Tuesday, February 24, 2015

If It's Meant to be.. it will be.. InsyaAllah..

Bismillahirrohmanirrohim.. Assalamualaykum wbt..


Post ini ditulis oleh insan yang sentiasa dhoif, dan mungkin ditujukan khas untuk hati-hati yang merasa 'dhoif' apabila memikirkan soal jodoh..
Sebelum itu, dengan rasa rendah hati aku memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan post ini..

Buat my lovely friends..
Thanks for your effort and dua’ for me.. I really.. really appreciates that..
Ada yang usaha nak kenalkan pada kawan-kawan.. ada yang sering mengingatkan.. dan aku pasti ada yang mungkin mendoakan..
Aku sangat terharu dengan keperihatinan korang..
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian semua..

Aku sendiri tak menyangka perjalanan mencari seorang imam dalam hidupku ini agak rumit dan berliku..
Bukan nak mengelak. .bukan terlampau memilih..
Tapi soal hati, sukar dimengerti..cett..macam lagu Erra Fazira la plak kan..huhu
Tapi betullah..hati ni milik Allah...
Pada siapa hati ini akan tersentuh, akan terjatuh.. bila.. di mana.. hanya Allah yang mengetahui..
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'

Soal rezeki.. Jodoh.. Mati.. bukankah dah tertulis di Loh Mahfuz sebelum kita lahir ke dunia yang fana ni..
Apapun status kita..  Apapun keadaan kita.. kita berkahwin kerana mencari redha Allah.. tak berkahwin pun kena cari redha Allah..
Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.

Allah dah bagi banyak sangat nikmat.. adakah kita tidak bersyukur?
Syukurlah jika kau berkahwin.. syukurlah jika kau membujang.. syukurlah jika kau menjanda atau menduda..
Semuanya ketentuan Allah.. siapa kita nak persoalkannya..

Firma Allah :

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

Bersyukur jika kita berseorangan tanpa pasangan kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita sendirian..
Ambil masa yang ada untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri dari pelbagai segi.. solatnya.. akhlaknya..

Jika mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

Adakah mungkin aku memang tidak berjodoh di dunia? Wallahua’lam.. dalam kita sibuk mencari dan menentukan siapa jodoh kita, barangkali kita lupa pada satu lagi ketentuan..

Berjodoh dengan jodoh atau berjodoh dengan ajal?
Antara dua kenyataan itu, pasti akan kita terima salah satu antaranya. Samada di sepanjang penantian kita dalam mencari dan menanti jodoh akan berjodoh dengan jodoh, atau berjodoh dengan ajal.
Siapa yang akan tahu bila waktu ajalnya tiba? Tiada siapa yang tahu. Andai sepanjang penantian ini kita ditakdirkan berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka berbahagialah kerana kita telah mempersiapkan diri dengan sebaiknya.

Allah SWT Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hambaNya yang beriman. Tidak akan sesekali Allah sia-siakan usaha sang hamba memperbaiki diri hanya kerana untuk melamar redhaNya semata.
Andai kata berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka kita akan dapat juga jodohnya. Berjodoh dengan jodoh di syurga!
Wallahua’lam..

Kepada yang seangkatan dengan ku.. Jangan malu.. Jangan bersedih.. Jangan kecewa.. jangan rendah diri.. Yakin dengan perancangan Allah..sebaik-baik Perancang..

"Gembirakanlah hatimu dengan mendekat kepadaNya, kerana boleh jadi jodoh yang datang terlambat itu merupakan jalan untuk menaikkan darjatmu di sisi Allah."

Usaha selagi boleh.. Jangan berputus asa.. InsyaAllah


Sunday, February 22, 2015

Agreed by Silence.. Are You?

I couldn't stop thinking about the kids..the first time I saw them in the picture.


Cuba kita tanya..
Siapa mereka ini di hati kita?

Dulu aku selalu berkata tentang Palestine..
Ayuh bantu Palestine, selamatkan Palestine, selamatkan Al-Aqsa..dan masih berkata mengenai itu sampai sekarang…

Tapi kini aku baru kenal dengan Syria..
Ini tak bereti aku dah tak kisah pasal Palestine..
Tapi aku pun turut lupa pada nasib saudara kita di Syam tempat berdagangnya Rasulullah SAW yang kita cinta..
Aku mencari-cari apa sebenarnya yang berlaku di sana..
Tak banyak yang kita boleh dengar dari media semasa..
Seolah-olah Syria ini dipencilkan dari mata dunia..

Puas meng’google’ akhirnya aku dapat jawapan..
Ini dibantu dengan ceramah-ceramah mengenai isu semasa Syria..
Jangan buat tak tahu kawan-kawan, ramai saudara Islam kita sedang dibunuh, diseksa, dirogol hari-hari di sana..
Mampukah kita hanya duduk dan berkata-kata :

Ntah, x faham la dengan Syria ni..xtaw mana yang betul”
“Malas nak ambik port”
“Asalkan xkacau aku dah la”
“Jauh sangat la Syria tu, negara yg dekat-dekat tu la tolong..”
“Syiah ke Sunni ke ISIS ke ISIP ke..ntah la..xfaham..”
“Alaa xpe, dah share hash tagged #prayforsyria #prayforpalestine dah..kira ok la tu..”

Kalau korang malas nak google, boleh baca kt link-link yang aku letak kt sini :

Sedikit pengenalan mengenai Syria dan apa yang berlaku buat kawan-kawan yang tak tahu..
Boleh baca di SINI ..

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah.

Sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah SAW.. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

Walaupun majority penduduknya adalah Muslim ASWJ, tetapi kekejaman rejim Basyar lagi teruk..malah lebih teruk berbanding Israel..

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata:
“Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” 
(As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

Dungunya Syiah tu sampai tak terkata nak taip kt sini..

Boleh dapatkan info pasal Syiah di SINI..

Apa yg berlaku di Syria hari ini ada hikmahnya iaitu Allah mahu mendedahkan tembelang Syiah sebenarnya..
Siapa mereka di Iran dan siapa Hizbullah sebenarnya..
Cukuplah lebih 30 tahun seluruh umat Islam ditipu dgn ‘topeng’ Islam mereka di Iran dan kononnya Hizbullah (baca HizbuSyaiton) sbg seteru Israel di Lubnan..

Allah tetap akan memelihara kesucian agama-Nya yg maha suci dari terus dipermainkan oleh Syiah dan kini tiba masanya,
Dia mendedahkan siapa musuh agama-Nya yg sebenar..

Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana..

Jangan nanti kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi yang tak peduli dengan nasib saudara seislam yang lain.. 

Adakah anda setuju tindakan kejam ini dan terus berdiam diri??



Selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Wallahua’lam..

Tonton sedikit ceramah penerangan isu Syria, kenali Syiah laknatullah..
Moga bermanfaat.. oleh Ustaz Nazmi Karim

Thursday, February 12, 2015

Perginya Seorang Murabbi.. Al - Fatihah


Innalillahiwainnailaihirojiun..


Hilangnya permata, tiada ganti..
Seorang Ulama'.. Pewaris Nabi..
Al-Fatihah buat Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..


اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واجعل قبره روضة من رياض الجنة وأفرغ على أهله وأحبابه الصبر وأعظم لهم أجرا.آمين

Ya Allah, ampunkanlah dosanya, dan rahmatilah ia.. dan afiatkanlah ia.. dan maafkanlah ia.. dan jadikanlah kuburnya taman dari taman2 syurga, dan berilah kesabaran kepada keluarganya dan yang mencintainya, dan perbesarkanlah pahala bagi mereka.. Amiin ..

Walaupun tak pernah mengenalinya secara dekat namun perjuangannya sentiasa dekat dihati.. dari aku kecik lagi.. Almarhum Ayahku adalah salah seorang yang berjuang bersamanya.. tak pernah beralih arah sehingga akhir hayatnya.. semoga keduanya mendapat redha Allah serta balasan Syurga..

Amiin ya Rabbal a'lamin..

Teringat akan poster-poster wajah Almarhum berada di sekeliling rumahku.. aku bukan orang Kelantan, namun Almarhum ayah, hanya dia yang memacak bendera bulan di atap rumah.. ingat lagi waktu itu, setiap mata yang lalu dihadapan rumah akan mengerling pada bumbung rumahku.. semangat betul Ayah.. tersenyum bangga dia akan usahanya.. aku hanya melihat.. selalu terfikir.. mengapa Ayah begitu menyanjung dia dan tetap istiqomah berdiri dibelakang pimpinannya.. bersama perjuangan para Ulama'..

Aku ingat lagi, disebabkan Ayah yang terang-terangan menyokong kepimpinan Ulama'.. ada suatu ketika, biasiswa yang hampir aku dapat terpaksa dibatalkan.. padi dari sawah Ayah terpaksa dijual pada peraih kecil kerana 'Orang Besar' di sana tidak mahu membeli padi kami.. ya lah.. kerana Ayah orang Hijau.. mereka orang Biru.. namun, Ayah tak pernah mengalah.. padanya rezeki diberi oleh Allah.. Ayah tetap tabah.. kerana pengorbanan inilah aku menjejaki Ulama' yang memberi impak besar kepada kehidupanku.. kepada keperibadianku.. 

