Tuesday, March 31, 2015

Ke Makam Ayahanda..



Setelah lama tak ku jejak makam Ayahanda..
Tapi masih ku tak lupa pada tempatnya..
Tempat jasad Ayahanda disemadikan..
Lantas Al-Fatihah kutitipkan..

"Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin.. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian."

Kembali menjejaki kampung halamanku..
Tempat di mana aku dan saudaraku dibesarkan..

Ooh.. Lama sudah ku tinggalkan Istana singgah kita..
Istana buatan Ayahanda buat anak isteri yang dia cinta..
Istana kecil yang pernah melakar suka dan duka..
Kini aku dan saudaraku kembali menjejaki halaman cinta kita semua..
Walaupun semuanya sudah tinggal kenangan dan saki baki tinggalan pusaka..
Tetap akan kami pertahankan demi menjaga amanah Ayahanda..

Sedang mengemas dan membersihkan seluruh kawasan rumah, pandanganku tertumpu pada motosikal lama tinggalan Ayahanda..


Motosikal lama yang pernah berjasa pada kita..
Teman baik ayah tatkala dia keluar mencari rezeki.. walaupun pernah beberapa kali ayah tewas dijalanan membawa barang jualan ke pekan..
Habis barang-barang ayah bertabur di jalan..
Lantas ayah pulang dengan kecewa.. Tak diingat luka pada kakinya..

Mengingatkan motosikal lama itu..
Fikiranku kembali bertaut pada cerita lama yang tertanam dalam sanubariku..

Sesuatu yg aku takkan pernah aku lupa.. catatan kecil anak buahku.. waktu itu usianya mungkin 10 atau 11 tahun..

Ayahanda baru saja di kebumikan pagi itu.. petang orang ramai datang membantu masak untuk kenduri Tahlil malam nanti..
Aku tiada semangat nak membantu.. hanya berlinangan air mata sedari tadi.. terperosok dalam bilik sendiri..

Semalaman tak tidur sepanjang jenazah Ayahanda berada di rumah.. setitik air pun tak mampu masuk ke dalam mulut ku.. tak lekang aku berteleku.. mengaji di sisinya.. peluang terakhir bersama dengannya di dunia..
Sedang aku mengemas brang-barang dalam bilik itu.. aku ternampak satu buku latihan sekolah ku.. ade bekas-bekas conteng di situ.. pencil pun masih berada di celah buku itu.. aku belek-belek.. oh.. tulisan ayah.. pengiraan jualan pisangnya.. ku usap tulisannya itu.. mengalir lagi air mata..

Aku lihat di luar awan kelabu kembali menyelubungi ruang sepi.. sama seperti semalam.. seperti mengerti akan perasaanku saat itu..
Alhamdulillah selesai Tahlil malam pertama.. rumah ku penuh dgn sanak saudara.. tp aku tetap rasa sunyi..menyandar pada bahu abang ku.. masih berlinangan air mata syahdu..
Kembali ke kamar.. aku capai buku latihan tadi.. ku buka halaman tadi.. tulisan ayah ku tatap pilu.. betapa bersusah payah ayah membesarkan aku..
menyekolahkan aku sampai waktu itu.. tak sempat lagi aku nak balas jasamu..
Tiba2 aku ternampak suatu coretan di muka surat yang lain..

"Petang ni hujan.kesian nenek basah mesti nenek sejuk."

Allahhurabbi.. "Nenek" adalah panggilan cucu2 ayah pada ayah.. ayahku orang Mendailing.. membahasakan nenek itu memang janggal pada orang lain kerana selalunya nenek adalah untuk wanita.. tapi berlainan bagi ayah..
Membacakan tulisan itu.. aku jadi lagi sebak.. malam itu malam pertama ayah sendirian di kuburan..

Ya Allah..jagakan ayah untukku.. ampunkan segala dosanya.. rahmatilah rohnya.. tempatkan dia bersama hamba-hambaMu yang Soleh.. temukan kami kembali di Syurga... Amiin...


~~oh..tak mampu nak tulis lagi~~~~T_T..

No comments: