawan itu memperoleh dua balasan. Pertama, ia mendapatkan ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan dari Allah.


5. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas


Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah, meskipun tampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul bila kita senantiasa melihat orang-orang yang kondisinya lebih rendah dari kita, baik dalam hal materi, kesehatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran. Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran dari Allah.


6. Menjaga silaturahim


Manusia adalah makhluk sosial. Sebagai makhluk sosial manusia membutuhkan jalinan hubungan yang baik dengan manusia lain. Berbagai kebutuhan hidup takkan mungin bisa diraih tanpa adanya bantuan dari orang lain. Karenannya, di dalam hadits Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahmi, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan, Rasulullah juga pernah bersabda bahwa silaturahmi dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rejeki. Hubungan yang baik di dalam keluarga, maupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan sangat efektif untuk menanggulangi berbagai persoalan yang berkembang di masyarakat.


7. Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah.


Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber dari Allah SWT. Karena itu hendaklah kita selalu menghadirkan Allah SWT dalam segala situasi, baik dalam keadaan senang maupun susah. Keterikatan yang kuat dengan Allah SWT akan membuat jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah goncang dan diombang-ambingkan sesuatu. Sebab, bila kita lalai untuk mengingat Allah, maka membuka peluang bagi setan untuk mempengaruhi pikiran kita.


8. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit


Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangan. Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tergapai bila kita tidak melanggar nilai-nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang-orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya diliputi kegelisahan.


9. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar-benar karena Allah


Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah karena selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya. Terombang ambing oleh sikap dan gaya hidup orang kebanyakan. Sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang datang dari Allah (al-Islam). Betapa melelahkannya hidup ini bila segala hal yang ada di dunia ini kita ikuti.


10. Tidak mengemis kepada orang lain


"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah hadits rasulullah yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup mandiri. Tidak tergantung dan meminta-minta kepacla orang lain. Sebab, orang, yang mandiri, jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan. Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah. Hal ini tentu membuat batin tak nyaman.


11. Menjauhi Hutang


Dalam sebuah hadits Rasulullah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasakan keamanan!” (Para sahabat) bertanya: Bagaimana bisa terjadi seperti itu! Sabdanya: Karena utang.”

Begitulah kenyataanya. Orang yang berutang akan senantiasa dihantui ketakutan, karena ia dikejar-kejar untuk segera melunasinya. Inilah salah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi utang, karena utang itu menjadi beban pikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari."


12. Selalu berpikir positif


Mengapa seseorang mudah stress? Salah satu faktornya karena ia selalu diliputi pikiran-pikiran negatif. Selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap kita diberikan oleh Allah berbagai kelebihan. Ubahlah pikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka cemberut, badan lemas dan frustasi dengan ungkapan senang. Ungkapan senang akan membuat ekspresi senyum dan jiwa menjadi semangat kembali. Bukankah di balik kesulitan dan kegagalan ada hikmah yang bisa jadi pelajaran? Dan bukankah dibalik kesulitan ada kemudahan?

13. Berdoa Mohon Pada Allah SWT

Amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam. 

Monday, October 26, 2009

1, 2, 3....Happy Graduation Day!!

Happy Graduations dear friends!!

Graduations..Convocation.. or what ever you name it...

Makes me wonder, how long we have been a good classmate, a good housemate, a good Wingmate, a good jokemate, sometimes we are serious, sometime we are study, sometimes we got crazy, sometimes we are naughty..huhu..a lot of things happened among us..laughter, sometimes tears are blend together, that makes our friendships are memorable..enjoyable..sometimes its hard to believed that we have being friends for years..

Makes me wonder, of the hardest thing about friendship is parting.. Like when someone we loved moves away It seemed as if our friendship was just starting Until that one fateful day..

Graduations..Convocation.. or what ever you name it...

Shedding tears for we'll be so far apart Remembering all good times and even the bad Including the fights we sometimes had We stuck together through sunshine and rain Through the tears and the pain Friendship was our gain..
Remember friends We will be friends forever Wherever you are, I'll be No matter how many miles No matter how many mistake you or I make No matter where we'll be No matter how old we are Because when you're friends forever You'll never be too far..

Graduations..Convocation.. or what ever you name it...
" As we go on, We remember, all the time we had together, And our lives change, come whatever, We will still be friends forever.."

Thursday, October 15, 2009

Bas 1 Malaysia and UiTM Di Hatiku..

Once upon a Time with The Bas 1 Malaysia and UiTM Di Hatiku

Pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM di Hatiku setelah start bekerja beberapa bulan yg lalu.. Hmm..sebagai seorang yg baru bekerje, apelah daya aku nk ade transport sendiri, lain la mcm sesetengah dari kita yang ade menerime tajaan PA&MA..rileks je la..xyah susah2 cari sendri..nk pergi keje pn senang je..tp xpe la, da rezeki aku mcm ni..so,terima je la..

Jd..aku pn naikla pengangkutan awam hari tu..huhuh..mule2 aku naik bus ke KL, ambik komuter ke Shah Alam, then sampai shah alam kne ambik bus lg untuk tiba di UiTM di Hatiku ..


"aik..apesal macam lain je ni.."aku berkata2 di dalam hati.. mane taknye, mule2 sampai lagi dah dikejutkan dengan si
stem bus yang baru..
"dik, sekarang dah x pakai cash..touch n go je boleh" kata kakak driver bus 2..

hah, ye ke??
semua orang dalam bus 2 tengok aku semacam..masing2 swap kad TnG diorang..hanya aku yg keluarkan cash..aik, mcm duk zaman kuno plak aku..mcm
ketinggaan zaman pn ade..xpe la, malu skit tp aku wat xtau je..normal la 2..aku pn da lame jgk xnaik bus kt sane tu..

Sampai di Sek.2, aku kene ambil bus untuk masuk ke dalam UiTM di Hatiku..aik, sekali lg pelik, bus ni xde tempat swap TnG plak..huhu..tanpa bertanya ape, aku pn byar tambang senggit mcm biase..sepanjang aku menapak ke fakulti ku tidak pule ku terserempak dengan sesiapa yang aku kenali pun..ish, ni totally student2 baru agaknya..lupe nak cerita, aku datang ke UiTM di Hatiku untuk menguruskan permasalahan yang melanda dan segala utang piutang dengan UiTM di Hatiku sebelum hari Konvokesyenku minggu depan..kali ni je dapat cuti dr bos..so, ni je la time nk pergi sane..

Selesai kehulu-hilir bayar duit denda library yang menelan sejumlah 40sen yang menyusahkan itu..aku pn menapak nak pergi ke bank Islam plak, bayar bil
konvo..satu lg kejadian yang menyentapkan aku.. Huh..berpeluh jugak menapak kt UiTM ni, naik bukit,turun bukit, naik tangge. .turun tangge..sampailah aku dekat bus stop..dapat duduk sebentar, then bus pun sampai..aku pn cepat2 la naik..macam yang selalu..kita just tayang je tiket n then masuk sebab sehari bleh pkai tiket yang same..tibe2.. "hai, awk..sekarang da kene bayar.."bro driver 2 sound, siap lambai2 tangan die kt depan muke aku yang tengah tayang tiket kt depan muke die..
"hah?? ye ke..oo..ingatkan macam dulu..huhu..aku senyum mcm kerang busuk..sambil 2 bayar kt die singgit lg.. Ape nie..apesal aku rase aku kelihatan lucu, bus 2 penuh ngan student yang tengok aku mcm nk senyum2 kambing..sengal!!
Bro driver bus 2 ckp lagi..
"ni mesti dah lame tak naik bus nie..heheh."..aku pn mengiyakan saje..memang betul pun..hmm.. 2X macam rase malu2 ayam..diperkotak-katikkan bus..mase aku pergi interview dekat company bus 1 Malaysia ni dulu, xde perubahan apa2 pun..tibe time aku naik pulak, macam2 perubahan die..sabo je la..


