Sunday, November 5, 2017

On The Day I left You

#makeamove #newstart #hopeeverythingwentsmooth



It was the most intense day on my life!

I’ve been waiting since morning. Time past at 6.45 pm. He walks into the room and have chit-chat with one of our colleague sitting next to him.

Right after he said, he wants to pack and go back. I quickly grab his attention.

I asked him, “Are you leaving now?”
He was looking at me and said,” yeaah.. why??” (with his snob attitude face).

I said, I have something for you.

Then, I gave him the letter in the envelope and let him take his time to open the envelope and read.

I was quickly look at my PC and he suddenly said it louder. “Let's talk!”

We got into a meeting room so that we can talk in private.
I'm actually, doesn't have anything to talk to him anymore.

I thought the letter would explain everything.

He was like, 'OK tell me what is this?' while showing the letter to me.

I was looking at him with smile. He read it again and said OK.

He asked me, “Do you mind sharing?”

“Is it same position?”

“Nope” I said, “Different position”.

“Oil n Gas?”

I said "Not really".

He said “completely different?”

I said, "hmm.. later you will know".

Then he continue talking like he always did.

He said, “I know for this couple of years, we haven't be able to do something or improve something like we plan. Bla..bla..bla..”

Like always, he was trying to stress that he is not a part of the reason why I had to make a move. Continue saying that he can’t do much..bla..bla..bla.


I just nodded and said “I understand”..
And I continue smile.

He then said 'Ok' will discuss again how you want to utilize your leave and all.
Surprisingly, he said “I also don't know what to say anymore”.

That is the shortest meeting /confrontation session over the past 6 years. Not even 10 minutes.

I just smile and said "Thank You".
And I left the meeting room before him..

That was the day I submitted my tender resignation letter with confident!

Although I have some doubts earlier but after thinking of what has happened and how he treated me all this while.

It was great to be able to see his face when I hand over my resignation letter.



I should say it loud..
TAKE THAT SUCKER!!!

Wednesday, September 20, 2017

Tragedi Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ~ Selamat Jalan Anak - Anak Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai saudaraku..


Kejadian hitam yang meragut nyawa anak-anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih menghantui fikiran kita. Aku lihat di FB ramai orang kita masih mengunjungi tempat kejadian itu. Untuk apa? Aku tak pasti, mungkin ingin melihat sendiri kesan kekejaman manusia atau melihat sendiri tempat yang kelam dengan titik tumpahnya darah para Syuhada comel yang masih muda untuk bergelar Syahid.

Tetapi, siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah SWT. Mereka insan yang terpilih untuk melalui ujian ini, mereka terpilih menjadi Syahid dalam berjuang menuntut Ilmu. Tetapi kita, tetap hanya berada di hadapan komputer and telefon bimbit membaca, menyebarkan berita - berita yang kita dapat panas - panas, padat dari setiap pelusuk sumber dari FB, Whatsapp, Telegram, Berita - berita Online dan sebagainya. Apa kita tidak sedar natijah kejadian ini pada kita? 

Ya kita. Atau kita cuma tahu memetik nama-nama orang tertentu untuk dipersalahkan satu - persatu. Maka terkeluarlah segala kenyataan kesat, kecaman berbentuk makian dan saling salah - menyalahkan. Jadi, di mana pendirian kita? Jika kita bukan tergolong dari golongan keluarga dan saudara - mara mangsa, jadi apa peranan kita yang sebenarnya?

Tidakkah kita mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa hitam ini? 

Aku sama seperti kamu juga, turut sedih dengan tragedi ini, turut menangis, turut marah, turut inginkan pengadilan buat anak - anak Tahfiz itu. Tiada kalimah atau ucapan paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT dikemudian hari.



Salam takziah yang kesekian kalinya diucapkan kepada seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittiqaiyah serta keluarga mangsa yang terkorban. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua kita kembali.


Aku mengambil masa agak lama untuk mencoretkan sesuatu berkenaan tragedi ini kerana aku juga turut bersedih. Saat aku berlalu membaca coretan - coretan dan luahan kesedihan yang kita kongsikan bersama aku terbaca coretan ini. Sedih! terima kasih #lilymoha atas nukilan ini. Inilah juga yang terbuku di hatiku, yang tak dapat nak diluahkan dengan kata - kata..

Kau tahu kawan,
22 orang anak ke syurga itu adalah anak kita.
7 orang itu juga adalah anak kita.

Kitalah, kita,
Kita yang belum apa-apa sudah menjadi hakim, 
Kita yang belum apa-apa menunding jari melepaskan diri, 
Kita yang belum apa-apa sudah sibuk menjatuhkan hukum. 

Kitalah, kita, 
Yang mendengar perkataan "mengejek" pun sudah sibuk mengeluarkan teori, 
Seolahnya kita turut di sana, 
Mendengar setiap patah kata. 

Kitalah, kita, 
Yang sudah gagal mengeja sabar, 
Belum apa-apa sudah menuturkan tinta, 
Budaya mengecam walau pada nasihat, 
Budaya menularkan berita walaupun belum sahih, 
Budaya membesar-besarkan cerita walau hanya isu kecil. 
Budaya yang mahu tunjuk akulah yang betul, akulah yang benar, akulah yang bijak. 

Kau tahu kawan, 
Saat 23 keluarga menghantar kecintaan mereka ke syurga, 
Ada 7 keluarga lain sedang terkejut, 
Entah apakah perasaan ini? 
Dari semalam cuba menghadam, 
Sejauh ini mereka kefikiran. 

Siapa ibu bapanya? 
Generasi kitalah, 

Usia kita, 
Yang bergelut dengan bejatnya dunia, 
Guru tidak boleh mendidik, 
Jiran tidak boleh menegur, 
Sedang kita tahu, 
It takes a nation to raise a kid. 

Hari ini, 
Tariklah nafas dalam-dalam, 
Berkuatlah kita semua, 
Hanya ada tiga hari saja dalam kehidupan. 
Hari semalam yang telah kita tinggalkan, 
Hari ini yang esoknya kita tentukan, 
Dan esok yang kita doakan supaya baik-baik sahaja. 

