Sunday, November 9, 2014

Air Minuman Sirrun Syifa - Minuman Yang LEBIH BAIK Dari Biasa!

#CeritaSeribuSatuMalam

Malam menginjak usia, tepat jam 12 malam mata baru nak terlelap..esok dah kene kerja..cepat betul masa weekend tamat..


Tiba-tiba, terdengar bunyi-bunyian yang memelikkan. Kalau bunyi ni datangnya waktu tengah hari, tak der lah kisah sangat. Tapi ni time tengah-tengah malam time orang nak tidur..time tu lah dia berbunyi..

Bunyi seperti guli-guli kecil bertaburan di lantai..aku pun tak pasti siapa yang duk bermain guli di malam sore begini..

Akan tetapi bunyi taburan guli-guli itu tidak terhenti di situ..
Tiba-tiba.. terdengar bunyi seperti sesuatu yang sesuatu yang berat.. “Streettt…streettt!!…”
Bunyi seperti kerusi/perabot diseret...macam orang tengah mengemas, bahkan kadang-kadang terdengar bunyi ketuk-ketuk di lantai atau dinding dan juga bunyi orang berjalan macam hentak-hentak kaki.. tak ke pelik?


Sebenarnya ni bukan pertama kali terdengar bunyi guli-gulian ni..Tambah lagi misteri nusantara, bila jiran atas tu tak der rumah pun bunyi-bunyian tu tetap ada. Apakah???

Hurm..aku tak peduli la..aku tutup je telinga dengan memasang ayat Ruqyah di henpon ku..itu la kebiasaannya bile aku susah nak tido..

“Hai la orang atas..bawak-bawak la tido..”kataku dalam hati..

Tiba-tiba tekak rasa haus, aduhai..malam-malam ni pulak la rasa nak minum..
Aku intai keadaan di luar dah gelap..semua orang dah tidur gamaknya..
Aku gagahkan juga keluar bilik meraba-raba suis lampu..

“Click!!”
Lampu menyala..dan…aku senyap-senyap menuju ke arah dapur..
Pelik. Bunyi guli itu seperti mengikuti aku hingga ke dapur..
hati menjadi sebal terasa seperti dipermainkan..
Cett.. Ape kes engkau ni..main2 ea..??

Aku lantakkan “ dia” bermain guli dengan gembira..
mengambil air minuman KHAS yang aku baru dapat haritu..

Air yang lebih baik dari air minuman biasa..
“Bismillahirrohmanirrohim..”
Menuangkannya ke dalam gelas..duduk dan minum dengan tangan kanan.. sebelum tu “Bismillahirrohminnirrohim..
Minum dalam kadar 3 tegukan.. (jangan lupakan sunnah Rasul SAW)

Abra' (Melepaskan penyakit)
Arwa' (Menghilangkan kehausan)
Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)

Sengaja aku menguatkan hati  (test hati) lambat-lambat duduk memerhati sekelilingku.. “cuak jgk sebenarnya..hikhikhik..”

Tetapi dalam hati apa nak takot..aku dan engkau pun makhluk Allah..
Aku xkacau kau, kau jangan kacau aku..taw!!”

Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita takutkan..ye kan?? Tak boleh nak takut sangat dengan benda-benda macam ni. Lagi kita takut, lagi dia suka.
Ingatkan dalam diri, Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Air minuman habis ku teguk..
“Alhamdulillah..” baca doa sikit..
"Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami"


Bunyi-bunyian tiba-tiba terhenti..tak pasti kenapa. Dah penat agaknya..

Aku pun cepat-cepat menyimpan air dan kembali ke kamar..
Kang buatnya tiba-tiba dia turun nak main dengan aku..erkk..tak ke naya..???
Hahaha..

Allahurabbi..
Ni la air yang aku minum tu..sudah di zikirkan..Halalan Toiyyiban..air minuman berkhasiat, suci, bersih lagi bermanfaat..InsyaAllah..
Nak tahu lebih lanjut pasal air ni? Akan ku kongsikan lagi..tunggu..!!!



~Saya suka menulis..  sape tak suka baca, sila abaikan, istighfar dan pergilah makan nasi..Jangan lupe bace “Bismillah”.. ~

Wednesday, November 5, 2014

Cerita Pasal Hati


Aku pernah tulis pada seseorang..(sape la tu..hikhikhik)
Aku tulis psal hati..ceewaaah..

Hati..
Kenapa susah nak jaga hati?
Kenapa kita mudah jatuh hati?

Di pendam susah diluah payah..
Kalau serah pada yg salah..
Bimbang cuma dibakulsampah..

Ape nak buat bila kite terjatuh hati pd seseorang?
Setelah mencari dan mencari..ni la jawapannya...

Serah pada Allah..hatinya milik Allah, jadi minta la pada Allah..
Allah yang mencipta dia bukan..??


Kenape??..tibe2 jiwang xtentu fasal..(pelik..) haha..





Buat adik2 yang baru nak naik..anak2 buahku.. 

Amirul Ashraf, Muhammad Helmi, Khairul Anuar, Nurhazwani, Nurhazirah and Ummar (nasib kecik lagi)..

yang semakin membesar, meninggi, memacho la konon..bace ni, kang cakap depan2 rase nak tergelak..haha..

Cinta bukan couple! Cinta itu fitrah, couple itu fitnah!

Mengapa perlu dikotorkan fitrah dengan fitnah?

Re-set minda..perjalanan kalian masih jauh..

Jangan hitung berapa kali seseorang mengecewakan dan meninggalkan kamu..
Aku xpernah kecewa..sikit mungkin..tapi aku yakin..mesti ada insan yg akan menunggu ku di pintu syurga.. at least!

Tapi hitunglah berapa kali kamu mengecewakan Allah sedang Dia tak pernah sekalipun meninggalkan kamu. .Subhanallah..tersentap..sobs..sobs..sobs..



Ni aku belajar dari seseorang yg bernama Encik Sederhana..

Ajarkan pada hati,


"Hey hati, aku bahagia diduga. Tabahlah sikit redah derita."
Move on. Nah selotape, tampal balik hati yang retak seribu tu."


~“Erk.. sape nk bg SELOTAPE ??”~

(Gambar : ehsan ~ Internet and Rusydee Art)

Thursday, October 16, 2014

Aku dan Makhluk Comel itu..


Kucing..Cat..Kittun..
Makhluk Allah yang comel..
Biarpun apa jenis kucing..kucing kampung, kucing pekan..kucing oversea..semua makhluk ni comel..pada aku..
Aku tak pasti macam mana ada insan dalam dunia ni tak sukakan kucing..
mungkin mereka yang terbiar tu mengundang benci pada manusia - manusia lain..tapi ingat lah kehadiran kucing tu mesti ade hikmah..


Aku pun suka kucing..tapi tak ade rezeki lagi nak bela seekor dua..dulu-dulu memang ade kucing..masa kat kampung..kucing aku semuanya kucing datang..ade yang sesat..ade yang orang buang.. jumpe dari guni..ade yang ntah dari mana-mana, aku bagi makan, dia pun stay..sampai dah beranak-pinak pun ada..


Tapi kucing -kucing aku bebas ke mana-mana, tak de sangkar..sebab diorang takkan pergi mana pun..waktu lapar mesti balik punya..tapi disebabkan xberkurung ada yang mati dilanggar kereta..kalau nak diikutkan 2 ekor mati dilanggar kereta..


Tapi aku xtaw pun sebab ayah dah siap-siap tanam..aku balik sekolah je ayah cakap ayah dah tanam..xnampak pun..jadinya, aku bersedih je la..mau tak nangis kucing mati..


Kucing aku warne oren, jantan..aku xingat aku bagi nama ape..lebih kurang macam ni la warne dia..selalu tido atas dada..atas perut..nakal betul..kadang-kadang terkejut sebab dengar kuat bunyi nafas die..walaupun kene halau, dah kunci bilik sume, ade mase die pndai jugak masuk nk tido..selalu kena 'babab' sebab kacau aku tido..kucing ni paling manja, gemuk, comel..tp last2 die la yang kena langgar tu..sedih..

Ade banyak g yang datang dan pergi..tapi kucing yang sangat meninggalkan kesan dan buatkan aku rindu kan die adalah Si Putih..die pun kucing datang jugak..lama aku jaga die..tapi mak aku xsuka..dia macam taw je mak tak suka die..sebabkan time tu aku dah belajar jauh, aku kena tinggalkan die..yang peliknya..mak aku cite, masa aku xda, Putih pn xde.. masa aku balik cuti ade je die 24 jam kt rumah..macam taw2 je die..sian Putih..


Si Putih kucing kampung je, xde la macam die ni..tapi Putih adalah kawan yang sangat baik.. Perkara yang membuatkan aku xkan lupekan Putih ialah masa aku sangat sedih.. masa tu Allahyarham Ayah meninggal dunia..aku hilang semangat, masa hari tu, aku langsung tak teringatkan Putih, die makan ke x..sebab aku pun xtentu hala..setitik air pun aku xminum ni kan pula makan.. tp Putih xde bunyi suara pn, aku nampak die..masa dah kebumi, aku duduk menangis.. Putih datang duduk dekat aku..tanpa bunyi apa..die duduk senyap-senyap temankan aku..aku peluk die, die diam jugak..aku nangis n luahkan perasaan aku dekat die..aku dapat rasa die pun sedih macam aku..sepanjang masa tu die ade la teman kat rumah..xde wat perangai..baik je..hurm..Putih..Putih..tapi last2 Putih pun tinggalkan aku jgak sama macam Ayah..hurm..


Kucing ni istimewa kan..pada aku diorang boleh jadi kawan baik, jadi kawan bergaduh..tengok kan telatah die pun boleh ketawa..huhu..niat hati memang nak bela kucing lagi tp nak tunggu aku ade rumah sendiri..xdelah kacau sesiapa..


Dan yang paling best, Rasulullah ﷺ Junjungan Mulia kita pun sayangkan kucing..

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, waktu itu ada seekor kucing sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh kucing itu dari supaya tidak membangunkannya.. Subhanallah..

 Rasulullah ﷺ pun sayangkan makhluk Allah tu, kenapa tidak kita..sedih bila menyaksikan kucing-kucing terbiar ni teraniaya..kalau kita ada masa dan rezeki yang lebih..apelah salahnya memberi sedikit rezeki itu pada kucing..mana tahu, makhluk ini mendoakan kita..apelah salahnya berbudi pada dia..kucing ni pembawa rezeki..aku doakan sesiapa yang membela kucing dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Marilah kita berbuat baik dengan kucing kerana kucing juga makhluk Allah SWT.



Wednesday, October 8, 2014

Dracula ~ Should Remain Untold!

Tiba-tiba hari ni rase mcm nk review satu movie.. dah tgk trailer tp xde hati nk tgk the whole story.


This is just one of the other movie yg related to Zaman Kegemilangan Islam di Eropah..
Dulu ade cite Dracula menceritakan asal usul dracula, kemudian Kingdom of Heaven yg menceritakan tentang Perang Salib.
Tu xtermasuk cite2 action movie yg lain yg semua mengaitkan keganasan dengan islam..
Selalu tgk dlm CSI, bile terrorist je mesti name Islam.. cite Taken tu pn die buat mafia tu Islam..muak la weh..boleh x kita buat sesuatu?

Serba sedikit psal filem Dracula ni, menurut tukang review filem ni (Oh Bulan.com):

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).
Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.
Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.
Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Well, truly nonsense!
Sebabkan die menyentuh pasal Sultan Mehmed atau Sultan Muhammad Al–Fateh seperti yg diceritakan sesedap rase diorg..aku rase ni dah lebey ni..
Anda taw x siapa Sultan Muhammad Al – Fateh ni?

   

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis Nabi. 

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Subhanallah..zaman kegemilangan Islam di mana Sultannya sangat soleh dan tawaduk..
mana mungkin kita boleh terima penipuan yg diceritakn dlm movie Dracula ~ Untold tu..walaupun aku xtengok g movie tu n aku xde hati nk tgk pn..
sangat rase tercabar bila senang2 je org kafir ni putar2 cerita..n orang lain (Islam) pn tengok je tnpa rase bersalah dan kagum dgn kesan khas dlm movie tu..
Semoga kita dijauhi drpd bersekongkol dgn mrk yg hendak menjatuhkan Islam walau dgn 1 tiket wayang!!

Mcm cerita Kingdom of Heaven, walaupun pnceritaan tu versi barat tp cerita tu x biased pd tentera Islam dlm perang salib..sapa setuju??
Adatlah orang kafir ni, dah kalah xnak ngaku pastu buat cerita kononnye based on true story / history..

Moral of the story :    
  • Kalau kita sendiri xtaw sejarah Islam, mana mungkin kita dapat bidas cerita2 karut ni? sedangkan kita cume belajar sejarah topik kerajaan Islam untuk jawap periksa je..xde tersemat dalam hati pn psal ni..
  • Kalau tukang filem Malaysia asyik sibuk buat cite hantu mcm2 hantu, cite lawak ntah pape, cite Mat Rempit sana sini, cite Gangster yg xbp nk gengster, cite cinta romantik, cinta islamik sume.. mcmne nk didik penonton?
  • Orang kafir guna filem utk naikkan semangat diorg, memburuk2kn islam tu agenda die, tp orang islam Malaysia gune filem utk ape? Sekadar suke2 pecah panggung?
  • Tukar mentalilti, gunakan kuasa filem utk sampaikan dakwah..harap sgt ade orang buat movie psal kegemilangan Islam..
  • Bagi anak-anak kita taw siapa hero yang sebenar, siapa Sultan Muhammad Al-Fateh, siapa Iskandar Zulkarnain, para Sahabat yang lain.. bukan hero-hero plastik dalam Avengers tu..

Huhu.. tibe-tibe jd tukang review filem plak..huhu
Baca psal Sultan Muhammad Al-Fateh ni rase teringin nk tgk seni bina Aya Sofiya, gereja yang ditukar jd Masjid..jom pg!!..huhu

Friday, October 3, 2014

Waiting for the Call

Assalamualaikum wbt...



Salam Jummuah!
Alhamdulillah.. hari ni, jemaah haji akan wukuf di Arafah..
Wukuf adalah puncaknya haji. Wukuf di Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jemaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu yang sama..

Melihatkan update2 status mereka di Facebook..mereka yang pernah dan yang sedang berada di sana, melihatkan gambar2 mereka..aku jadi cemburu..cemburu kerana aku masih di sini..di depan keyboard ini..melihat sahaja semua itu berlalu..dalam 29 tahun hidupku ini..aku masih lagi di sini..belum mampu melangkah ke sana lagi..

Sesungguhnya aku rindukan Kaabah itu, walau xpernah menjejakkan kaki ke sana.. aku sentiasa berdoa dan berusaha agar aku dapat sampai ke sana.. dapat menjadi tetamu di RumahMu Ya Allah..kerdilnya aku, masih belum mampu membawa keluargaku bahkan aku sendiri belum sampai ke sana..malunya aku..setelah pelbagai nikmat yang Kau berikan sepanjang hidupku ini, aku masih belum cukup memperuntukkan bahkan kadang2 lupa niat dan harapan itu..lupa yang rezeki yang aku kejarkan ini semuanya pemberianMu Ya Rabbi..

Nah, petang ni bersamaan hari wukuf di Arafah..hujan rahmat membasahi bumi Kuala Lumpur..mari kita submit doa sebanyak- banyaknya.. InsyaAllah waktu ini mustajab..

Marilah sama – sama kita berdoa agar kita semua mendapat rahmat, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat serta dapat terpilih menjadi tetamu Allah SWT.. InsyaAllahu Taa’la..

Dan tidak lupa diucapkan Salam Aidil Adha kepada semua muslimin muslimat..

Wallahua'lam..

Sambil tu mari dengarkan dan hayati lagu ini, semoga kita akan lebih bersemangat untuk berusaha agar kita juga mendapat panggilan itu..

Irfan Makki ft Maher Zain : WAITING FOR THE CALL


Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance 
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf, 
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)

Labbayk(here I am)




Thursday, September 18, 2014

From Heart to Hands

Lama tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..menyepi tanpa apa-apa update..sesungguhnya aku rindu nak menulis sesuatu tapi takde idea nak menulis lagi..huhu..

Apa kata kite melukis pulak..
Ni aku kongsikan beberapa gambar hasil lukisan yang aku masih simpan sebagai kenangan.. kebanyakan yang lain dah habis hilang entah ke mana.. sayang rasanya..

Hobi aku dulu melukis, kadang-kdang sampai tak tidur bila datang gila main warna ni..dari mana minat tu datang pun aku tak tahu..aku suka dengan warna..tapi aku takde la pandai pun..main hentam je asalkan aku puas hati..sampaikan sewaktu SPM dahulu aku ambil subjek tambahan iaitu Subjek Lukisan..tak pergi kelas pun cuma jawap soalan periksa aje..huhu..

Pernah juga memohon untuk course "Fine Art" di UiTM suatu masa dahulu..last-last lecturer yang interview aku cakap..sayang dengan result SPM you kalau ambik course ni..nanti kita arrange kan yang lebih baik sesuai dengan result you..last-last dia mintak 2-3 lukisan aku yang dalam folder yang aku bawak tu..sabor je la..sebenarnya aku suka -suka je apply bubuh course tu dalam borang UPU tu..senarai yang ke - 10 kot..tak taw plak die panggil jugak interview..huhu..tapi memang rezeki takde kt situ agaknya..

Ni lukisan yang aku buat gune sketch book..bersaiz besar..kebanyakan water color aku guna Buncho. memang Favourite, jenuh pujuk ayah mintak beli satu ni..




Ade ni pun dah cukup baik, bila aku masuk pertandingan dan menang aku dapat satu kotak Buncho, memang seronok sampai nak meloncat rasanya..hehe.. tapi sejak ade 1 box color tu melukis je la keja aku bila masa free.. Sebenarnya, it helps when i get stress..bila xboleh nk baca buku, aku melukis..release tension..tapi bile tak jadi, lagi tension ade..haha..



Ni lukisan yang aku buat xde rujukan..imagine je,,rase macam nak ada rumah kat tepi air terjun..ala-ala Paradise Fall dalam cite Up tu..huhu



Ni lukisan Favourite aku, aku dah ade 2-3 kali cubaan buat yang ni..ade tu besar saiz kertas lukisan, tapi lecturer yang aku cite td ambik..tinggal yang dalam sketch book ni je..lukisan ni sebenarnya x abih tunjuk..de bahagian atas lg, be bukit bukau dan tasik.. aku tp snap bahagian ni je..

Lukisan yang ni tiru kad birthday Mak, kad tu pun dah ilang entah ke mana..ala-ala country house kan..bestnye kalau ade rumah dekat area ni..tenang je..



Ni pun favorite jugak, tapi ni sekali buat je..tak berapa jadi sebenarnya.. in term of technique memang ke laut la..hancus je..hentam je la..aku suke sangat pemandangan die..ade kebun ros keliling rumah yang dekat dengan tasik and rumah api.. what a wonderful scene kan?



Ni percubaan buat lukisan abstract pakai pastel color. Color die macam krayon tp more striking and vibrant. Agak susah nak manage sebab color akan hilang kalau terdedah, that is why aku masukkan dalam plastic cover ni.. This one is tribute to my lovely cat yang aku ade. Dari zaman kecik aku bela kucing tp tak lama. Mak aku kata xserasi..sedih..ade yang mati, yang hilang, yang balik pada tuan, yang missing in action..huhu..tp bende ni xmembuatkan aku lupakan kucing-kucing aku..aku sayang kucing..sebab Nabi Saw pun sayang kucing..



Ni pulak Khat yang aku buat.." Bismillahirrohmanirrohim" memang agak comot sebab pakai water color..aku tak berapa suka dengan hasil ni sebab macam tak jadi je..tapi Khat memang minat aku..masa dulu-dulu pernah wakil sekolah untuk Seni Khat, dapat no 3 je..kali kedua masuk tak menang pape pn..saguhati je..huhu..tp memang kena ada skill baru boleh buat Khat sebab ianya tulisan Jawi /Arab..Tulisan Al-Quran, memang kena buat betul-betul..hurm..teringin nak buat Khat besar2, tampal kat dinding, tapi takut tak jadi sebab dah lama tak buat..aku sangat kagumi pelukis Khat tersohor, yang boleh lukis khat kt dinding guna spray cat tu..memang sangat awesome!



Setelah hampir 14 tahun melupakan berus, cat-cat, dan segala macam color, sketch book dan sebagainya.. Tiba-tiba ade satu hari tu aku rindu sangat nak pegang berus, asalnya pergi MPH nak cari buku tapi last-last nampak tempat letaknya color-color, berus dan seangkatan denganya..gila dah lama tak main dengan benda-benda ni semua.. apa lagi aku pun memborong la selagi boleh, siap beli color Luna lagi..ni kalau zaman belajar dulu kira orang-orang berduit je boleh dpat color Luna yang besar sampai de 24 jenis color..huhu..sekarang aku dah boleh beli sendiri.. dulu kalau pinjam kawan punya, mesti diorang tak bagi asah atau pakai sharpener.. aku pun penah ada color besar tp swan punya brand, siap boleh kepak dan dirikan die..hehe..macam - macam ade masa tu..


Jadi, inilah hasilnya..conteng-conteng pakai color Luna yang baru aku beli..so, rasa semangat balik nak mula untuk melukis..hope in future i can do something with this.

Wednesday, September 3, 2014

Wanita, Kami Sangat Hargai Anda!!

Assalamualaykum... saya tengah buat survey market ni...

===================:::::::SURVEY:::::::::::======================

Nak tanya kaum HAWA, ibu2, kakak2, adik2 ni..terutama area Selangor nih...
Anda penat tak kalau seharian buat kerja rumah? bekerja? menaip? menjaga anak..outstation lagi...

Nak tak??? (sy tanya ni..hihihi..jujur tau)

Kalau ada servis atau layanan seperti spa khas untuk muslimah di Selangor ni yang "layan" anda at least 1 bulan sekali murah2..? ataupun spa yang anda boleh bawak anak kecil anda sekali sambil anda dilayan??

atau... NAK TAK, kalau servis dan layanan spa khas untuk muslimah berstandard 5 bintang di bawa ke rumah anda??? mandi bunga... urutan hilangkan stress, urutan senaman..santai dilayan bak puteri...

kalau suka / nak, mohon reply survey ni yer dengan cara "LIKE" page ini -> https://www.facebook.com/SyarifahsyifaShoppe dan kemudian PM "Alhamdulillah"

Mungkin impian anda jadi realiti...mungkin juga anda bakal memenangi hadiah menarik !!! InsyaAllah...

WANITA, KAMI SANGAT HARGAI ANDA!!

PM/ Whatsapp : 017 – 244 9387 (Sharifah Sue)


Sunday, July 6, 2014

Bicara Hati : Aku dan Kesombongan Itu.. Astaghfirullahal A’zim..

Alhamdulillah, hari ni hari ke 9 kita berpuasa. Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan sesuatu yang berpusar mengenai kehidupanku.


Moga ianya menjadi teladan pada sesiapa yang terbaca coretan ini. Nah, waktu senggang rehat ini aku peruntukkan masa untuk mencatat sesuatu yang begitu memberatkan hatiku..yang menyesakkan dadaku, yang menyebabkan air mata ku gugur satu persatu..nasib baik tiada sesiapa pn di bilik pejabatku saat ini.. Allahuakbar..
Kosong. 

Ruangan pejabat benar-benar kosong kerana semua rakan-rakanku di dalam bilik ini berbangsa Cina, mereka keluar untuk makan tengahari bersama..Kosong.. Sekosong ruangan hatiku yang sekian lama sekian goyah dek perasaan kosong! Aku masih tetap setia di hadapan monitor HP besar yang baru diganti bosku.. sambil mencoretkan lakaran-lakaran kehidupan di papan keyboard ini.  

Walaupun sudah hampir 3 tahun aku berkhidmat di sini, namun aku merasa yang aku tiada kenalan yang rapat denganku. Entah kenapa, sukar benar rasanya untuk aku menyerapkan manusia di sini sama ada rakan sejawat ke dalam ruangan hidup ku.

Aku diajukan dengan persoalan dari rakan di dalam bilik ku ini dan mendorong ku untuk menilai kembali ke dalam diri segala kekurangan dan kepelikan yang berlaku ke atas ku. Kenapa aku jarang bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang lain. Ke mana pun aku pergi, aku tidak pernah mengajak sesiapa beriringan denganku sehingga ada yang mengatakan aku sukar untuk di dekati atau dengan erti kata lain yang lebih mudah, SOMBONG! Itulah gelaran yang sering aku terima ke mana pun aku berada lebih-lebih lagi dengan mereka yang masih belum mengenali diriku. Dari sejak zaman belajarku dahulu.

Bila direnungkan kembali keadaan ini, aku baru sedar bahawa aku sebenarnya tidak pernah memberi ruang kepada sesiapa pun mereka untuk mengenaliku dengan lebih dalam dan bersosial denganku. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan diri ku sendiri berbanding dengan orang-orang di sekelilingku di dalam pejabat tersebut kerana bagiku mereka tidak pernah wujud dalam kehidupan sosial ku melainkan atas urusan belajar ataupun kerja.