Pergi ke Bank Islam, bayar bil aku asyik tanye orang saje..td xnk tanye sangat, kan da diperkotak-katikkan..masuk je bank aku tnye orang bank nk byar bil konvo, die siap tekankan no.giliran aku and bawak aku masuk dalam sekali..siap bagi kt aku slip bayaran sekali..hehehe..macam warga emas pula rasanye..selesai hal itu, nak pergi ke KWSP pulak..sudah...aku dah tak ingat kt mane..sedang aku berjalan, aku jumpe sorang kakak..aku pun tnye die..die pun ok siap tunjuk arah lagi..aku pun terus menapak ke sana..sampai kat sana..aku x jumpe pulak mane pejabat die, tanya lagi dkt seorang kakak, die pun xtau..tp siap suruh aku tanye kt guard bank Agro-Bank tu..aku pun masuk bank and tanye..xjumpe guard tp aku jumpe kerani, Indian girl..at last jumpe pun and settle..sesuatu yang aku realize..malu bertanye, sesat jalan..hehehe..

Aku cek duit aku..ish..ish..habis RM20 untuk tambang saja..dahulu dalam RM 5 ringgit sahaja kalo aku naik bus, and xsampai RM 10 pn kalo naik komuter..makan or minum pun xsempat..dalam fikiran aku nak naik bus ke or naik komuter..
Memandangkan aku da 2 kali malu2 kucing,
aku putuskan nek komuter la..tp at last kene naik bus jugak untuk sampai ke rumah..huhu..

So, lesson for today is, mesti bertanya if kite de kemusykilan..macam kes aku tadi,tak tanye orang, kan da malu sendiri..1 more thing, banyak bende yang kita tak nampak penting n buat remeh2 je..lastly, jadi satu permasalahan yang akan menyusahkan kita jugak....macam aku ni, dulu xpernah nak tau pun de utang ke hape, bile nak konvo baru terkedek2 nak pergi bayar, padahal 40sen je..kan da jadi satu kerje..huhu..selebihnya, banyak bende dah berubah dalam beberapa bulan ni, tp satu perubahn yang tak terlihat kt UiTM di Hatiku itu, student still wearing unproper dress..seingat aku dlu digembar-gemburkan..no jeans, slipers,t-shirt allowed..mase aku dulu pun mana boley pakai macam tu da..sekarang same je..xde perubahan ape pun, sedangkan building semua da berubah..fakulti pun da cantik skit..macam2 facilities da tambah, tp student behavior i think still the same la.. hmm..ni lah dia UiTM dihatiku in the process of wanna be the World Class University..untuk terapkan etika pakaian pun x jalan..hmm..
Ape persamaan Bas 1 Malaysia dengan UiTM di Hatiku? In my point of view, Bas 1 Malaysia dengan UiTM di Hatiku ni seiring..xdapat dipisahkan.. ianya umpama nadi UiTM.. me and my group pernah menjalankan research about the effectiveness of the bus services among UiTM students and the results is dissatisfaction..a lot of things need to be done to improve their services..just like the students, kalau dah semuanya berubah, kita pun mesti lah berubah kan..bukan semua la..de certain student je..hmm..renung2kan la..yang penting skali, 1 day trip to shah alam memang memenatkan bila naik public transport..waaa..huuuu..

Sunday, October 4, 2009

Bala Bencana Bukti Kekuasaan Allah SWT


BALA BENCANA…

BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT TERHADAP MAKHLUKNYA…



Innalillahhi wa innailaihi Rajiun...


Taufan, Banjir besar, Gempa Bumi, Tsunami..dan segala macam bencana alam yang melanda baru-baru ini begitu memeranjatkan seisi dunia. Kita sangat bersimpati atas musibah yang melanda beberapa buah negara ini.

Bila difikirkan betapa Kudrat Allah SWT menghancurkan sesuatu dalam sekelip mata. Berapa ribu orang ditelan bumi hanya dalam gegaran beberapa saat sahaja. Allahuakbar…

Gempa terjadi akibat pergerakan kerak bumi dan di dalam Al Qur’an sendiri telah disebutkan bahwa gunung-gunung ini tidaklah diam seperti yang dijelaskan:


“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagaihal jalannya awan. (begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kokoh tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Naml : 88).

Dalam tragedi di Samoa pula, kepulauan Pasifik ini mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda tsunami berikutan gempa bumi di dasar laut berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Ritcher pada Selasa lalu, sehari sebelum gempa bumi di Padang.

Angka kematian yang disahkan akibat tragedi di Samoa, American Samoa dan Tonga itu mencecah sekurang-kurangnya 180 orang tetapi para pegawai menjangka jumlahnya lebih besar lagi.

Banjir di seluruh India, yang mengorbankan lebih 250 orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Taufan Ketsana adalah yang terburuk di Vietnam pada tahun ini. Jumlah kematian akibat bencana Taufan Ketsana di Vietnam meningkat kepada 162 orang hari ini, manakala 616 lagi cedera dan 13 lagi dilaporkan hilang.

Taufan Ketsana yang membadai beberapa negara di Asia Tenggara itu telah meragut sekurang-kurangnya 293 nyawa di Filipina sebelum bergerak ke Vietnam dan Kemboja dengan 17 kematian dan Loas (21)

Tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Parma telah meragut nyawa 13 orang mangsa di dua perkampungan di utara Filipina, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat taufan itu setakat ini terus meningkat. Taufan Parma melanda negara itu, selepas lapan hari Taufan Ketsana membadai Filipina yang meragut nyawa hampir 300 orang dan menyebabkan banjir besar di Manila. Taufan Parma yang membadai wilayah utara di selatan Cagayan telah menerbangkan bumbung-bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok serta menyebabkan hujan lebat di seluruh negara.


Jepun pula dilanda Taufan Melor..MasyaAllah.. Subnahallah..Maha Suci Allah..begitu dahsyat sekali bencana yang berlaku pada jiran-jiran ini. Kita ni bagaikan menunggu

masa sahaja, berada di tengah-tengah gegaran gempa, taufan dan banjir besar. Bersyukurlah kita masih selamat lagi. Namun, ketahuilah bahwasanya Malaysia juga tidak akan terlepas daripada menerima kesan bencana walaupun berada jauh dari kawasan Lingkaran Api Pasifik,

Apakah penganjaran yang kita dapat drp kejadian2 ini? Jika diingat kembali peristiwa Tsunami pada tahun 2004 yg lalu. Mungkin kita masih tidak mengambil ikhtibar melauinya. Secara saintifiknya, mmg Negara yg dilanda bencana itu terletak dalam Linkaran Gunung Berapi Pasifik tetapi, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan ‘kejadian alam tanpa sebab’.

Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan.

Tsunami menelan Acheh dahulu telah menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam.

Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke Phuket dan lain-lain. Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang saban malam berpesta mungkar di Sungai Nibong. Tsunami juga memamah Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran, sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!

Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur.

Janganlah terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab.

Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Bala yang Allah turunkan tidak memilih siapa kita, semuanya di dalam lingkungan itu akan menerima akibatnya. Jadi jangan lah kita menghela nafas lega kerana kita tidak terlibat dengan bencana2 itu. Telah dinyatakan di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT:

“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal: 25 )

Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Acheh,di Padang,di Samoa baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Muhasabah lah diri kita, dan berdoalah agar kita dan Negara kita tidak dimurkai Allah SWT..

Salam Takziah dari saya..renungilah Firman Allah ini..

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)


Wallahualam..

Wednesday, September 16, 2009

SYAWAL MENJELMA LAGI



...RAMADHAN DISYUKURI...
...SYAWAL DINANTI...

"Semua insan sedang gembira..di hari ini..sayang...."

"Bergema suara Takbir diangkasa..selembut bayu meresap ke dalam jiwa.."

"Di hari raya..terkenang daku kepada si dia.."

"Aidilfitri..hari bahgia..hari yang mulia.."

Tatkala ini, bergema lah corong2 radio, peti televisyen..bahkan menjadi siulan ke sana sini..lagu raya memang jadi pilihan di saat hampir menjelang syawal..suasana pun sedikit bertukar..rumah bertambah meriah dek kerana nak menyambut syawal, ada antara kita berhabis wang ringgit asalkan semua nya nampak baru di hari raya nanti..


Kerja di pejabat pun setakat hadirkan diri je..bak kata orang, jasad di pejabat, tapi hati dah lama balik ke kampung. Kalau lah boleh terbang, sekarang juga kita nak pulang ke kampung halaman..rindu pada ayah ibu..atuk nenek..abang , adik, kakak..lagi..sahabat handai, saudara mara, sepupu-sepapat..mata2 air..huhu..macam2 lagi sebab kerinduan kita pada kampung halaman..

Itu situasi pada orang2 yang ade kampung halaman, berbanding dengan orang yang tiada kampung..lahirnya die ke dunia terus di tengah bandaraya..tp ianya tak bermakna raya bagi mereka tiada indahnya..Raya bagiku bukan bergantung pada tempat kita menyambutnya tapi lebih pada hati kita..dengan siapa kita meraikannya..walaupun tak semewah mana..kita masih dapat meraikan lebaran dengan orang2 yang kita sayangi..itu lah yang paling bermakna.


Di sini hari ini..sudah hampir fasa kedua kita berhari raya, masih banyak lagi jemputan-jemputan rumah terbuka hendaknya. bukankah raya kita sebulan, masih ada masa lagi meraikannya.

Namun begitu, raya kali ini begitu sayu sekali..tiap kali raya pasti rasa kekurangan itu, syahdu di pagi raya tak dapat menyamai syahdu hatiku. Ceria raya tiada pada mataku..tak kutahu bagaimana ingin mengurangkan rasa itu. Tiada lagi tangan ayah untuk di kucupi . Tiada lagi keriuhan di pagi menunaikan Solat Aidilfitri panggilan Ilahi. Masih terasa hangatnya air mata yang jatuh ke pipi. Semua nya hanya tinggal kenangan, kenangan yang mengusik jiwa tatkala mendengarkan Takbir Hari Raya..saban tahun tetap begitu, tiada apa yang dapat mengubat lara hati ini..

Tetapi, aku tetap bersyukur, masih ada tempat menumpang kasih, bonda, abang dan kakak tercinta..inilah tinggalan ayah pada kami..keluarga, harta yang berharga..tetapi masih ada segelintir insan yang tidak menghargai harta peninggalan ini, demi mengejar sesuatu yang bukan hakiki..biarpun keluarga juga pinjaman Allah pada kita, kita seharusnya mensyukuri pemberian ini bukan? kembalilah pada kasih ayah dan bonda selagi hayat dikandung nyawa, pohon maaf, ampun kan dosa, halalkan makan minum dari kecil hingga dewasa.. jangan nanti penyesalan menghantui minda..jika sudah begitu rupa, tiada lagi ertinya hidup di dunia..tanpa restu ayah dan bonda..

Salam Aidilfitri............



Saturday, August 29, 2009

Berbuka sana sini....



