Salam Ramadhan semua..
Alhamdulillah, malam tadi solat Tarawih diimamkan oleh Imam dari Palestin..
Imam berkongsi pengalaman di Palestin, menyuntik semangat dan memahamkan erti Jihad yang sebenarnya..
Walaupun Imam ni dari Palestin, tp dia xlupa pada saudara2 kita di Suriah/Syria (aku lebih gemar memanggil tanah yg diberkati itu dengan nama Suriah)
Setiap doa diselitkan doa untuk Suriah..
Lillahi taa’la, hati jadi sayu..rindu pada Syam (Palestine dan Suriah)..walaupun xpernah menjejaki tanah itu..namun hati rindu..
Teringin nak solat di Masjid Al-Aqsa, teringin nak menjejakkan kaki di bumi yang diberkati, melihat sendiri wajah para mujahidin di zaman ini..
Dahulu xdapat nak lihat dan gambarkan bagaimana tentera-tentera Islam pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan Islam..kini kita dapat menyaksikan tentera mujahidin yang bertarung mempertahankan Islam di bumi Syam..
Sungguh kita dah berada di akhir zaman..
Sahabatku.. mungkin masih ada yang tidak tahu..Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan.
Banyak sirah penting terjadi di Syam, perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa..
Dan di negeri ini pula kaum muslimin mencapai kejayaannya.. antaranya kejayaan Perang Yarmuk pimpinan Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah, penaklukan Al-Quds di zaman khalifah Umar Al-Khaththab ra.. kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Syria melalui perang Salib.. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu.. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda..
Sungguhpun tiada kenalan/saudara sedarah disana tp hati tetap meruntun sayu..
Adapun satu/dua rakan yang ada dalam friend list dalam FB ni..satu dr Suriah, Alhamdulillah sudah berhijrah ke German bersama keluarganya..dahulu mereka ni terpisah alhamdulillah kini dah berkumpul semula..
Itu cuma satu antara yg bernasib baik, selamat dr pengganas bashar & putin laknatullah..rakan-rakan dari Palestine ku masing-masing dah de-activate FB..aku sendiri xpasti keadaan mereka..aku cuma dapat berdoa dan mengharap walau di mana mereka berada..Allah selamatkan dan menjaga mereka.. Amiin..
Bercakap tentang mereka, hati gundah gulana..nak buka update whatsapp/FB jd berdebar..xdapat nak gambarkan perasaan bila dapat update-update tentang kematian, kehancuran, penyiksaan hari-hari tanpa henti dari sana..bukan semata nak raih simpati tapi inilah yang benar-benar terjadi..bukan satu dua kali air mata gugur di depan PC ni…
Setiap hari mesti melihat update dari sana..bahkan setiap hari mesti ambil tahu apa yang jadi dekat sana..hari ni bagai tak lengkap jika xambil tahu apa yang terjadi pada mereka..
Syukur ada NGO, activist, sukarelawan yg sentiasa memenuhkan ruang FB/Whatsapp dengan update-update dari sana..
Dan kita, sebagai umat Islam di Malaysia, apa tugas kita??
Fikir dan refleksi diri di mana kita? di mana tahap Iman kita berbanding mereka yang diuji di sana..wallahua’lam..
Salam Jummuah!


