Sunday, January 26, 2025

Gelita ~ Bermulanya Episod Misteri (Hari Raya Tok Ma)



Assalamualaykum wbt dan salam sejahtera buat sahabat blogger. Mungkin juga ada yang datang dari TikTok sebab aku kongsikan blog ni di sana. Tapi cerita itu tak habis di situ sebab ada limit wordings, kena buat part-by-part. So, boleh baca kat sini ya.

Sesiapa pernah terbaca karyaku sebelum ini? Antaranya “Tiang Tanpa Seri,” “Pulut Kuning Untuk Siapa,” “Halalkan Mangga Yang Ku Curi”. Setakat ni baru 3 karya dah publish dahulu. Pernah juga ada publisher approach untuk dijadikan buku namun benda tu KIV setakat tu jer disebabkan COVID-19. Jadi, hari ni aku nak kongsikan satu lagi karya dah dah lama terperam oleh kerana tiada masa untuk menghabiskannya.

Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin kisahku sendiri, mungkin juga bukan. Cuma ku harapkan pembaca semua mengambil iktibar atas cerita ini. Cerita tetap juga cerita, mungkin ada yang benar dan ada yang ditokok tambah sebagai penambah perisa dan penyedap cerita. Namun, apa yang ingin ku ketengahkan adalah intipati dan pengajaran melalui cerita ini. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku (adalah pencerita).



Hari itu cuaca mendung dari pagi hingga ke petang. Langit kelabu. Awan berkepul-kepul bergerak di tiup angin lantas membentuk titsan hujan menjadikan keadaan petang jam 5 itu seakan jam 7 malam. Rumah Tok Ma nampak gelap dari luar. Lampu tidak dinyalakan. Tok Ma duduk bersimpuh di kaki tangga melihat keindahan langit nak hujan ciptaan Tuhan. Biarpun kakinya basah oleh tempias hujan namun dia tidak bergerak menjauhi tempat duduknya. Leka dia termenung di situ.

Nasi sudah ditanak, ikan kembung sudah di masak singgang dan ulam bersambal tempoyak sudah siap dihidang di meja. Tok Ma hanya menunggu masa untuk berbuka sahaja. Tok Ma memang tinggal sendiri. Anak sulongnya sudah berkahwin dan tinggal bersama anak isteri di Kuala Lumpur. Manakala anak bongsu yang pada asalnya menuntut di luar negara terus menetap di sana sebaik habis belajar. Mereka belum pulang sekalipun ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibu mereka. Tok Ma termenung sedih mengenangkan dirinya yang kesunyian. Punya anak dan cucu tapi tiada siapa pun yang pulang menemaninya. Menunggu hari raya barulah nampak kelibat anak-anaknya. Itupun sekejap cuma. Kadang-kala anak sulongnya cuma balik hari sahaja, tidak bermalam pun di rumahnya. Lain pula anak bongsunya yang gemar beraya di perantauan, di rumah rakan-rakan berbanding pulang ke kampung. Dia juga sudah punya keluarga angkat di Melbourne tempatnya melanjutkan pelajaran dan bekerja. Dan keluarga angkatnya sentiasa mengalu-alukan kedatangannya bercuti untuk di sana. Mungkin juga dia ingin terus bermaustautin di sana.

Orang kampung mula bercerita tentang anak-anaknya. Ada yang berkata anak-anak Tok Ma semuanya dah lupa daratan dan tak kenang jasa. Anak-anak Tok Ma semua sombong-sombong belaka. Orang-orang kampung yang kasihan melihat keadaan Tok Ma selalu juga datang menjengah. Membantu Tok Ma ke kedai membeli barang dapur, barang keperluan raya. Membawa Tok Ma ke klinik, menziarah Tok Ma jika Tok Ma kurang sihat dan menghulurkan pelbagai bantuan untuk Tok Ma yang tinggal sendiri. Orang kampung pelik kenapa anak-anak Tok Ma tidak mempedulikannya. Tok Ma bukan orang susah, tanahnya berelung-relung, hasil rumah sewanya tak habis makan. Tok Ma menggajikan orang-orang kampung untuk menjaga tanah, kebun dan rumah sewanya.

Tok Ma dikenali dengan sikapnya yang ramah dan suka membantu orang ramai. Tok Ma tak lokek wang ringgit. Dia selalu membantu orang-orang kampung yang susah. Kerana itu, orang kampung begitu mengambil berat akan dirinya. Dia juga terkenal dengan kebolehannya mengurut, urutan batin, urutan lepas bersalin, urutan patah dan macam-macam lagi urutan tradisional. Berbekalkan kemahirannya itulah yang membesarkan anak-anaknya sejak kematian suami kira-kira 20 tahun yang lalu. Kini dia sudah bersara, tapi masih ramai lagi yang perlukan bantuannya. Dia hidup dengan mengusahakan rumah sewa dan menggajikan orang kampung untuk bekerja di kebun-kebunnya. Itu sudah cukup membiayai hidupnya dan menghantar anaknya belajar hingga ke luar negara. Pendek kata anak-anak Tok Ma semua sudah berjaya, tetapi tiada seorang pun yang mempedulikan ibunya. Kasihan Tok Ma.

Di Kuala Lumpur, anak Tok Ma yang sulong, Azman mula merasa serba tak kena. Hidup berjauhan dengan ibunya tetap tidak memberikan keamanan buat dirinya. Hidupnya cuma aman tenteram sepanjang Ramadhan sahaja. Selebihnya penuh dengan gundah gulana. Perkara yang menghantui dirinya bermula kira-kira 20 tahun yang lalu.

Sewaktu itu Azman masih bersekolah menengah dan adik bongsunya Azwan pula bersekolah rendah, ayah mereka telah pulang ke rahmatullah kerana sakit misteri. Ayah mereka kerap batuk berdarah, sangkanya mungkin barah paru-baru kerana kuat merokok. Tetapi pemeriksaan kesihatan mengatakan sebaliknya. Ayahnya cuma terkena jangkitan kuman dan meninggal dunia secara mengejut di malam hari selepas batuk tak henti-henti dalam tempoh yang lama. Sejak itulah, ibu mereka Tok Ma mengambil alih tugas suaminya menyara anak-anak.

Maserah adalah nama penuh ibu mereka dan Tok Ma adalah panggilan mesra orang kampung padanya. Nama itu melekat sejak Tok Ma menjadi tukang urut professional di kampung itu. Sebut sahaja Tukang Urut Tok Ma, semua orang tahu perihal kehandalannya merawat sakit tulang dan urat sendi. Kadang-kala orang dari luar kampung turut datang untuk berubat dengan Tok Ma.

Azman menyaksikan sendiri peristiwa pelik jika Tok Ma ingin mengubat orang. Tok Ma seperti menjadi orang lain. Selalu juga ketika Tok Ma kurang sihat, demam dan terlantar, tiba-tiba Tok Ma menjadi bersemangat seakan sudah sihat bila terdengar ada orang minta diurut. Dari mana datangnya tenaga jika sebentar tadi Tok Ma terbaring lemah tak berdaya? Padahal Azman tahu urutan itu memerlukan tenaga yang kuat. Bukan sekali dua, tetapi sudah acap kali Azman menyaksikan peristiwa pelik itu. Bahkan Azman juga sudah menunjukkan bakat mengurutnya ketika Azman bertugas dalam pertubuhan unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah yang dianggotainya di sekolah. Kerap juga cikgu dan rakan-rakan meminta bantuannya pada hari sukan jika ada yang tercedera, terkehel, terseliuh dan sebagainya. Mengenangkan hal itu, Azman jadi gusar. Dia sebolehnya tidak ingin menyambung ‘kerja-kerja’ ibunya.

Azman selalu didatangi mimpi seorang wanita tua yang memberikan bungkusan berwarna kuning padanya dan mimpi itu berakhir dengan jeritan wanita berwajah hodoh ketika Azman cuba membuka bungkusan itu. Kadang-kala wanita itu cuba mencekik dirinya saat dia ingin menyentuh bungkusan itu. Wanita itu seakan tidak mahu memberikan bungkusan itu pada Azman. Dia cuba ingin bercerita pada ibunya namun hajatnya tidak kesampaian bila tiap kali ingin membuka mulut, Azman melihat ada bayangan lain di wajah ibunya. Selalu dia terkejut dengan keadaan itu. Adik bongsunya ketika itu masih tidak mengerti apa-apa.

Hubungan mereka sekeluarga agak renggang. Anak bongsunya sejak bersekolah menengah menetap di asrama, begitu juga dengan anak sulongnya sudah meninggalkan kampung ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Ibu mereka masih sibuk mencari nafkah sehingga kadang-kala di bawa orang mengurut sehingga ke luar daerah, ke negeri lain jika ada yang memerlukan. Tok Ma mempunyai pembantu yang menyusun jadual dan menjadi pemandu jika Tok Ma bertugas di luar daerah. Keadaan itu berlanjutan sehinggalah anak-anaknya dewasa.

Azan Maghrib telah berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka. Tok Ma menutup pintu rumah dan bergerak ke dapur untuk berbuka. Di bahagian belakang dapur rumahnya terdengar seperti cakaran-cakaran kuku mencakar dinding kayu dibalik dinding dapur. Tok Ma membiarkan sahaja seperti sudah lali dengan bunyi-bunyian itu.

Di luar negara Azwan hidup dengan cara barat, dia sudah tidak mempedulikan ibunya. Sedikit pun dia tidak menalifon ibunya. Dia juga punya teman wanita dan mereka tinggal bersama. Azwan juga selalu mengalami peristiwa pelik semasa masih tinggal dengan ibunya. Dia kerap dikejutkan di malam hari oleh ibunya yang tiba-tiba berubah menjadi wanita hodoh yang menakutkan. Bila diceritakan, Tok Ma tegas menyangkal dakwaannya dan berkata bahawa Azwan cuma berkhayal. Tok Ma juga tidak berkahwin lagi sejak kematian suami. Bukan tiada yang bertanya, namun Tok Ma lebih suka hidup sendiri dengan anak-anak.

Malam itu Tok Ma terasa seperti sesuatu akan berlaku padanya. Hatinya resah tak menentu. Terasa ingin menalifon anak-anak, namun hajatnya terhenti pabila mendengar ketukan di pintu. Hajar anak jirannya mengetuk pintu untuk mengajaknya sama-sama ke surau untuk Solat Tarawih. Itu sudah menjadi rutinnya semenjak dahulu, nasiblah ada jiran-jiran yang baik yang sering memantau keadaannya yang tinggal seorang diri. Pagi itu, ada sebuah kereta masuk ke halaman rumah Tok Ma. Hajar cepat-cepat memberitahu ibunya ketika dia lalu di hadapan rumah Tok Ma pagi tu. Pada hematnya mungkin anak Tok Ma pulang bercuti memandangkan sudah minggu terakhir puasa, barulah anak-anak Tok Ma dapat menemaninya berbuka puasa tahun ini.

Petang itu Azman dan keluarganya akan berbuka di luar memandangkan cuti hari minggu, isterinya mahu berehat dari menyediakan juadah berbuka seperti biasa. Sedang dia dan isterinya bersiap di bilik mereka, anak perempuannya yang berusia 6 tahun itu bermain sendirian di biliknya tiba-tiba datang padanya dengan menangis memberitahu ada seorang nenek menjengah dari luar tingkap biliknya menyebabkan dia terperanjat. Berderau darah Azman seketika. Dia dengan berhati-hati pergi meninjau bilik anaknya untuk memastikan apa yang diperkatakan anaknya itu tidak benar. Isterinya turut mengikut dari belakang. Setelah memastikan tiada apa di sana, dia menenangkan anaknya dan berkata mungkin anaknya cuma berkhayal. Masakan ada orang boleh menjengah ke tingkap bilik anaknya sedangkan bilik itu berada di tingkat atas rumah mereka. Untuk menjernihkan keadaan dan menyedapkan hatinya, dia cepat-cepat meminta isteri dan anaknya bergegas meninggalkan rumah untuk berbuka di luar sebelum jalan sesak.

Malam itu pula, Azwan bermimpikan ibunya dengan mimpi yang sukar untuk dimengertikan. Lantas dia terbangun dengan peluh di dahi walaupun suhu dalam biliknya sangat sejuk ketika itu. Dalam mimpinya dia dapat melihat dengan jelas ibunya datang dalam keaadaan yang compang-camping, dengan wajahnya kelihatan seperti cengkung dan penuh dengan darah dan ulat-ulat yang jatuh ke lantai setiap kali dia melangkah. Semakin dia lari semakin dekat ibunya menghampiri sehingga dia tersedar dari lenanya. Dia mengejutkan teman wanitanya yang tidur disebelahnya. Ini sudah masuk teman wanitanya yang ketiga, seorang warga Rusia. Dia kerap bertukar pasangan kerana kesemua mereka tidak tahan dengan tabiatnya yang kerap mengigau apabila tidur. Teman wanitanya yang tidur membelakanginya tidak bergerak walau sedikit pun setelah dibangunkan oleh Azwan. Dengan rasa sebal, Azwan mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi abangnya. Walaupun dia langsung tidak pulang ke kampung, dia masih menghubungi abangnya Azman melalui WhatsaApp dan email. Dia meninggalkan mesej supaya abangnya menghubunginya segera berikutan perbezaan masa antara dua negara. 

Tiba-tiba dia merasakan ada pergerakan yang dilakukan oleh teman wanita disebelahnya. Dia memanggil nama wanita itu berulang kali tetapi wanita itu tidak menoleh malah bergerak-gerak seperti melakukan sesuatu membelakanginya. Azwan ingin bangun membuka lampu bilik namun badannya seadakan terkunci dari bergerak. Matanya memerhatikan perbuatan teman wanita disebelahnya dengan perasaan berdebar-debar. Tiba-tiba wanita itu menoleh dengan muka yang tak tumpah seperti wajah ibunya dalam mimpinya tadi. Bau hanyir menguasai bilik tidur itu. Dia yang tidak dapat bergerak, hanya berusaha menahan nafas apabila makhluk itu menghampirinya mendekati wajahnya. Azman dapat rasakan ulat-ulat yang memenuhi wajah makhluk itu jatuh ke atas badannya dan bergerak masuk ke setiap rongga badannya menyebabkan dia meronta-ronta. Makhluk itu hilang dari pandangan bila telefonnya berdering beberapa kali. Abangnya menelefon memberitahu suatu berita yang mengejutkan.

Azwan tiba di KLIA dan terus mendapatkan abangnya. Mereka berdua sudah sepakat untuk berangkat ke kampung dan menjenguk ibu mereka. Beberapa hari lagi, umat islam akan beraya dan kali ini mereka ingin memohon maaf dan beraya dengan ibu mereka. Mereka juga ingin mengambil kesempatan bertanyakan hal yang menjadi misteri di dalam kehidupan mereka setelah sekian lama.

Setibanya mereka di rumah Tok Ma, kawasan itu kelihatan sunyi dari biasa. Pintu dan tingkap tertutup rapi seperti tiada orang di rumah. Jiran-jiran pun tidak kelihatan di luar untuk bertanya. Mereka masuk ke rumah seperti biasa. Kunci pendua masih ada di atas pasu bunga yang tergantung di depan tangga rumah tradisional itu. Semenjak kecil, apabila ibunya keluar bekerja, Tok Ma akan meletakkan kunci rumah di dalam pasu yang sama. Bezanya cuma bunga dalam pasu itu sudah kering dan layu. Mungkin ibunya lupa menyiram bunga-bunga yang menghias halaman sekeliling rumahnya. Lalang juga tumbuh memenuhi laman diperhatikannya dengan sayu. Terbit rasa bersalah pada dirinya yang meninggalkan ibunya hidup seorang diri.

Azman, isteri dan dua anaknya serta Azwan membawa masuk beg-beg mereka ke dalam rumah. Mereka mencari-cari gerangan Tok Ma namun tidak berjumpa. Bilik tidur Tok Ma yang terletak di bahagian atas rumah juga terkunci rapi. Pada fikiran mereka, mungkin ibunya keluar seperti selalu. Lantas mereka pun cuba membuka tingkap dan mengemas sedikit rumah yang agak berdebu itu. Hari berlalu sehingga ke petang, Azman dan Azwan ingin ke pekan sebentar untuk membeli juadah berbuka kerana ibu mereka masih belum pulang. Dalam pada masa yang sama mereka ingin bertanyakan jiran-jiran akan keberadaan Tok Ma. 