Sungguh, kadang-kadang aku rasakan aku tidak pandai menyesuaikan diri dengan mereka! They are not my cup of coffee. Sounds really sombong bukan. Apabila mereka datang kepada ku untuk berbual-bual, aku pasti akan ghaib kerana aku tidak faham topik apakah yang mereka bualkan (yang penting bukan pasal kerja) dan aku tidak berminat untuk mengetahui tentang hal peribadi mereka, ‘boyfriend’lah, makanan itu sedap makanan ini tak sedaplah, shopping kt mana, bercuti atau pergi ke sanalah ke sinilah, itulah inilah. Owh maaf, aku benar-benar tidak berminat untuk bercakap tentang hal-hal tersebut dengan mereka dan maaf aku bukan seorang yang hipokrit yang mampu menyembunyikan perasaan tidak suka dan menggantikannya dengan “keplastikkan”!

Dan pernah juga rakan-rakan seperjuangan di zaman belajar dahulu add aku di FB, mereka mengenali aku namun, aku tidak pernah mengenali mereka, jauh lagi untuk mengingati nama. Astaghfirullahala’zim sombongnya aku untuk bergaul dengan mereka dahulu. Ada juga yang sudah menjauhkan diri dari berkawan denganku. Kerana aku mungkin kelihatan pabila aku memerlukan mereka dan tiada pada hari-hari yang mungkin mereka memerlukan aku.

Tiba-tiba terngiang-ngiang di hujung telingaku akan ayat yang sungguh terkesan di hati, “Hablum minallah wa Hablum minannas" (hubungan yang baik kepada Allah) dan (hubungan yang baik dengan manusia) lantas mendorongku untuk merungkai persoalan ini.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia di atas muka bumi ini untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Hal ini ditekankan kerana manusia sangat memerlukan Tuhan dan Tuhan yang sesungguhnya adalah Allah SWT, disamping itu manusia juga tidak mampu untuk hidup sendirian, kerena ia memerlukan manusia lain yang dapat berinteraksi secara baik untuk mewujudkan kehidupan yang baik.

Di dalam Al-Quran, Allah Swt berfirman:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apapun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar,dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (Surah An-Nisa’:36)

Dalam rangkaian penyebutan kepada siapa saja manusia harus berbuat baik, selanjutnya Allah menutup ayat di atas dengan kalimat: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri”.

Nauzubillah adakah aku dalam kategori itu?

Perlukah aku berubah dan menyerap kembali mereka-mereka yang mungkin aku telah sisihkan ini.. tidakkah itu lagi hiprokrit? Sungguh aku mengong sekejap.

Kesimpulannya bila difikirkan kembali, ada baiknya juga sikap sebegini kerana aku sering kali jadi orang yang terakhir tahu perihal sesuatu perkara. Bukan kerna aku tidak ambil pusing cuma aku rasa tak perlu untuk aku tahu lebih lanjut mengenai sesetengah perkara itu lebih-lebih lagi hal-hal peribadi. 

Allahurabbi, aku rasa aku akan terus begini untuk kebaikan ku agar aku tidak tergolong dalam golongan manusia yang memakan daging sahabatnya sendiri dan sebagainya. Biarlah hubungan itu terjalin atas dasar mendapat keredhaan Allah, bukannya atas dasar keduniaan semata-mata.

Kepada rakan-rakan yang mungkin pernah terasa dengan sikapku..rakan-rakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam, rakan-rakan di Sekolah Menengah Sungai Manik, rakan-rakan di UiTM Segamat, rakan-rakan di UiTM Shah Alam..rakan-rakan sepejabat denganku di Pharmaniaga Bhd, di KS Consulting Engineering, di Flextronic (M) Sdn Bhd, di Bumi Armada Bhd.. Maafkan lah aku..

Maaf 
mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik

Maaf  juga
Mungkin selama ini aku melalaikanmu

Maaf  lagi,
Mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih

Maaf  juga
Mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih

Maaf  sungguh
Mungkin selama ini aku tidak memahami

Maaf  aku hanya hamba yang biasa
Kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padaMu disempadan yang ada

Moga Allah selalu menyanyangimu
Kerana siapa pun kamu,
Kamu itu sahabat dunia akhiratku...

Wallahua’lam..


Credit untuk ilham puisi http://purpleberrystory.blogspot.com/