Thursday, May 31, 2018

Gelita ~ Bermulanya Episod Misteri (Pulut Kuning Untuk Siapa?)


Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin kisahku sendiri, mungkin juga bukan. Cuma ku harapkan pembaca semua mengambil iktibar atas cerita ini. Cerita tetap juga cerita, mungkin ada yang benar dan ada yang ditokok tambah sebagai penambah perisa dan penyedap cerita. Namun, apa yang ingin ku ketengahkan adalah intipati dan pengajaran melalui cerita ini. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku (adalah pencerita)

Teringatkan zaman kecilku dahulu. Terdapat banyak perkara yang aku lihat tetapi tidak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.

Semasa hayat Opahku masih ada, Opah sekeluarga sering mengadakan kenduri. Setahu aku, itu kenduri doa selamat. Juadah yang aku selalu nampak ialah pulut kuning dan telur rebus (telur rebus itu di susun di tengah-tengah pulut kuning), kadang-kadang ayam panggang dihidang cantik dalam talam besar. Lauk-lauk biasa yang lain pun ada tapi ini yang paling "rare".



Sekadar gambar hiasan
Selain itu, wajib bagi mereka menghidang Bubur Merah Putih (seperti Bubur Sumsum tetapi mempunyai tekstur yang pekat seperti bingka). Aku pun tak pasti nama lain bubur ini. Tapi kalau anda Orang Jawa, anda mesti tahu. Bubur ni wajib ada setiap kali mereka buat kenduri ni. Seingat aku, jika kenduri menamakan anak, akikah atau cukur jambul, orang-orang jawa akan menghidangkan bubur ini. Lain pula bagi keluarga Opahku. Selepas itu, Bubur Merah Putih itu akan diagihkan pada tetamu untuk di bawa pulang. Macam door gift gitu. Kenduri tu hanya orang-orang terdekat sahaja yang dijemput. Lagipun kawasan kejiranan Opah adalah sanak saudara dan adik-beradik dia juga. Selang beberapa jauh dari situ baru ada rumah orang-orang kampung yang lain. Bagaikan berpuak-puak pun ada. Tapi memang begitulah keadaannya.

Jarang sekali aku nampak orang-orang kampung menyinggah ke rumah Opah. Keluarga Opah boleh dikatakan agak berada (orang ada-ada). Banyak harta, rumah sewa, tanah kebun, tanah dusun dan lain-lain. Diceritakan, Arwah moyang belah Atukku adalah saudagar dari tanah Arab, Yaman. Sebab itu la raut wajah Atuk seakan-akan orang Arab. Kulit putih, hidung mancung dan tubuh yang besar tinggi. Anak-anaknya ada juga yang mengikut jejaknya. Macam aku punya keturunan Syed dan Syarifah dari kedua-dua belah keluarga, walaupun rupaku tidak seperti orang Arab (berharap je la).

Sewaktu kecil, tiap kali musim cuti sekolah, aku akan pulang ke kampung dengan kakakku selama mana yang mungkin. Aku punya sepupu (empat orang adik beradik dua lelaki dan dua perempuan) yang tinggal bersama opah dan menjadi teman sepermainanku tiap kali pulang ke kampung. Umur kami lebih kurang sama, jadi kami memang akrab sejak kecil. Kami memang jenis lasak. Pagi-pagi dah lesap main di luar rumah. Setakat main masak-masak, kahwin-kahwin, rumah-rumah tu dah biasa. Kami jenis kreatif, budak kampung yang lasak. Kalau main masak-masak, bahan-bahan mainanan akan kami cari keliling kampung. Masuk keluar hutan dan kebun tu memang kebiasaan kami. Nama je perempuan, tapi main mengalahkan jantan. Haha.

Sekadar gambar hiasan
Rumah atuk dan opah memang dikeliling kebun getah dan dusun buah-buahan. Baru beberapa tahun ini, orang kampung mula menanam sawit. Sebelum ni memang macam kawasan hutan simpan. Ada juga perkampungan orang asli di kawasan kampung dalam. 
Pernah suatu ketika, kami main sorok-sorok di belakang rumah. Masa tu tengah hari panas terik. Tapi disebabkan pohon merimbun, kami selesa bermain di luar. Waktu tengah main-main tu, sepupuku aku menjerit melihat sesuatu di belakang parit tak jauh dari rumah Opah. Aku bertanya, Kau nampak apa? Sepupuku dengan cemas berkata dia nampak buaya. Buaya?? Kau ni betul ke? Biawak kot??

Tapi dia tetap menegaskan yang dia terlihat buaya. Mungkin umur kami di darjah 5 itu tak tahu membezakan biawak dan buaya. Bila diceritakan ke Opah, Opah tak cakap apa. Dia menyuruh kami semua mandi.

Di petang-petang hari sewaktu hari nak hujan akan terdengar bunyi-bunyian unggas dan kera. Tu perkara biasa, nama pun kampung. Opah juga pernah terkena serangan kera sehingga mendapat beberapa jahitan oleh kerana digigit. 

Di suatu petang kami terdengar bunyi pelik yang masih ku ingat sampai sekarang. Bukan bunyi kera dan unggas. Ia seaakan-akan burung kuang-kuit yang menyanyi sendu. (pernah dengar tentang burung ini? ke tak tahu jugak). Orang tua-tua kata, kalau burung ni berbunyi alamatnya ada orang nak meninggal. Bunyi itu terlalu kuat sehingga kami yang duduk berkumpul bermain teka-teki terus terdiam. Masing-masing terkedu dan berasa seram. Waktu itu sudah menjelang senja. Terus kami berlari mendapatkan atuk yang terkejut melihat kami berlari ke arahnya. Bila diceritakan padanya, atuk cuma berkata tu cuma bunyi burung. Pernah suatu malam sedang kami main permainan Nama-Negeri kami dikejutkan dengan bunyi kuat seperti suara orang tua yang batuk berkali-kali. Bunyi itu begitu kuat sehingga masing-masing terdiam. Atuk cuma berkata, itukan cuma bunyi burung hantu. Dan sewaktu aku menunggu giliran untuk mandi kerana hari hampir gelap, aku ternampak Opah di tepi tangga seperti berkata-kata dengan seseorang. Tetapi tidak dapat kudengar dengan jelas. Lalu aku terlihat Opah menuding-nuding jarinya ke arah pokok durian tua yang terletak di belakang rumah tak jauh dari parit yang kuceritakan itu. Terus aku jadi takut dan tidak berkata mengenai perkara itu pada sesiapa pun.

Teringat aku bila giliran aku untuk mencabut uban opah. Opah sempat bercerita pada kami semua. Opah kata, dibelakang tu ada kawasan air jangan main di situ, tak kisahlah pagi atau petang. Guess what? Tempat tulah yang kami tuju. Di suatu petang kami berenam pergi ke kawasan parit tu seakan lupa pada pesanan Opah. Sepupu juga sudah lupa tentang buaya yang dikatakannya itu. Kami buat pertandingan kumpul batu cantik. Rupanya parit yang kami sangka bukanlah parit tetapi lombong tinggal. Banyak batu-batu cantik kami jumpai untuk dibawa pulang. Sedang elok kami mencari batu, tiba sepupu lelakiku menjerit menyuruh kami semua balik. Aku tak pasti kenapa tapi masing-masing berlari bagai lias kudung tanpa menoleh ke belakang. Habis tertinggal semua batu yang kami kutip. Kami berlari sehingga salah seorang dari kami terjatuh dan terseliuh. Namun, tak seorang pun berani bercerita kepada Opah. 

Teringat lagi, sewaktu kami keluar masuk bermain di kebun (suka hati je main kat kebun orang), pernah seorang pakcik menegur perihal kami yang menjerit-jerit, bermain dalam kawasan kebunnya. Pakcik itu menegur dan ingin memarahi kami tapi membatalkan hasratnya selepas dia tahu kami cucu kepada atuk dan nenek. Ini bukan sebab hormat, ini lebih kepada takut. Patulah tiap kali aku pulang, seakan tiada kanak-kanak lain bermain di kawasan kami. Dan patutlah bila kenduri cuma orang sekitar rumah sahaja yang datang bukan orang-orang kampung yang lain. Rupanya mereka sudah tahu sejarah keluarga opah. Pernah suatu pagi aku terdengar opah marah-marah. Masih aku ingat setaip bait kata-kata opah.

"Aku ada bela apa? aku bela ayam, bela kucing, bela arnab." 
(siot, terngiang pulak suara dia). 

Masa itu seingat aku ada orang kampung cakap opah ada membela "sesuatu".

Pernah diceritakan oleh saudara belah atukku yang datang beraya di rumah atuk. Masa nak pulang dari rumah atuk, dia ternampak seekor harimau besar di seberang jalan memerhatinya. Mau tak terkejut beruk! Tapi bagi mereka yang tahu, mereka cuma mendiamkan diri sahaja. Pelik, mungkin juga benda-benda yang kami nampak itu hanya khayalan. Bila ditanya tetap tiada jawapan.

Atukku adalah salah seorang askar british di masa Jepun menyerang tanah melayu dahulu. Perkara ni selalu dia ceritakan di waktu santai. Atukku juga pernah mengajar silat tapi tak pernah mengajarkannya pada kami. Atuk bukan seorang yang garang. Tapi jika dia marah, boleh jadi demam dibuatnya. Dan aku pernah bermimpi ada harimau besar mengejar aku dan sepupuku yang lain. Harimau itu melangkah memijak lantai sehingga lantai itu menghimpit kami yang bersembunyi di bawahnya. Aku mengigil ketakutan sehingga tersedar dari tidur. Sangat real ok!


Sehinggalah aku dewasa dan memahaminya sendiri. Kami pergi berubat di pusat perubatan islam kerana sakit misteri. Dari perubatan Darul Syifa ke perubatan Darussalam dan para ustaz-ustaz persendirian. Kami dapat tahu yang atuk dan opah memang ada mewarisi saka dan mereka menyambung ritual syaitan itu. Aku tak nak menuduh sesiapa, tapi inilah jawapan yang kuterima selepas bertahun-tahun mengunjungi pusat rawatan islam. 

Antara yang baru ku tahu, rupanya Ibu kepada atuk (moyang) adalah seorang bidan yang mempunyai ilmu kebatinan yang hebat dan yang disegani di kampung itu. Orang kampung memanggilnya dengan nama Opah Tuo. Diceritakan juga moyang lelaki (ayah atuk) hilang tidak dijumpai dipercayai diculik kerana hartanya yang banyak. Patutlah aku tak pernah dengar cerita mengenai moyang lelaki itu. Seorang nenek jiran opah pernah bercerita, seminggu selepas moyang (perempuan) meninggal, mereka masih melihat kelibat moyang merayau-rayau di sekitar kampung dan mengganggu orang kampung sehingga mereka ketakutan. Ibu masih kecil lagi waktu itu. Moyangku itu juga dikenali kerana sikapnya yang kerap menyiksa kucing. Ada sahaja kucing mati kalau terserempak dengannya. Kejam betul. Aku tak pernah melihat moyangku tetapi mengikut kata makcik-makcik ku wajahku ada iras Moyang. Patutlah aku juga diganggu. Dahulu aku sendiri pernah bermimpikan seorang perempuan muda persis wajahku, tetapi punya rambut yang panjang mencecah lantai, kadang kala disanggul rapi macam sanggul orang Indonesia tu. Tapi aku tak kenal siapa dia dan aku tak faham akan mimpi itu.

Opah pergi dahulu meninggalkan atuk yang sakit nyanyuk. Lama juga opah terlantar. Bangun tak mampu, tapi makan mengalahkan selera orang sihat. Tak lama selepas opah, atuk juga meninggal dunia akibat sakit tua. Akuk menghidap nyanyuk dan sering keluar malam sehingga terpaksa dihantar pulang oleh orang kampung yang menjumpainya berlegar-legar kepenatan tanpa tujuan. Sehinggakan ibu saudaraku yang menjaganya sentiasa menyorokkan kunci rumah bimbang atuk keluar rumah tanpa pengetahuannya. 

Masihku ingat, kejadian malam pertama bacaan yaasin dan tahlil di rumah atuk. Ibuku membasuh pinggan di paip luar dek kerana banyak pingan mangkuk kotor selepas kenduri. Semasa itu, rumah atuk dan nenak sudah di renovate, bukan seperti rumah lama dimasa kecilku dahulu. Sedang kami berkumpul bersembang di dapur ibu masuk dengan keadaan terkejut dan pucat lesi tetapi tidak berkata apa-apa. Pulang ke rumah, ibu mula demam. Ibu seperti tersampuk. Seminggu ibu bukan seperti dirinya sendiri, meracau dan demam panas. Alhamdulillah ayah dapat merawat ibu sendiri, ibu pulih seperti sediakala. Bila dah sihat Ibu menceritakan kembali, semasa dia tekun membasuh pinggan, dia dikejutkan dengan penampakan makhluk hodoh yang bermata merah dihadapannya seakan marah.


Kemudian perkara itu berlarutan pada adik-adik ibu yang lain. Tak lama selepas atuk dan opah meninggal, masing-masing terkena penyakit misteri. Adik-beradik ibu sudah tidak bertegur sapa akibat perbalahan harta pusaka. Ibu memang tak ambil port pasal harta pusaka miliknya atas pesan ayah. Ayah pun sudah meninggal dunia.



Sekadar gambar hiasan
Beberapa tahun kemudian, adik perempuan ibuku meninggal dunia kerana sakit yang tiada ubatnya. Kami memang tak pernah berjumpa sudah agak lama kerana banyak perkara. Tetapi tetap pulang untuk menziarah kali terakhir. Terkejut melihat jenazah waktu itu. Badan Arwah yang dahulunya besar kini tinggal kurus melidi. Rupa tak tumpah seperti wajah opah, padahal di masa hidupnya wajah arwah agak berlainan dari opah. Diceritakan oleh anaknya, sepupuku yang lain ibu mereka menderita beberapa tahun tak boleh menelan makanan sehingga kurus melidi. Mereka juga sudah puas berubat sehinggalah Arwah menghembuskan nafas terakhir. 

Adik beradik Ibu juga sudah jauh berbeza dari dulu. Masing-masing berwajah lesu. Wajah ibuku nampak lagi muda berbanding adik-beradiknya. 


Salah satu sebab mereka menyisihkan ibu kerana ibu tidak turut serta ritual yang opah sering lakukan dahulu. Ibu memang tak tahu pasal perkara itu. Kebiasaanya ibu sering disisihkan kerana ibu tak berpendidikan tinggi seperti adik-adiknya, lagipula ibu bukan anak kesayangan opah walaupun ibu adalah anak sulong. Ibu tidak sekolah kerana bekerja di kebun dan menjaga adik-adiknya seramai 9 orang. Kini semuanya melupakan jasa ibu hanya kerana ibu tidak menerima saka belaan opah. 


Rupanya pulut kuning dengan telur rebus dan ayam panggang itu adalah makanan yang dipersembahkan pada syaitan belaan itu. Katanya, tiap bulan mereka akan adakan kenduri dan sajian itu akan diletakkan di busut tak jauh dari pokok durian tua belakang rumah. Tempat di mana aku sendiri menyaksikan opah seperti berbicara dengan seseorang waktu senja dulu. Aku tak pasti wujud lagikah pokok tua itu. Dan oleh sebab itu jugalah adik-adik ibu menyalahkan ibu kerana tidak mahu menerima saka belaan itu dan mengikut perubatan Islam sehingga mereka kononnya terkena sumpahan "benda" itu. Selepas opah dan atuk meninggal, mereka tetap mengadakan kenduri itu tapi ibu sudah tidak turut serta kerana ayah melarangnya. Kalau turut serta pun kerja ibu cuma memasak dan basuh pinggan di dapur. Syukur pada Allah kerana kami punya ayah yang pandai pengubatan islam dan sering mengingatkan kami agar tidak bersekongkol dengan syaitan. Sejak dari itu, adik-beradik Ibu jauh dari kami sehinggalah sekarang.


Aku juga sudah tidak berhubung dengan sepupuku yang akrab semasa kecil itu kerana pergolakkan ibu bapa kami. Sekarang pun masing-masing sudah dewasa dan berumah tangga. Itu pun hanya melihat dari media sosial sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. 


Tetapi tak dinafikan yang aku tetap rindu pada suasana dahulu. Zaman di mana kita bebas untuk bermain bersama, berani berdepan macam - macam perkara, tulus ikhlas menyambung kasih-sayang sesama keluarga. Namun sayang semuanya dah hilang. Inilah permainan syaitan sehingga hubungan silaturrahim pun terputus. Allahuakbar.


Di bulan Ramadhan ini, aku cuma berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa kaum keluargaku yang sudah menghadap penciptaNya. Khusus buat Allahyarham Ayah, Allahyarham atuk dan opah di kedua-dua belah ayah dan ibu, bapa dan ibu saudara yang sudah tiada. Semoga Allah tempatkan mereka bersama golongan hamba-hambaNya yang soleh. Yang sudah berlalu biarlah berlalu. Marilah kita mencorakkan kehidupan kita dengan mengharap redha Allah. Tinggalakan kerja-kerja syaitan ini. Mari kembali ke jalan Allah.


Ada banyak perkara yang terjadi tak dapat aku kongsikan di post ini. Ada rezeki akan ku coretkan di post yang lain.


Salam 16 Ramadhan dari pencerita.


Tuesday, May 29, 2018

Coretan Ramadhan Ke-13 ~ Solat Di Rumah Lebih Baik


Alhamdulillah malam ni dapat turut serta solat tarawih di masjid lagi. Sekarang ni dah jadi tugas bawak mak pergi masjid sepanjang Ramadhan InsyaAllah.

Selesai solat isyak tadi, Imam bagi teguran. Rasanya dah kali ke berapa sejak aku ikut solat kat sini. Maksudnya, tak ada perubahan. Lepas ditegur haritu, ada perubahan. Dah lama tak tegur, buat balik.

Betullah, Ramadhan ni bulan tarbiah. Saling ingat-mengingatkan. Tinggalkan perkara yang buruk, lakukan perkara yang baik.

Berbalik kepada teguran imam. 

Para qariah, sila parking kereta di tempat yang disediakan. Bukan di bahu jalan dan di tepi rumah orang, seperti yang sesetangah para qariah lakukan. Bukan tak disediakan, malah kawasan parking yang luas lengkap dengan petugas Rela memantau kenderaan. Bukankah lebih baik parking kat sana? Rata-rata parking ikut suka hati, nak keluar awal. Ye la, parking kat dalam kena la ikut giliran keluar, pagar kan satu je. Itu pun tak boleh nak tolerate. Tak faham. Sampaikan ada suatu malam tu polis yang datang beri teguran. Menggangu jalan dan membahayakan pengguna lain. Tiap kali aku nak keluar simpang pun susah, sebab ada kereta parking kat tepi simpang kiri kanan. Camon la, akhlak mana? Pergi solat tapi susahkan orang lain? Macam mana tu??



Imam sambung lagi. Kali ni dia dapat aduan dari kawasan kejiranan. Kita kena faham, Malaysia ni masyarakat majmuk. Ada non-muslim duduk dekat area masjid tu mengadu yang Anak-Anak Qariah main mercun kat tepi rumah dan dekat kenderaan mereka. Perbuatan itu menggangu dan membahayakan orang lain. Imam mintak ibu bapa yang bawak anak pantau anak masing-masing. Sampaikan  non-muslim itu cakap tiap tahun perkara yang sama berulang sampaikan dia nak pindah rumah lain. Mungkin ada orang akan kata mengadalah dia tu, pergilah pindah, tak kan tak faham lagi dah bertahun-tahun duduk situ. Aku bukan nak menangkan non-muslim tu, tapi kita sebagai Muslim patut lebih menyantuni mereka ini, sebab akhlak tu kan pakaian kita. Patut tunjuk akhlak yang baik agar non-muslim tu terpikat dengan Islam. Ni tak.


Lagi satu, anak-anak memang tak terjaga. Masa aku sembahyang kelmarin, ada budak kecil masuk celah saf cari ibu dia. Mau tak terkejut aku. Sampaikan ada suatu malam tu, ada anak Qariah cemas tak masuk dalam kain Imam. Anak siapalah agaknya. Aku sangat tak faham konsep mak bapak jenis ni, engkorang pergi masjid bawak anak kecil tapi tak pantau. Main lepas macam tu je ke? Boleh khusyuk ke solat?? Malam ni ada yang main wisel, menangis, berlari, menjerit, main mercun. Aduh! Bingit la.
Imam bagitau lagi, tegur la anak masing-masing. Tak kan nak orang luar tegur. Aku rasa ibu bapa zaman sekarang ni susah nak terima teguran orang luar berbanding mak ayah kita dahulu. Kalau kita kena marah dengan Ustaz sebab main masa solat maka bersedialah. Balik je kena marah dengan mak. Kalau ayah tahu, ayah tambah rotan pulak. Kau ghase?? Kau nak main kat masjid??

Satu je aku nak simpulkan. Sebelum tu, nak minta maaf kalau ada yang tak setuju dan terasa. Bagi aku, kalau ada anak kecil yang susah nak dikawal, baik jangan bawak dulu ke masjid. Para wanita pun sebenarnya lebih afdhol solat di rumah. Kalau suami nak pergi masjid, isteri solat la dirumah dengan anak kecil. Bila dia dah faham etika masjid, kita sebagai ibu bapa dah ajar dan boleh pantau, masa tu bawalah mereka ke masjid tiap waktu.

Aku berharap sangat agar kita semua dapat memahami dan menghormati perasaan jemaah lain. Kalau nak bawak jugak, kawal la anak-anak. Masjid dah sediakan nursery waktu solat tarawih, letak lah anak kat sana. Sumbanglah sikit untuk mereka yang memantau anak anda. Taknak jugak. Aku tak faham. Aku berharap bila aku jadi parents nanti InsyaAllah aku akan pastikan perkara seumpama ini tidak terjadi. Cett, macam berkempen pulak. Undilah saya! Haha.

Oklah, bermuhasabahlah dan selamat beribadah dengan khusyuk dan tawaduk.
Just my 2 cents.

Monday, May 28, 2018

Coretan Ramadhan Ke-12 ~ Jagalah Lisanmu

Bismillahirrohman nirrohim..


Hari ni mendapat berita duka pensyarahku di UiTM Segamat telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas rohnya,  mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan dia bersama hamba-hambaNya yang soleh. Subhanallah, istimewanya dapat meninggal di bulan mulia. Mari sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepadanya.

Istimewanya bulan ini, pintu-pintu Syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Tetapi masih ada manusia yang seperti mengetuk-ngetuk pintu neraka tu dengan tetap membuat kemungkaran dan khianat pada manusia lain. Allahurabbi.

Percayakah anda, bulan Ramadhan ni ada orang masih galak menyakiti saudara seislam yang lain? Tidakkah Ramadhan ini mentarbiahkan diri kita menjadi lebih baik? mengawal nafsu, mengawal lisan, mengawal amarah. Alangkah ruginya jika Ramadhan ini tidak memberi apa-apa makna bagi kita.

Di post yang lepas aku ada menulis sesuatu tentang perangai hasad dengki. Kebetulan aku sendiri mengalaminya, malah masih mengalaminya bulan Ramadhan ini. Bukan nak cerita yang diri ni dicemburui, jauh sekali nak cerita yang aku ni lebih bagus berbanding orang lain. Tidak. Bukan itu yang nak aku sampaikan.


Perjumpaan lepas tarawih itu sangat santai sehingga kami duduk bersembang menanti guru kami. Satu persatu aku sedar. Tiap-tiap ayat yang keluar yang ditujukan untukku begitu pedas untuk diterima. Ye aku tahu, sekarang ni aku mengalami masalah berat badan. Aku bukan tak usaha untuk kembali aktif semula. Logiklah ambil masa untuk kurus balik. Ye, aku masuk program Kevin Zahri semua tu, masuk team coach untuk bersenam setiap minggu. Tapi apakan daya, Allah belum rezekikan kurus. Faham tak? Kita usaha, tapi Allah yang beri. Asalkan aku sihat, itu sudah cukup  mencukupi. Syukur Alhamdulillah. Aku tak faham kenapa perkara itu menjadikan aku bahan jenaka dan sindiran mereka. 
Masih terngiang lagi bait-bait ayat mereka malam itu.

Bila terjumpa botol lama Fat-Burner aku dalam stor, si polan pura-pura bertanya pada semua orang situ seperti tak tahu. 

"Ni siapa beli ni? Kau ke? Tanya kawan sebelah padahal dah tahu itu aku punya. Aku berkata perlahan. 
"Aku punya la, lama dulu."
"Oo..kau punya, apa yang kau burn?" (Merujuk Aku yang tak kurus-kurus) Lantas dia menyambung tawanya.


"Alaa masuk JK1M bagai, tapi tak kurus-kurus jugak, orang jual jus kurus ni kau tak beli."
"Sini gemuk (tunjuk padaku yang duduk sebelah dia), Sini kurus la (tunjuk pada dirinya)." Bila ada orang bertanyakan perbandingan.

Sewaktu aku berdiri membetulkan bajuku, si dia tegur Eh, eh..ape ni? Perut.. (dan lantas bergelak-ketawa menyucuk-nyucuk perutku dengan gaya bergurau)" untuk menunjukkan perutku yang besar berbanding dia."

Sewaktu aku diam, mereka menegur mukaku yang naik jerawat. Aku sendiri buntu dengan keadaan aku yang dahulunya tidak begini. Doktor kata hormon tak balance. Ntah la. 

Lantas mereka menegur "Eh, kenapa muka dia bintik-bintik ea? (merujuk jerawat aku yang bertebaran di muka)..

Bukan baru pertama kali mereka mentertawakan  aku. Sebelum ni pun ada, cuma aku tak sangka Ramadhan pun sama. Bukankah kita perlu juga menjaga lisan kita lagi-lagi di bulan mulia?

Allahurabbi.. Mereka-mereka ni sewenang-wenangnya berkata sehingga menyakitkan hati orang lain. Adap di mana? Kalau pun benci dengan aku, janganlah sakiti hatiku dengan berkata perihal fizikalku. Sedih kerana mereka adalah orang-orang yang rapat denganku. Aku sendiri tak pasti kenapa mereka berbuat demikian. Lillahi Taa'la aku tak menyimpan dendam tapi aku ni manusia biasa. Walaupun mungkin mereka bergurau, namun gurau tetap ada batasan. Sewaktu si polan yang seorang tu lebih besar berbanding aku, tidak pula aku lemparkan kata kejian padanya. Aku sokong usahanya untuk kurus, aku juga pernah membeli produk yang dia jual, tapi tidaklah melanggan kerana aku ingin sihat secara natural bukan bergantung pada produk. Itu pun salahkah? Masing-masing ada pilihan sendiri. Adakah sebab aku tidak lagi melanggan produknya, jadi dia punya kuasa untuk mentertawakan aku?

Lantas aku mendapat kesimpulan, ini semua berpunca dari hati. Jika kita tiada hati yang bersih, jangan harap sesuatu yang keluar dari mulut kita juga sesuatu yang baik. Lisan itu cerminan akhlak dan hati. Moleklah kita muhasabah diri. Selagi tiada perkara yang baik untuk diperkatakan lebih baiklah kita diam.


Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR. Bukhari dan Muslim).

Thursday, May 24, 2018

Coretan Ramadhan Ke-8 ~ Kenangan Ramadhan

Kenangan Ramadhan 


Bismillahirrohmanirrohim.. Syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk bangun dan menempuh Ramadhan untuk sekian kalinya. Alhamdulillah, sudah pun masuk hari ke lapan kita berpuasa. Subhanallah.

Bercakap pasal kenangan Ramadhan, terus teringatkan lagu klasik ni. Selalu terdengar di radio di bulan puasa dulu.



Waktu-waktu begini, apa yang selalu singgah di minda ialah kenangan masa berpuasa dahulu. Rindunya dengan kampung halaman, kemeriahan Ramadhan di kampung disamping keluarga, Ayah dan Mak dan adik - beradik. Semuanya dah berubah.

Kali terakhir balik ke kampung sewaktu pilihanraya PRU14 yang lalu. Apa yang ku lihat, rumah kampungku sudah tenggelam di balik semak. Aku tak mampu nak masuk meninjau ke halaman yang sudah tidak nampak seperti halaman. Sedih. Setelah bertahun kutinggalkan rumah kenangan itu, hati sayu melihat rumah yang dahulunya bercahaya, penuh gelak tawa, dan suka-duka. Kini tinggal sepi dibalik semak dan pepohon yang tumbuh menumpang. Namun, apakan daya, aku tak mampu nak jaga rumah peninggalan itu. 

Sewaktu pulang tempohari aku cuma sempat menziarahi rumah abadi Ayah di tanah wakaf, di belakang sekolah tempat ku mengundi. Kemudian terus kami pulang ke KL untuk mengelakkan jammed.

Kalau nak diingatkan memang boleh menitis air mata dek kerana rindunya kenangan lama. Masa sekolah rendah, berkayuh basikal pun lambat-lambat sebab tak nak rasa penat. Dua-tiga kali mandi siang, kalau hari biasa nak mandi pun malas. Bulan Ramadhan selalunya lepas waktu sekolah kami tak main macam selalu tapi ada kalanya main jugak (tak makan saman betul), main aci tiang, sembunyi-sembunyi, seremban, nama-negeri, tembak tutup botol dan lain-lain yang kurang memerlukan tenaga. Balik sekolah je dah tak sabar nak berbuka. Tiada yang mewah dalam hidangan berbuka kami. Apa adanya saja, tapi wajib kena ada buah tembikai. Ayah memang akan usahakan untuk kami. Lauk takda tak mengapa, asalkan tembikai ada. Allahuakbar, moga Allah tempatkan Ayah di tempat orang-orang yang soleh atas jasanya yang tak terbalas membesarkan kami sebaik mungkin.
Malam Ramadhan ikut mak jalan kaki pergi masjid untuk Solat Terawih, dah besar sikit ayah bagi aku bawak motosikal. Manakala Ayah lebih suka mengayuh basikal ke masjid. Kalau hujan, kami berterawih di rumah saja diimamkan ayah. Rindunya nak dengar bacaan Ayah.

Semakin membesar, semakin aku faham akan hikmahnya puasa. Bukan setakat menahan makan dan minum di siang hari. Perlu menjaga perilaku, lidah, pandangan mata dan membuat perkara-perkara sunah dan memperbanyakkan ibadah. Alangkah indahnya Ramadhan. Setiap tahun, pasti ada kenangan yang tercipta. Dan kalau boleh aku nak mati dalam bulan Ramadhan kerana keberkatannya. Aku sedar, telah banyak Ramadhan yang dibazirkan dahulu. Apa yang telah berlalu tidak dapat diputar semula. Jadi jangan sia-siakan Ramadhan yang baru bermula ini. Kita tak tahu bila masa kita tamat, bila kita akan pulang ke kampung abadi. Dan adakah tahun hadapan kita berjumpa lagi? Allahurabbi.

~ Selamat berbuka nanti ~

Monday, May 21, 2018

Coretan Ramadhan Ke-6 : Hindari Hasad Dengki


Hasad dengki adalah sesuatu tindakan, perangai, kelakuan buruk yang ditegah agama tetapi sering ditayangkan di kaca TV. Lebih-lebih lagi dalam naskah drama-drama melayu. Setuju? You name it ada berapa drama Melayu yang ada element hasad dengki? tak terkira. Bila Melayu je mesti nak hasad dengki. Bila Melayu je, mesti nak PHD (Perangai Hasad Dengki) Setuju lagi?

Bukan niat nak jatuhkan bangsa sendiri tetapi inilah realitinya. Mentaliti kebanyakan orang kita, orang Melayu, orang Islam. Nauzubillah.

Apakah itu hasad dengki?

Imam Al-Nawawi rahimahullah dalam kitab Riyadhus Salihin di dalam bab Haramnya Hasad menjelaskan pengertian hasad iaitu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang sama ada nikmat agama atau dunia. Seseorang itu dikatakan hasad apabila dia melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain lalu dia merasa iri hati, dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.

Kadangkala hasad ada dalam diri tanpa kita sedar. Apabila kita tidak suka melihat nikmat pada seseorang, hakikatnya maksud di sebalik perasaan itu adalah kita mengharap agar nikmat itu hilang dari orang tersebut, dan inilah yang diertikan dengan hasad. Tanya pada diri, pernahkan kita berasa sedemikian? Fikir-fikirkan dan muhasabah.

Orang yang hasad secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah.

Sifat buruk orang hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat perasaan tidak puas hati itu.

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya. 

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Orang yang hasad akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang membinasakan diri sendiri.

Nasihat para ulama, apabila seseorang itu dapati dirinya ada perasaan hasad, ubatnya adalah hendaklah cepat-cepat beristighfar serta mendoakan keberkatan (kebaikan) buat saudaranya itu. Daripada berharap agar kebaikan itu hilang daripadanya, lebih baik mendoakan agar kebaikan itu kekal dan semoga Allah melimpahkan keberkatan atasnya. Hal ini tidak akan memudaratkan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada kita di sisi Allah.

Subhanallah, Allah adalah sebaik-baik perancang, percaturan Allah tak pernah salah. Kenapa perlu rasa tidak puas hati terhadap apa yang dikecapi oleh orang lain, sedangkan Allah sudah menulis setiap rezeki kita. Cukup-cukuplah bersakit hati.

Aku juga pernah dibayangi oleh orang yang berhasad dengki. Sehinggakan aku dianiaya dan disakiti. Tetapi itu tidak membuatkan aku rasa tersisih oleh rahmat Allah. Aku yakin ini ujian untuk aku dan ujian ini terlalu sedikit dan tidak setimpal dengan ujian orang-orang yang terdahulu. Allah uji sebab Allah sayang. Jadi, jangan pernah pertikaikan apa yang orang lain perolehi. Cuba ambil pendekatan mudah;

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu bukan sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah. Nauzubillah hi minzalik.

Peringatan ini adalah untuk diri yang menulis dan anda yang membaca. Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita. Jom BERUBAH JADI BAIK.

~Salam 6 Ramadhan~


Thursday, May 17, 2018

Selamat Hari Guru dan Selamat Datang Ramadhan!



Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa seorang guru.


Guru zahir pertama kita, adalah IBU kita.
Guru zahir kedua kita adalah BAPA kita.
Mereka inilah yang berkorban, bersusah payah untuk membesarkan kita dengan doa dan air mata.
Tak lupa juga adik-beradik kita, yang mengajar erti sayang, suka dan duka.

Dan seterusnya guru-guru lain yang menyinari hidup kita.

Selamat Hari Guru, kepada semua guru-guruku. Semua guru yang mengajarku secara langsung dan tidak langsung dan memberikan kesan di dalam hidupku.
  • Guru dari Tadika Kemas, Sungai Lampam
  • Guru dari SK Sungai Lampam
  • Guru dari SAR Maahad Al Islah
  • Guru dari SMK Sungai Manik
  • Guru dari SMK Seri Perak
  • Pensyarah dari UiTM Segamat, Johor
  • Pensyarah dari UiTM Shah Alam
  • Supervisor, senior dari Pharmaniaga Berhad
  • Supervisor, senior dari Flextronix Manufacturing (M) Sdn Bhd
  • Senior, Mentor, Trainer dari Bumi Armada Berhad
  • Trainer, speaker, motivator yang mengajarkan aku.
  • Ustaz, Ustazah, pendakwah yang mengajarkan aku di TV, YouTube, di FB dll
  • Dr Azizan Osman, mentor kejayaanku. (ni dah pergi banyak class tapi belum berjaya macam orang lain lagi..huhu)
  • Coach Esfah, Coach Kevin..Coach fitnessku yang baru selesai mengajarkan ilmu fitness dan membawaku menerjah perkara baru seperti senaman dan aktivity luar. (harapnya kurus la menjelang raya ni..huhu)


Dan semua guru-guru yang telah memberikanku ilmu, tak dapat nak ku tulis satu persatu..

Dan rasanya yang paling layak menerima ucapan penghargaan hari guru ini adalah baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah guru kepada semua guru kita. Baginda bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik dan membimbing. Baginda bukan sahaja menunjuk jalan, tetapi memimpin kita ke jalan itu. Baginda bukan sahaja memberi amaran dari terjebak kepada jalan binasa, tetapi turut mengorbankan dirinya semata-mata menghalang kita dari terjerumus.



Firman Allah SWT:

ويعلمهم الكتاب والحكمة

Dialah Rasul yang mengajarkan kamu al-Kitab san segala kebijaksanaan.
[Al-Jumuah:2]

Sabda Rasulullah SAW:
إنما بعثت معلما
Sesungguhnya aku diutus sebagai guru
[HR Ibn Majah]

Ku panjangkan doa dan solat hajat kepadamu guru-guru ku.
Salam kasih sayang dan selamat meraikan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan - semoga kita aturkan supaya rebut semua bonus-bonus pahala yang banyak rahsia padanya.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada guru-guru kita.
Dan tak lupa, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua..






Monday, May 14, 2018

GE14 ~ Greatest History Ever Happened to Malaysia!


Happy Independent Day Malaysian! Independent from the ruling government who was betrayed the Malaysian's trust, destroy the 'Amanah', abuse of power and leads to so many corruption!


Six decades after independence, what happened today is such a dream come true! Malaysia has truly shown itself to be a democracy.


What happened today is the proved that Rakyat (the people) has power to decide who will be the Leader of the country. To the new government, don't deny the power of the people.


I'm so grateful for the results! We went "Balik Kampung' despite of the crazy jammed and the election is purposely done in the middle of the week which rarely happened before. But, because we love our country so much, we just go for it without hesitation! We have fun along the hours of traffic jammed, waving and smiling to each others. I almost shed in tears seeing this phenomena. That's why I said this is a history for a New Malaysia. This should be added into the History Subject in school. Seriously!


Malaysians showed that despite all dramas, party de-registration and court cases leading to the election, despite arguments about religious law and conversion accusations, despite heated campaigning, Malaysians voted, counted and subsequently celebrated peacefully.


May harmony and peace be forever the hallmark of our country, and our similarities and common agenda unite us against those promoting division. And may Allah protect Malaysia and all Malaysians!!


We Love Malaysia!!