Monday, August 17, 2009

LA TAHZAN..

LA TAHZAN..


Carilah nikmat dlm kesedihan mu, kerana tiada yg kekal di dunia ini, termasuk kesedihan itu sendiri..
Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa
dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama
artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur
masa depan yang belum terjadi.
(Petikan dr buku Dr.Aidh Al-Qarni)
La tahzan..jangan bersedih..
Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari...kesedihan menguasai diri..

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, amat kecewa, ada yang seakan hilang entah ke mana..

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. .Bila sendirian air mata jadi tiada harga..gugur membasahi kala duka..Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa..lantas kesedihan itu la yang menguasai kita, yang menjadi sahabat setia..

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna..
Istighfar lah kita.. Astaghfirullah hala'zim..
Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sedih dan sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan kesedihan itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.
Oleh itu, bila kita berada dalam kesedihan, katakan La Tahzan..Jangan Bersedih "(diri kita)" kerana Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Sentiasa mendengar keluh kesah kita, xpernah meninggalkan kita biarpun kita sering kali lupa untuk mengingati-Nya.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

No comments: