Ramadhan membawa seribu satu erti dan kenangan kepadaku, sejak dari kecil hingga lah sekarang. Aku rasa seronok sangat bila sambut ramadhan. Masih ku ingat lagi, masa belajar puasa dulu, azab betul nak habiskan satu hari. Sampaikan pernah mengelat minum air paip masa mandi..waktu puasa dulu macam dah separuh nak pengsan tunggu waktu nak berbuka. Ku ingat lagi masa darjah dua, kawan sekelas aku siap bawak air oren ke sekolah. Cikgu semua asyik gelakkan dia saje..ade jugak sekali tu aku puasa pastu termuntah..hmm..macam-macam..
Macam-macam jadi dalam bulan Ramadhan sepanjang hidup aku ni..Satu tragedi yang tak dapat di lupakan . Masa suspen yang teramat, bila Ayah dan Mak excident. Masa tu semuanya macam mimpi. Pulang sekolah, kulihat Opah ( Allahyarhamah da pun) ade dekat rumah..pelik..dengan menangis-nangis dia memeluk aku..aku yang terkedu lagi bertambah terpinga-pinga melihat ayah pulang dengan keadaan berdarah-darah, berjahit-jahit, berbalut-balut,terjengkot-jengkot, mak tak pula kelihatan..Ruap-rupanya, mak ditahan di wad, luka teruk kat kaki mak..sampai sekarang pun ,masih ada kesan sampingan..kesian kt mak aku..dugaan betul masa puasa tu, tiada siapa yang uruskan makan minum aku yang masih dalam darjah 2 kalau tak silap. Sahur dan berbuka sendiri.Opah pun kadang-kadang je ade di rumah..selebihnya terpaksalah menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah, excident tu tak serius sangat dan aku berterima kasih pada jiran dan saudara yang membantu saat aku dan keluarga dalam kesusahan.Hanya Allah je yang dapat membalas jasa mereka. Walaupun dalam kelam-kabut, aku masih lagi berpuasa.
Hishh..banyak betul dugaan bulan puasa nie, dahulu waktu ayah selalu sakit tak menentu, sebulan dalam 2-3 minggu dekat hospital. Bulan puasa memang sangat sedih. Keadaan tak terurus dan hidup kelam-kabut. Sepanjang ayah sakit, aku masih di sekolah rendah lagi. Masa di wad, mak terpaksa berulang-alik ke hospital hari-hari. Aku dan kakak yang hanya 2 tahun tua daripada ku terpaksa ke hulu ke hilir untuk berbuka puasa dan bersahur. Bila saat kritikal kami terpaksa menumpang di rumah mak cik. Apelah nasib, syukur alhamdulillah keadaan dah jadi bertambah baik selepas 2 kali ayah jalani pembedahan. Kasihan ayah, selalu je sakit..pernah aku berharap agar rasa sakit tu biar aku yang rasa agar die lebih selesa bila tiba datang sakitnya yang menyeksakan itu....
Pejam celik-pejam celik, dah besar dah aku sekarang nie..bukan setakat besar, da berumur pun..hehehe..keadaan pun turut berubah. Sekarang ayah pun dah takde lagi kt dunia nie. Kemeriahan berpuasa sudah kurang dari sebelumnya. Kalau dahulu biarpun jauh ari rumah, aku akan menerima panggilan telefon berkali-kali dari Mak dan Ayah. Bertanyakan sahur tak pagi tadi? buka puasa apa nanti? Pergi Tarawih tak? Macam-macam lagi. Namun 2 tahun sudah berlalu dan ini masuk tahun ke 3 kami berpuasa tanpa Ayah di sisi.

Puasa tanpa ayah memang kurasakan kehilangan. Rasa tidak lengkap tanpanya. Tiap waktu merindu, terkenang, waktu sahur kulihat tempat duduknya yang kosong, ayah sudah tiada lagi di situ, Waktu berbuka, ayah tidak lagi membelikan aku buah kegemaran yang wajib berada di meja iaitu buah tembikai merah. Masih ku ingat lagi, bila tiba bulan Ramadhan, ayah pasti membelikan aku buah tembikai merah untuk berbuka bahkan pernah suatu hari dia kelihatan kecewa bila pulang tanpa buah tembikai merah itu dari pekan. Tersentuh hatiku bila ayah berkata ”Dek, harini takde buah tembikai kamu..esok kite cari lain”. Ayah..ayah..seboleh-bolehnya ayah akan sediakan apa saja yang dia termampu untuk anak-anaknya. Seingat aku, waktu kecil-kecil dahulu memang buah itu seakan upah bagi aku berpuase penuh. Rindu waktu sibuk-sibuk nak pergi Tarawih, dia tiada lagi untuk berebut bilik air dengan aku. Walaupun sudah bertahun ayah tinggalkan aku dan keluarga namun, kenangan bersamanya masih dan tetap bersemadi dalam sanubariku selama-lamanya.
Aku tetap bersyukur kerana masih panjang umur dapat sambut Ramadhan lagi tahun nie..mungkin masih dapat beribadah jika diizinkan Allah SWT. Tahun hadapan belum tentu lagi. Ada juga yang tak berkesempatan untuk puasa lagi samada yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Termasuk ayah, saudara, sahabat dan muslimin muslimat yang lain. Bila fikir-fikir balik selama hidup ini berapa banyak amalan yang aku buat sepanjang Ramadhan??
Ramadhan..bulan untuk umat Islam. Hadiah Allah buat hamba-Nya. Bulan suci, bulan rahmat bulan berkat. Tapi kalau tak buat amal ibadah setakat puasa tahan makan minum je, bulan nie takde maknanya..
"Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk sambut Ramadhan lagi. berikanlah aku hidayah dan kekuatan agar dapat kutempuhi Ramadhan dengan penuh khusyuk dan Tawadhuk..Aminn"

No comments:
Post a Comment