Innalillahiwainnailaihirojiun..
Hilangnya permata, tiada ganti..
Seorang Ulama'.. Pewaris Nabi..
Al-Fatihah buat Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واجعل قبره روضة من رياض الجنة وأفرغ على أهله وأحبابه الصبر وأعظم لهم أجرا.آمين
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, dan rahmatilah ia.. dan afiatkanlah ia.. dan maafkanlah ia.. dan jadikanlah kuburnya taman dari taman2 syurga, dan berilah kesabaran kepada keluarganya dan yang mencintainya, dan perbesarkanlah pahala bagi mereka.. Amiin ..
Walaupun tak pernah mengenalinya secara dekat namun perjuangannya sentiasa dekat dihati.. dari aku kecik lagi.. Almarhum Ayahku adalah salah seorang yang berjuang bersamanya.. tak pernah beralih arah sehingga akhir hayatnya.. semoga keduanya mendapat redha Allah serta balasan Syurga..
Amiin ya Rabbal a'lamin..
Teringat akan poster-poster wajah Almarhum berada di sekeliling rumahku.. aku bukan orang Kelantan, namun Almarhum ayah, hanya dia yang memacak bendera bulan di atap rumah.. ingat lagi waktu itu, setiap mata yang lalu dihadapan rumah akan mengerling pada bumbung rumahku.. semangat betul Ayah.. tersenyum bangga dia akan usahanya.. aku hanya melihat.. selalu terfikir.. mengapa Ayah begitu menyanjung dia dan tetap istiqomah berdiri dibelakang pimpinannya.. bersama perjuangan para Ulama'..
Aku ingat lagi, disebabkan Ayah yang terang-terangan menyokong kepimpinan Ulama'.. ada suatu ketika, biasiswa yang hampir aku dapat terpaksa dibatalkan.. padi dari sawah Ayah terpaksa dijual pada peraih kecil kerana 'Orang Besar' di sana tidak mahu membeli padi kami.. ya lah.. kerana Ayah orang Hijau.. mereka orang Biru.. namun, Ayah tak pernah mengalah.. padanya rezeki diberi oleh Allah.. Ayah tetap tabah.. kerana pengorbanan inilah aku menjejaki Ulama' yang memberi impak besar kepada kehidupanku.. kepada keperibadianku..
Semakin lama aku jejak.. semakin banyak yang aku baca.. semakin aku jatuh sayang Lillahi Taa'la pada Murabbi ini.. biarpun kadang - kadang sukar untuk aku fahami kuliahnya.. kerana perbezaan bahasa.. dan walau terlalu banyak fitnah dan cercaan yang menconteng perjalanan hidupnya.. namun jatuh kasih ini tidak terkesan oleh fitnah - fitnah dunia.. Jatuh kasih ini kerana Allah Ta'ala..
Air mata bergenang saat mendengar perkhabaran kesihatannya yang semakin merudum.. telah di bawa pulang ke rumahnya.. tak lama selepas itu mendengarkan perkhabaran dia telah pulang ke Rahmatullah.. Allah.. menitis air mata saat itu juga.. pabila melihatkan wajahnya dipaparkan di dada-dada berita.. Allah lebih sayangkan Tok Guru kita..

Tiada kata yang mampu diucap.. air mata sentiasa bergenang saat menatap wajahnya yang redup.. Biarpun ramai yang mencerca.. beliau tak pernah goyah dari perjuangan yang dipegangnya..
Allahurabbi..insan yang tiada galang ganti.. janji Allah sudah pasti..
Damailah dikau di sana.. dengan ribuan, jutaan doa..
Semangat perjuanganmu akan diteruskan jua..
Terima kasih yang tak terhingga pada Tok Guru kita..

Takbir!!
Allahuakbar!!!
Saya sayang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kerana Allah dan Rasul..
Al- Fatihah..

No comments:
Post a Comment