Assalamualaikum semua....
InsyaAllah.. kejap je kita dah nak melangkah ke fasa ke 2 Ramadhan..seminggu dah berlalu..Alhamdulillah kita dah pun menjalani ibadat puasa dengan bersungguh-sungguh selama ini. Kita berdoalah supaya segala amalan kita diberkati dan diterima Allah SWT dan mampu membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik walaupun bukan lagi di Bulan Ramadhan selepas ini. Hari ni, sangat lah bertuah kerana aku dan keluarga diberikan peluang untuk bersama Qariah yang lain berbuka puasa bersama-sama di masjid. Sebelum ini, aku memang tak pernah berbuka puasa di masjid jikalau bukan majlis yang dianjurkan oleh pihak University semasa belajar dahulu..rasanya la.Masa di kampung dulu, hanya ayah sahaja yang akan berbuka di masjid..manakala, kami yang lain hanya menyediakan juadah untuk dibawa sahaja.. Kami tiba dalam pkul 5.30 ptg..ingatkan dah lewat sangat, rupa-rupanya majlis pun belum dimulakan lagi. Ramai juga Muslimin yang hadir..kaum muslimat ade la dua tiga kerat..campur aku, mak n kakak..ade la juga..namun, semakin lama semakin ramai Qariah yang hadir..dan menjelang waktu berbuka..kami hanya berbuka yang sekadarnya sahaja. kurma, air dan kuih-kuih..selepas magrib baru la kami mkan yang lebih berat..berbanding di rumah..kadang-kadang kita menjamu makanan sampai lewat untuk solat maghrib..hmm..harinie begitu menyedarkan aku. Dan, yang bagusnya aku rasa lebih selesa untuk solat berjamaah dan solat Taraweh..perut pun xpadat sangat...hehehe.. Hmm..tapi apa yang aku nak kongsikan di sini ialah kehadiran orang-orang bukan muslim yang begitu di hormati bahkan diberikan tempat VIP lagi..bukan nak bersifat racist or what..but just a short thinking..why our people act this way, to this "people"..while they not really respect our religion and our thoughts, but we keep being nice to them..till the end.. Kehadiran insan2 yang bukan dari kalangan kita yang berpuasa ni, agak menyebabkan aku memandang 2-3 kali..siap sediakan tempat as VIP atas tiket Yang Berhormat... n Yang Berhormat..mendapat penghormatan di Rumah Allah sedangkn kita yang lain ni hanya di khemah biasa saja..aneh betul..tu satu bende yang aku agak tak setuju..biarpun atas dasar pakatan rakyat ke pakatan masyarakat ke ape pun la..tak perlu la kot..siap suruh orang yang dah memang datang awal yang duduk kat tempat hadapan tu berpindah ke khemah biasa bagi memberi ruang untuk para-para VIP duduk kt situ.. Hmm..still thinking..apa yang diorang faham masa kita dengarkan tazkirah sedangkan kami yang sepatutnya duduk di hadapan bagi mendengar tazkirah sebelum waktu berbuka tu..lagi lah aneh..hmm..yang paling xbest ada juga isu2 politik di ketengahkan..salah satunya isu yang hangat baru-baru ini. Larangan jualan arak di premis2 di shah alam tu. Lagi la x masuk akal bila keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Sebagai bekas penduduk Shah Alam, aku memang x setuju,bagiku tindakan dan keputusan itu jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi penduduk Islam di Shah Alam, dan jelas tidak menghormati pendirian PAS Selangor yang merupakan rakan Pakatan. Hmm..malahan apa lebih dikhuatiri sikapnya akan memberikan persepsi beliau terlalu tunduk kepada nafsu serakah DAP yang akhir-akhir ini kelihatan makin melampau dan biadap termasuk membuat kenyataan dan tindakan yang dianggap menghina dan merendahkan Islam dan umat Islam..Oooppss..kan aku dah tersebut..huhu..mm..selain itu,ditegaskan juga selama ini media yang selalu bertindak memutar belitkan berita menjadikan masyarakat lebih salah faham..hmm..padaku mungkin ada benarnya..tapi tolong la sedar kaum ku, sahabat-sahabat semua..sampai bila orang melayu ni nak jadi macam nie..Hmm..hentikan la politik macam nie..sentiasa la istiqamah dalam berjuang..jangan la sebab nak kan sokongan banyak pihak, terpaksa gadaikan agama suci kita ini..nak ber"pakat" pun masih ade batasnye..ye tak?? huhu..Umat Islam boleh berdiri sendiri dan kita akan jadi sangat kuat kalo kita bersatu..kalo dilihatkan pada jemaah solat yang ramai2 ni..alangkah bagusnya kalo diluar pun kita begitu ..tiada berbeza fahaman politik atau ape saja yang boleh membuatkan kita ni terpisah antara satu sama lain dan membuatkan umat islam ni rapuh bila diserang musuh..Oooppss...hah, kan dah masuk bab politik plak.. Bagiku..apa yang penting.."Kerjasama"...eh bukan...ape yang penting diri kita, jangan kerana kegilaan kuasa melupakan kita kepada ukhuwwah dan akidah Islamiyyah. Wallahua'lam..Selamat bersahur dan berbuka ye..