Monday, August 24, 2009

Al-Rogyah Al-Syare’yah fi Shahri Ramadhan..

Alhamdulillah..
hari ini sudah masuk hari ke empat umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Allah SWT masih memberi peluang kepadaku untuk beribadat di bulan yang mulia ini.
Alhamdulillah..
Kupanjatkn kesyukuran kerana memberi ku kesihatan untuk ku melaksanakan puasa dan Solat Taraweh di malam hari..Betapa kurasakan tenang bila menjejakkan kaki di Rumah Allah itu..sekian lama tidak berjemaah di masjid..
Laungan
azan yang menyeru Umat Islam mendirikan solat itu membuat aku tambah bersemangat ingin ke
sana..
Malam pertama aku dan keluarga mengunjungi Rumah Allah di Putra Perdana..Masjid nya yang agak besar dan mampu memuatkan ratusan jemaah..tetapi yang paling menduka citakan ialah betapa ramai jemaah perempuan yang membawa anak-anak kecil mereka sehinggakan padaku ianya menyusahkan para jemaah yang lain..mana taknya,jemaah kecil yang x tau apa nie berlari ke hulu-ke hilir..sehingga salah seorang daripadanya masuk dalam telekungku..terkejut aku sebentar..terus hilang rase mengantuk..hehehe..terima kasih pada jemaah kecil itu..

Hari seterusnya kami bertukar angin ingin mengunjungi Rumah Allah di kawasan lain pulak..hehehe..bukan ape, sekadar nak tinjau bagaimana sambutan di tempat lain pulak..tp, hanya di sekitar kawasan rumah juga..Kali ni kami mengunjungi sebuah Masjid di atas Bukit Puchong..Masjid yang agak terpencil yg terletak di atas bukit itu begitu gah kelihatan dari jauh..biarpun terpencil, namun masih ramai jemaah yang mengunjunginya..syukur Alhamdulillah..hari pertama hati terus terpaut di sana..Bacaan Iman dalam solat sangat merdu, meruntun jiwa yg selalu dirundung resah ni..menyesali dosa lalu..bila di sana..rasa tenang, nyaman biarpun kekadang sembahyang di luar dek kerana jemaah yang begitu ramai..biarpun solat Taraweh dalam 20 rakaat, tp x terasa penat atau lenguh..solat dalam keadaan tenang tanpa kelam-kabut..mungkin kekadang, Iman juga yang memainkn peranan..pernah dahulu, penat solat terasa bagai berari pecut 100 meter..kesian pak cik-mak cik jemaah yang semput mengejar Imam yang ekspress tu..huhu..20 rakaat pun kejap je..huhu..aku rase lebih bermakna jika kita solat 8 rakaat tapi dalam keadaan tenang dalam mencari Khusyuk..Sebab keadaan mcm 2 la, ramai jemaah yang bila tiba 8 rakaat je, sume da bngun tinggalkn Pak Imam..daripada Masjid yang penuh, tinggallah barang 2-3 saf je..mungkin ade juga tambahan saf2 dari jemaah2 yang kita xnampak atau mereka pun turut beredar same..huhu..Wallahualam..

Semalam solat yang aku rase amat memberikan kesan, sehingga menitis air mata bila doa dibacakn oleh Ustaz..dipertengahan solat Taraweh diselitkan tazkirah dan membolehkan jemaah mengambil nafas dan sedikit Ilmu berguna.Diakhir solat, terdapat kaunter di mana jualan CD perubatan Islam yang pertama di Malaysia yang di bawa oleh Ustaz Ahmad Dusuki.Cek-cek duit masing2, xde..Alhamdulillah, abang ade bawak duit spare, dapatlah dibelikan CD itu yg berhaga RM60. Mungkin ade antara kita pernah dengar kot.Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Skang ni, para ulama telah menetapkan beberapa ayat didalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian.

Ianya sangat la berguna kepada seluruh Umat Islam,bagi mengamalkannya..Membaca dan mengamal Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W yang saat ini hampir dilupai dan hilang dalam kalangan masyarakat kita.Ia juga secara xlangsung cara untuk menghindari dari melakukan syirik iaitu menggunakan khidmat bomoh atau dukun. Macam-macam gak aku dengar kesannya..x sabar nak balik rumah and nak dengar CD tu..Nak tengok sendiri ade tak kesan atau petanda daripada hasil bacaan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah yang terkandung di dalam Al-Quran dan dibaca oleh Pakar Perubatan Islam , Syeikh Faris Abad dari Yaman yang dibacakan mengikut teknik perubatan Islam.
Sesungguhnya, Allah berfirman:




" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."


Turut dinyatakan oleh Ustaz bahawa mengamal dan membaca Al-Rogyah Al-Syare’yah bukannya khusus kepada orang yang sedang menderita terkena gangguan sahaja tetapi sangat sesuai dijadikan pendinding diri kepada semua. Islam menggalakkan umatnya mencegah dan membuat persediaan dari mengubati. Tambahan pula, dalam bulan Ramadhan ni amatlah digalakkan membaca bahkan mendengar bacaan Al-Quran Nur Kareem..Kalo ingin dapatkan CD ni boleh la sahabat semua lawati laman ini:http://www.pendindingdiri.com/

No comments: