Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin
Disaat kami mengira letupan bunga api di langit
kamu mengira berapa ramai tubuh yang syahid
Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin
Disaat kami bergembira bersama anak isteri dan keluarga kami
kamu berduka meratapi sanak saudara yang pergi
Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin
Disaat anak-anak muda kami berpesta berdansa lupa diri
anak-anak muda mu bangkit membela agama dan pertiwi
Maafkan kami Syria, Mesir dan Palestin
Siapalah kami dibanding dengan diri kamu yang diuji sedemikian oleh Yang Maha Penentu yang lebih mengetahui hikmah disebalik kesemua yang berlaku
Doa kami buat kamu, tidak pernah akan luntur
Maafkan kami Syria, maafkan kami Mesir dan maafkan kami Palestin
Credit from http://mawarsoleha.blogspot.com/
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Jumaat! Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Hari Jumaat merupakan hari yang paling utama dari semua hari dalam seminggu. Ia adalah hari yang penuh barakah. Allah Ta’ala mengkhususkan hari Jumaat ini hanya bagi kaum Muslimin dari seluruh kaum dari ummat-ummat terdahulu.
Oleh kerana itulah, Nabi saw sangat mengagungkan, mengistimewakan, serta memuliakan hari Jumaat di banding hari lainnya. Baginda banyak melakukan berbagai macam ibadah di hari ini Banyak sekali keutamaan dan keistimewaan yang ada di hari Jumaat di antaranya adalah bersedekah.
Di sini kami kongsikan cara paling mudah untuk bersedekah.. Mari raikan hari Jumaat anda dengan kami bersama-sama menyokong Aman Palestin..
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nama yg tertera Ustaz Mohd Akib (Aman Palestin cawangan Kota Damansara) atau boleh hubungi Sharifah Sue (017-2449387) di Syarifah Syifa untuk pertanyaan lanjut..
Firman Allah SWT maksudnya :
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, Pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-NYA lah kamu dikembalikan".
(Surah al-Baqarah ayat 245)
.jpg)

3 comments:
as salam, minta izin share post ini,
as salm minta share post ini, sungguh menyedarkan..TERIMA KASIH
waalaykumussalam..silakan :)
Post a Comment