اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Woho! Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ni. Akhir coretan aku adalah pada tahun 2021. Apa khabar semuanya? Diharapkan dan didoakan semua yang menjengah di blog ini berada dalam keadaan sihat wala'fiat. Semoga yang sakit semoga diberi kelegaan, yang murung diberikan sembuhan, yang derita diberikan keamanan, yang sengsara diberikan kesabaran dan yang sudah meninggalkan kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di alam abadi. Ada cerita baru nak aku ceritakan di sini.
Cer cerita, cer cerita..
Ceritanya tu begini, pada tahun 69. Dalam tahun 69 tu, lepas tahun 68, jadi belum sampai pada tahun 70. Jadi dalam tahun 69 tu, 69 la, lepas tahun 68. Jadi, sebelum tahun 70. Jadi, tahun 70 tu pulak, belum jadi tahun 71. Itu lah serba sedikit ceritanya.😆
Pejam tak celik-celik kita sudah berada di ambang 2025, sebelum tahun 2024. Jadi, tahun 2024 la. Jadi tahun 2025 pulak belum sampai pada tahun 2026. Ok, sudah-sudah. Tak habis lagi dengan cerita Pak Abu di warung Pak Jabit di Kampung Pisang. Gara-gara FYP kat TikTok aku pasal cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni.
Cerita yang aku nak kisahkan ini juga tak kurang menariknya. Siapa nak baca dia memang orang yang pintar. Sebab zaman sekarang ni orang dah malas membaca, kerjanya asyik scroll-scroll TikTok setiap hari, membaca jauh sekali. Jadi, marilah kita bertukar menjadi manusia pintar yang suka membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan video-video yang tak munasabah, penuh tipu daya dan fitnah wal fitnah yang ada di dalam TikTok itu. Walaupun zaman dah berubah dan kita bukan lagi berada di zaman Blogger dan WordPress tapi aku nak juga taip di sini. Biarlah ianya menjadi tinggalan aku nanti bila aku sudah tiada lagi di bumi.
Ini adalah rangkuman pengembaraanku mengenali jati diri. Pengembaraan ini bermula dari tahun 2018 dalam kumpulan kami yang mempunyai suatu asas pengertian yang sama. Kami gelarkan kumpulan kami Skuad BB dengan niat yang murni untuk memperbaiki diri dan mengenal asal usul kami untuk memahami permasalahan masing-masing. Pada dasarnya, kami hanyalah sekumpulan wanita yang mencari penawar diri. Kami terdiri dari beberapa orang yang sakit akibat pelbagai jenis gangguan ain, sihir, saka, pendamping, dan leluhur yang bermasalah dan kami bertemu ketika masing-masing berusaha dengan pelbagai cara rawatan Islami. Kami pun berkenalan di sebuah pusat perubatan Islam yang ketika itu agak terkenal. Dari situ, kami mula rapat dan bersahabat sehingga mengenali keluarga masing-masing, ditambah dengan menyertai kelas Pengajian Al Quran oleh Ustazah yang juga Pemenang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa yang kami kenali juga semasa berubat bersama-sama di Pusat Perubatan Islam yang sama.
![]() |
| Tinggal kenangan.. |
Pelbagai aktiviti kumpulan, penyelidikan dan perbincangan dilakukan untuk mencari titik mula kami. Dan setelah bermula, kami teruskan walau pelbagai halangan terjadi. Pengembaraan ini juga terhenti seketika kerana Covid-19 melanda dan perkara paling tragik terjadi iaitu kembalinya ke Rahmatullah salah seorang sahabat seperjuangan kami ke negeri abadi. Setelah sekian lama, langkah diatur kembali menyambung perjalanan yang terhenti.
Namun dikala ini, kumpulan kami Skuad BB telah berkubur. Ada diantara kami mengambil tindakan berhenti di pertengahan jalan, dengan penuh rasa kekecewaan, kami bawa haluan sendiri. Benarlah bagai dikata, hidup adalah perjuangan dan harus diperjuangkan. Sempurnakan usaha dengan doa, kemudian bersabar menunggu hasil yang sempurna. Namun ada diantara manusia itu, tidak sabar dengan ujian Allah, tidak sanggup bersusah-payah. Adakah mereka lupa sememangnya tiada apa yang mudah, kerana Syurga itu terlalu indah. Nak menjejakinya pun mestilah payah tetapi pada akhirnya kepayahan dan usaha itu yang dilihat Allah. Jadi perlukah kita berhenti?
Pengembaraan pertama yang ingin ku ceritakan adalah pengembaraan kami ke Istana Purba, Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra, Banting, Selangor.
![]() |
| Petikan suatu majalah lama ~ tak ingat nama majalah tu |
Ini adalah gambar petikan majalah lama sekitar 80'an. Masih nampak dengan jelas bahagian atas bangunan yang tersergam. Terlihat juga pagar disekeliling masih utuh berwarna putih. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan semasa aku ke sana dahulu. Sebahagian pagar sudah menyembah bumi, bahagian atas bangunan sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah tinggalan struktur bangunan yang masih kelihatan kukuh berdiri, dengan tiang utama masih tetap memagar dinding-dinding sepi.
Namun, kini aku tak pasti. Semasa kedatangan aku ke sana, masyarakat setempat pun tidak mengetahui secara lebih dalam mengenai istana ini. Lebih menyedihkan, keseluruhan tanah di kawasan itu telah dijual kepada Taukey Type C. Dengan izin Allah, kami dibenarkan masuk ke tanah milik persendirian itu oleh pekerja Type B yang menjaga kawasan di sana. Allahuakbar, pelik betul. Bagaimana tanah melayu yang dahulunya sebuah Istana Sultan di Selangor di jual pada orang bukan bumiputera? Mana semua jalur keturunan Sultan ni? Tiada sesiapakah yang mengambil tahu? Dengan mudah menjual pada orang yang bukan selayaknya. Tahukah mereka tanah Jugra ini menyimpan pelbagai sejarah besar orang Selangor?
Pelik tapi benar, banyak juga tanah-tanah di Jugra ini jadi milik Type C. Siapa selalu naik Jugra? Cer komen..cer komen..
![]() |
| Masuk hutan di zaman Covid be like - kene pakai facemask..ahaks |
Perjalanan diteruskan lagi, masih di Jugra di hari yang lain pula. Kami menjejaki Istana Bandar terletak di Kampung Bandar, Jugra, Selangor, Malaysia. terletak jauh sedikit dari Bukit Jugra. Korang mesti tertanya-tanya buat apa lagi di Jugra ni? Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun, sejak 1905. Semasa aku melawat di sini, bangunan tersergam putih ini cuma kosong dan menerima tetamu yang ingin melihat sendiri seni bina yang katanya menyerupai senibina Islam India and Timur Tengah.
Kalau tak salah aku kini, istana ini dijadikan pusat pengajian Al Quran oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Paling misteri, salah seorang sahabat kami muntah teruk sebaik tiba di pintu pagar istana itu. kau ghase?😮
![]() |
| Paling suka dengan warna putih dan kuning cair dikeseluruhan Istana ini, nampak terang walaupun gloomy. |
Next destination is after the Covid and all. Masa ni, kami Skuad BB dah tiada, tetapi aku dan my sisters masih teruskan agenda kami untuk merungkai sejarah keturunan kami sendiri. Kami sambung dengan pengembaraan seterusnya ke Istana Jahar, Kelantan. Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Kalau korang sampai ke sini, Istana ni kira opposite each other.
![]() |
| Aku masih tak dapat relate dengan perbuatan orang yang kahwin, beranak and tinggal tu..shame on your keturunan la. |
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Macam-macam yang korang boleh tengok dalam ni. Yang paling best bila dah penat jalan-jalan, korang boleh singgah di kedai makan yang menjual pelbagai ulaman yang fresh selambak mana nak dapat macam ni kat KL. So, please try. 😋
Dan pengembaraan Istana di akhiri dengan lawatan sambil belajar seterusnya ke Istana Seri Menanti di Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
![]() | |||||
|
Asal usul Seri Menanti bermula dari peristiwa seorang isteri yang bernama Seri yang menanti kepulangan suaminya. Oleh kerana terlalu lama menanti, orang-orang kampung telah menamakan tempat tersebut SERI MENANTI. (Menurut fakta menemubual bersama Norhalim bin Ibrahim, 1993). Sumber nukilan YM Dr. Raja Nafida binti Raja Shahminan, Pusat Kajian Alambina Melayu (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku pun. Sebenarnya banyak lagi istana lama yang tidak menggunakan sebarang paku mengikut kemahiran pertukangan di zaman dahulu. Wallaweh! Hebat betul orang kita. Kini, istana itu telah berubah peranannya menjadi muzium yang menyimpan pelbagai khazanah lama, yang paling unik tangganya yang tinggi dan curam. Kalau korang nak tahu, istana ini setinggi empat tingkat dan juga terdapat 7 mata tangga yang disetiap mata tangga tu tempat berkerja mahupun berehat para kerabat diraja dan orang-orang istana seperti Dato'-Dato' adat yang berlainan. Yang paling atas iaitu tangga 7 tu ditinggal kosong. Sesuai untuk meninjau kawasan kerana kedudukan paling tinggi di situ. 👀
Ok, sudah cukup berjalan-jalan mari kita pulang semula ke pangkal jalan. Aku bukan orang istana, mahupun kerabat diraja, tapi aku adalah.. (rahsia) Mesti ada antara korang yang pelik, apa yang aku cari melalui penjalanan ini? Tak payahlah korang pelik dan tak faham kerana ini perjalanan aku, korang tak faham pun tak apa.😉
Walaupun perjalanan bersama ini terhenti, tetapi lupakah kalian yang kita pernah berjanji untuk berjiran di syurga nanti? Oleh itu, aku masih berharap dan berdoa pada yang tinggal ini supaya jangan berputus asa dari Rahmat Allah, bertawakkallah kepada Allah SWT, nescaya ada jalannya, InsyaAllah.
Alhamdulillah, rangkuman perjalanan mencari identiti diri ini telah memberi aku peluang menambah ilmu dan kefahaman tentang sejarah dan kaitannya dengan kita. Pasti ada cerita di setiap sejarah yang termaktub dan kita adalah waris yang perlu mengetahui sesuatu yang tercapai oleh akal kita sahaja kerana ilmu Allah itu begitu luas. Selebihnya, kita serahkan pada Allah pemilik segala isi langit dan bumi. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan kita sendiri. Dengan ini, aku sudahi tahun 2024 ini dengan lafaz..
صدَقَ اللَّهُ العَظيم
Ok, moving on to our next chapter of life!😇😉
.jpg)