Semoga kita belajar dari semalam untuk hari ini berusaha melengkapkan generasi esok. 
Kredit #lilymoha

Aku tahu pasti ada yang tidak bersetuju dengan nukilan ini dan terus - terusan menghentam pusat pendidikan tahfiz. Biarlah yang duka berlalu. Tidak mudah mengatakan mereka yang pergi sudah berbahagia di sana, sedangkan keluarga mereka yang ditinggal pasti tengah berduka. Redhalah! Mudah bagi kita untuk menitipkan pesan, tetapi hanya mereka sahaja yang memahami perasaan kehilangan.


Jadi, kita selaku masyarakat yang yang melihat, merasa dan berduka marilah sama - sama berdoa untuk mereka dan untuk kita. Banyak kepincangan yang berlaku dalam masyarakat adalah berpunca dari kita juga. Suatu musibah berlaku kerana Allah ingin beri peringatan kepada kita, membalas dosa kita, mengampuni dosa kita serta menaikkan darjat kita. Tetapi adakah kita perlu tunggu lagi musibah yang lain baru kita kembali mencari Allah? Hentikanlah menuding jari salah - menyalahkan, kaji puncanya dan selami cara untuk atasinya sama - sama. Aku sangat bersetuju dengan perkongsian dan luahan Prof Muhaya mengenai kejadian ini. Anda boleh baca di sini.

Akhir kalam, percayalah setiap jiwa yang suci itu natijahnya InsyaAllah baik juga. Selamat jalan anak - anak Syurga.


~ Mari kembali kepada fitrah dan memohon ampun kepada Allah~

Thursday, September 7, 2017

Mana Lagu Selamat Malam Rohingya??

Pelik. Benar - benar pelik!


Sejak kebelakangan ini banyak artikel menyebarkan kebencian terhadap orang Rohingya di tulis di blog-blog dan di FB post. Aku jadi pelik sebab masa mula - mula isu ni diketengahkan dahulu ramai orang kita yang kesian. Pada waktu itu aku lihat masing - masing share update dari Rohingya, mengutuk kekejaman sami - sami Budha sebagai pengganas, penjenayah dan sebagainya. Pernah ada petisyen yang di tularkan untuk semua rakyat Malaysia tanda tangan menuntut kebenaran bot orang Rohingya untuk berlabuh di pantai kita suatu masa dahulu. Bunyinya macam dah lama, tapi sebenarnya isu ni baru lagi dicakna orang Malaysia. Orang kita juga dahulunya pernah menganjurkan perhimpunan secara besar - besaran tanpa mengira parti politik, tanpa mengira bangsa dan agama untuk memberi sokongan dan menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya ini. Malah PM kesayangan korang pun turut serta sama-sama mengutuk tindakan Junta Myanmar. 


Apa sudah jadi sekarang?? 

Korang tahu tak cerita sebenar disebalik isu ini? Ke masih ada yang tak tahu apa - apa bagaikan baru turun dari bulan gamaknya. 

Secara ringkas mengenai sejarah Rohingya korang boleh baca kat sini. Malas membaca aku tak tahu nak tolong fahamkan macam mana lagi. 

Sejarah Rohingya - Artikel Malaysia 
Sejarah Rohingya - Artikel Indonesia 

Aku agak terkesan bila ramai orang menyokong artikel - artikel yang menyebarkan kebencian ini. Tak perlu aku letakkan di penulisanku. Aku tak ingin menyebarkan kebencian ini. Korang taip je Isu Rohingya kat Google atau FB macam - macam artikel dan post akan keluar. Kebencian termasuk cerita mereka ini biadap, bangsa tak sedar diri, pengemis, pengotor, makin pijak kepala, tiba - tiba banyak pula cerita dari Pasar Borong Selayang keluar. Ramai pula yang menularkan gambar - gambar keadaan kotor yang dikatakan berpunca dari orang - orang pelarian ini. Malah ada orang kita menggelarkan mereka ini virus, patut pun dihapuskan di Rakhine, Myanmar. Nauzubillah, sampai ke situ kejamnya penulis itu. 

Mana pergi lagu yang didendangkan dahulu? Lagu yang mendendangkan kesedihan, keprihatinan dan simpati orang kita. 

Apa sudah jadi sekarang?? Atau patutkah kita buat lagu Selamat Jalan Rohingya, Selamatlah Balik ke Tempat Asalmu Rohingya atau Nyah dari Sini Rohingya, Malaysia Kami yang Punya. 

Cakap lebih - lebih pun tak guna, nanti kena kecaman lagi. Sejujurnya aku dah tak kisah kena kecam. Nanti akan adalah mereka yang berkata ; 

"Kau boleh lah cakap, Kau tak pernah berurusan dengan diorang ni, kau tak rasa!" 

"Kau tak berjiran dengan mereka, mereka ni samseng tak bertamadun!" 

"Kau nak ke Malaysia ni dikuasai puak - puak pelarian ni?" 

"Kau nak ke nanti di masa depan, kau perlu bersaing dengan mereka yang berlambak di sini?" 

“Kalau kau nak tolong sangat, kau aje lah yang buat. Bela semuanya kat rumah kau. Aku ada banyak masalah lain nak fikirkan ini.” 

Hurmm.. Apa sudah jadi sekarang?? 

Disebabkan ini blog aku dan tempat aku menulis dan meluahkan rasa dan fikiranku. Aku persilakan kalau korang tak setuju. 

Satu je aku nak cakap lagi, 

Bayangkan jika bangsa Melayu kat tempat mereka (tak kisah la Bangsa Johor ke, Bangsa Perak ke Bangsa KL ke dll), kena serang, kena rogol dan bunuh hari -hari. Minta bantuan negara Islam dan jiran -jiran, mereka kata kita bangsa tak sedar diri! Menyusahkan! Buat negara Islam lain terhimpit! 

Apa rasanya?? 


Sedarlah! Ini semua usaha -usaha musuh Islam nak pecahkan umat Islam. Usaha nak jadikan manusia tidak lagi membantu manusia lain yang susah. Atau korang dah lupa 

Sabda Rasulullah SAW 

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim) 

Jangan timbulkan sentimen kebencian itu. Aku dah baca banyak komen negatif ni, dan aku risau akan natijahnya nanti. Disebabkan itu aku sanggup stay back sebab nak tulis pasal ni hari ni juga!

Terima kasih kepada Ustaz Hakim Mohd Nor, Setiausaha Serantau Muslim. Atas tulisan beliau yang mengulas komentar negatif mengenai Rohingya baru - baru ini. Aku harap sangat korang baca kat sini. Hadamkan betul - betul!


Akhir kata, letak diri kita dalam situasi mereka. Bukan jadi Keyboard Warrior menyebarkan kebencian sesama kita. 

~So, I'm ready kecamlah me~

Tuesday, September 5, 2017

Gelita ~ Bermulanya Episod Misteri (Seram - Seram Kuku)



Apa yang akan aku ceritakan adalah cerita sebenar kejadian. Sebenarnya, rasa agak gusar bila aku mula menulis sesuatu seperti ini. 

Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin kisahku sendiri, mungkin juga bukan. Cuma ku harapkan pembaca semua mengambil iktibar atas cerita ini. Cerita tetap juga cerita, mungkin ada yang benar dan ada yang ditokok tambah sebagai penambah perisa dan penyedap cerita. Namun, apa yang ingin ku ketengahkan adalah intipati dan pengajaran melalui cerita ini. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku (adalah pencerita)
Masihku ingat, sewaktu kecil dahulu aku dan kakak selalu menghabiskan masa cuti sekolah kami di rumah Opah sebelah ibu di Kampar, Perak. Umur aku dan (Uda) kakakku yang kedua cuma beza 2 tahun sahaja.



Sekadar gambar hiasan
Kalau cuti sekolah selama sebulan, paling tidak seminggu pasti kami tidur di sana. Kebiasaannya, ibu akan menghantar kami berdua dengan bas loncat-loncat (term orang kampung) dari Teluk Intan ke Kampar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Sampai saja di simpang jalan masuk ke kampung, Atuk akan menjemput kami dengan motosikalnya. Masa tu Arwah Atuk dan Opah masih sihat lagi. Sekarang kedua-duanya telah pun pulang ke Rahmatullah. Pelbagai keseronokkan menanti kami bila bercuti di kampung. 

Aku juga punya sepupu yang sama umur denganku serta adik-beradiknya yang diasuh oleh Opahku sedari kecil. Malah mereka juga bersekolah di kampung itu. Itulah geng sepermainan kami. Macam-macam aktiviti akan kami lakukan bila bersama. Masuk kebun, keluar kebun, tunggu durian dan buah-buahan di kebun Atuk, main masak-masak, main kejar-kejar, main rumah-rumah, ada masa berkawan baik, ada masa bergaduh dan part yang paling disukai ialah part menyakat dan bercerita hantu. Kadang-kadang cerita tak logik pun keluar. Bab menyakat, selagi seorang tak menangis tak sah. Pernah balik mengaji malam-malam kena tinggal kat tepi pokok pisang, sebab masing-masing lari balik sebab ade sorang tu jerit hantu. Masing-masing bertempiaran lari. Ada kala kami panjat pokok, panjat bukit, panjat tebing. Lutut berdarah, kaki terseliuh tu perkara biasa. Pernah suatu ketika tu kami main kat suatu kawasan yang agak bahaya untuk budak-budak. Kami main di tepi lombong sebab nak kutip batu cantik-cantik. Balik dari situ kena marah kaw kaw dengan Atuk. Sepupu yang lebih tua dari kami la yang disalahkan sebab bawak adik-adik pergi kat tempat itu. Padahal itu cuma lombong tinggal, air pun dah kering. Begitu indah dan lasak zaman kanak-kanakku dahulu. Ganas serupa jantan! 

Sayangnya hubungan rapat itu tak berkekalan. Alangkah ruginya. Pelbagai perkara menyumbang kepada keadaan sekarang, adik-beradik ibuku sudah tidak lagi berbaik seperti dahulu. Mungkin semuanya telah ditakdirkan, namun aku agak terkilan dengan keadaan ini. Hanya kerana harta pusaka, masing-masing membawa haluan sendiri dan tidak lagi bertegur sapa. Sepupuku juga semakin jauh dariku. Malah di laman sosial pun tiada yang berhubungan. Aku juga kadang-kadang hairan bagaimana hubungan kami yang cukup rapat kini jadi renggang dan dingin. Sejak Opah dan Atuk sudah tiada, Pak Cik dan Mak cik serta sepupuku semua sudah tidak lagi datang beraya di rumah kami. Dan Semenjak Ayahandaku juga sudah tiada, mereka langsung tidak mengambil tahu perihal Ibuku. Walhal, Ibuku adalah anak sulong pada Atuk dan Opah. Aku sangat hairan.

Dalam pada masa yang sama, keadaan hidup kami juga berubah. Ibuku terkena penyakit misteri, sakit yang dialami ibu sama seperti keadaaan Opah terdahulu. Demam sampai meracau. Pernah suatu kejadian aneh berlaku dan disaksikan aku dan seorang Doktor Cina di sebuah klinik kesihatan. Masa tu, Ibu demam panas, dan mengadu sakit perut dan cirit-birit sampai tak mampu untuk bangun. Aku bergegas balik bila Along (kakakku yang sulong) telefon dan beritahu keadaan Ibu. Masa tu, Ibu tinggal dengan Along dan aku duduk bujang dengan kawan-kawan. Along tak punya kenderaan untuk menghantar ibu ke klinik. Abang iparku pula masih ditempat kerja dan pulang agak lewat. Ibu sudah tak berupaya bangun bila diajak ke klinik berhampiran. Terpaksa dipapah oleh cucunya, anak Along yang paling tua. Sampai klinik, Ibu terpaksa ditolak dengan kerusi roda sebab tak berdaya untuk berdiri. Masa tu dah senja. Kerana kecemasan, doktor sendiri suruh masuk tanpa perlu tunggu giliran. Ramai juga pesakit lain pada masa itu. Bila doktor periksa perut ibu dan tepuk-tepuk disekitar permukaan perut, doktor tak menjumpai apa-apa. Doktor ada menyebut sakit ni mungkin angin. Aku dan Along saling berpandangan. 

"Takkan angin sampai macam ni punya sakit!" kataku dalam hati. 

Melihatkan mukaku yang tak berpuas hati dengan jawapannya itu, Doktor menyarankan agar kami cuba Ultrasound scanning. Namun, masih tak menjumpai apa-apa yang pelik.

Aku perhatikan Doktor masih tekun memikirkan kemungkinannya. Tiba-tiba doktor dapat rasakan sesuatu, dia seperti terkejut dan terus suruh aku menekan perut ibu. Benar! Aku sendiri dapat rasa dan pegang sesuatu seperti benjolan besar dan keras pada bawah pusat Ibu. Tadi tak jumpa apa-apa. Pelik! Serentak dengan itu aku terpandang wajah Ibu yang tengah tersenyum sinis. Seram bak hang!

Doktor meminta kami membawa Ibu ke hospital dengan segera. Doktor pun tak boleh nak diagnose apa-apa. Aku pun tak bertanya lebih lanjut lantas terus memecut ke hospital besar. Masih terkejut sebenarnya. Aku perhatikan Ibu yang berbaring disebelahku. Lain benar rupanya. Sebijik muka Arwah Opah cuma Ibuku agak berisi berbanding Opah. Melihatkan pandangan matanya yang meliar dan memikirkan raut senyumannya saat sakit tadi membuatkan jantungku berdegup kencang. Seriau!

Aku dan Along berkampung di hospital menunggu Ibu yang sedang dirawat. Semuanya selesai jam 5 pagi. Ibu dibenarkan pulang. Hasil ujian keluar, Ibu cuma didapati menghidap Kencing Kotor. What! This is unlogical. Benjolan di bawah pusat itu pun dah tiada. Doktor cuma cakap macam tu je. Tiada apa yang serius. BP (Blood Pressure) cuma naik sedikit disebabkan panas dalam. That's it! Kami dah fikir ada sesuatu yang pelik ni. Ibu pun dah sedar tak macam masa mula-mula sampai tadi. Ibu seperti bukan dirinya sendiri. Itu aku pasti!

Bersambung...

~Saya suka menulis.. sape tak suka baca, sila abaikan, istighfar dan pergilah makan nasi.. Jangan lupe bace “Bismillah”.. ~

Thursday, August 24, 2017

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat ~ Sollualannabiy!


Kerinduan Yang Tak Berpenghujung

Lihat post dari Facebook dan Instagram


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah minggu lalu aku berkesempatan membawa keluarga melihat Pameran Artifak Asli Rasullullah SAW dan Para Sahabat yang berlangsung di Perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Antara nak menangis dan teruja. Allah sampaikan hajat nak melihat sendiri tinggalkan Rasulullah SAW. Bila menjejakkan kaki di pintu masuk, kaki dah rasa goyang. Jantung bergetar. Saat terlihat janggut Rasul yang mulia, air mata dah mengalir. Apatah lagi melihat rambut baginda, darah baginda, serban, tongkat, capal baginda.

Biarlah orang melihat keadaanku itu. Rasa rindu yang teramat. Walaupun tak pernah bersua, aura dan rasa kasih pada Kekasih Allah ini begitu membuat hati rasa sayu dan sedih. Sangat tidak menyangka dapatku melihat cebisan peninggalan baginda di zaman kita. Allahurabbi. Rindu, serindu-rindunya pada Rasulullah SAW. Semoga Rasulullah SAW memberikan syafaatnya padaku dan kita semua di akhirat nanti. InsyaAllah.

Berikut adalah informasi mengenai Pameran ini :

Tarikh : 10 Julai - 23 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Harga Tiket adalah seperti di bawah: .
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak

Tiada apa yang mampu ku katakan lagi. Pameran dah pun tamat minggu ini. Entah bila nak dianjurkan lagi. Allah sangat baik, subhanallah. Allah Maha baik. Betapa aku sangat menghargai rezeki ini. Bukan mudah nak melihat sendiri artifak asli yang dijaga rapi oleh beberapa Negara Islam yang di amanahkan menjaganya. Mampukah aku terbang ke Turki, ke Arab Saudi, ke Jordan bahkan ke Brunei pun belum mampu lagi. MasyaAllah. Tabarakallah. 

Mari aku kongsikan antara gambar - gambar yang sempat aku rakamkan ketika itu. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. 

1- Janggut dan rambut Rasulullah SAW

2- Baju besi, pedang rampasan perang, baju besi, nama2 pedang Rasulullah SAW dan busur baginda.
(lihat dari arah lawan jam)

3- Capal, serban dan darah dari bekam Rasulullah SAW dan tongkat baginda
(lihat dari arah lawan jam)

4- Kunci Kaabah, Kain Kiswah pintu Kaabah, Kain Kiswah dan Batu dinding Kaabah
(lihat dari arah lawan jam)

5-Kunci Makam Rasulullah SAW, gambar cop mohor baginda, kunci Makam Ashabul Kahfi dan barang peninggalan Saidina Hassan Dan Hussin.
(lihat dari arah lawan jam)

6- Al Quran bertatah emas 

7- Kereta Kuda Kerajaan Solo

8- Kain penutup makam baginda

Aku kongsikan juga beberapa gambar keluarga untuk simpanan dan rujukan aku sendiri. Antara yang ku bawa adalah kakak-kakakku bersama anak- anak buahku. Alhamdulillah. Moga keluarga ku menjadi keluarga yang cintakan Rasulullah SAW dan mendapat Syafaat darinya.

9- Bersama si kecil Muhammad Uthman Muallim (anak buah) melihat Serban baginda dan kesan tapak kaki baginda yang Mulia.

10- Bergambar dengan rambut Rasullullah SAW yang Mulia - Uda (kakakku), Uthman Muallim, 
Bergambar dengan Serban Rasulullah SAW Yang Mulia - Amirul Ashraf dan Helmi (anak-anak buah)

11- Teruja melihat Busur baginda Nabi SAW. Berehat sementara menunggu waktu Zohor.

12- Uda bersama K. Zalina. Along (kakakku) dan anak-anak buahku.

13- Uda bersama anak-anak.

14- Teruja melihat Al-Quran tertatahkan emas

15- Subhanallah. Rambut Rasulullah SAW yang Mulia.

16- Belum ada rezeki ke Mekah tetapi dapat melihat Kain Kiswah pintu Kaabah. Subhanallah.

17- Bergambar sekejap sebelum balik. Alhamdulillah

Alhamdulillah. Semoga ketemu lagi. Jangan lupa memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sollualannabiy!

Wednesday, August 23, 2017

Crush from Unexpected Person! What Will You Do?



I finally gotta know that my boss had a feeling on me. What?? That is far worst reality. Gosh!!

I know we used to had a good relationship the last time. But these days, we doesn't have any reason to like each other. I feel it, I hate him for so many reasons. 

First, I know that he purposely doesn't want to promote me. He promised last time to promote me for a higher position. But, he didn't keep his promise. He gave me so many reason why I'm not deserved it. I have done so many extra things that he asked me to do. Still, he didn't find it impressive. I will never be good enough to him. 

That's it! I'm giving up, because it's not that I'm not performing, he just don't want to see it. He think that I will stay here with him forever. Am I nuts?? 

But, last week someone said it to me the fact that my boss had a crush on me. It took me by surprise! Really!!

I still remember how caring he can be to me. He bought me lunch, he celebrate my confirmation, working anniversary. He bought fruit and juice for me when I got sick in the office. I took a half day off but he told me to eat the thing that he bought before I went back. He knows my problems. He knows about my family issues. He never missed to brought something for me whenever he went back to his hometown at Ipoh. Sometimes he brought his Mom's homemade biscuits, sometimes pomelo fruit from Taiping. He knows when I went for solat even if I didn't informed him. He understand that he cannot touch me or shake hand with me more that a Muslim boss will do.

My colleague once told me that he seems to be anxious, nervous like the old says "bagai kucing hilang anak" when I was not there in the office. He keep message me even if I'm on leave or MC, asking unnecessary thing. He drop me off to the nearest train station when we stayed back for work even it's not that late. When we used to be very closed, I did bought him cake to celebrate his birthday with other colleagues. 

But then, there is one day he suddenly received a bouquet of flower, he told us that it was from his girlfriend. Not later than that, he got married. He did invited me but I didn't have the chance to go. My friend find it weird because his wife is a very young girl, just recently graduated from college and he is far older than me. Later on, he changed a lot. He change tremendously when he got promoted to be GM. I was so shocked and feel offended that he didn't informed me about that. I just know it from someone else.


Starting from that moment, we didn't get closed anymore. We are separated. My other colleagues noticed about that. We even had a cold war and lots of lots of misunderstanding and it kills me. He once raise his voice to me. That never happened before. I don't want to talk with him. Communication, approval all by email, even if he is in front of me. We didn't talk when the two of us left in the office. I keep MC and EL as my routine. There is one or two times we confront and try to solve our issue. I told him how I felt, he tone down a bit and promise to change all the bad thing that happened to us. It was a solid of 6 years ++ Boss-Staff relationship and I am not hoping for another counting.

This year I decided to move and search for other opportunity outside. I had enough with him and the company. Please pray for me so that I can get a better place to go after this. I wanted to end the war. I accept the fact that he is still my boss and I still have respect over him. 


I will keep treating him well because of one reason. Because of Allah. There is a time when I pray that Allah shower him with Hidayah because I believed deep down inside he is a good guy. I tried to be a good Muslim so that he got a good experience working with Muslim and he got a good expectation towards Islam. Hope I got him into something. I have done my best, so please let me be in other place. 

These days, he seems so different. He smiled a lot, with me of course. When he talk, he looked at me, he come towards me. He even asked me if I would like join meeting or not. That never happened before! He jokes around and talk to me, discuss, listen to my thought like we did before. Well, whatever it is, I'm just hoping that this will end well. He might once had a feeling with me, but he backed off due to a lot of reason, family, religion, background etc. I never thought that things like this can happened. But, sometimes things never go as what we planned. I want to tender my resignation as soon as possible. May Allah bless me with a better opportunity or rezeki in other places. Amiin..

#allwellendswell #whenmoonlightladywrite

Monday, August 7, 2017

"Jangan Ambil Tanah Kami!"

Bismillahirrohmannirrohim..


Maha suci Allah. Yang memperkenankan doa hamba - hamba Nya..

Walaupun hati ni perit menerima perbuatan kalian, walaupun otak masih ligat berfikir apakah kemungkinan. Tetapi aku redha. Moga Allah berikan aku dan orang yang kau aniayai ganjaran yang baik atas segala penderitaan kami. Moga kau orang punya waktu untuk menebus kesalahanmu. Jika tidak, cari saja aku di Mahsyar nanti. Sesungguhnya tiada kemaafan buat dirimu kala ini. Aku tak pasti jika esok aku punya kekuatan untuk memaafkanmu. Mungkin juga kau boleh berdoa agar Allah lembutkan hatiku untuk memaafkanmu, itupun jika kau seorang yang berdoa dan memohon pada Allah. Dan moga Allah mengabuli doamu.


Dan jika kau tahu siapa dirimu, kau takkan berani berbuat begitu. Kau akan sedar diri, orang - orang seusiamu sudah begitu dekat memikirkan kampung abadi. Tetapi kau masih mengejar duniawi. Masih mengumpul harta untuk dibawa mati. Aku tak pasti apa yang kau cari lagi, kau punya harta untuk diturunkan pada keturunanmu, hidup senang dengan kemewahanmu, tapi harta keluargaku juga yang kau pinta. Aku tak pasti apakah kau lupa, tiada sekelumit harta tinggalan pusaka pun kami punya. Pesan ayah takkan kami lupa, serahkan semuanya kembali pada orang itu. Tanpa pusaka pun kami masih boleh hidup seperti orang lain. Tetapi harta sekangkang kera tinggalan Arwah Ayahku yang kau inginkan. Tanah itu Ayahku beli dengan hasil titik peluhnya. Di tanah seluas itu, Ayah dirikan Istana Kecil dengan tulang empat keratnya. Cuma itu tinggalan Ayah, bukti cintanya pada kami semua. Rumah itu, rumah kenangan. Sedikit demi sedikit dia membesarkan rumah itu sehingga Istana Kecil itu sudah cukup selesa bagi kami. Rumah itu tempat jatuh bangunku, rumah itu tempat mengulit mimpi, memanjat cita-cita dan menghias suka - duka di dalam hati kami semua. Rumah itu bukan rumah kosong, rumah itu rumah kenangan. Perjalanan hidup Ayah pun berakhir di rumah itu. Itu juga yang kau tagih siang malam sehingga sanggup kau aniaya kami untuk memuaskan kehendakmu. Biar dengan cara halus kau atau cara kasar, kau berusaha untuk merampasnya dari kami. 

Buat sekalian kalinya dengar sini, kau tiada hak di situ!


Aku tak faham di mana hilangnya simpati dalam dirimu? Kenapa kau berubah drastik sebegitu? Adakah semua kebaikanmu selama ini dusta? Kalau semuanya hanya lakonan, kau dah layak diberi anugerah Oskar! Kita bukan orang lain, tapi saudara sedarah sedaging. Dulu kau layak jadi waliku. Kini aku sudah tidak mempercayaimu. Aku hairan kenapa kau tak sudah - sudah mengganggu hidupku dan keluargaku. Tetapi yakinlah kau sama sepertiku, makhluk dan hamba yang dhoif cuma. Kekayaan dan kesenangan hanya pinjaman semata. Kau takkan terlepas dari perbuatanmu. Walau apapun ia, kau tiada hak untuk berbuat begitu. Sedarlah sebelum waktumu menjemput, atau bilamana waktu ku tiba dahulu. Tapi yang pasti waktu ini, kau bukan lagi saudaraku. Noktah!!

“Ya Allah. Mereka ini (Allah Maha Tahu siapa anda) zalim pada aku dan keluargaku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini.” Amin Ya Robbal A’lamin..

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari)

Wallahhua'lam..

Tulisanku kali ini ibarat menyambung penulisan yang tak mampu ku luah itu (tulisan di post yang lalu). Mengapa dan kenapa aku bertindak sedemikian, hanya Allah sahaja yang mengerti. Aku bukan sengaja membuka pekung di dada. Aku juga bukan bertindak menghukum sendiri. Tetapi aku cuma kesal tentang segala yang terjadi. Mengapa ianya terjadi padaku dan insan-insan yang ku sayang. Aku pasti Allah itu sebaik-baik perancang, Allah lebih tahu mengapa ianya terjadi padaku. Mengapa aku dizalimi dan dianiaya, itu semua dengan izin Allah. Adakah aku kecewa dengan Qadha' dan Qadar ini? Ikhlaskah aku menerima ketentuan ini. Cuma hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah juga yang tahu betapa penderitaanku atas perbuatan makhluk itu.

Sejujurnya, aku ingin membuka matanya. Mungkin menyedarkannya sebelum terlambat. Jika dia boleh melakukan perihal ini pada diriku, adalah tidak mustahil makhluk itu akan melakukannya pada insan lain. Akan lebih banyaklah insan-insan yang teraniaya. Adakah makhluk itu tidak tahu ataupun terlupa yang doa orang-orang yang teraniaya tidaklah berhijap walau sejahat atau sekufur mana insan yang disakiti itu. Allah Maha Adil ke atas semua makhluk.

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - Sanad Hasan

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim - Sanad Sahih

Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya Al-Azkar :

"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."

Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

"Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya.

Walaupun aku tahu, adalah lebih baik aku bersifat memaafkan dan melupakan setiap kejahatan makhluk itu..aku tahu dan aku sudah mencuba..tetapi aku ini insan biasa, yang cuba bersabar bahkan lebih ditambahkan dos kesakitannya, walaupun aku bertindak menjauhinya tetap dia mengirimkan kesakitan itu padaku. Sungguh aku sudah tidak sabar lagi. Bukan tidak sabar kerana ujian Allah ini tetapi aku juga punya hak untuk meminta agar Allah membalas perbuatan zalim mu wahai makhluk Allah pada kami semua (kami - bagi diriku dan keluarga).

"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Jadi, tidaklah salah bagi aku berdoa kepada Allah untuk balasan kezalimanmu. Tapi kau jangan risau, aku tiada kuasa menyumpah atau melaknat kerana semua itu adalah kehendak Allah jua. Sekiranya kau masih bergembira disaat orang lain menderita, aku hanya berharap agar kau punya masa untuk bertaubat. Jika kau tidak merasai azab di dunia ini, jangan pernah lupa bahwa alam akhirat itu yang kekal abadi. Takutlah pada Allah dan ancaman keras dari Rasulullah SAW dan ingatlah azab Allah yang pedih tersedia menanti. Nauzubillah hi min zalik. Semoga aku dan kau yang membaca dijauhi dan dilindungi Allah dari sifat zalim ini..


Salam dari kejauhan, kita jumpa lagi nanti di Mahsyar..

Wednesday, July 19, 2017

Suatu Yang Tak Terungkap, Aku Tuliskan..

Sudah lama ingin ku luahkan di sini, tentang apa yang terjadi pada diriku. Bukan untuk meminta simpati, cuma untuk berkongsi apa yang terjadi. Agar menjadi panduan pada mereka yang tidak tahu. Sesungguhnya aku sakit!


Sakit itu nikmat bukan? Bila aku sentiasa sihat, kadang-kadang aku takut Allah sudah tidak memandang kepadaku. Biarlah aku sakit sedikit agar aku lebih dekat dengan Allah. Sungguh! Aku takut terjadinya istidraj padaku. Bila Allah bagi nikmat dan kesenangan pada orang yang jauh dariNya. Itu bukan nikmat, tapi azab bila kita sentiasa berasa lega walau Allah tak redha. Wa nauzubillah..

Sesuatu yang agak peribadi untuk diceritakan di sini, tapi aku nekad agar orang-orang yang membaca sedar akan perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja dengan izin Allah SWT.

Ya, aku sakit. Sakit fizikal, mental dan emosi. Sejak bila aku sakit? Wallahua'lam. Aku tidak mahu menceritakan punca dan asbabnya cuma aku ingin berkongsi rasa dan pengalamannya.

Beberapa tahun yang lalu, aku ikut serta kakak ke suatu pusat perubatan islam. Semenjak itu, bermulalah pengalaman yang menduga ini.

Tahun demi tahun aku hadapi sendiri, berkat tawakkal pada Allah bantuan sentiasa hadir, keluarga jadi perisai, usaha yang tak henti, penat yang tak memandang, jemu kadang-kadang tapi Allah itu bukan kejam. Allah takkan berikan ujian diluar kemampuan hambaNya. Ujian pada setiap insan itu kan berbeza. Mungkin ini ujian aku. Aku redha.

Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al Quran :

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Al-Baqarah: 214)

Berbalik kepada sakitku ini, padaku ia tiadalah apa-apa berbanding orang lain. Cuma makin lama dibiarkan ianya jadi lebih melarat. Aku jadi murung, pemarah, emosi tak stabil, pendendam, asyik menyalahkan orang lain, kadang - kadang rasa ingin menangis tak henti, rasa ingin lari jauh dari perasaan ini, tidur malam ku terganggu dan pernah suatu ketika aku tidak dapat tidur malam lagi. Insomnia. Aku takut untuk melelapkan mata, macam-macam perkara yang aku fikirkan. Mimpi ngeri jadi mainan tidurku. Aku terpaksa tidur dengan lampu terang. Kadang - kadang aku tak dapat bernafas bila mataku lelap. Sejak itu hidup ini kurasakan tidak aman lagi. 

Tiada siapa yang memahami perasaanku waktu itu. Kawan - kawanku semua sudah menjauhiku. Hubungan dengan kawan yang paling rapat denganku juga sudah renggang. Pernah aku marahkan seseorang di pejabat hingga menyebabkan dia menangis, waktu itu aku dapat rasakan aku bukan lagi diriku yang sebenar. 

Kesakitan ini berlanjutan. Badanku jadi lesu, bisa-bisa sendi, perutku paling bermasalah, bila sakit bulanan (period) ku hadir, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Berguling di atas katil hinggakan tiap kali period hari pertama atau kedua aku terpaksa cuti sakit kerana tidak tertanggung rasanya. Bila cek doktor, buat ujian ultrasound doktor kata aku ada Endrometrosis (masalah berkaitan rahim). Pelik. Bila cek lagi untuk masa yang lain, doktor kata aku cuma menghidap gastric. Okay, aku terima dan makan ubat-ubatan yang dibekalkan. Sampai satu ketika aku dah putus asa dengan ubat - ubat tu semua, aku menghidap sakit kepala yang teramat. Migraine. Bila sakit kepala tu datang kepala jadi panas macam demam, berdenyut-denyut sehingga aku akan menarik-narik rambut menahan kesakitan. Tiada ubat bagi kesakitan ini, habis baik pun telan pain killer, bawak mandi atau cuma pejamkan mata agar aku dapat tidur bagi menghilangkan rasa sakit tu. Aku juga kerap pitam, sakit kepala, muntah - muntah, jantung berdebar laju, nafas makin pendek (semput), badan seram sejuk tak kira bila dan di mana. Kadang - kadang ia menyerang semasa memandu, berdiri dalam train, semasa berjalan pergi kerja, semasa buat kerja di hadapan PC, masa tidur, masa solat. Allahu. Itulah perkara paling dirisaukan keluarga bila aku bersendirian. Rambutku juga mula gugur, dari tebal jadi nipis hingga dapat dilihat perbezaannya. Kadang-kadang buat aku menangis melihatkan perbezaan diriku dari gambar-gambar lalu. Aku juga menghadapi masalah berat badan, doktor kata hormon imbalance. Berat badan naik 20kg dari dahulu, menyebabkan aku makin stress dan murung. Aku benci melihat diriku di cermin. 

Semuanya menyebabkan aku hilang keyakinan diri. Pernah aku menganggur 3 bulan tanpa kerja kerana tiada keyakinan diri berdepan interview. Padahal aku bukanlah begitu. Bila dah dapat offer kerja, tiba - tiba ditarik balik. Dan lately perkara yang sama terjadi. Bila aku dah suka sesuatu kerja baru tu, dah discuss pasal gaji dan offer letter, tiba - tiba di suatu masa yang awkward, offer tu ditarik balik. Bila aku follow up, mereka janji akan advise back in a few more days tapi senyap sunyi hingga sekarang. Tak mengapalah, bukan rezekiku mungkin. 

Sampai suatu tahap aku tidak mahu berjumpa orang. Sehingga aku memutuskan hubungan dengan lelaki yang sudah ku kenal hampir 2 tahun saat dia sudah menyuarakan hasrat untuk menghantar rombongan merisik. Aku nekad putus dengannya. Kasihan dia, aku terus diam seribu bahasa. Kejam juga waktu itu. Aku tolak semua usaha orang nak berkenalan denganku. Aku tutup pintu hati aku untuk sesiapapun. Walaupun orang lain begitu sibuk memikirkan status aku, aku sendiri tak ambil tahu..

Bersambung.....

(Apa yang aku ceritakan ini adalah rangkuman keadaan dan kesakitan yang aku alami, bukan secara details. Kalau ada rezeki aku sambung cerita ni ea..)

Jangan gusar dan takut, hanya Allah tempat kita berlindung.

Hasbunallah wanikmal wakil, nikmal maula wanikmannasir..

Tuesday, June 20, 2017

Ramadhan is Leaving Us Soon :(



As the last few days of Ramadan are with us now, many of us are still in shock at the speed with which Ramadan has passed. Our goals may not yet be realized, our habits may not yet have changed, and our hearts may not yet have felt the sweetness of this beloved month. Disheartened, many of us may have already given to despair, feeling that our Ramadans have not been as fruitful as we had wished and planned. To make things more uncomfortable, we sometimes pray in mosque where the Imam or those around us begin to cry, weeping loudly when they hear verses of the Qur’an or when the Imam makes the du`a’ (supplication) during witr. Everyone else seems to be touched by this blessed month; everyone else’s hearts seem to soak in sweetness of this faith, the tears soaking their cheeks as they beg for mercy, provision, and forgiveness.

What about me? What about you? How can we, too, be of those whose hearts are softened?

Make Du`a’


“If you have approached the end of Ramadan, and you do not yet feel it in your heart, keep knocking on the door of Allah subhanahu wa ta`ala (exalted is He). Keep knocking, keep knocking, and Allah will answer.” Ask Allah (swt) in all of the blessed times to make du`a’ to break the hardness of your heart and allow sincerity and gratitude to gush through. Ask Him to soften your heart, to fill it with an awe-inspiring realization of Him, to exchange your bad deeds for good deeds and let your heart tremble in awe of Him as your actions show love for Him.

Sit Alone, Think about Your Sins, and Ask for Forgiveness


Take a few minutes every day to sit and say, “AstaghfirAllah (I seek forgiveness from Allah).” Every time you make this request of Allah (swt), remember something you’ve done that may have displeased Him. Remember that time you yelled at your mom when all she was trying to do was help you? Remember that time you cheated on your exam? Sit and ask Allah (swt) forgiveness for every single thing you’ve done, great, small, intentionally, unintentionally, asking Him to replace the hardness of your heart with softness and replace your sins with forgiveness and good deeds.

Allah (swt) tells us in Surat al-Furqan:

Except for those who repent, believe and do righteous work. For them Allah will replace their evil deeds with good. And ever is Allah Forgiving and Merciful” (Qur’an, 25:70).

Sit Alone, Ponder Your Blessings, and Thank Allah (swt)


How many of us have been blessed with parents or others who love, mentor and care for us? We have been given trillions of blessings that so many have never tasted. How many people are ungrateful and forgetful of all they have been blessed with?

Sit and think of every blessing He has given you- the Qur’an, eyesight, clean water, literacy- the blessings are uncountable, as Allah (swt) tells us in Surah Ibrahim (14:34). Let us show gratitude, for when we are grateful, Allah (swt) increases us, “And [remember] when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.’ (Qur’an, 14:7).

Let us sit, contemplate blessing after blessing, and continually move our lips in gratitude to Allah (swt), saying, “AlhamdulilLah (praise be to God),” asking Him to write us amongst those who are grateful to Him, asking Him to soften our hearts and allow us to be moved by gratitude for His Favors.

Contemplate the Qur’an


Allah (swt) poses this powerful question:

“Then do they not reflect upon the Qur’an, or are there locks upon [their] hearts? (Qur’an, 47:24)

How can we be of those whose hearts are not locked? We can make massive du`a’ that Allah (swt) opens our hearts, and we can contemplate the Qur’an. Listen to the Qur’an with a recitation which penetrates your ears and overwhelms your heart. While listening, go through the translation and work to understand the Qur’an.

When you go through the words, sit and really think about the meaning and the ways in which it applies to your life. Think about the meaning of the Qur’an and allow yourself to be captivated, head-over-heels in love with the powerful words of the Creator of the Universe- the One Who created you- the One Who revealed these words for your personal guidance. Allah chose you to be Muslim; He personally planned for you be of those who want to come back to Him and read the Qur’an. So go back to the Qur’an, be grateful for His favor upon you and sincerely seek to understand His Words.

Give Charity


The Prophet ï·º has told us that, “Sadaqah extinguishes sins like water extinguishes fire” (Tirmithi). The sins we commit continually build up and rust our hearts. Without polishing, this rust will take over, covering the beautiful jewel beneath it. This jewel, when polished, gleams internally and externally, becoming a means of benefit for the person whose body it houses, and spreading light to all those around, bi’ithnillah (with the permission of Allah). With charity, we can help polish our hearts. Let us give in charity, asking Allah (swt) to soften our hearts, to remove the buildup of rust, and to purify our hearts and souls, bringing us back to Him `azza wa jal (the Almighty and Majestic).

Increase our Good Deeds


Allah (swt) tells us, “Indeed the mercy of Allah is near to those who do good” (Qur’an, 7: 56). God has also told us, “Indeed, good deeds remove the evil deeds. That is a reminder for those who remember” (Qur’an, 11:114).

Allah (swt) has made our religion so adaptable that we can worship Him through anything good we do, when done sincerely and correctly. Let us constantly renew our intentions; when we take out the trash, let it be an act of worship to keep our homes tidy and to please those whom we live with. When we smile at a passerby, let it be to spread the joy of the character of the Prophet ï·º. All the while, let us seek the mercy of Allah (swt), begging of Him to soften our hearts, while we do good for His pleasure.

Have an Objective


In every salah (prayer), have an objective. Whether obligatory or extra, make the objective to come out of that prayer purer than you did when you were born. Ask Allah for `afiya - for your sins to be forgiven and wiped away, so that it is as if you never even committed them. Focus like someone who aims to be forgiven, recite Surat al-Fatiha like someone who will be forgiven, make sujood like someone who yearns with their heart and soul for their sins to be wiped away and replaced with righteous deeds. In the next prayer, make your objective Paradise. Concentrate like someone of Paradise; beg of Allah in sujood to be of the people of Paradise. In every rak`ah (unit of prayer), have a unique purpose and beg of Allah to make those desires realities.

There is still time to come back to Allah (swt) and really feel the weight of this blessed month! Allah (swt) loves when we go back to Him with sincerity and humility, carrying the burden of our sins to Him, with hopes of having them obliterated and being completely forgiven.


Let us go back to Him, asking for His forgiveness and pleasure, for Him to open our hearts and soften our limbs to His command, asking Him to replace the burden of our shortcomings with the blessing of His Mercy. Once we’ve done so, let us go back to Him, feeling light, overflowing with hope and pumped with energy to seek His pleasure through working passionately for His sake, feeling immensely optimistic that He will forgive us, reward us and answer us inshaAllah (God Willing).

Keep knocking on the door. Allah (swt), the One Who Answers, will undoubtedly answer.


May Allah swt accept all our good and lawful wishes. Indeed He knows the secrets of Hearts and No One can Accept dua's except Him. Ya Allah We Only beg from You. Please accept our humble duas. Aameen ya Rabb!!