Taufan Ketsana yang membadai beberapa negara di Asia Tenggara itu telah meragut sekurang-kurangnya 293 nyawa di Filipina sebelum bergerak ke Vietnam dan Kemboja dengan 17 kematian dan Loas (21)
Tanah runtuh akibat hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Parma telah meragut nyawa 13 orang mangsa di dua perkampungan di utara Filipina, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat taufan itu setakat ini terus meningkat. Taufan Parma melanda negara itu, selepas lapan hari Taufan Ketsana membadai Filipina yang meragut nyawa hampir 300 orang dan menyebabkan banjir besar di Manila. Taufan Parma yang membadai wilayah utara di selatan Cagayan telah menerbangkan bumbung-bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok serta menyebabkan hujan lebat di seluruh negara.
Jepun pula dilanda Taufan Melor..MasyaAllah.. Subnahallah..Maha Suci Allah..begitu dahsyat sekali bencana yang berlaku pada jiran-jiran ini. Kita ni bagaikan menunggu
masa sahaja, berada di tengah-tengah gegaran gempa, taufan dan banjir besar. Bersyukurlah kita masih selamat lagi. Namun, ketahuilah bahwasanya Malaysia juga tidak akan terlepas daripada menerima kesan bencana walaupun berada jauh dari kawasan Lingkaran Api Pasifik,
Apakah penganjaran yang kita dapat drp kejadian2 ini? Jika diingat kembali peristiwa Tsunami pada tahun 2004 yg lalu. Mungkin kita masih tidak mengambil ikhtibar melauinya. Secara saintifiknya, mmg Negara yg dilanda bencana itu terletak dalam Linkaran Gunung Berapi Pasifik tetapi, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan ‘kejadian alam tanpa sebab’.
Ia adalah amaran Allah. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan.
Tsunami menelan Acheh dahulu telah menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam.
Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim Tak Bai, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke Phuket dan lain-lain. Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang saban malam berpesta mungkar di Sungai Nibong. Tsunami juga memamah Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran, sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!
Tsunami juga menelan Sri Langka dan India yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan Maldives yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur.
Janganlah terlalu saintifik sehingga tidak sudi memikirkan hakikat ini. Tiada kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kecuali dengan asbab.
Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Rum ayat 41
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
Bala yang Allah turunkan tidak memilih siapa kita, semuanya di dalam lingkungan itu akan menerima akibatnya. Jadi jangan lah kita menghela nafas lega kerana kita tidak terlibat dengan bencana2 itu. Telah dinyatakan di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT:
“Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus” (Al-Anfaal: 25 )
Apakah kita mahu menunggu sehingga bumi Malaysia tersenak hidung dengan gelimpangan mayat seperti di Acheh,di Padang,di Samoa baru mahu tersentak dari kelekaan semua dan selama ini? Muhasabah lah diri kita, dan berdoalah agar kita dan Negara kita tidak dimurkai Allah SWT..
Salam Takziah dari saya..renungilah Firman Allah ini..
” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)
Wallahualam..