Terbaca kembali kes yang pernah muncul di televisyen dan di dada akhbar 13 tahun yang lalu. Sesungguhnya Allah beri ujian hebat pada keluarga ini. Siapa yang boleh melupai kekecewaan dan kelukaan hati melihat zuriat sendiri dilakukan sebegitu rupa? Hanya Allah yang tahu..
| Baca berita penuh di sini.. |
Siapa yang pernah lupakan kes ni? Kepada mereka yang dah hidup dan faham apa yang berlaku masa ni, pastinya kita antara mereka yang tidak boleh lupakan kisah ni. Kisah menyayat hati ini memang memberi tamparan hebat pada Malaysia suatu masa dulu. Selalunya kes-kes berprofile tinggi ini kita tonton di televisyen sahaja, ada CSI, Criminal Mind, malah gerak khas pun masa tu takda buat cerita macam ni. Tak tercapai akal kita akan perkara ini boleh terjadi. Surprisingly, aku memang follow kes ni masa tahun 2007 tu.
Siap pilih present pasal kes ni masa subject English. Masa tu buat assignment untuk Public Speaking. And I got the highest carry marks on that. Semua orang buat topik beshe-beshe (biasa-biasa), pasal diet la, pasal hobby la, pasal travel. Disebabkan the requirement of the topic given by my lecturer is everything under the sun. Aku dengan tiba-tibanya decided nak buat pasal violence cases in Malaysia (out of the blue). Seriously masa nk buat slide, buat research, baca kes semua tu memang mengalir air mata terkenang macam mana seksanya Allahyarham Adik Nurin dan juga mangsa-mangsa yang lain tu. Kes-kes yang aku ambil tu dari bermacam sumber dan bermacam-macam modus operandi. Masa dulu info dalam internet adalah sangat terhad, kene bukak paper lama dekat archieve library, bukak magazine, journal semua tu.
Ada pelaku dah tertangkap macam kes Canny Ong tu memang curious gila cara pembunuhan dia. Masih tak boleh digest in my brain, how could somebody do that to the person he doesn't even know. Kalau motif tu dendam tu boleh faham la. Ni simply target sebab dia berada dekat tempat tu dalam masa tu and because she is just beautiful and sexy in the eye of the perpetrator. I just can't accept it. Aku masih simpan slide PowerPoint untuk presentation aku tu. Siap buat lagu tribute dengan slide gambar-gambar mangsa dari pelbagai kes. Seriously masa buat ni memang emosi sepanjang minggu tu. Masa present tu breakout habis, aku nampak lecturer aku pun bergenang air mata masa tu. Pulak tu aku yang jadi penutup presentation, sebabnya aku punya turn adalah minggu sebelum tu, tapi aku minta tangguh sebab aku koyak gila. Tak boleh pergi kelas. End up aku jadi penutup presentation tu. Memang big impact la carry marks aku weh!
Tup-yup after a few years, masa aku dah kerja and aku duduk KL masa tu dekat Wangsa Maju seksyen 1, rupa-rupanya baru aku tahu. Aku duduk menyewa atas rumah Arwah Nurin dulu. Selang setingkat je, tapi masa aku duduk di situ, keluarga dia dah pindah. Rumah kosong yang aku selalu nampak tulah rumah dia. Dan pasar malam yang aku selalu pergi tu lah tempat Arwah Adik Nurin hilang. Dah la aku memang suka pergi pasar malam tu. Mungkin jugak pelaku itu terus menerus pergi mencari mangsa kat area pasar malam tu, who knows. Pelaku yang digelar "lelaki kucing" tu masih bebas guys, jangan pernah lupakan apa yang dia buat. Kenapa dia digelar lelaki kucing? Kerana dia sering menjebak mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak dengan meminta mereka membantunya memberi makan kucing, mencari kucingnya yang hilang dan sebagainya yang berkaitan dengan kucing. Simply because kebanyakkannya kanak-kanak sukakan kucing. Dia seorang yang diketegorikan sebagai pedophile kerana cenderung pada kanak-kanak. Pada aku dia cumalah seorang yang dayus! penakot! yang hanya menyerang kanak-kanak yang tak setara dengan kudrat dia. You just a SICK PATHETIC CRIMINAL! Mungkin dia juga duduk dikalangan kita, we never know. Moga Allah berikan keadilan buat mangsa dan keluarga dan pelaku itu ditangkap akhirnya.
Benda ni perkara yang aku sendiri tak sangka. Dahulunya aku follow rapat kes ni, rupanya aku dah dekat dengan kes ni. Masa nilah juga aku kenal dengan Capt Bala (Ada sesiapa kenal? dia selalu masuk TV, paper, magazine masa dulu, maybe sekarang pun masih lagi). Aku kenal dia bermula sebagai trainer yang aku jemput untuk safety training programme di syarikat aku bekerja. Dari situ, kami kenal lebih lanjut. A very good friend of mine.
Dengan dialah aku boleh bersembang macam-macam perkara, macam-macam benda dia share pasal safety tips, macam-macam tools dia bagi kat aku, paper spray, cctv camera, even strawberry bila dia balik bertugas dari Cameron Highland..hahaha..balik kerja aku boleh pergi lepak office dia, macam-macam cerita kes dia share dengan aku. Aku pun ada join as volunteer program yang dia buat pasal safety, aku pergi sama-sama dengan dia masa kes banjir Kelantan dulu, but with different group. Dia selalu tolong masa kes family aku dulu, dan dia adalah orang penting disebalik kes ni. Amazing kan? How life can turn out to be. But sadly, something happened to us and we didn't contact each other anymore..huhuhu. Bende ni macam berkaitan. For me, life is just so mystery..
Al Fatihah (dibaca) untuk Arwah Adik Nurin dan juga mangsa-mangsa yang lain. Semoga Covid-19 yang menyerang Malaysia ni memberi keinsafan pada semua, termasuklah pada Lelaki Kucing. Walaupun terlintas juga dalam hati moga dia terkena jangkitan Covid-19, tapi taknak lah. Kesian para petugas frontliner kena menyelamatkan si durjana tu pulak. Dah 13 tahun dah, janganlah tambah dosa, serahlah diri. Bertaubat. Walaupun selepas kes itu terdapat kes kanak-kanak hilang lagi di tahun 2008 iaitu adik Sharlinie, modus operandi yang digunakan begitu hampir dengan Lelaki Kucing itu. Malah sampai sekarang masih tak jumpa. Hidup atau mati pun kita tidak tahu. Hanya Allahlah yang layak membalas perbuatan keji pelaku itu.
Take Care Everyone!

No comments:
Post a Comment