Hi everything! (nak jugak!)
Assalamualaikum wbt..
Rindunya nak menulis, dah lama tak menulis sesuatu yang keluar dari kepala ni. Lama dah tak tulis cerita hantu, cerita cerpen, cerita macam-macam lah dan dah lama dah tak menjengah Fiksyen Sasha. Untuk yang tak tahu, aku salah seorang penulis yang hantar cerita kat Fiksyen Shasha, cuma kadang - kadang rasa dah tak best sebab kebanyakkan penulis lain yang menghantar karya tu tak mengikut spesifikasi penulisan. Ada yang penceritaan tunggang - langgang, ada yang macam copy paste cerita orang, ada yang macam tiada teknik penulisan pun ada.
Assalamualaikum wbt..
Rindunya nak menulis, dah lama tak menulis sesuatu yang keluar dari kepala ni. Lama dah tak tulis cerita hantu, cerita cerpen, cerita macam-macam lah dan dah lama dah tak menjengah Fiksyen Sasha. Untuk yang tak tahu, aku salah seorang penulis yang hantar cerita kat Fiksyen Shasha, cuma kadang - kadang rasa dah tak best sebab kebanyakkan penulis lain yang menghantar karya tu tak mengikut spesifikasi penulisan. Ada yang penceritaan tunggang - langgang, ada yang macam copy paste cerita orang, ada yang macam tiada teknik penulisan pun ada.
Bukan nak menjatuhkan karya orang lain, cuma mungkin aku dah kurang minat menulis di situ kerana tiada siapa pun menghargai pengolahan bahasa yang aku gunakan dalam penulisanku. Kebanyakkan pembaca mungkin ingin membaca dengan santai sahaja. Aku tak rasa ada team FS yang menyemak karya-karya yang dihantar sebelum diterbitkan di blog mereka. Dulu mungkin ya. Buktinya, ada pihak penerbitan telah menghubungi aku dan beberapa penulis lain untuk menerbitkan karya kami. Sebenarnya jika kita membaca sesuatu karya yang ada gaya penulisan yang betul, jalan penceritaan yang tersusun, cerita itu lebih melekat di hati pembaca. Semua tu ada teknik, bukan boleh main taram je. Hasilnya, menyakitkan hati la bila baca. Apalah penulis ni, tadi cerita pasal lain, ni pasal lain pulak. ada sesiapa tak rindu cerita Iolls? hahaha..
Sekarang di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kita duduk rumah, bekerja dari rumah, beraktiviti hanya di rumah. Inilah masanya nak menulis, tapi malangnya tiada idea pulak bertandang. haha. Jadinya, kita warm up dulu la tulis apa-apa yang kita boleh tulis ye.
Seriously, tak tahu mana nk cekau masa lagi..
dah masuk tahun 2020, semakin banyak lagi impian yang tak tercapai..
Benda paling penting, ideal weight pun tak tercapai lagi..haha..
Sahsiah pun tak sebaik mana lagi..
Jodoh pun entah sesat di mana lagi..
Masih stuck di area yang sama..
Sakit dan berubat.. entah berapa lama lagi pun tak tahu lah..
Agaknya sampai mati pun tak habis lagi..
Penat dah rasanya, tapi entahlah..
Mungkin belum masanya..
Tapi kalau difikirkan, dalam sakit-sakit tu sebenarnya banyak Allah dah bagi pada aku..
banyak sangat sampai lupa nak bersyukur.. Allahu..
Salah satunya, dulu memang teringin nak get involved dengan international mission for voluntarism, bukan senang nk dapat chance ni.. aku bukan selebriti yang orang nak panggil join the team. Tapi sekarang Allah dah bagi chance.. Go! do it! Tapi sekarang bising plak tak ada masa nk handle benda ni..
Dulu nak jadi active dengan buat aktiviti luar, tapi takda geng sebab kawan-kawan semua dah kawin kan.. tapi sekarang Allah dah bagi jalannya.. skang bising plak cakap, aduih tak ada masa la nk join sini-sana, serabut bila orang ajak aku join diorang pergi beraktiviti hiking la, zumba la, ape la, boleh tak jangan ajak! Tak da masa OK.
Dulu nk kerja yg tak bosan, kalau boleh tak nak duduk office je, now Allah dah bagi.. hambik kau! berapa kali kena travel every month? hadap la, bising plak kan..
Dulu nak ada business sendiri, bila dah ada tapi buat sekadar main-main cuma nak practice ELMU business yang dah belajar dulu.. Now Allah dah bagi peluang lagi sekali buat business betul-betul, go! do it! Tapi sekarang nak fokus pun dah tak boleh sebab dah busy dengan kerja dan macam-macam perkara.. korang boleh jengah la laman web kami www.sharifashifa.com
Macam mana entah dengan kehidupan aku ni..
Semua perkara yang aku pernah dan terfikir nak, semua Allah dah bagi.. Cuma bukan straight forward la macam orang lain. Maybe this is how Allah wants me to understand and learn. Learn from mistake and look back on what I have done. I may not done it perfectly, but I'm almost there.
SAKIT tu ujian, REZEKI pun ujian..
I try to take it in a positively way, even though sometimes it was really hard to make myself understand. But, pujuk diri.
Maybe sebab sakit itulah aku jadi macam sekarang.
Mungkin kalau aku tak sakit, aku takda la gelabah ayam, busy tak semene-mena macam sekarang, kalau boleh semua benda nak buat, sebab takut nanti dah tak sempat.. mungkin kalau tak sakit aku akan rileks je and buat apa yang aku suka je, tanpa fikir perkara lain, tanpa fikir orang lain.
Salah satu sebab aku join volunteerism dulu adalah sebab aku ni banyak problem, banyak issue, banyak complaint dengan life sendiri.
Aku just nak share, aku pernah depression! Yes, aku dah alaminya.. cuma mungkin belum tahap kritikal, Alhamdulillah.. aku selalu rasa nak menangis tak tentu arah. Selalunya menangis bila dalam kereta sorang-sorang on the way balik kerja sebab tiada sesiapa akan nampak, pernah jugak ter-menangis dlm LRT sampai orang lain perasan.. macam-macam rasa ada dalam hati ni, sampai nak pecah dada ni masa nangis tu.. kadang-kadang rasa nak tidur je tak nak fikir apa-apa.. pernah aku tidur half of the day, mata terlalu berat nak buka, kepala terlalu berat nak angkat.. dan ada ketika dah start dengar bisikan-bisikan halus, dah start rasa benci dengan diri sendiri.. hormone tak stabil, berat badan naik, muka breakout, rambut gugur, dan banyak lagi lah.. untung jugak kalau badan susut depression ni..huhu..tapi aku tak, makin naik adalah.. anyway, depression ni penyakit ye. Bila emosi kita dah tak stabil, terganggu, banyaklah perkara lain bersangkut-paut, syaitan pun senang nak singgah..
Dan ada antara orang yang aku kenali melaluinya juga. It's either you go through the phase or you call out for help. Always seek for help and support sebab tak semua orang boleh hadap sorang-sorang..
Then, bila Allah bukak minda and mata aku ni.. banyak sebenarnya nikmat yang Allah dah bagi.. and bila kita lihat orang yang lagi susah, lagi teruk keadaannya dari kita, kita akan lebih bersyukur.. sebenarnya membantu orang lain tu adalah membantu diri kita sendiri.. kita yang penjarakan emosi kita mengenang masa-masa sedih sedangkan banyak lagi perkara yang kita boleh buat dan manfaatkan. Cuba fikir, hidup ni sekali je. Takkan sepanjang hidup nak berduka, nak mengenang cerita lama, sedih pedih, nak lemas dalam keremukkan hati, move on la. Bende ni susah nak cakap, kena buat sendiri baru faham.
Tapi setiap orang tu, cara dia berbeza.. mungkin ni cara aku, but seriously, kalau you sense something wrong with your feeling, your mind.. kdang-kadang you tak sedar, tapi bersyukurlah kalau ada orang sekeliling you sedarkan.. seek for help, talk to someone you can trust.. please.. jangan sampai terlambat.. koyak hati ni dengar berita orang depression bunuh diri or bunuh orang.. it shouldn't get worst if you deal with it earlier.. if you stress/depress admit it, do not avoid it! face it! ada orang bila dia dah rasa tak boleh handle that situation tapi tetap ego nak buat juga, paksa diri tu hadap je and didn't seek help, lastly drowning on your own. Ada orang nk tunjuk dia kuat, tak nak orang tengok dia lemah minta bantuan, sedangkan dalam diri dia dah lost.. giving up! Macam aku cakap tadi, depression ni penyakit. Dan semua penyakit ada ubat kecuali MATI.
Your feeling, your thought is own by you. Aku and orang kat luar boleh bercakap je tapi you yang rasa semua tu. Satu je, selalu ingat Allah sentiasa ada. Even kita dah rasa jauh tersasar, balik semula ke tempat asal. Allah ada. Even rasa dunia ni kejam, and engkau sorang je yang asyik kena, yang jadi mangsa, please ingat Allah ada. Even kau rasa tak da sesiapa pun kt dunia ni faham kau, kau kena ingat, Allah ada. Jangan sampai you lost hope on life, then lost hope on Allah. Wa Nauzubillah. Allah Maha Besar, Allah Maha Mendengar. Talk to Him. Mengadu dengan DIA if you don’t have anyone else you think in this world. Ingat, Allah ada. Allah dengar. Cakap denganNya.
Kalau tak boleh nak solat, tak boleh nak mengaji. takpa, duduk diam-diam, bercakap dengan Allah, mengadu nasib kita pada Maha Pencipta.. kan Allah yang cipta kita.. Kadang-kadang orang depress ni kalau kita nasihat dia suruh solat, ingat Allah semua tu dia akan marah. Sebab apa? Tengah depress kan. Perasaan tu macam rasa aku ni teruk sangat ke or semudah itu ke nak settle problem? Kau cakap boleh la, bukan kau yang rase.. hah! geechieww..dah rase kan..
Oklah, kan dah meleret. Nak tulis sikit je asalnya.. hahaha..
Ok, untuk sesiapa yang terbaca ni dan rasa-rasanya tengah stress please do something to help yourself. Because this is your only life, and you need to manage it. Nobody can drive it but YOU. Di akhir nanti Allah tanya, apa yang kau buat dengan hidup kau? Semoga setiap kita ni beri manfaat pada Agama, dunia yang dikongsi dan juga pada makhluk lain.
Ok sebenarnya just nk ingatkan diri sendiri, esok dah start meal plan hoi.. kikiki.. hadap la!
PKP ada berbaki hari lagi, jangan balik office ni orang tak kenal dah, sebab bertambah saiz dari biasa! Asyik-asyik mengulang ke dapur je kerjanya kan!
Ok la semua, stay safe, stay at home, stay healthy during Covid-19 pandemic ni.. when you're out, make sure to wear facemask. Semoga semua kita berada dalam jagaan dan lindungan Allah SWT..
#stayhome #dudukrumah #covid19pandemic
PKP ada berbaki hari lagi, jangan balik office ni orang tak kenal dah, sebab bertambah saiz dari biasa! Asyik-asyik mengulang ke dapur je kerjanya kan!
Ok la semua, stay safe, stay at home, stay healthy during Covid-19 pandemic ni.. when you're out, make sure to wear facemask. Semoga semua kita berada dalam jagaan dan lindungan Allah SWT..
#stayhome #dudukrumah #covid19pandemic









No comments:
Post a Comment