Sunday, August 2, 2009

Ayatul Kursi...

Assalamualaikum..

Sekadar Berkongsi Manfaat...


Daripada Artikel :junjungan.wordpress.com/khasiat-ayat-kursi/

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Subhanallah..Maha Suci Allah..begitu banyak lagi khasiat dan kelebihan Ayatul Kursi ini..teringat di zaman belajar dahulu..sebelum tiba final, minggu study week di university memberi satu tekanan hebat kepada aku dan juga sahabat2 yg akan menduduki peperiksaan..itu memang situasi yang sentiasa dihadapi setiap semester..waktu itu jgk la..pelbagai gangguan terjadi kepada pelajar2 nie..pelbagai cerita x enak mula lah kedengaran..yang paling melucukan aku tentang gangguan rambut panjang yg masuk melalui bawah pintu..dalam rase xpercaye aku pn ikut sama menyendal bawah pintu agar xdapat dimasuki rambut panjang misteri itu..hehe..xtau la samada betul atau sekadar momokan semata..

Tetapi pengalaman aku sendiri membuktikannya..benar la..ape yg ternyata di dalam Al-Quran Nur Karim..tentang mahkluk halus atau jin atau lebih dikenali sebagai hantu oleh orang2 melayu..pandai orang melayu kita nie..ade yang panjang dipanggil hantu galah..yang pendek toyol..yang besar, hantu raye..dan bermacam2 jolokan nama yang diberi..bak kate Dato' Ustaz Ismail Kamus..Jin ni panjang x menentu, pendek x memasal..huhu..geli hati aku mendengarkan bile acap kali diulang dalam ceramahnya yang aku dengar..

Berbalik kepada kisah yang aku katekan tadi..bila diri sendiri berdepan dengan gangguan..baru la aku menggelabah mengingatkan ayat2 suci sehinggakan bacaan pun kadang2 tajwid ntah di mana..Astaghfirullah hala'zim..kunjungan aku ke Pusat Perubatan Islam Darus Salam baru2 ini, membawa aku merungkai makhluk yang kita xdapat lihat ini..pelbagai bentuk yg di zahirkan dengan kata2 dapat dilihat..sekejap menjerit, melolong, ketawa berdekah2, menangis..pelbagai reaksi ditunjukkan oleh jin itu..kalo nk diceritakan boleh membawa aib kepada pesakit..aku sendiri membantu seorang muslimah mangsa gangguan jin yang dah lama bersarang dalam badannya..sekuat tenaga juga untuk memegang sebelah tangan yang kurus itu..calar dan lebam2 tangan ku dek kene cakar oleh beliau..huhu..x mengape la..4 orang perawat yang membacakan Ayat2 Suci..habis terpelanting ditendang diterajang beliau..ish ish..ish..aku x putus2 membaca Ayat Kursi..betapa kuat kudrat jin tersebut..tapi Alhamdulillah, Besar lagi Kudrat Allah SWT..tumpas juga jin itu..namun beliau terpaksa datang utk hari yg lain pula..kerana berubat ni bukan boleh sekali je baik..xpela..kita berusaha..Moga Allah permudahkan..

Mengenai Ayat Kursi, setelah bertanye pada seorg Ustaz yang juge perawat, ada cara yang betul untuk membaca Ayat tersebut..pertama sekali hendaklah dibaca selalu iaitu dengan istiqamah, bukan tatkala diganggu makhluk jahat itu baru menggagau nak baca, tetapi seboleh2 nya diamalkn setiap hari sesudah solat, sebelum tidur dan sebagainya dengan Istiqamah..dan wajib dibaca dengan makhraj dan tajwid yg betul..oleh itu mari kita cek, bacaan kita..sebab itu lah kadang2 kita baca Ayat Kursi pn xdapat mengelak gangguan..Menurut Dato' Ustaz Ismail Kamus, pengasas Darus Salam, Ayat Kursi hendaklah dibaca dengan 9 kali wakaf sampai la hujung Ayat..InsyaAllah dengan cara bacaan yang betul kita akan dapat melindungi diri kita daripada gangguan jin dan orang2 yang berniat buruk ke atas kita

No comments: