Sunday, June 29, 2014

AMAN PALESTIN (Ada orang Kata : Ada Aku Kisah??)


Salam Ramadhan kepada semua rakan –rakan sekaliannya, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada hari kedua. Semoga segala ibadah kita diterima Allah hendaknya.

Syukur ke hadrat Allah, satu persatu jalan ke arah matlamat itu hadir di hadapanku.. Alhamdulillah menjejak kaki menjadi sukarelawan di AMAN PALESTIN amat membuka minda atas apa sebenarnya yang berlaku di sana.. kenapa dan mengapa aku ke sana biarlah Allah sahaja yang mengetahuinya..

Namun hati jadi sebak membaca perihal manusia-manusia yang tak habis –habis mempertikaikan usaha yang dijalankan oleh AMAN PALESTIN.. Aku bukanlah siapa-siapa di sana, cuma seorang insan yang cuba berkongsi rezeki Allah, menyumbang tenaga, buah fikiran, apa saja yang termampu untuk membantu saudara seislam kita yang ditindas terus-terusan tanpa ada pembelaan. 



Aku tahu, tak ramai yang menyokong penglibatanku, aku tak pasti mengapa..namun, hati sangat sedih bila membaca sebuah artikel dari sebuah blog yang menayangkan tajuk APA AKU KISAH DENGAN AMAN PALESTIN..mereka-mereka ini sibuk mempertikai ketelusan badan NGO ini, berapa banyak dana yang diperolehi, ke mana dana yang disumbangkan disalur, berapa gaji CEO,pengarah, pekerja. Dan derma yang di kutip tu pasti sebahagiannya hanya akan digunakan untuk membayar gaji CEO dan pengarah-pengarahnya sahaja..dan mengapa ada gaji, kata sukarelawan..bahkan NGO ini berdaftar sebagai syarikat Berhad, macam-macam tomahan dan tak lupa juga yang menyokong dan menghentam dengan kata-kata yang cukup tidak melambangkan jati diri seorang muslim yang sepatutnya bersimpati dengan nasib orang islam yang lain..Sedih la..

Kalaupun badan -badan sebegini dikelolakan oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan mengapa perlu bersikap sinis? Sibuk menuduh duit itu masuk poket sipolan-sipolan..anda yakin ke dengan apa yang anda katakan..berhati-hati nanti jadi fitnah anda juga yang rugi.

Dan lagi menyedihkan ramai pula yg berfikiran cetek seperti blogger tersebut dengan menerima dan mengiyakan apa sahaja yg di tulis . Nauzubillah.. 

Sebagai seorang Melayu islam aku malu..Sedarlah bahawa kita hidup di bumi Malaysia walau macam mana teruk pun, kita masih sihat, bebas kesana kemari, masih boleh memilih makanan apa yang kita mahukan. Tapi pernahkah anda terfikir apa yang saudara seislam kita makan..bahkan adakah mereka ini dapat makan? Allahurabbi..menitis air mata mendengar penceritaan seorang aktivis yang menjejak kaki ke sana, bagaimana keadaan mereka..hanya Allah yang mengetahui..

Bagi aku, kalau kita nak sumbang, sumbanglah seikhlas hati kita. Ingat satu tujuan kita derma adalah untuk masyarakat dan saudara islam kita di Palestine. Kalau benar sumbangan kita tidak sampai ke bumi Palestine, insyallah ada balasannya untuk mereka.

Hanya Tuhan la membalas niat org yang menderma dan orang-orang yang menguruskan nya. Tidak salah untuk menyelidik organisasi seperti ini tetapi janganlah terlalu dangkal pemikiran menyimpulkan sesuatu yang tidak pasti tetapi hanya mendatangkan dosa. 

Ketahuilah tugas NGO ini murni. Aku bangga ada organisasi seperti AMAN PALESTIN yang bukan hanya berjaya menguruskan duit derma orang ramai, malah menjana pendapatan untuk sustain perbelanjaan dan menyumbang lebih lagi kepada palestin. Bukan lah seperti anda bayangkan, dengan hanya mengutip derma dan salurkan begitu sahaja. Pelbagai pihak diperlukan dalam memastikan sumbangan ini sampai ke saudara Islam kita di sana..bukan senang saudaraku..bukan senang.. hanya mereka yang benar-benar berani dan kuat mentalnya yang mampu jalankan tugas sebegini..

Sebelum sewenang-wenangnya berkata, refleksi diri kita, kalau kita tak nak menyumbang ke AMAN PALESTIN, banyak lagi saluran lain.. ada VIVA PALESTINA MALAYSIA, MERCY MALAYSIA, PERTUBUHAN JAMAAH ISLAM MALAYSIA, ABIM, AQSA SYARIF, IKRAM MALAYSIA dan banyak lagi..kalau takut sangat sumbangan terbesar anda tu tak sampai ke sana..cubalah cari jalan sendiri untuk sampaikan sumbangan anda direct ke tangan mereka.. Ada berani? 

Jadi sebelum berkata ADA AKU KISAH, baiklah muhasabah diri apa yang anda lakukan di sini sebelum anda mengutuk usaha orang lain.. semoga usaha kita yang lain membantu sehabis boleh mendapat redha Allah.. Mengutip derma dan menguruskannya juga adalah salah satu dari jihad iaitu membantu saudara-saudara kita di sana..anda pula bagaimana? Jangan cuma pandai berkata-kata menulis blog follower berjuta..tetapi tiada satu pun yang bermanfaat untuk ummah sekaliannya..

Di dalam Al-Quran, Allah menjanjikan sumbangan infaq di jalan Allah (fi sabilillah), digandakan pahalanya 700 kali ganda. Di dalam hadis, Rasulullah menyatakan bahawa pahala ibadah fardhu digandakan 70 kali ganda. Subhanallah..tak nak kah kita merebut peluang?

Pelaburan yang sangat menguntungkan! Mari kita rebut peluang keemasan di bulan Ramadhan ini bersama-sama!

No comments: