لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu.
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.
Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 1438H (21 Ogos 2018) hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H (22 Ogos 2018) itu dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pada 21 Ogos 2018 kira-kira pada jam 8.48 malam hingga 11.30 malam.
Umat Islam disunatkan membaca doa sepanjang waktu ini walau di mana sahaja mereka berada. Padang Arafah adalah tempat semua Jemaah Haji berkumpul sebagai simbolik dan lambang Padang Mahsyar. Allahuakbar.
Moga Allah SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua. Antara doa yang selalu menyebabkan hatiku lembut untuk menangis adalah bait-bait doa ini, marilah sama-sama baca dan hayati.
Berdoa sepenuh hati. Mengulangi doa yang sama juga tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.
Bismillahirrohmannirrohim..
Wahai Allah tuhan kami,
Ampunkanlah dosa-dosa kami semua, ampunkanlah dosa mak ayah
kami. Ampunkan dosa mak ayah kami andaikata ada dalam hidup mereka, mereka
pernah tinggalkan solat, kau ampunkanlah dosa mereka.
Wahai Allah tuhan kami,
Kami pernah dengar ada mak ayah yang ditakdirkan masuk
neraka tetapi disebabkan doa anak mereka yang soleh engkau selamatkan mereka
dan kau masukkan mereka dalam syurga. Wahai Allah, kami bukan anak soleh tapi
kami nak jadi mak ayah kami masuk syurga.
Ya Allah tuhan kami,
Ampunkanlah dosa kami semua. Ampunkan dosa kami semua orang
Islam dalam dunia ini.
Wahai Allah tuhan kami,
Hidup kami berlalu hari demi hari. Setiap nikmat kau dan
kebaikan yang diberi kepada kami tak henti-henti tetapi wahai Allah betapa
zalimnya kami, kami telah jauh dari perintah-perintahMu.
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa kami semua. Berilah kami hati yang
sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kau beri kepada kami.
Wahai Allah tuhan kami,
Tiada tuhan melainkan kau yang tidak berhenti-henti berbuat
baik pada kami. Maafkanlah kami semua, maafkanlah kami semua, kami bertaubat
atas segala dosa kami, kami benar-benar bertaubat.
Wahai Allah tuhan kami,
Kami tahu tiada yang menyayangi kami lebih dari kau sayang
kami. Kami tahu tiada siapa kasih kami lebih daripada Engkau ya Allah. Tapi
kami begitu berdosa zalim, dalam hati kami, kami tak tahu sama ada kami mampu
paksa hati kami untuk datang dan ingat padaMu. Bantulah kami, hati kami keras
dan sombong. Belum benar mencintaiMu dengan sebenarnya.
Sedangkan telah habis separuh hidup kami, terlalu banyak
nikmat kau beri pada kami. Kami malu, entah berapa masa lagi kami perlukan
untuk benar cinta padaMu. Belum benar dekat padaMu. Berilah kami cinta sayang
rindu dekat padaMu seperti Rasulullah saw dan para sahabah rhum. Hadiahkan
kepada kami sebelum kami mati. Hadiahkan kami ya Allah.
Ya Allah,
Berilah ikhlas dalam amalan kami. Berilah ikhlas dalam
amalan kami. Berilah ikhlas dalam amalan kami.
Ya Allah,
Maafkanlah kami seandainya ada amalan kami tak ikhlas.
Janganlah kau tolak amalan kami.
Wahai Allah,
Sedikit sangat amalan kami. Dalam hati kami masih ada riak
kibir takabur. Bersihkan diri kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah.
Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkan dan sucikanlah hati kami.
Wahai Allah yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih,
Jangan biarkan kami lagi, tolonglah kami semua, kami tak
tahu nak buat apa. Tolonglah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tak nak hidup dengan lalai, hati yang mati, hilang
kelazatan dan roh amalan agama. Kami nak sebut namaMu dengan manis, dengan
nikmat, kami tak nak hidup dengan maksiat. Ya Allah selamatkanlah kami, kami
sedih lihat manusia mati tanpa agama.
Ya Allah,
Macam mana kami nak jumpaMu dalam keadaan begini. Kami rindu
nak jumpa dan berterima kasih padaMu. Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami,
Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami? Nabi saw yang kami kasihi bergadai nyawa
untuk redhaMu, untuk agama ini, isteri dan anak Nabi saw susah demi agama ini.
Lapar, sakit, susah , derita dan mati demi agama Islam sampai pada kami.
Kami tak buat apa-apa untuk agama ini, kami tidur lena,
makan sedap, manusia mati tanpa Islam. Orang Islam jauh dari amalan Islam. Kami
tidur lena makan sedap sedangkan saudara kami di Palestin, Syria di seluruh
dunia dalam kesusahan dan kelaparan.
Ya Allah,
Selamatkanlah semua saudara kami diseluruh dunia.
Ya Allah,
Campakkanlah kasih sayang di kalangan kami semua, janganlah
kami bergaduh sesama sendiri, berilah rasa cinta dan sayang di kalangan manusia
di seluruh dunia. Berilah rasa cinta dan sayang sesama suami isteri, rasa cinta
dan sayang sesama anak dan ibubapa, rasa cinta dan sayang kepada adik beradik
dan semua ahli keluarga.
Ya Allah,
Fitnah atas agama ini datang satu demi satu, dakyah
pendakyah datang bertalu-talu, tapi kami orang Islam tinggalkan dam tak
bersungguh atas kerja dakwah ini. Maafkanlah kami.
Ya Allah,
Ramai anak muda kami sedang habiskan hidup mereka dengan dosa
dan maksiat. Ya Allah tunjukkanlah apa patut kami buat. Berilah ilham dan
kekuatan, apa yang patut kami semua buat. Tunjukkanlah, selamatkan semua anak
muda kami.
Ya Allah,
Anak-anak dan keturunan zuriat kami kau selamatkanlah. Kami
mati hari ini, tak tahu apa nasib mereka. Jadikanlah anak kami daie yang bawa
Islam ini ke seluruh dunia. Selamatkanlah isteri dan anak-anak yang kami amat
sayangi dan cintai, selamatkanlah ya Allah. Jagalah agama mereka, pilih mereka
hidupkan islam ke seluruh dunia.
Ya Allah,
Satukanlah hati orang Islam. Letakkan rasa cinta dan sayang
sesama kami dalam membangunkan Islam.
Ya Allah,
Kami tidur lena, kami tidur lena sedangkan manusia mati
tanpa kenalMu ya Allah.
Wahai Allah,
Ampunkanlah dosa kami semua. Dosa kami paling besar ialah
kami belum benar-benar mencintaiMu dengan sebenarnya-benarnya. Belum cinta Nabi
saw yang telah korbankan segalanya, kami benar-benar nak cinta padaMu, nak
cinta Nabi saw, hadiahkanlah kami ya Allah.
Ya Allah,
Ampunkan kami semua, kami masih belum kasih saudara seperti
kami kasih diri kami sendiri, tak sempurna iman kami jika tak kasih saudara
kami seperti kami kasih diri sendiri. Ya Allah, ampunkan kami, pimpin kami
untuk sayang manusia yang lain keranaMu, hadiahkan cinta dan sayang penduduk
Madinah pada zaman Rasulullah SAW, sanggup mati demi beri air pada orang lain.
Ya Allah,
Kasihilah semua saudara kami. Kami kasih mereka keranaMu,
hanya keranaMu.
Ya Allah,
Kami cuma nak redhaMu. Itulah segalanya dalam hidup kami.
Redhalah ke atas ibubapa yang kami cintai. Redhalah ke atas isteri kami
sayangi, suami kami. Redhalah ke atas semua orang Islam. Pimpinlah dan jagalah
mereka untuk kami, peliharalah mereka, kami benar sayang pada mereka kerana
Islam yang kau beri pada kami.
Ya Allah,
Mana-mana hambaMu yang jauh dariMu, dekatkanlah ya Allah.
Mana orang masih belum solat dan ada yang tak pernah solat berilah mereka jadi
orang jaga solat, selamatkan kami semua. Yang belum tutup aurat berilah dapat
tutup aurat, yang belum sedar dan masih buat dosa berilah taufik untuk
bertaubat.
Ya Allah,
Seperti kau selamatkan kami dulu, kau beri belajar
mengenalMu, itulah perkara terindah dalam hidup kami. Selamatkanlah semua
saudara-mara kami. Selamatkanlah semua manusia dalam dunia ini.
Ya Allah,
Hidup kami semakin berlalu, tapi kami belum bertambah dekat
denganMu. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah kami. Berilah keajaibanMu dalam
hidup kami. Berilah rasa cinta dan rasa syukur dalam setiap ahli keluarga kami.
Supaya kami benar mencintai dan memimpin setiap ahli keluarga kami ke syurgaMu.
Ya Allah,
Janganlah orang Islam ini bergaduh sesama sendiri. Kami
semua tak untung, yang untung syaitan. Dan orang bukan Islam semakin tak faham
Islam. Maafkanlah kami semua.
Ya Allah,
Kami pohon jika ada di antara saudara kami yang sakit kau
sembuhkanlah, ya Allah jika antara kami ada yang diuji dengan musibah dan
kesedihan, kau bukalah jalan keluar dan berilah bahagia dalam hati mereka.
Ya Allah,
Antara kami ada yang lapar dan susah. Penuhilah keperluan mereka
dan cukupkan rezeki buat mereka. Di antara kami ada yang baru diuji dengan
berita kesedihan, ya Allah ubatilah kesedihan mereka. Ya Allah antara kami ada
yang ada masalah rumahtangga, kau berilah mereka cinta dan bahagia sampai
syurga. Di antara kami ada yang hidup sebatang kara, berilah keluarga dan rasa
kekeluargaan itu dengan orang Islam yang membantu.
Ya Allah,
Ada muallaf yang kehilangan keluarga, kau lembutkan hati
keluarga mereka untuk menerima mereka. Jadikan kami semua keluarga mereka. Ada
antara kami sedang berjuang di jalanMu, pelihara isteri dan anak mereka serta
harta mereka.
Ya Allah,
Antara kami ada ulama dan pemimpin yang ikhlas berkati
perjuangan mereka, cukupkan rezeki panjangkan umur dan pelihara anak isteri
mereka. Berkati mereka atas ilmu dan pimpinan mereka dan doa mereka.
Ya Allah,
Ada antara kami ingin pekerjaan, jodoh, dan anak, kau
kurniakanlah ya Allah. Jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata dan saham di akhirat sana.
Ya Allah,
Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah,
Berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Ya Allah,
Izinkan kami semua menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.
Ya Allah,
Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah pada kami Syafaat Rasulullah (SAW)
Ya Allah,
Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah,
Berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Ya Allah,
Izinkan kami semua menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.
Ya Allah,
Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah pada kami Syafaat Rasulullah (SAW)
Ya Allah,
Ada 7 bilion manusia belum kenalMu. Berilah mereka dapat
kenalMu. Beri hidayat orang amerika dapat Islam, beri islam pada orang Korea,
Russia, brazil, Perancis, China, Jepun, Afrika, Singapura, Indonesia, Thailand,
Vietnam, pulau-pulau di Indonesia, semua penduduk Malaysia dan seluruh dunia
sampai kiamat. Berilah setiap orang dapat kenalMu. Ya Allah sayangilah dan
kasihilah mereka..
Terimalah kami semua dapat bertemu denganMu ya Allah. Hanya
Redha dan keampunanMu yang kami harapkan. Berilah kami dapat bertemu dengan
Rasulullah SAW, Khadijah ra, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, Fatimah rhum..,
Abu Bakr ra, Umar ra, Usman ra, Ali ra, Hassan dan Hussain rhum. Terimalah kami
semua..
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.