Semakin lama aku jejak.. semakin banyak yang aku baca.. semakin aku jatuh sayang Lillahi Taa'la pada Murabbi ini.. biarpun kadang - kadang sukar untuk aku fahami kuliahnya.. kerana perbezaan bahasa.. dan walau terlalu banyak fitnah dan cercaan yang menconteng perjalanan hidupnya.. namun jatuh kasih ini tidak terkesan oleh fitnah - fitnah dunia.. Jatuh kasih ini kerana Allah Ta'ala.. 

Air mata bergenang saat mendengar perkhabaran kesihatannya yang semakin merudum.. telah di bawa pulang ke rumahnya.. tak lama selepas itu mendengarkan perkhabaran dia telah pulang ke Rahmatullah..  Allah.. menitis air mata saat itu juga.. pabila melihatkan wajahnya dipaparkan di dada-dada berita.. Allah lebih sayangkan Tok Guru kita..


Tiada kata yang mampu diucap.. air mata sentiasa bergenang saat menatap wajahnya yang redup.. Biarpun ramai yang mencerca.. beliau tak pernah goyah dari perjuangan yang dipegangnya.. 
Allahurabbi..insan yang tiada galang ganti.. janji Allah sudah pasti..

Damailah dikau di sana.. dengan ribuan, jutaan doa..
Semangat perjuanganmu akan diteruskan jua..
Terima kasih yang tak terhingga pada Tok Guru kita..



Takbir!!
Allahuakbar!!!


Saya sayang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kerana Allah dan Rasul..
Al- Fatihah..

Friday, February 6, 2015

Perjalanan sebuah Misi.. Dari Jurnal catatan seorang Relawani

Dari kaca mata seorang Relawan.
Pasca Banjir 2014-2015, Kelantan :-

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..
Tak tergambar perasaan mentafsir apa yang disaksikan di depan mata..
Kemusnahan yang disaksikan..masih belum dapat diterima akal..

Menyaksikan keadaan rumah hanyut di dalam sungai.. tersadai di tengah jalan..tersangkut di atas rumah orang lain..




Peti sejuk di atas bumbung, tersangkut di syiling.. Kereta terbalik, tenggelam oleh selut.. rumah hanya berbaki tapak rumah dan tangga..itu pemandangan biasa..



Bila malam sejuk mencengkam, tiada lampu yang menerangi ruang.. memang sejuk menggigit ke tulang..

Innalillahi wa innailaihi rojiun..

Selepas banjir, orang-orang penting sudah pulang dari misi mereka..
Yang menyelamat, sudah selesai..orang kampong sudah mula pulang ke rumah mereka..
Kini Misi Pasca Banjir pula..


Nampak macam simple..
Xde rumah..ok..boleh duduk dalam khemah sementara..


Rumah kotor..ok..boleh cuci..


Rumah musnah..ok..boleh bina yang baru..


Tetapi bila aku sendiri berpijak di bumi itu, aku sendiri pun rase tak mampu nak hadapi..apetah lagi orang-orang yang merasai sendiri di situ.. sehingga kini, aku masih yakin ramai lagi mangsa yang perlukan bantuan untuk membina hidup yang baru..

Perjalanan misi ini penuh sukar dan beranjau..
Usaha yang kecil..tapi impaknya sangat terkesan oleh orang-orang yang memerlukan..
Kami menjelajah kampung demi kampung untuk menghulurkan pelbagai bentuk bantuan..

Dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir..
Diharapkan beban mereka dapat dikurangkan..

Tak banyak pun yang dapat kami lakukan..
Ada juga terdengar berita rakan relawan ada yang dikasari..
Oleh orang kampong yang mungkin kecewa dan tak puas hati..

Sungguh.. misi ini sukar, bukan sekadar gelak-gelak masuk kampong orang..
Kita di sana ada misi..kerana sentiasa ada insan yang menanti..

Tapi bila keadaan jadi begini, baru kita dapat lihat..
Siapa yang redha, siapa yang sabar..
Siapa yang tertekan dan saling menyalahkan..
Masih tidak belajar dari ujian..

Allahurabbi..

Kami cuma insan kecil yang datang tak diundang..
Kami sendiri pergi dengan usaha sendiri..hanya harap Allah yang dapat menilai apa yang dilakukan..
Kami hanya dapat membantu apa yang termampu..

Kami tetap mendoakan semua mangsa diberi kekuatan dan kesabaran..
Kami sendiri tak tahu bagaimana nak lakukan..

Moga Allah bagi petunjuk pada semua orang.. Amiin ya rabbal a'lamin..

P/S : Pesanan untuk Relawan, balik rumah, neutralize kan kembali tubuh badan..tempat yg kite jejaki itu tempat yang suram..

Dan jangan lupa, mandi garam..