Pejam celik terkebil-kebil, dah nak habis Ramadhan tahun ni. Kejap sangat rasanya. Bagaikan baru semalam kita mendengar pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Hari ni dah masuk Ramadhan ke 26. Malam ni malam ke 27. Jumaat ni InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Allahurabbi, rasa sayu dan rugi rasanya sebab tak all out puasa ni. Rasanya belum all out lagi, di saat melayari puasa, tiba-tiba keuzuran tiba. Menggagaulah daku mencari momentum semula untuk teruskan perjuangan yang tinggal beberapa baki cuma.
Apakah yang kita rasakan sekarang? Sedih atau tiada apa bila bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.
That's it! Wake up! We still have time to go all out again! Came on! Let's do our best in the last few day of Ramadhan.
Who's with me? Say I! InsyaAllah will go through this together. Bismillahirrohmanirrohim..


No comments:
Post a Comment