Tiba-tiba pintu bilik Tok Ma terbuka sendiri. Tok Ma keluar dari bilik diperhatikan oleh cucunya yang paling kecil berusia 11 bulan. Bayi itu ketawa seperti diagah seseorang menyebabkan isteri Azman terkejut. Dia tidak mendengar sebarang bunyi dari bilik Tok Ma sedari tadi, masakan dia tidak perasan bila Tok Ma pulang. Dia menolak perasaan itu lantas menghampiri Tok Ma dan bersalam dengannya. Menantunya itu merasa sangat bersalah kerana sebelum ini tidak pernah mengajak suaminya pulang menjenguk ibu mertuanya itu. Dia kemudiannya mengenalkan anak-anaknya kepada Tok Ma. Anak perempuannya kelihatan begitu mesra membuatkan dia memendam kegusaran hatinya sendiri. Malang bagi Azman dan Azwan mereka tidak sempat bertanya perihal ibu mereka kerena tidak terserempak dengan mana-mana jiran. Namun hati mereka terubat bila melihat Tok Ma duduk di dalam biliknya melayan dan cucu-cucunya bermain.

Azman dan Azwan cepat-cepat bersalaman dan memohon maaf atas ketelanjuran mereka menyisihkan ibu mereka dari hidup mereka sebelum ini. Tok Ma hanya tersenyum dan mengangguk-angguk perlahan. Tok Ma berkata inilah hari raya yang paling Tok Ma nantikan. Anak cucu kembali ke rumah, menerima dirinya dalam hidup mereka dan berjanji akan sentiasa berada di sisinya. Itu sudah cukup bagi Tok Ma. 

Pada malam raya yang meriah itu, Azman dan Azwan sibuk di laman menyediakan api untuk memasak ketupat dan lemang. Menantu dan cucunya pula di dapur menyediakan rendang dan kuih raya. Tok Ma tidak kelihatan sedari tadi. Mungkin Tok Ma penat dan berehat di bilik sahaja. Mereka berjanji akan menjadikan raya pada tahun ini paling meriah untuk mereka. Rumah Tok Ma dihias lampu bermacam warna. Halaman rumah sudah menjadi rapi selepas Azwan menebas semak samun sekeliling rumah Tok Ma. Tiba-tiba Haji Suman, Imam kampung itu singgah di halaman.

"Assalamualaikum!" Haji Suman memberi salam serta mematikan motosikalnya.
"Waalaikumsalam!" Azman yang sibuk menghidupkan api untuk membakar lemang menjawap. Azwan yang ingin merebus ketupat datang menghampiri seraya menyambut tangan Haji Suman untuk bersalam.

"Alhamdulillah, balik juga kau orang ke sini." Haji Suman sedikit sebak pada suaranya.
"Ya Haji, kami dah sedar dan kami nak betulkan semua keadaan." Azman menjawap.

"Kalaulah Tok Ma masih ada, mesti dia gembira." Haji Suman berkata sambil mengelap air mata.
Azman dan Azwan berpandangan. Darah mereka berderau mendengar kata-kata Haji Suman.
"Apa maksud Haji? Kami tak faham." Azman dan Azwan berpandangan.

Dari halaman, Haji Suman melihat ke arah tingkap bilik Tok Ma yang tiba-tiba terbuka. Kelihatan susuk tubuh wanita itu disebalik langsir mengejutkannya. Haji Suman cepat-cepat menukar topik dan meminta agar Azman dan Azwan datang ke surau sekarang membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Haji Suman berkata mereka harus segera ke sana untuk majlis Takbir Raya. 

Dengan pantas, Azman mengarahkan isteri dan anak-anaknya ikut serta memberi isyarat agar mereka membiarkan Tok Ma berehat di bilik sahaja. Sebenarnya Azman sudah berasa gusar yang tidak terhingga. Azwan yang masih hairan dengan kata-kata Haji Suman tadi meminta abangnya untuk tidak cepat mempercayai kata-kata Haji Suman itu. Sebelum ini, mereka tidak pernah ditegur oleh mana-mana jiran Tok Ma. Bahkan, Haji Suman pun tidak pernah datang ke rumah mereka sebelum ini. Azwan berasa amat pelik. Azman tidak menghiraukan Azwan, dia hanya ingin cepat-cepat keluar dari rumah itu. Sejak dia membuka alunan Takbir Raya di televisyen dia tidak melihat kelibat Tok Ma. Dia juga sebenarnya pelik dengan keadaan Tok Ma tetapi tidak dapat berkata apa-apa sebelum ini. Tok Ma tidak bangun bersahur dan tiada di rumah setiap pagi. Mereka hanya bersembang dengan Tok Ma apabila Tok Ma keluar dari biliknya menjelang waktu berbuka. 

Jantung Azman terasa seakan terhenti apabila semua lampu di rumah itu tiba-tiba terpadam sendiri. Alunan Takbir Raya di televisyen juga terhenti. Kaki mereka seakan terpaku dan tidak dapat bergerak kerana terkejut. Pandangan mereka tertumpu ke arah bunyi yang kedengaran dari bilik Tok Ma. Bunyi seperti cakaran-cakaran kuku itu semakin lama, semakin kuat seakan-akan mengelilingi mereka. Dengan perlahan-lahan pintu bilik Tok Ma terbuka. Anak-anak dan isteri Azman sudah mula menangis ketakutan. Azman dan Azwan masing-masing ingin membacakan ayat-ayat Al Quran namun tiada sesuatu ayat pun yang terlintas difikiran mereka. Dalam samar-samar, mereka melihat ada tangan dengan kuku hitam, panjang dan tajam keluar dari balik pintu bilik Tok Ma. Isteri Azman memejam mata dan memegang erat anak-anaknya tiba-tiba berasakan sesuatu yang aneh. Tangan anak perempuan yang dipegangnya begitu sejuk. Apabila dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia melihat makhluk seperti wanita berambut panjang serabai, dengan kuku hitam, tajam dan panjang berdiri disebelahnya. Tidak terlihat wajah makhluk itu tetapi dia seperti melihat makhluk yang mengerikan itu tersenyum menyeringai kepadanya menyebabkan dia jatuh pengsan di situ juga. Sedang Azman ingin membantu isterinya, Azwan tiba-tiba menjerit nama anak saudara perempuannya yang tiba-tiba hilang dari pandangan mereka. Keadaan jadi kucar-kacir. 

Tiba-tiba mereka mendengar suara Haji Suman dan beberapa orang kampung dari halaman. Dengan bantuan lampu kereta yang disuluhkan ke arah pintu rumah Tok Ma, barulah mereka nampak jalan keluar. Haji Suman mengarahkan Azman dan Azwan keluar dari rumah itu segera. Dengan bantuan beberapa orang kampung, mereka semua dapat keluar. Namun mereka sangat khuatir akan keselamatan anak perempuan Azman yang hilang dalam kekalutan tadi. Mereka semua di bawa ke surau. Isteri Azman meracau-racau bila sedar dan pengsan semula bila bacaan Rukyah di lakukan oleh Haji Suman. Malam itu juga Haji Suman meminta bantuan seorang Perawat yang dikenalinya. Walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan syawal keesokkan harinya, namun beberapa orang jiran Tok Ma hadir datang ke surau turut membantu dan menemankan keluarga Azman. 

Haji Ishak iaitu Perawat dari pusat Rawatan Islam berhampiran tiba walaupun agak lewat. Mereka semua di temani Haji Ishak, Haji Suman, Azman dan Azwan serta beberapa orang kampung bergegas menuju ke rumah Tok Ma untuk menyelamatkan cucu perempuannya yang dikhuatiri disembunyikan oleh makhluk yang tidak bertuan itu. Masing-masing diingatkan supaya membaca Ayatul Kursi sentiasa sepanjang berada di sana. Hanya Haji Suman dan Haji Ishak masuk ke dalam rumah dengan sambil membawa garam dan lada hitam sambil membacakan Ayat-Ayat Al Quran. Tak lama kemudian Haji Suman keluar membawa anak perempuan Azman yang tidak sedarkan diri. Mereka menjumpai kanak-kanak itu seperti sedang tidur dalam bilik Tok Ma. Azman merangkul anaknya dengan erat dan berterima kasih dengan bantuan Haji Suman dan Haji Ishak serta orang kampung yang hadir. Mereka semua akhirnya di bawa ke rumah Haji Suman untuk berehat.

Pagi syawal itu tidak seperti syawal yang diharapkan oleh Azman dan Azwan. Mereka di bawa ke tanah perkuburan Islam untuk melihat sendiri kubur Arwah Tok Ma yang meninggal dunia kira-kira seminggu yang lalu. Doktor yang mengesahkan kematian Tok Ma hanya mencatatkan sebab kematian Tok Ma adalah sakit tua. Dia meninggal dunia sendirian di rumahnya dan hanya disedari oleh jirannya apabila Tok Ma tidak kelihatan keluar dan rumahnya bertutup rapi sudah beberapa hari. Terdapat sedikit kekeliruan kerana jirannya menyangka Tok Ma dibawa pergi oleh anak-anaknya kerana mereka nampak ada kereta masuk ke halaman rumah Tok Ma. Rupanya ada orang di kampung sebelah berhajat ingin mendapatkan khidmat urutan bersalin selepas raya namun Tok Ma menolak hajat mereka dengan baik kerana Tok Ma sudah tidak lagi mengurut mahupun mengubat sesiapa lagi.

Pada akhirnya, mereka menjumpai jasad Tok Ma pada hari ke tiga. Mereka cuba menghubungi salah seorang dari Azman dan Azwan namun tiada seorang pun mengetahui nombor telefon keduanya. Kerana jasad Tok Ma sudah lama terbiar, orang kampung terus menguruskan jenazahnya tanpa menunggu anak-anak Tok Ma pulang. Azman dan Azwan menangis dan meraung melihatkan kubur tempat persemadian ibu mereka. Walau mengalir air mata darah sekalipun, Azman dan Azwan tidak dapat berjumpa dengan ibu mereka sehingga akhir hayatnya. 

Haji Suman dan orang-orang kampung sebenarnya sudah muak dan marah dengan perangai kedua mereka yang tidak mempedulikan Tok Ma semasa hidupnya. Hati Haji Suman bertambah remuk apabila ternampak Azman dan Azwan sibuk menghias rumah, memasak juadah hari raya walaupun ibu mereka baru sahaja meninggal dunia. Dia mahu menegur perbuatan mereka berdua itu dan mengajak keduanya bertakbir dan bertahlil untuk Tok Ma. Namun apa yang memeranjatkannya, ada makhluk lain yang sudah menggantikan Tok Ma di rumah itu. Oleh kerana itu, dia mesti berbuat sesuatu. Azman dan Azwan menginap di sebuah homestay di kampung itu untuk meneruskan rawatan Islam dengan Haji Ishak. Mereka kerap diganggu dengan mimpi dan makhluk ngeri disebabkan tinggalan ilmu Tok Ma. Tok Ma sebenarnya sudah lama menjalani rawatan Islam dengan Haji Ishak. Kemuncak rawatan itu adalah untuk membuang SAKA ilmu yang diturunkan oleh ibunya kepada Tok Ma supaya Tok Ma boleh bekerja dengan mengurut dan mengubati beberapa penyakit misteri. Tok Ma benar-benar mahu berubah dan tidak mahu terlibat dengan jin-jin SAKA itu lagi, namun ianya tidak semudah yang disangka. Makhluk itu tidak berhenti mengganggu hidup Tok Ma serta mula mengganggu anak-anaknya. Kerana khuatir dengan keselamatan anak-anaknya, Tok Ma rela disisih dan hidup sepi sendiri.

Haji Suman menasihatkan Azman dan Azwan supaya tidak membenci ibu mereka. Kita tidak layak untuk menghukum seseorang apatah lagi ianya adalah keluarga kita sendiri, kerana kita tidak tahu apa yang mereka hadapi. Seharusnya sebagai anak, kita haruslah berdoa untuk keampunan ibu bapa kita dan memohon keselamatan mereka di akhirat kelak. Mendengarkan itu Azman dan Azwan terus juga menangis teresak-esak dan menyesali tindakan mereka. Namun, Hari Raya Tok Ma tidak berakhir di situ. 

Setelah pulang ke bandar, Azwan kembali ke Melbourne semula. Dia ingin memulakan hidup baru dengan azam untuk memperbaiki dirinya dan agamanya. Azman juga semakin berubah dan cuba membimbing isterinya untuk turut sama mendalami ilmu agama bersama-sama. Peristiwa misteri yang berlaku pada keluarga mereka itu membuka matanya untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Tetapi dia tidak sedar sesuatu sedang mendampingi anak perempuannya. Tanpa pengetahuannya, pada setiap malam "Tok Ma" akan datang melalui jendela. Tempat mula-mula dia menjengah dahulu.

Malam itu angin sejuk menderu-redu. Ada susuk tubuh wanita berambut panjang melayang-layang di udara menanti dengan sabar di bucu jendela.

"Tok.. Tok.. Tok.." bunyi jendela bilik itu diketuk beberapa kali. Bunyinya kedengaran seakan bunyi ranting yang diketuk lembut dari luar. 

Kuku hitam, dari jari yang runcing dan tajam itu diketuk pada kaca jendela berkali-kali menyedarkan Maisarah dari lena. Tanpa rasa takut, Maisarah bangun dari katilnya dan berjalan perlahan-lahan ke arah jendela supaya tidak mengejutkan ibu bapanya. Dia melihat "Tok Ma" datang seperti selalu.

Dan seperti selalu juga, Maisarah akan membuka jendela dan menjemput "Tok Ma" ke dalam biliknya dan masuk ke dalam hidup mereka semula. 

Maisarah sudah berjanji dengan "Tok Ma" semenjak hari raya itu, "Tok Ma" tidak akan sendiri lagi.

~Selamat Hari Raya~!




Friday, December 27, 2024

Down Memory Lane ~ Dan Pengembaraan Pun Bermula

 اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Woho! Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni. Akhir coretan aku adalah pada tahun 2021. Apa khabar semuanya? Diharapkan dan didoakan semua yang menjengah di blog ini berada dalam keadaan sihat wala'fiat. Semoga yang sakit semoga diberi kelegaan, yang murung diberikan sembuhan, yang derita diberikan keamanan, yang sengsara diberikan kesabaran dan yang sudah meninggalkan kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di alam abadi. Ada cerita baru nak aku ceritakan di sini. 

Cer cerita, cer cerita.. 

Ceritanya tu begini, pada tahun 69. Dalam tahun 69 tu, lepas tahun 68, jadi belum sampai pada tahun 70. Jadi dalam tahun 69 tu, 69 la, lepas tahun 68. Jadi, sebelum tahun 70. Jadi, tahun 70 tu pulak, belum jadi tahun 71. Itu lah serba sedikit ceritanya.😆

Pejam tak celik-celik kita sudah berada di ambang 2025, sebelum tahun 2024. Jadi, tahun 2024 la. Jadi tahun 2025 pulak belum sampai pada tahun 2026. Ok, sudah-sudah. Tak habis lagi dengan cerita Pak Abu di warung Pak Jabit di Kampung Pisang. Gara-gara FYP kat TikTok aku pasal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. 

Cerita yang aku nak kisahkan ini juga tak kurang menariknya. Siapa nak baca dia memang orang yang pintar. Sebab zaman sekarang ni orang dah malas membaca, kerjanya asyik scroll-scroll TikTok setiap hari, membaca jauh sekali. Jadi, marilah kita bertukar menjadi manusia pintar yang suka membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan video-video yang tak munasabah, penuh tipu daya dan fitnah wal fitnah yang ada di dalam TikTok itu. Walaupun zaman dah berubah dan kita bukan lagi berada di zaman Blogger dan WordPress tapi aku nak juga taip di sini. Biarlah ianya menjadi tinggalan aku nanti bila aku sudah tiada lagi di bumi.

Ini adalah rangkuman pengembaraanku mengenali jati diri. Pengembaraan ini bermula dari tahun 2018 dalam kumpulan kami yang mempunyai suatu asas pengertian yang sama. Kami gelarkan kumpulan kami Skuad BB dengan niat yang murni untuk memperbaiki diri dan mengenal asal usul kami untuk memahami permasalahan masing-masing. Pada dasarnya, kami hanyalah sekumpulan wanita yang mencari penawar diri. Kami terdiri dari beberapa orang yang sakit akibat pelbagai jenis gangguan ain, sihir, saka, pendamping, dan leluhur yang bermasalah dan kami bertemu ketika masing-masing berusaha dengan pelbagai cara rawatan Islami. Kami pun berkenalan di sebuah pusat perubatan Islam yang ketika itu agak terkenal. Dari situ, kami mula rapat dan bersahabat sehingga mengenali keluarga masing-masing, ditambah dengan menyertai kelas Pengajian Al Quran oleh Ustazah yang juga Pemenang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa yang kami kenali juga semasa berubat bersama-sama di Pusat Perubatan Islam yang sama.

Tinggal kenangan..

Pelbagai aktiviti kumpulan, penyelidikan dan perbincangan dilakukan untuk mencari titik mula kami. Dan setelah bermula, kami teruskan walau pelbagai halangan terjadi. Pengembaraan ini juga terhenti seketika kerana Covid-19 melanda dan perkara paling tragik terjadi iaitu kembalinya ke Rahmatullah salah seorang sahabat seperjuangan kami ke negeri abadi. Setelah sekian lama, langkah diatur kembali menyambung perjalanan yang terhenti. 

Namun dikala ini, kumpulan kami Skuad BB telah berkubur. Ada diantara kami mengambil tindakan berhenti di pertengahan jalan, dengan penuh rasa kekecewaan, kami bawa haluan sendiri. Benarlah bagai dikata, hidup adalah perjuangan dan harus diperjuangkan. Sempurnakan usaha dengan doa, kemudian bersabar menunggu hasil yang sempurna. Namun ada diantara manusia itu, tidak sabar dengan ujian Allah, tidak sanggup bersusah-payah. Adakah mereka lupa sememangnya tiada apa yang mudah, kerana Syurga itu terlalu indah. Nak menjejakinya pun mestilah payah tetapi pada akhirnya kepayahan dan usaha itu yang dilihat Allah. Jadi perlukah kita berhenti?

Pengembaraan pertama yang ingin ku ceritakan adalah pengembaraan kami ke Istana Purba, Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra, Banting, Selangor. 

Petikan suatu majalah lama ~ tak ingat nama majalah tu

Ini adalah gambar petikan majalah lama sekitar 80'an. Masih nampak dengan jelas bahagian atas bangunan yang tersergam. Terlihat juga pagar disekeliling masih utuh berwarna putih. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan semasa aku ke sana dahulu. Sebahagian pagar sudah menyembah bumi, bahagian atas bangunan sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah tinggalan struktur bangunan yang masih kelihatan kukuh berdiri, dengan tiang utama masih tetap memagar dinding-dinding sepi. 

Namun, kini aku tak pasti. Semasa kedatangan aku ke sana, masyarakat setempat pun tidak mengetahui secara lebih dalam mengenai istana ini. Lebih menyedihkan, keseluruhan tanah di kawasan itu telah dijual kepada Taukey Type C. Dengan izin Allah, kami dibenarkan masuk ke tanah milik persendirian itu oleh pekerja Type B yang menjaga kawasan di sana. Allahuakbar, pelik betul. Bagaimana tanah melayu yang dahulunya sebuah Istana Sultan di Selangor di jual pada orang bukan bumiputera? Mana semua jalur keturunan Sultan ni? Tiada sesiapakah yang mengambil tahu? Dengan mudah menjual pada orang yang bukan selayaknya. Tahukah mereka tanah Jugra ini menyimpan pelbagai sejarah besar orang Selangor? 

Pelik tapi benar, banyak juga tanah-tanah di Jugra ini jadi milik Type C. Siapa selalu naik Jugra? Cer komen..cer komen..
Masuk hutan di zaman Covid be like - kene pakai facemask..ahaks

Perjalanan diteruskan lagi, masih di Jugra di hari yang lain pula. Kami menjejaki Istana Bandar terletak di Kampung Bandar, Jugra, Selangor, Malaysia. terletak jauh sedikit dari Bukit Jugra. Korang mesti tertanya-tanya buat apa lagi di Jugra ni? Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun, sejak 1905. Semasa aku melawat di sini, bangunan tersergam putih ini cuma kosong dan menerima tetamu yang ingin melihat sendiri seni bina yang katanya menyerupai senibina Islam India and Timur Tengah. 

Kalau tak salah aku kini, istana ini dijadikan pusat pengajian Al Quran oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Paling misteri, salah seorang sahabat kami muntah teruk sebaik tiba di pintu pagar istana itu. kau ghase?😮

Paling suka dengan warna putih dan kuning cair dikeseluruhan Istana ini, nampak terang walaupun gloomy.

Next destination is after the Covid and all. Masa ni, kami Skuad BB dah tiada, tetapi aku dan my sisters masih teruskan agenda kami untuk merungkai sejarah keturunan kami sendiri. Kami sambung dengan pengembaraan seterusnya ke Istana Jahar, Kelantan. Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Kalau korang sampai ke sini, Istana ni kira opposite each other.

Aku masih tak dapat relate dengan perbuatan orang yang kahwin, beranak and tinggal tu..shame on your keturunan la.

Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Macam-macam yang korang boleh tengok dalam ni. Yang paling best bila dah penat jalan-jalan, korang boleh singgah di kedai makan yang menjual pelbagai ulaman yang fresh selambak mana nak dapat macam ni kat KL. So, please try. 😋

Dan pengembaraan Istana di akhiri dengan lawatan sambil belajar seterusnya ke Istana Seri Menanti di Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bayangkan kalau sakit lutut macam kita di zaman now, macam mana nak naik ke bilik bekerja mahupun berehat? Pastinya orang dulu-dulu sihat dan masih mampu mendaki tangga sebegitu. Lemahnya aku..huu😞

Asal usul Seri Menanti bermula dari peristiwa seorang isteri yang bernama Seri yang menanti kepulangan suaminya. Oleh kerana terlalu lama menanti, orang-orang kampung telah menamakan tempat tersebut SERI MENANTI. (Menurut fakta menemubual bersama Norhalim bin Ibrahim, 1993). Sumber nukilan YM Dr. Raja Nafida binti Raja Shahminan, Pusat Kajian Alambina Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku pun. Sebenarnya banyak lagi istana lama yang tidak menggunakan sebarang paku mengikut kemahiran pertukangan di zaman dahulu. Wallaweh! Hebat betul orang kita. Kini, istana itu telah berubah peranannya menjadi muzium yang menyimpan pelbagai khazanah lama, yang paling unik tangganya yang tinggi dan curam. Kalau korang nak tahu, istana ini setinggi empat tingkat dan juga terdapat 7 mata tangga yang disetiap mata tangga tu tempat berkerja mahupun berehat para kerabat diraja dan orang-orang istana seperti Dato'-Dato' adat yang berlainan. Yang paling atas iaitu tangga 7 tu ditinggal kosong. Sesuai untuk meninjau kawasan kerana kedudukan paling tinggi di situ. 👀

Ok, sudah cukup berjalan-jalan mari kita pulang semula ke pangkal jalan. Aku bukan orang istana, mahupun kerabat diraja, tapi aku adalah.. (rahsia) Mesti ada antara korang yang pelik, apa yang aku cari melalui penjalanan ini? Tak payahlah korang pelik dan tak faham kerana ini perjalanan aku, korang tak  faham pun tak apa.😉

Walaupun perjalanan bersama ini terhenti, tetapi lupakah kalian yang kita pernah berjanji untuk berjiran di syurga nanti? Oleh itu, aku masih berharap dan berdoa pada yang tinggal ini supaya jangan berputus asa dari Rahmat Allah, bertawakkallah kepada Allah SWT, nescaya ada jalannya, InsyaAllah. 

Alhamdulillah, rangkuman perjalanan mencari identiti diri ini telah memberi aku peluang menambah ilmu dan kefahaman tentang sejarah dan kaitannya dengan kita. Pasti ada cerita di setiap sejarah yang termaktub dan kita adalah waris yang perlu mengetahui sesuatu yang tercapai oleh akal kita sahaja kerana ilmu Allah itu begitu luas. Selebihnya, kita serahkan pada Allah pemilik segala isi langit dan bumi. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan kita sendiri. Dengan ini, aku sudahi tahun 2024 ini dengan lafaz..
 صدَقَ اللَّهُ العَظيم

Ok, moving on to our next chapter of life!😇😉








Friday, September 3, 2021

Kematian ~ Bersediakah Kita Jika Dijemput Pulang Hari Ini?

Bismillahirrohmanirrohim..

Mati. Sesuatu yang pasti berlaku kepada kita. Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian itu datang kepada mereka. SUBHANALLAH. Bila datangnya ajal seseorang itu, tidaklah dilambatkan atau dipercepatkan walau sesaat! Bersediakah kita? 

Menyingkap kembali peristiwa trauma dan menginsafkan tempohari, bila melihat sendiri kematian dihadapan mata. Allah telah memilih aku untuk menyaksikan sakaratul maut yang paling mudah dan indah pada hamba yang Allah sayang. SUBHANALLAH. Aku pun tidak menyangka yang keadaan itulah dinamakan sakaratul maut kerana prosesnya tersangatlah mudah. Tak ubah seperti lelah, sukar untuk bernafas sahaja. Sepontan kami sahabat di sisi mengingatkan Kak Mas pada Allah. Membacakan ayat pelindung, membaca ayat-ayat penawar bagi membantu Kak Mas. Dalam pada masa yang sama, menafikan bahawasanya Allah nak ambil Kak Mas pada masa itu. 

Tidak sama-sekali seperti yang digambarkan di kaca televisyen, manusia tercungap-cungap mengakhiri nafas dan begitu seksanya kematian yang terjadi di setiap episod Tanah Kubur. Namun pada pandangan mataku yang lagha ini, kematian itu cukup indah dan aman bagi hambaNya yang Dia sayang, sehingga kita tidak menyangka bahawa itulah sakaratul maut yang dikatakan itu. Memikirkan kembali, menyebabkan aku berdebar dan tersedu sendiri. Allahuakbar, Malaikat Maut sudah begitu hampir padaku yang membantu saat Kak Mas diakhir nafasnya. Bila pegawai kesihatan dari unit kecemasan datang untuk membantu, Kak Mas sudah tiada lagi. Aku sangat yakin akhir nafas Kak Mas pada masa kami mendakapnya itu, semasa dia seakan lelah, kami menggosok-gosokkan dadanya, mengingatkan dia pada Allah, nafasnya berakhir di situ.  

Sehinggakan semasa urusan terakhirnya juga Allah mudahkan sehingga ke liang lahad. Begitu Allah jaga hamba yang DIA sayang. Allahurobbi, tak perlu melihat kisah lain. Dihadapan mata, orang biasa seperti kita juga boleh mendapat Rahmat Allah. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita sebelum kematian datang kepada kita.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya:

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".

Aku terbaca di Facebook TeamFateh mengenai tujuh amalan atau persiapan yang perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjemput. Mari aku kongsikan sekali lagi. 


1. Memperbanyakkan Bertaubat Dan Beristighfar Kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah SWT : "Sesungguhnya Allah SWT masih menerima taubat hamba-Nya sebelum rohnya sampai ke tenggorokan " (HR at-Tirmidzi).

Sabda Rasulullah SAW yang lain bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa". (HR. Ibnu Majah) .


2. Betulkan Ibadah Sholat Kita Dan Belajar Untuk Lebih Khusyuk.

Jangan kita selalu melambat-lambatkan sholat bagi lelaki cuba solat berjemaah di masjid atau di surau. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika sholat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah SWT berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sholat-sholat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."(HR At-Tirmidzi).


Ini salah satu cara untuk aku memperbaiki solatku. Buku ini aku beli online dalam bentuk E-book namun aku cetak supaya memudahkan aku untuk membacanya. Jom usaha dengan pelbagai cara agar solat kita khusyuk dan diterima.


3. Menyelesaikan Semua Hutang-hutang.

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.


Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(HR. Al-Tarmizi).

Doakan perniagaanku berjaya dan aku memperoleh wang yang cukup untuk membayar semua hutang-piutangku. Pertama sekali aku berusaha untuk melangsaikan hutang pendidikanku yang bertahun aku tinggalkan kerana berfikir bahawasanya itu bukan hutang wajib kerana ianya adalah kewajipan pemerintah menyediakan pendidikan kepada rakyat. Dan sesungguhnya aku berhutang duit rakyat. Betapa jahilnya pemikiranku waktu itu. Nauzubillah. Semoga aku sempat lunaskan semua hutang-hutangku yang lain.


4. Perbanyakkan Sedekah Jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan yang seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Doakan aku juga turut menjadi orang yang cintakan amal jariah. Sesungguhnya amalan ini berat dilakukan di bulan lain kecuali bulan Ramadhan. Marilah kita berdoa agar kita istiqomah bersedekah.


5. Menuntut Ilmu Yang Bermanfaat.

Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :

"Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun". (HR. Imam Muslim).

Di Blog ini juga aku mengharapkan setiap perkongsian aku dijadikan penghubung ilmu dan dimanfaatkan selepas ketiadaanku. Banyak perkara aku kongsikan di sini. Walaupun aku bukanlah seorang alim ulama' atau orang yang selayaknya memberi ilmu. Namun aku harapkan kebaikkan dipulangkan bagi yang membaca dan mempelajari sesuatu dari blog ini. Semoga ianya menjadi sumber ganjaran kebaikkan padaku nanti. 


6. Anak Yang Sholeh Yang Mendo'akan Kedua Ibu Bapanya.

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia.

Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri.

Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا.

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut:

وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

"Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya.

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah SWT bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR. Imam Ahmad).

Bab ni aku sedikit sedih kerana aku masih belum berkahwin dan perkahwinan itu sangat jauh dari jiwaku. Aku pun tak tahu perancangan Allah padaku. Adakah aku mempunyai zuriat atau tidak. Bagi yang tiada zuriat walaupun sudah berkahwin atau tidak berkahwin bukan penghalang bagi kita mendapat redha Allah atau diangkat darjatnya di sisi Allah. Allahyarhamah Kak Mas pun tidak berkahwin, namun Allah beri dia kematian yang indah, Husnul Khotimah. Itu sudah cukup memberi jawapan pada aku yang berteka-teki dengan ketentuan Allah. Benarlah yang dikatakan, Soal Rezeki, Jodoh, Hidup Mati itu kerja Allah. Allah Yang Maha Tahu setiap yang tertulis pada perjalanan hidup kita. SEGALA sesuatu yang terjadi di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT termasuklah segala perkara baik atau buruk, hidup atau mati, semuanya menjadi bukti kebesaran-Nya.


7. Meminta Maaf Kepada Semua Orang Yang Kita Pernah Melakukan Kesalahan Kepada Mereka

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah dan memohon dan maaf kepada orangnya.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30.

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati. (HR Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam surah Surah Ali-Imran, ayat 185:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ertinya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".

Marilah kita melazimi sifat meminta maaf ini. Pada permulaannya memang sukar kerana kadang-kadang sifat ego itu menebal sehingga menghalang kita merendahkan diri meminta kemaafan jika membuat kesilapan. Sifat ego inilah yang merosakkan hati kita. Marilah kita berdoa agar Allah jauhkan sifat ego, sombong, takabbur dan ujub yang boleh menggelapkan hati dan menghalang Hidayah Allah pada kita. Nauzubillah. 
 
Ya Allah jadikan kami hamba yang beriman kepada-Mu. Dan matikan kami sebagai matinya orang yang beriman kepada-Mu. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi datangnya kematian yag akan datang kepada kami bila-bila masa sahaja. 

Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Tuesday, August 31, 2021

Pergi Yang Tak Kembali ~ Selamat Jalan Sahabat Syurgaku



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Al-fatihah.

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎ إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
‎ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
‎ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..
‎ آمِّيْ

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa sahabat seperjuangan kami Kak Masdahila Bt Ahmad Jalaluddin telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (28/08/2021), didakapan kami sahabat-sahabatnya. Dari semalam sampai ke hembusan nafas terakhir kami di sisinya. Allahuakbar, Allah sayang dia sangat-sangat. Insan yang baik, anak yang baik, Syurgalah tempatmu Kak Mas.

Masa pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin haritu pun aku sayu, terkesan walaupun tidak mengenali secara peribadi. Ini pula Allah bagi bukti dihadapan mata sendiri, orang yang kita sayang, yang rapat, yang kenal hati budi, sahabat sejati kami. Sesungguhnya, orang yang baik memang Allah sayang, Allah ambil pulang dahulu dari kita, Allah pinjamkan sekejap sahaja untuk Kita belajar darinya. Allahuakbar.

Kami jadi saksi betapa baiknya Kak Mas semasa hayatnya, tak pernah sakitkan hati orang walaupun orang merendahkan dia, mengkhianati dia. Kalau perkara yang sama terjadi pada kita, pasti kita melenting. Namun, tidak pada Kak Mas. Dia seorang yang sangat sabar dan tenang dalam ujian. Kalau penat pun kata tak mengapa, selalu tak nak susahkan orang. Dia sangat risau jika dia dah susahkan orang. Kalau orang susahkan dia, dia tidak pula mengungkit. Senyuman manis sentiasa dibibir, rajin menolong apa sahaja, bila-bila masa. Bila call je, terus pantas membantu apa sahaja. 

Anak yang solehah. Menjaga ibunya bagai menatang minyak yang penuh. Kak Mas selalu kata, risau dengan keadaan ibunya sendirian di rumah. Ke mana sahaja ibunya pergi, dia pasti ada bersama menemani. Subhanallah. Syurgalah tempatmu Kak Mas. Syurga Firdausi. Aku dah lihat kebesaran Allah pada pengakhiran Kak Mas. Walaupun keadaan pandemik, namun urusannya dipermudahkan sehingga ke liang lahad. Bagai tidur yang paling lena, dengan wajah yang bersih, putih berseri, tersenyum manis lebih manis dari sebelumnya. Allahuakbar. Syurgalah tempatmu. Sempat kubisikkan di telinganya saat memberi kucupan terakhir, 

"Kak Mas, jangan lupa tarik tangan kami ke Syurga ya.."
"Nanti Kita berjiran dan bersahabat lagi di Sana.."

Saat Aku sabarkan Mak Cik Hasmah, bila menatap wajah terakhir Kak Mas tempohari. Aku berkata,

"Kita redhakan la ya MakCik, Kak Mas dah selamat, macam tengah tidur yang lena."

Berhamburan air mata kami dalam pelukan, Aku menyabarkan MakCik. Aku sendiri menyoal diriku, betulkah Aku redha?

Allahuakbar. Payahnya rasa nak menghadapi kenyataan. Tapi bila melihat wajah tenang Kak Mas yang putih bersih, cantik berseri, tersenyum damai, Aku tahu Kak Mas berada Di tempat Yang Terbaik, Di Sisi Penjaga Yang Maha Baik. Rehatlah Kak Mas, InsyaAllah Kami Ada tengokkan Mak Cik. Rehat ya. 


Sama-sama kita doakan agar  rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga Mak Cik Hasmah (Ibu Allahyarhamah) dan kaum keluarganya tabah dan redha dalam menghadapi kehilangan ini.

Monday, August 9, 2021

Allahyarhamah Siti Sarah ~ Kematian Yang Menghidupkan..


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) 
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Allahu, sedih rasa harini. Aku nak catitkan juga di sini. Memang sesungguhnya orang-orang baik memang pergi lebih awal. Semoga Allahyarhamah Siti Sarah Bt Raisuddin diampuni, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisi Allah SWT. Permergian beliau amatlah terkesan pada semua orang bukan hanya kerana beliau seorang selebriti tetapi kerana beliau juga adalah seorang ibu yang sarat mengandung, wanita dan isteri yang berjuang hingga ke akhir umurnya melawan sakit demi keluarganya yang tercinta. Setiap hari sejak tahu, Allahyarhamah di masukkan ke hospital dan ditidurkan hati aku dah tak sedap. Sebab banyak berita bila dah ditidurkan maksudnya keadaan pesakit tu dah kritikal kerana dah tak boleh bernafas sendiri lagi. Setiap hari akan tengok Instagram ShuipSepahtu (suami kesayangan Sarah) dan di berita online khususnya MyStar sebab selalu update berita di IG mereka. Seriusly, bangun je bukak mata tengok IG. Dan pagi tadi lah pengakhirannya.

Sedihnya, walaupun hanya sebagai orang luar. Walaupun tak pernah jumpa Allahyarhamah Siti Sarah ni, tapi aku tahu dia duduk dekat Puchong ni. Pernah nampak dulu masa dekat pasaraya OTK di Puchong Prima. Baru aku tahu, rupanya sebaya dengan aku lah Sarah ni. Ramainya orang yang sebaya malah muda dari aku dah pergi tinggalkan dunia ni kerana wabak COVID19 ni. Ramai juga yang tinggalkan anak-anak yatim, ada yang terus jadi yatim-piatu. Allahu sedihnya bahana COVID19 ni. Kembalinya Allahyarhamah Siti Sarah begitu menjentik hati, kehilangannya begitu terasa. Dan tiba-tiba aku teringat tentang kematian. Ya perkara yang memang akan pasti tiba suatu hari nanti untuk semua orang. Adakah pengakhiran aku sama seperti mereka yang Syahid ini? Subhanallah. Begitu Allah muliakan dia, sungguh dia seorang yang hebat. Terlalu banyak cerita-cerita keindahan akhlak dan budi pekertinya sebagai isteri, sebagai anak, sebagai ibu, sebagai sahabat, malah amalan baik, sedekah jariah beliau terdengar hari ini. Untungnya beliau, pergi dalam keadaan syahid, dalam redha suami, didoakan oleh segenap manusia, insyaAllah syurgalah tempatmu nanti. Sesungguhnya inilah yang dikatakan kematian yang menghidupkan. Kematiannya menjadi asbab kita semua bersatu, memohon doa keampunan dan kekuatan menempuh ujian berat ini. Kematiannya juga menjadikan diri kita yang alpa ini mengingati bahawa ajal itu datang bila-bila masa, tidak menunggu bila kita sedia. Cukup jam dan masa, kita pergi mengikut janji kita. Bersediakah kita?

Dipetik dari FB Ustazah Asma' Harun

Duhai Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin

Jua buat semua ibu yang tabah
Walaupun sebahagian kalian telah rebah
Menjadi sebahagian sejarah musibah
Menjadi satu muhasabah buat ummah
Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya
Dengan seribu hikmah dariNya
Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana
Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa
Allahu Akbar

Mari bersama kita mendoakan agar Allahyarhamah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.


أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat istirehatnya.
‎آمين آمين آمين يا رب العالمين

Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini marilah kita memikirkan kehidupan abadi kita di akhirat nanti kerana sesungguhnya dunia ini hanya fana, sementara. Jika tiada bekalan kita, apalah nak kita bawa ke alam sana? Siapa nak bantu kita, kalau kita sambil lewa dengan hidup yang sekadar pinjaman cuma ini. Ayuh kita berazam untuk cari bekalan akhirat. Jom berubah jadi baik! Aku, kau, kita semua. Semoga Allah pilih kita untuk dapat khusnul khotimah macam Allahyarhamah Siti Sarah. Buat Saudara Shuib,  salam takziah untuk anda dan seluruh ahli keluarga anda. Siapa kita untuk minta dia bersabar dan redha, tapi Subhanallah, betullah, Allah hanya beri ujian pada yang selayaknya. Kehilangan tu pedih, tapi bila tahu ada manis dipenghujungnya dan redha dengan ketentuan Allah, semua jadi Indah.. Allahurobbi.

Semoga tetap TABAH MALAYSIA melawan COVID19. Semoga Allah lindungi kita. Salam takziah juga kepada semua yang telah kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh mereka dikasehani dan diampunkan Allah. Berada di taman syurga di Barzakh sebelum dimasukkan ke syurga bersama para Solehin. Amin. 

Aku terjumpa lagu ni di YouTube, lain benar mendengarkannya sekarang. Indeed. She was a Big Star, malah makin bersinar bercahaya di akhir hidupnya.


Al - Fatihah (mari baca sama-sama). Selamat Tahun Baru Muslimin Muslimat.

Sunday, July 18, 2021

Road to Bebas Corona ~ Team Sinovac

Assalamualaikum Salam Sejahtera,


Pejam celik - pejam celik dah dua tahun hidup kita dibelenggu corona virus (COVID19). Aku nak share aku baca dari FB tadi tentang drama Vaccine kat Malaysia ni. Copy & paste tapi tiada siapa tahu yang menulisnya. Ada betulnya juga tu. Silakan baca. 

Drama Vaksin Malaysia...

Awal² bila Kerajaan order Vaksin Pfizer.. ada yg bangkang nape susah² ambik Pfizer yg nk kena simpan suhu -70°C bagai?.. menyusahkan logistik.. dah la mahal... nak markup la tu...

Bila ambik Sinovac.. cakap nape beli vaksin Made in China yg keberkesanan di ragui.. mende murah mesti kualiti rendah?.. KJ terpaksa cucuk Sinovac utk yakinkan public.

Bila vaksin Pfizer pertama sampai.. plz suntik menteri dan org politik dulu.. kalau tk berkesan biar mereka mati dulu... bila PM suntik dulu sampai sekarang tak mati.. dah kena tuduh plak Pfizer utk kayangan jer..

Bila vaksin Astrazaneca ada masalah darah beku kt Eropah semua takut suruh Az di bekukan dari senarai vaksin di Malaysia.. tapi Msia dh beli.. KJ pun open bagi sesiapa yg nk sukarela boleh mohon utk AZ.. Dh open for Public.. seluruh Malaysia berebut plak nak vaksin AZ nie sampai website MS jem.. yg tak dapat maki hamun sistem lembab tak padan dgn harga juta²...1 juta vaksin yg rebut 2juta.. peluang anda mmg 50/50 jer.. sudahnya AZ dimasukan balik dlm senarai vaksin PICK.. sbb sambutan luar biasa... ramai plak yg nak AZ...

Bila masuk fasa 3 bulan June.. hehari update tgk mysejahtera gaduh dgn apps tu sbb tak dapat janji temu vaksin.. sedangkan vaksin belum sampai pun ke Malaysia.. ikut jadual July baru dapat 14juta vaksin yg kita beli.. itu pun berperingkat.. vaksin takdek camner nk dapat janji nk cucuk bila?.. berbakul² laa maki hamun dapat kt sapa yg buat apps MySejahtera tu...

Bila July menjelma ramai laa yg dah dapat suntikan vaksin ikut nasib la jenis apa ko dapat kt PPV memasing.. 17juta yg berdaftar.. 14juta vaksin yg sampai.. 1 org 2 dos.. walaupun ramai yg berpeluang dapat.. masih ramai gak yg belum dapat sbb vaksin belum cukup menampung walaupun kita mampu menyuntik 400ribu dos sehari.. Pharmaniaga janji akan bekalkan 2 juta dos tambahan kt Kerajaan..

Dah Pharmaniaga kena kecam plak.. company kroni.. ambik untung.. makan commission.. bla².. sedangkan Pharmaniaga tu beli vaksin tu secara pukal di botolkan semula kt kilang mereka pastu jual kt Kerajaan... Pharmaniaga tu plak GLC.. duit untung pergi kt rakyat balik.. dia ada pekerja yg keje 24jam utk supply vaksin on time. org business mmg la nk untung.. takkan nak buat amal kebajikan bukak company pharmaceutical..

Now program vaksin kita antara yg terpantas di dunia... lagi cepat rakyat kena vaksin lebih cepat kita bangkit mcm dulu balik. Rasanya govt dah buat yg terdaya dan terbaik utk rakyat.. di susunkan jadual.. di beri suntikan.. di bantu segi kewangan.. vaksin free.. bantuan mcm².. yg bonggok bagi aku Si Jemin tu jer.. tapi Thailand Indonesia takdek Jemin pun sama gak kes ribu².. nasib ko laa Jemin kena kecam...

Mungkin kita sibuk mencari salah.. hingga kita lupa nak berterima kasih kepada yg frontliner dan pertugas² yg banyak membantu kita utk dapatkan vaksin.. sbb drama vaksin kita nie kalau di buat drama season 4 pun tak habis ceritanya lagi..

Terima kasih semua yg terlibat kerana usaha kalian saya dah dapat vaksin..

Dan akhirnya, aku juga dapat Vaccine 1st dose. Sebabkan aku tak ambil gambar kat booth tu dah jadi issue kt dalam family cause they said it's a mandatory picture for vaccine. haha..ade aku kesah? yang penting dah cucuk. So, here I'm recorded myself being vaccinated that day. Shush! COVID19 from the world. Sekarang ni nak tunggu my mom punya 2nd vaccine and myself end of this month. Hopefully both of us still will not impacted from the effect of vaccines. InsyaAllah.

 

Monday, February 8, 2021

Saka Nan Keji (Tajuk ni mesti ada orang kecam)

 Assalamualaikum Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2021, 


Selamat mengharungi tahun baru dengan COVID-19 yang masih tetap berlegar-legar dalam donia ni. Alhamdulillah, hari tu Aku buat COVID-19 test, result is clearHopefully tu je lah pertama dan terakhir buat test tu. Hari ni ada masa sikit nak jenguk blog ni. Nampak sangat dah lama tak update blog, bila bukak tadi layout dah lain maciam! Dulu design lain, ni dah macam update blog kat website if you know what I mean. Honestly rasa amat terkesan dengan COVID-19 nih. Masih tak pulih lg, bahkan awal tahun ni je dah 2 kali PKP dilanjutkan lagi. Nak salahkan siapa pun tak guna dah. Bertabah je la. Dan sentiasa beringat. Minta Allah lindungi kita dan keluarga hendaknya.

Well, now back to homies, which I like the most about PKP. I don't have any problem working from home. It's so ideal for me. I guess it is not for everyone. Tapi aku bersyukur je, sementara masih ada kerja. Dalam pada sibuk dengan kerja dari rumah, ada satu perkara yang aku dan keluarga aku buat. Maybe dah sampai masanya dan Allah bagi jalan. Kan Allah dah kata, usahalah nescaya Aku beri. Dan Allah dah beri jalan untuk berubat penyakit segala SAKA_MAKA supernatural magical world of Disney wonderland ni. Cumanya cerita kita tak mudah untuk berakhir dengan Happily Ever After macam dalam cerita tahyul fairytale mat salleh tu. Tak semudah itu yew!

Sedang scroll2 FB, Insta ni banyak aku jumpa orang buat post or content jenaka pasal SAKA. Aku memang pantang bila terdengar orang suka update dan buat lawak pasal Saka_Maka ni. Aku triggered betullah.  Sikit-sikit buat lawak pasal saka la, bela saka la, makan macam ada saka la.. engkorang yang cakap tu tahu tak betapa mencabarnya hidup kalau ada saka? Ke korang tak tau pn saka tu apa? Shikin mungkin? Ingat lawak ke ada saka?? Boleh pulak nak hantar-hantar. Terror betul kau dah boleh arahkan SAKA kau buat kerja.

Engkorang tahu tak SAKA ni orang melayu panggil sebagai pendamping keturunan diorang daripada golongan jin, yang langsung tak sama macam kita, yang engkorang tak nampak, yang kebanyakkan korang atau mak ayah korang pun tak tahu-menahu perihal makhluk ni kalau tak belajar selok belok dan sejarah keturunan sendiri. Kalau nenek moyang ada bercerita sebelum diorang pejam mata, takpa la, at least korang dah tahu ada sesuatu yang korang perlu uruskan. Uruskan itu bukan sesuatu yang mudah ye, itulah permulaan cabarannya. Yang sedihnya, korang yang tak tahu apa-apa ni, tetapi mewarisi SAKA. Tak lawak ea ada saka. Ada orang kata, takpa lah, SAKA ni tak kacau kita. Eh, mana korang tahu ea? Saka tu tak jahat, dia jaga keturunan kita. Bengong dari mana? Selama ni Allah jaga kita, kau tak percaya. SAKA keturunan jaga engkorang, korang percaya pulak? 

Kebanyakkan orang melayu dah menanam dalam fikiran dan kepercayaan mereka yang mengarut tu bahawa saka ni baik sebab jaga keluarga. Baik mendenye?? Mana korang tahu SAKA ni tak kacau kehidupan korang? Logically thinking, apa SAKA tu dapat kalau dia free-free je jaga (so called) keluarga korang tu? Dia tak harap apa-apa ke? Dia ikhlas ke kerja secara percuma? Any how, mana korang tahu dia jaga korang? Apa yang dia buat untuk jaga keturunan korang? Lama tu weh, bayangkan dia dah ada sejak dari 7 keturunan? Banyak mana korang nak bayar dia? Serammss..

Cuba senaraikan kebaikkan SAKA ni, aku nak tengok. Malah ada orang buat cerita bodoh pasal SAKA (Saka Nan Sepi) yang diorang bela macam ahli keluarga. SAKA tu baik pulak menyatukan ahli keluarga tu. Ahli keluarga tu pulak bersusah payah selamatkan SAKA tu. Ada orang kata chill la, cerita lucu je pun. Fine. Lucu ea, seolah-olah nak bagi gambaran yang chill la, SAKA tak bertuan pun boleh jadi ahli keluarga, apatah lagi SAKA yang diturunkan. Wait, tapi apa benda ni?? Shut your stupid mouth kalau tak tahu apa-apa pasal Saka Nan Keji ni (ni pula tajuk cerita aku).

Kalau aku nak membebel pasal SAKA ni, sepuluh blog ni pun tak habis. Nanti aku share lagi. Stay safe ya all!

COVID-19 ni pun dah macam SAKA, SAKA tak bertuan! Sapa nak jaga??

PS : Cio!

Tulusly,

#beliabenciSAKA