Monday, May 27, 2019

Sejenak Ramadhan ~ Pesanan Orang Masjid

#ramadhan22 #tarawihmalamini #lamatakmembebel


Malam ni sebelum solat Tarawih, AJK (Ahli Jawatan Kuasa) Masjid memberikan pengumuman..tetapi yang pelik dan kurang enak tu, lain benar lenggok bahasa yang digunapakai. Bagiku, kemain kasar bahasa yang dia gunakan malam ni. Bukankah kita sudah berada di malam 10 terakhir Ramadhan, takkan begini tarbiah Ramadhan hampir sebulan??

Pada mulanya dia bercakap pasal sumbangan barang makanan untuk fakir miskin. Beliau pun berkata, 
"Beras dah kami terima bertan-tan..kalau nak beri sumbangan, boleh bagi duit je, dengan duit, banyak kita boleh buat."

Hmm.. Dalam hatiku berkata..
"Terima jelah orang nak bagi, bila dah tetapkan sumbangan, bukankah kita sudah menghadkan cara orang nak sedekah. Ada sebilangan orang memang suka sedekah barangan makanan berbanding duit. Kalaupun banyak sangat beras yang diterima, agihkanlah ke tempat yang lain, walaupun bukan qariah situ, ramai lagi orang yang memerlukan bantuan kot, trust me. I knew it!"

Selepas itu Beliau menyentuh bab Kutipan Khairat Kematian. Beliau berkata;
"Kutipan khairat kematian kali ini lebih rendah berbanding tahun lalu, Jemaah ramai tetapi baru sedikit yang bayar (termasuklah aku yang tak bayar lagi).

Apa yang membuat aku tersentap tu adalah pabila Beliau berkata;
"Takkan tunggu dah nak mati baru nk bayar!" 

Allahuakbar! 
Menusuk ke jantung lontaran bahasanya itu. Pada hematku keras benar bahasa 'Orang Masjid' ni. Tetapi umum mengetahui, masih ada banyak malam lagi, sabar la Tuan Haji. Walaupun bayaran itu cuma RM40 seorang untuk satu borang, Tuan Haji kenalah faham tak semua orang ada jumlah tu nak buat bayaran, Kalau ahli keluarganya ramai, lagi banyaklah yang dia akan bayar. RM40 pada Tuan Haji mungkin berbeza nilainya pada orang lain. Dan mungkin juga orang masih belum dapat gaji, memandangkan belum hujung bulan lagi. Dan tak semua orang boleh pergi ke Masjid pada sesuatu ketika (kalau uzur, nak pergi masjid macam mana Tuan Haji ooi..) Sabar la, masih banyak malam lagi. Bagilah galakkan, ini tidak, siap bagi ugutan. Beliau seperti dalam nada angkuh bercerita;

"Ada yang dah meninggal dulu tu, bayar tak cukup. Borang untuk persendirian, dikongsi. Jadinya, tak cukup bayaran khairat tu. Masjid kena tanggung kos!"

Beliau menambah lagi;
"Kita ni kalau boleh, "MATI JANGAN SUSAHKAN ORANG!".. Allahuakbar. Ni memang buat aku tersentap weh!. Berkerut dahi menghadam apa yang Beliau sampaikan tu.

 Makcik yang duduk sebelah aku pun sama..hmm..dalam hati berkata;
"Allahu, Tuan Haji. MATI ni, kita tak tahu Tuan Haji ooi! Kita tak tahu pengakhiran kita. Kau bayarlah Khairat di Masjid ini, Tup-tup Allah ambil nyawa kau ditempat lain. Jenazah kau di tanam di tempat lain? Tak pun, Kau tiada berkubur (kalau mati di laut dan mayat tak dijumpai, kena baham buaya ke?) Amacam?? Memang dah fardhu kifayahlah uruskan kematian orang Islam. Kalau perkara sebegini pun berkira, apa guna ada institusi Masjid dan ada tabung?? Masjid ni, Masjid ayah dia kah? (Hah..berbunyi jugalah hati ni) Astaghfirullahala'zim..

Kemudian, Beliau berpesan lagi. Malam ini bermulalah aktiviti Qiamullail di Masjid sepanjang 10 Ramadhan terakhir. Bermula jam 4 pagi dan sahur disediakan. Beliau berkata, digalakkan anak muda untuk hadir, seraya berpesan:

"Kita galakkan anak muda untuk hadir. Tapi, sila jaga adab."
"Kalau perlu, kita akan minta bantuan Polis juga.."

"POLIS?? Dah kenapa perlu Polis? Aku berkata lagi dalam hati.

Beliau menyambung lagi; 
"Kalau ade Polis maklum sahajalah!" 
"Tidak dibenarkan tidur dalam Masjid! Ada lagi pesanannya. 

"What do you mean man?? Kenapa, kau takut anak muda datang nanti nak mencuri ke?"

Yang buat aku tak faham tu cara dia sampaikan pesanan. Terlalu keras dan bersifat sarkastik serta kasar. Macamlah yang datang berjemaah malam ini adalah budak-budak sekolah. Padahal setiap peringkat Qariah ada duduk dalam saf malam ni. Pangkat ayah ibu, makcik pakcik. Inikah akhlak 'Orang Masjid'??

Dalam pada selesai Solat Terawih 4 rakaat, Jemaah Wanita dikejutan dengan suara kasar menengking budak-budak yang riuh rendah. Adatlah budak-budak. Aku mendengar suara kasar menengking itu berbunyi.

"Jangan main dalam MASJIDDD!!!!" 

Tak lama lepas itu, kedengaran suara kanak-kanak menangis. Dari ketawa gembira, bertukar jadi riuh dengan tangisan pula. Para jemaah masing-masing berpandangan sesama sendiri. Allahuakbar, budak dalam usia 2 atau3 tahun, apa lah yang dia mengerti. Padaku tak perlu sampai menengking macam tu. Rasanya ada tak Rasullullah SAW berbuat begitu pada anak kecil? Sesungguhnya anak kecil tu lagi MULIA dari kita yang banyak DOSA ni. Seriously, aku tak faham.

Macam manalah orang nak suka pergi ke Masjid, kalau beginilah layanan Orang Masjid? hmm..takkan dah 10 malam terakhir macam ni jugak kaedahnya? Janganlah rasa diri ni lebih baik berbanding orang lain, hanya sebab kita ada Jawatan sebagai 'Orang Masjid'. 

Sama-samalah muhasabah..
Ramadhan cuma tinggal beberapa hari cuma. 
Wallahua'lam.

#moonlightladytersentapmalamni #ajkmasjidbukanjaminansyurga

No comments: