Salam Ramadhan semua yang singgah di blog suam-suam kuku ini. Semoga Ramadhan ini memberi kita ruang untuk menyucikan hati, membersihkan minda, melapangkan dada dan berusaha beribadah bersungguh-sungguh agar segala amalan kita yang sedikit ini diterima Allah hendaknya.
Seperti biasa, menjelang Ramadhan, aku akan mula la buat listing, journal, diari Ramadhan agar aku sentiasa di atas track yang betul. It's more to reminder la. Salah satu dari listing itu adalah berazam untuk membaca Al quran setiap hari tanpa jemu dan berlanjutan walaupun setelah habis Ramadhan. Yang penting adalah istiqomah dan berdoa agar Allah tunjukkan jalan dan permudahkan kita belajar Al Quran. Kadang kala, kita baca Al Quran pun masih compang-camping. Mana tajwidnya, panjang pendeknya, makhraj huruf pun masih tak tepat, bagaimana nak jadikan Al Quran ini petunjuk jika kita belum boleh baca Al Quran dengan betul. Alangkah ruginya hidup di dunia ini, jika kita tak pandai baca Al Quran. Apatah lagi mentadabbur dan memahami maknanya? Allahu, jauh lagi perjalanan kita. Masih banyak nak belajar ni. InsyaAllah, kita doalah agar Allah lembutkan hati kita, basahkan lidah kita dengan membaca kalam suci Al Quranul Karim dan menjadikan AlQuran ini peneman hidup kita di dunia dan akhirat.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memuliakan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur’an al-‘Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)
Bertepatan dengan turunnya al-Qur’an di bulan Ramadhan, para ulama turut menamakan bulan ini sebagai bulan al-Qur’an. Bulan di mana umat Islam disunnahkan supaya menyibukkan diri dengan al-Qur’an. Iaitu menyibukkan diri dengan bertadarus atau mentadabburinya.
Jadi, mari kita sama-sama berusaha!
كثير من إخواننا المسلمين لا يقرأ القرءان إلا بقصد الثواب والأجر وقصر علمه عن عظيم نفع القرءان وأنه كلما قرأ القرءان بنية نال فضلها كما قال النبي ﷺ إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل أمريء ما نوى..الحديث.
Ramai drp kalangan saudara muslim kita ketika membaca alQuran berniat semata² untuk pahala dan masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar alQuran, iaitu seseorang akan mendapat apa shja yang dia niatkan ketika dia membaca alQuran. Ini sebagaimana yang diberitahu oleh Saidina Rasulullah SAW : Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan
فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها:
AlQuran itu adalah panduan cara hidup, manakala niat itu pula adalah perniagaan para ulama utk mendapat keuntungan.
Daripada dua prinsip ini, aku ingin mengingatkan diri aku dan anda semua dengan sebahagian daripada niat-niat ketika membaca alQuran, antaranya :
1- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya
2- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon hidayah daripada Allah SWT
3- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.
4- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.
5- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya drp kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman)
6- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب.
Aku niat baca alQuran ini kerana ia merupakan rawatan bagi hati yang keras, dengan alQuran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman)
7- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari Allah Taala.
8- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين.
Aku niat baca alQuran ini supaya saya tidak ditulis termasuk daripada kalangan orang yang lalai; bahkan aku ingin ditulis daripada kalangan orang yang mengingati Allah.
9- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah
10- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang menyuruh untuk membaca alQuran dengan tartil.
11- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف 10 حسنات والله يضاعف لمن يشاء.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagiku atas setiap satu huruf yang dibaca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia mahu.
12- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat alQuran pada hari kiamat kelak
13- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW
14- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat darjat saya dengan alQuran dan mengangkat darjat umat ini dengan alQuran
15- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukanku di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan juga utk ibubapaku juga semoga dipakaikan dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia
16- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya
17- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada kalangan ahlillah dan daripada kalangan orang-orang yang khusus
18- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan (agar digolongkan dari kalangan) orang yang mahir membaca Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat
19- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah
20- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar hatiku dapat merasai kebersamaan Allah SWT
21- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur
22- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi baik bagiku dan tidak pula menjadi saksi buruk ke atasku.
23- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
24- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atasku, dan diliputi rahmat buat diriku, dan disebut namaku oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.
25- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah
26- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب.
Aku niat baca alQuran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran)
27- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat
28- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan dirinya akan segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran
29- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar ia menjadi peneman saya di dalam kubur dan cahaya bagi aku ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk aku ketika di dunia, dan pemandu aku untuk ke syurga.
30- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiahku, dan mengajar adab kepadaku dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
31- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan menyibukkan diriku dengan al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkanku.
32- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.
33- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة.
Aku niat baca alQuran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkanku dengan para kafirin di akhirat kelak.
فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya; yang mana keuntungan itu, Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.
Wallahua'lam
~Pengajian Al Quran Putra Perdana~

No comments:
Post a Comment