Monday, April 20, 2015

Pesanan untuk Ana..Anti..Antuma..Antunna...



Duhai Ana.. ingat janji kita..
Jangan tertipu dengan mainan cinta..
Kau dah percaya dulu dan pernah terluka..
Sudah-sudahlah menagih kasih manusia..
Tiada yang kekal dan tiada guna..

Selagi kau bukan kekasih halalnya..

Tiada kuasa di dunia yg mampu membuat kau bahagia..
Semuanya datang dari Allah jua..
Allah yang menggerakkan hati-hati manusia..
Kau tak perlu tercari-cari lagi cahaya cinta yang fana..
Mungkin cinta untuk kau bukan di sini tapi di sana..
Bukan salahmu jika kau tak menjumpai teman pendamping di dunia..
InsyaAllah nanti kau berpunya bidadara dari Syurga..
Yang mana cintanya satu untuk kau saja..

Jangan tertipu dengan palsunya cinta..
Kerana ianya cuma membuatkan kau alpa..
Hanyut dalam mimpi semata..
Semoga kau dan aku sama-sama tak lupa..
Bahkan sering mengingatkan sentiasa..
Agar kita berada di bawah rahmatNya..
Menyingkirkan maksiat dan menjauhi dosa..

Wahai Ana..
Bersyukurlah dengan apa adanya..
Kau berseorangan tetapi Allah tetap bersama..
Kau tak berteman tapi kau punya keluarga..
Kau tak berpeleseran bahkan dirimu terjaga..
Kau bak mutiara..kau bak permata..
Kaulah pewaris ummah penyambung agama..
Jagalah dirimu sebaiknya..
Hanya redha Allah yg kita cita..
Hanya cinta Allah yang kita punya..

Salam takzim..
Pendamping dirimu dan diriku..


**Ana yang dimaksudkan adalah diriku..nama panggilanku..

**Ana juga bermaksud saya dalam Bahasa Arab..jadi pesanan ini untuk diriku..dirimu dan   sesiapa yang membacanya..

No comments: