Bismillahirrohman nirrohim..
Hari ni mendapat berita duka pensyarahku di UiTM Segamat telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas rohnya, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan dia bersama hamba-hambaNya yang soleh. Subhanallah, istimewanya dapat meninggal di bulan mulia. Mari sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepadanya.
Istimewanya bulan ini, pintu-pintu Syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Tetapi masih ada manusia yang seperti mengetuk-ngetuk pintu neraka tu dengan tetap membuat kemungkaran dan khianat pada manusia lain. Allahurabbi.
Percayakah anda, bulan Ramadhan ni ada orang masih galak menyakiti saudara seislam yang lain? Tidakkah Ramadhan ini mentarbiahkan diri kita menjadi lebih baik? mengawal nafsu, mengawal lisan, mengawal amarah. Alangkah ruginya jika Ramadhan ini tidak memberi apa-apa makna bagi kita.
Di post yang lepas aku ada menulis sesuatu tentang perangai hasad dengki. Kebetulan aku sendiri mengalaminya, malah masih mengalaminya bulan Ramadhan ini. Bukan nak cerita yang diri ni dicemburui, jauh sekali nak cerita yang aku ni lebih bagus berbanding orang lain. Tidak. Bukan itu yang nak aku sampaikan.
Perjumpaan lepas tarawih itu sangat santai sehingga kami duduk bersembang menanti guru kami. Satu persatu aku sedar. Tiap-tiap ayat yang keluar yang ditujukan untukku begitu pedas untuk diterima. Ye aku tahu, sekarang ni aku mengalami masalah berat badan. Aku bukan tak usaha untuk kembali aktif semula. Logiklah ambil masa untuk kurus balik. Ye, aku masuk program Kevin Zahri semua tu, masuk team coach untuk bersenam setiap minggu. Tapi apakan daya, Allah belum rezekikan kurus. Faham tak? Kita usaha, tapi Allah yang beri. Asalkan aku sihat, itu sudah cukup mencukupi. Syukur Alhamdulillah. Aku tak faham kenapa perkara itu menjadikan aku bahan jenaka dan sindiran mereka.
Masih terngiang lagi bait-bait ayat mereka malam itu.
Bila terjumpa botol lama Fat-Burner aku dalam stor, si polan pura-pura bertanya pada semua orang situ seperti tak tahu.
"Ni siapa beli ni? Kau ke? Tanya kawan sebelah padahal dah tahu itu aku punya. Aku berkata perlahan.
"Aku punya la, lama dulu."
"Oo..kau punya, apa yang kau burn?" (Merujuk Aku yang tak kurus-kurus) Lantas dia menyambung tawanya.
"Alaa masuk JK1M bagai, tapi tak kurus-kurus jugak, orang jual jus kurus ni kau tak beli."
"Sini gemuk (tunjuk padaku yang duduk sebelah dia), Sini kurus la (tunjuk pada dirinya)." Bila ada orang bertanyakan perbandingan.
Sewaktu aku berdiri membetulkan bajuku, si dia tegur Eh, eh..ape ni? Perut.. (dan lantas bergelak-ketawa menyucuk-nyucuk perutku dengan gaya bergurau)" untuk menunjukkan perutku yang besar berbanding dia."
Sewaktu aku diam, mereka menegur mukaku yang naik jerawat. Aku sendiri buntu dengan keadaan aku yang dahulunya tidak begini. Doktor kata hormon tak balance. Ntah la.
Lantas mereka menegur "Eh, kenapa muka dia bintik-bintik ea? (merujuk jerawat aku yang bertebaran di muka)..
Bukan baru pertama kali mereka mentertawakan aku. Sebelum ni pun ada, cuma aku tak sangka Ramadhan pun sama. Bukankah kita perlu juga menjaga lisan kita lagi-lagi di bulan mulia?
Allahurabbi.. Mereka-mereka ni sewenang-wenangnya berkata sehingga menyakitkan hati orang lain. Adap di mana? Kalau pun benci dengan aku, janganlah sakiti hatiku dengan berkata perihal fizikalku. Sedih kerana mereka adalah orang-orang yang rapat denganku. Aku sendiri tak pasti kenapa mereka berbuat demikian. Lillahi Taa'la aku tak menyimpan dendam tapi aku ni manusia biasa. Walaupun mungkin mereka bergurau, namun gurau tetap ada batasan. Sewaktu si polan yang seorang tu lebih besar berbanding aku, tidak pula aku lemparkan kata kejian padanya. Aku sokong usahanya untuk kurus, aku juga pernah membeli produk yang dia jual, tapi tidaklah melanggan kerana aku ingin sihat secara natural bukan bergantung pada produk. Itu pun salahkah? Masing-masing ada pilihan sendiri. Adakah sebab aku tidak lagi melanggan produknya, jadi dia punya kuasa untuk mentertawakan aku?
Lantas aku mendapat kesimpulan, ini semua berpunca dari hati. Jika kita tiada hati yang bersih, jangan harap sesuatu yang keluar dari mulut kita juga sesuatu yang baik. Lisan itu cerminan akhlak dan hati. Moleklah kita muhasabah diri. Selagi tiada perkara yang baik untuk diperkatakan lebih baiklah kita diam.
Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR. Bukhari dan Muslim).



No comments:
Post a Comment