Assalamualaikum wbt kepada semua.
Lama tak coretkan sesuatu di sini, kerana agak 'busy'. Tetapi oleh
kerana seorang sahabat saya baru menceritakan perihal dirinya yang tiba-tiba dilanda
kesedihan. Bersedih dan murung tanpa sebab di tengah - tengah kemeriahan sambutan Hari Raya yang lalu
menyebabkan saya perlu coretkan sesuatu!
Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena?
Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas
bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada
kepuasan dalam hidup. Seperti nak menangis, nak menjerit dan nak bersembunyi
dari semua perkara yang biasa kita lakukan.
Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan
orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa
sentiasa bernasib malang.
Itulah yang dialami oleh sahabat saya itu. Melihatkan dirinya, tiada apa
yang kurang. Punya keluarga yang lengkap. Punya ada Ayah dan Ibu, Suami yang
menyayangi, Kawan-kawan yang ramai, keluarga mertua yang baik. Apa lagi yang
kurang?
Lantas, saya boleh buat kesimpulan, semuanya berpunca daripada hati yang tidak tenang.
Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak tenang dan
perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?
[ Ini adalah pembacaan saya dari page ini
]
1. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau Sukar Memaafkan
Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu
sukar untuk memafkan.
Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan
bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.
Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam
dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan
kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?
Maafkanlah.
Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi
sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa
hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak
bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.
There’s a lot of beauty things in this world.
You will not be able to see it if you fulfill your heart with anger and
hatred. To see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in
our own heart.
Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri ; kepada
apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah
Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati
kita kepada DIA.
Seek the higher healer, carilah penawar terbaik daripada yang paling
tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia, supaya hati kita tidak tenat dan
membuka ruang lain untuk kebahagiaan.
Love with all of your heart, but depend only on Allah
2. Menggunakan Sesuatu Yang Haram Dan Tak Terfikir Tentangnya
Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya
boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian kita.
Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal halal haram makanan
kita, tetapi adakah kita peka dengan haram-haram yang lain?
Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru dalam kehidupan
masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita menggunakan simkad ghost, iaitu simkad yang dimanipulasi oleh pihak
tertentu untuk membolehkan kita menggunakan internet dari telco di negara kita,
secara percuma dan unlimited.
Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’ data dari pihak
telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya, ramai diantara kita secara sedar dan tidak sedar bahawa
perbuatan ini haram (data internet curi) dan secara gembiranya melayari
internet tanpa had.
Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati kita tenang bila
menggunakan perkara yang haram?
Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah membawa kepada ketidaktenangan
hati dan keresahan jiwa, serta menyekat limpahan rezeki kepada kita.
Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad ghost ini, tetapi
adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan ketenangan hati yang mahal harganya?
Bahkan menghalang kita dari mendapat rezeki-rezeki. yang lain
Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi yang membawa
kepada haram dan syubahah.
Apa yang harus kita buat?
Elakkan benda yang syubahah dan haram.
Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam
satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan
adakah ia selari dengan kehendak syariah?
Sentiasa sematkan dalam fikiran, “Jika aku buat ini, adakah Allah redha
dengan perbuatan aku ini?”
InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan
menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita.
Sebab tiada apa yang lebih bernilai didalam dunia ini melainkan mempunyai
hati yang tenang.
Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita gunakan, skim
pelaburan yang kita ceburi, dan setiap perbuatan kita – adakah ia mempunyai
unsur haram?
Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala yang haram.
3. Hati Tidak Tenang Kerana Selalu Melambatkan-Lambatkan Solat
*Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh?*
Tepat pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung terlepas solat
subuh?
– maaf atas soalan cepumas diatas
Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara
kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang
dan selalu rasa susah hati.
Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil
sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan
buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.
Apa yang harus kita buat?
Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut,
kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada
kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.
Oleh itu mulai sekarang:
- Solat diawal waktu
- Berjamaah (dimasjid bagi lelaki)
- Jangan solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna.
- Berdoa
- Jaga solat subuh!
4. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Membaca Al-Quran Lebih Dari 3
Hari
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS
Ar Ra’d : 28 )
Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah terlepas masa
untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap mengambil masa
untuk membaca Kalam Allah ini.
Apa yang harus kita buat?
Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan
membaca Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk.
Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi juga untuk
diamalkan.
Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh telinga,
padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya sehingga sampai ke hati.
Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau
tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.
5. Terlampau Berkira Dan Kedekut
Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan kita.
Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini rezekinya
sempit dan hatinya selalu tidak tenang.
Pernah ada seorang kenalan saya meluahkan perasaannya bahawa dia berasa
hidupnya malang kerana barang-barangnya selalu hilang dan rosak. Malah penyakit
selalu datang bertimpa-timpa kepadanya sehingga selalu keluar masuk hospital.
Hatinya rasa tidak tenteram memikirkan masalah selalu menjengah
kepadanya.
Saya hanya mendiamkan diri.
Sebenarnya dia seorang yang amat berkira dalam segala hal. Berkira dalam
membuat kerja, kedekut dan selalu beranggapan bahawa dia akan rugi jika
menolong orang lain kerana belum tentu menolongnya lagi.
Berbeza pula dengan kenalan saya yang seorang lagi, dia sangat pemurah
(suka bersedekah / memberi hadiah) dan suka membantu orang lain.
Apa yang saya perhatikan, hidupnya cukup gembira dan senyuman sentiasa
mengukir. Kelihatan jelas ketenangan diwajahnya, suka untuk melihat wajahnya.
Pernah semasa kami berbual-bual, dia mengatakan dia berasa tenang bila
dapat bersedekah. Mungkin amalan sedekah ini salah satu kunci untuk mendapat
hati yang tenang?
InsyaaAllah.
* Mungkin tidak adil saya menilai orang lain dari perspektif saya, namun
apa yang saya dapat perhatikan, orang yang terlalu berkira dan kedekut ini
bukan sahaja kurang disenangi sesama manusia, bahkan sentiasa mengalami
masalah.
Melakukan kebajikan bukannya bermaksud kena ‘memberi sesuatu’, bah kan
ianya boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah melakukan
kebajikan dengan bersikap menyenangkan hati orang lain.
Apa yang harus kita buat?
Buangkan sikap negatif dalam diri kita. Mudahkan untuk menolong orang
lain, sentiasa senyum dan jangan kedekut untuk mengeluarkan sedekah.
Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang kita buat itu akan dibalas
oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan rasa hati yang tenang.
Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki
hati yang tenang dan lapang.
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan
lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam
hati kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang
kita mahukan.
Tapi sebenarnya kita silap.
Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan
menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan
dan masalah.
Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah
diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.
Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.







No comments:
Post a Comment