Tuesday, April 17, 2018

Manggaku ~ Manggamu Jua {Kisah #throwback Zaman Muda Belia}

Bismillahirrohmanirrohim..


Di pagi yang mulia ni teringat aku pada suatu peristiwa. Peristiwa yang membuatkan jantung berderau tak keruan, akal tak sampai memikirkan kemungkinan itu. Pelik. Memang pelik. Mangga, apakah?

Kisah ini terjadi sewaktu aku masih menuntut di sebuah universiti awam di Shah Alam. Rasanya korang tahu tak? Mesti dah boleh agak kan?

Ianya terjadi sewaktu aku masih di awal semester. Aku baru sahaja berpindah ke kediaman sewaan selepas menginap di hostel di dalam kampus pada semester yang pertama. Oleh kerana aku banyak kerja luar dan sering lewat pulang ke hostel makanya duduk di dalam kampus adalah sangat sukar dan pergerakanku terbatas. Yang selebihnya, dah malas untuk ikut serta aktiviti kolej kediaman kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Jadi, aku pun berpindah ke luar menyewa bersama rakan-rakan sekelasku. Aku membawa bersama roommateku sewaktu di kolej kerana dia ditinggal (tergantung sepi) oleh kawan-kawan baiknya masa tu. Roommateku adalah budak mass-comm (Kursus Komunikasi Dan Pengajian Media) manakala aku berada dalam kursus yang berbeza. Jadinya, aku dan dia kekal roommate di rumah sewaan baru kami di Seksyen berhadapan dengan pintu belakang Universiti kami. Agak dekat la dengan kampus. Kami pergi ke kelas dengan bas. Ada bas free dan ada bas berbayar. Bas free adalah bas universiti yang mengambil dan menghantar pelajar di sekitar kawasan terdekat. Sudah ada port menunggu untuk menaiki bas free. Pelajar juga boleh memilih bas tambang yang dibenarkan masuk ke dalam kampus iaitu bas RapidKL. Sewaktu itu, tambang hanya seringgit dan tiket itu boleh diguna pakai lagi untuk satu hari. Memang jimat habis! Kau naik turun bas beberapa kali pun cuma seringgit, hanya tayangkan tiket sambil senyum sedekah pada pemandu bas supaya dia dapat melihat tarikh tiket itu dan anda akan dibenarkan masuk. Roomateku punya kenderaan sendiri tapi aku tak pernah tumpang kerana aku lebih selesa naik bas sendiri. Lagipun blok kampus kami berbeza, (masa tu panggil kampus ni school, ada business school, law school etc) malah jadual kelas kami juga berbeza. Ok, done cerita pasal kampus.

Barukan seminggu menetap di rumah sewa, kami sudah jumpa jiran tempat bergaduh. Kami berjiran dengan budak-budak Art and Design. Kerja diorang malam-malam memekak berkaraoke, bergurau senda, suara diorang saja sampai didengari seluruh pelusuk penduduk di sana, apatah lagi kami yang cuma berselang pintu itu. Budak-budak ni memang havoc, budak fesyen la katakan. Kadang-kadang kami dikejutkan dengan patung mannequin (patung untuk baju tu) di depan pintu, merenung kami yang masuk ke rumah di malam hari. Kadang-kadang kami nampak artis datang ke rumah mereka. Memang havoc habislah jiran kami masa tu.  

Perang mulut biasa terjadi di tengah malam, nak-naknya masa final exam. Masa nak study tu la diorang berparti memekak. Biasanya housemate aku yang suka melayan. Boring-boring pergi ajak budak-budak sebelah gaduh. Mereka ni kebanyakannya budak-budak yang kreatif dan keperempuanan sedikit. Mulut bukan main laser. Kalau zaman sekarang diorang ni macam level makcik bawang la kot. Hahaha. Sedapnya mengata orang ye. Mungkin juga ada antara mereka ni dah berjaya menjadi pereka fesyen terkenal, Wallahua'lam.

Jiran yang di depan kami pula geng orang bujang, aku rasa ada antara mereka ni yang sudah bekerja. Pernah juga bertegur sapa, itupun setakat sepatah dua kata. Aku kan sejenis yang pemalu. Masa tu Abang rumah depan ketuk pintu bagitau kain yang aku sidai kat luar jatuh ke bawah dek kerana angin yang kuat. Masa dia bagitahu, aku tak tengok pun muka beliau itu. Sorry ye abang rumah depan, iolls ni pemalu orangnya. Malam-malam di bulan puasa selalu terdengar suara lelaki mengaji Al-Quran. Haish! Rugi pulak rasanya tak sempat berkenalan dengan jiran yang Soleh depan ni. Hahaha. 

Okey-okey, berbalik kepada cerita mangga yang aku nak sampaikan. Bukan pasal buah mangga ataupun majalah mangga (derr). 

Waktu peristiwa itu terjadi, aku baru lebih kurang seminggu tinggal di rumah sewa itu. Kebiasaanya aku pergi dan pulang dengan housemateku yang sama course dan kelas tu. Tetapi tak pasti kenapa hari itu aku pulang sendirian. Aku ni confident lajak, walaupun tak pasti aku confidentkan diri jugak untuk balik sendiri. So, aku berjaya sampai dengan selamat. Petang tu cuaca agak redup. Sempat aku singgah ke kedai runcit berdekatan untuk membeli jajan. Balik dengan keadaan yang santai, riang sambil makan ais-krim yang ku beli. Aku pun tiba di pintu pagar depan rumah. Membuka mangga (ibu kunci) dengan mudah dan seterusnya masuk ke rumah. Bagi salam sekadar dengar di telingaku sahaja bila aku ternampak rak kasut ada dalam rumah itu penuh. Sampai bertindih-tindih kasut yang disusun. Mana datang semua kasut-kasut ni? Seingat aku, pagi tadi semuanya kemas belaka. Sehingga selipar jepun pun diletakkan di atas rak kasut. Pelik, kebiasaannya selipar jepun semua diletakkan di luar. Lagi tambah terkejut melihat peti sejuk besar warna kelabu gelap di depan mataku. Bila pulak kami tambah peti sejuk. Susun atur peti sejuk tu pun lain. Lagi terkejut beruk aku bila ku lihat ada tikar plastik sedangkan pagi tadi carpet pemberian tuan rumah tu masih ada lagi dibentangkan di tengah rumah. Sejak bila tukar semua ni? Dan tahap terkejut aku menggila bila aku terdengar suara lelaki bergelak-gelak dari dalam bilik hujung. Mau tak terpingsan aku kat situ.

Aku dah fikir lain macam. Dengan perlahan-lahan, aku berjalan semula ke arah pintu. Mata melilau melihat sekeliling. Janganlah ada orang lain masuk pulak. Dengan perlahan-lahan, aku keluar senyap-senyap, aku kuncikan semula pintu grill dengan kunci mangga itu. Aku cuma tutup rapat pintu utama itu, takut didengari orang dalam bilik itu. Serius, kunci mangga itu begitu mudah dikunci dan dibuka. Aku tengok mangganya, sama seperti mangga kunci grill ku.

Sekadar gambar hiasan

Siap aku kuncikan pintu itu, aku lihat sekeliling. Tiada mannequin di rumah sebelah dan rumah depan itu ada tirai bunga-bunga which is bukan tirai rumah bujang yang selalu aku nampak itu. Dengan fikiran yang buntu, aku cepat-cepat menuruni tangga. Memang ni tingkat 4 macam rumah aku, tapi ni sah bukan rumah sewa aku. Aku masih blur-blur sotong. Turun sampai ground floor, aku berdiri di tengah-tengah taman permainan melihat semula bangunan rumah itu. Aku mesej roommateku bertanyakan nombor blok kami. Dia pun pelik, kenapa aku tanya. Blok 35 la.

Aku dengan berdebar-debar melihat dari tepi blok yang aku naiki tadi. Blok 33! demm!! Dah sah aku salah masuk rumah! Astaghfirullahalazim. Nak tergelak pun ada, macam mana boleh salah naik blok dan salah masuk rumah ni! Ya Allah, Ya ampun.. careless betul! nasib la tak jadi apa-apa padaku.


Bila diceritakan pada bousemateku, meledak mereka ketawa. Macam mana aku boleh salah naik blok, lepas tu boleh siap masuk rumah orang lain. Kedudukan blok 33 dan 35 itu cuma berdepan sahaja. Susunan blok rumah di situ agak berterabur dan design dan warna blok yang sama membuatkan aku keliru. Tapi yang buat aku pelik macam mana kunci mangga dan anak kunci itu sama. Bahkan kunci rumah juga sama?? Bahayanya! Allahu, aku tak pasti memang kunci itu sama ataupun kunci rumah mereka itu dah rosak. Wallahua'lam. Tetapi yang pasti, aku memang salah masuk rumah orang. Rumah siapa pun aku tak tahu. Aku berharap tiada sesiapa yang nampak aku keluar masuk ke rumah itu, pada hari tu. Hopefully (finger cross!).


Nasiblah masa tu tiada smartphone, tiada orang nak viralkan..hahaha..

So lesson learnt, sentiasa berhati-hati dan take note keadaan sekeliling. Jangan sambil lewa macam aku sampai tersalah masuk rumah orang lain. Hahaha. Itu memang satu kenangan yang aku takkan lupe sampai bila-bila.

#silaingatnomborrumahsendiri 

#salahmasukpintutakpa #jangansalahmasukpintuhatiorangyangtaksepatutnya #tibetibe