Bismillahirrohmanirrohim.. Assalamualaykum wbt..
Post ini ditulis oleh insan yang sentiasa dhoif, dan mungkin
ditujukan khas untuk hati-hati yang merasa 'dhoif' apabila memikirkan soal
jodoh..
Sebelum itu, dengan rasa rendah hati aku memohon maaf jika
ada yang tersinggung dengan post ini..
Buat my lovely friends..
Thanks for your effort and dua’ for me.. I really.. really
appreciates that..
Ada yang usaha nak kenalkan pada kawan-kawan.. ada yang
sering mengingatkan.. dan aku pasti ada yang mungkin mendoakan..
Aku sangat terharu dengan keperihatinan korang..
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian
semua..
Aku sendiri tak menyangka perjalanan mencari seorang imam
dalam hidupku ini agak rumit dan berliku..
Bukan nak mengelak. .bukan terlampau memilih..
Tapi soal hati, sukar dimengerti..cett..macam lagu Erra Fazira
la plak kan..huhu
Tapi betullah..hati ni milik Allah...
Pada siapa hati ini akan tersentuh, akan terjatuh.. bila..
di mana.. hanya Allah yang mengetahui..
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu
menidakkannya?'
Soal rezeki.. Jodoh.. Mati.. bukankah dah tertulis di Loh
Mahfuz sebelum kita lahir ke dunia yang fana ni..
Apapun status kita.. Apapun
keadaan kita.. kita berkahwin kerana mencari redha Allah.. tak berkahwin pun
kena cari redha Allah..
Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk
menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya,
demi kebaikan kita juga.
Allah dah bagi banyak sangat nikmat.. adakah kita tidak
bersyukur?
Syukurlah jika kau berkahwin.. syukurlah jika kau
membujang.. syukurlah jika kau menjanda atau menduda..
Semuanya ketentuan Allah.. siapa kita nak persoalkannya..
Firma Allah :
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia
akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap
sesuatu." [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]
Bersyukur jika kita berseorangan tanpa pasangan kerana Allah
tidak pernah meninggalkan kita sendirian..
Ambil masa yang ada untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan
diri dari pelbagai segi.. solatnya.. akhlaknya..
Jika mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik
terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita
perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.
Adakah mungkin aku memang tidak berjodoh di dunia? Wallahua’lam..
dalam kita sibuk mencari dan menentukan siapa jodoh kita, barangkali kita lupa
pada satu lagi ketentuan..
Berjodoh dengan jodoh atau berjodoh dengan ajal?
Antara dua kenyataan itu, pasti akan kita terima salah satu
antaranya. Samada di sepanjang penantian kita dalam mencari dan menanti jodoh akan
berjodoh dengan jodoh, atau berjodoh dengan ajal.
Siapa yang akan tahu bila waktu ajalnya tiba? Tiada siapa
yang tahu. Andai sepanjang penantian ini kita ditakdirkan berjodoh dengan ajal
terlebih dahulu, maka berbahagialah kerana kita telah mempersiapkan diri dengan
sebaiknya.
Allah SWT Maha Adil, tidak akan sesekali menzalimi hambaNya
yang beriman. Tidak akan sesekali Allah sia-siakan usaha sang hamba memperbaiki
diri hanya kerana untuk melamar redhaNya semata.
Andai kata berjodoh dengan ajal terlebih dahulu, maka kita
akan dapat juga jodohnya. Berjodoh dengan jodoh di syurga!
Wallahua’lam..
Kepada yang seangkatan dengan ku.. Jangan malu.. Jangan
bersedih.. Jangan kecewa.. jangan rendah diri.. Yakin dengan perancangan
Allah..sebaik-baik Perancang..
"Gembirakanlah hatimu dengan mendekat kepadaNya, kerana
boleh jadi jodoh yang datang terlambat itu merupakan jalan untuk menaikkan
darjatmu di sisi Allah."


No comments:
Post a Comment