#innalillahiwainnailaihirojiun #bidadarisurga #razanalnajjar❤ #syurgamilikmu
Allahuakbar. Saat melihat video terakhir Mujahidah Palestin ini aku tanpa sedar menitiskan air mata. Perginya sangat cepat, perginya di hari Jumaat. Allah sayang sangat padanya. Allahuakbar.
Hati rasa cemburu melihat kematiannya yang hebat. Berjuang dibarisan hadapan, membantu saat para pejuang Palestin cedera tanpa rasa takut. Boleh saja dia bekerja di hospital menanti pesakit, tetapi dia memilih untuk bekerja di lapangan. Menjadi yang pertama berlari memberikan bantuan. Dia tidak takut pada peluru musuh. Dia hanya takut pada Allah.
Melihat dia ditembak kejam oleh sniper pengecut Israel dari Arab belakang, hati jadi marah! Dasar pengecut! Dasar kurang ajar! Mereka sengaja menembak Mujahidah ini walaupun mereka nampak pada pakaiannya tercatat dia seorang paramedik. Tapi semuanya dah ditakdirkan. Allah begitu sayang akan gadis ini. Begitu cepat Allah ambil dia kembali.
SEDIH bila difikirkan. Saat anak gadis kita di sini sebuk nak jadi viral. Up cara pakai make-up, parody la, raver apa ke bende la, musically la, video menyanyi, menari macam-macam lg la yang ntahpape.. Allahu..
Anak gadis Palestine di sana berjuang untuk bangsa, negara dan agamanya. Jauh sekali jarak kita ni. Jauh sekali pemikiran kita. Apa nak jawap bila Allah tanya nanti..huuu..
#pray4gaza #pray4palestine
#muhasabah #muhasabahdiri


No comments:
Post a Comment