Monday, December 9, 2019

Rasa Hati ~ Hanya Tuhan Yang Tahu

Allahu, kadang-kadang dah rasa giveup dengan hidup! Astaghfirullahalazim!

Sekadar gambar hiasan.
Satu persatu perkara buruk berlaku, dihimpit kesusahan hidup, kehilangan punca dan idea, kewangan terjejas, perniagaan merudum, kerjaya tak menentu, kesihatan pun menurun, sakit berpanjangan, kebocoran wang sentiasa, dapat je habis, malah tak cukup. Allahu kenapa ni??

Duduk merenung diri di bucu katil bukan bucu sejadah. Kenapa Ya Allah! Kenapa perkara ini terjadi padaku? Air mata nak menitis tapi tersekat oleh hati yang keras. Keras sekeras kerikil. Hati rasa kena berbalik pada Allah, merayu pada Allah, minta bantuan Allah. Itulah jalan keluar. Tapi tangan ni laju nak minta tolong keluarga dan kawan-kawan. Nak taip di media sosial meluahkan rasa hati, menagih simpati orang. Rasa hidup ni tak adil pada aku. 

Aku bersusah payah ni Ya Allah. Bila melihat kehidupan orang lain lebih baik dari kita, mulalah rasa seperti tiada keadilan. Lebih-lebih lagi ianya berlaku pada kenalan kita. Kenapa semua nampak mudah dalam kehidupan si polan - si polan tu? Habis sekolah, sambung belajar di Universiti, lepas tu kerja seadanya, then berkahwin dengan lelaki pilihan, sekarang jadi suri rumah, ada anak-anak dan keluarga yang bahagia. Boleh pergi bercuti, sambut birthday anak dengan meriah, selalu update travel ke luar negara. Pakai baju dan bergaya cantik-cantik. Owh rasa syoknya hidup dia, tak perlu nak stress berkerja dengan orang lain macam aku. Kena hadap kerenah orang ramai. Kena kerja lebih masa, itu pun tak menjamin apa-apa. Kalau orang tak suka, bila-bila sahaja orang boleh berhentikan kita. Jadi tak adilkah Allah pada aku??

Ya, aku adalah penDOSA. Tetapi bak kata Rosyam Noor, Pendosa ini juga ingin ke Syurga. Mungkin ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosaku dan mengangkat darjatku. Mungkin juga aku masih belum memahami apakah 'ibrah disebalik ujian-ujianku? dan mungkin juga kerana hatiku kotor dan hitam dengan persepsi buruk pada semua takdir Allah padaku? Ya, pada aku kerna hati aku ni keras. Terasa keras hati tu bila tak tersentuh pun pada nasihat dan teguran yang Allah bagi. Aku tiada rasa apa pun, sedih tapi tiada air mata yang menitis menangisi diri ni. Bila bercerita dan berfikir berkenaan masalah-masalah yang melanda, hati jadi sayu, tiada kata yang dapat memujuk diri kala itu walaupun aku tahu Allah mendengar, Allah melihat, Allah tahu apa yang berlaku pada aku. Ego kah aku sehingga tidak mahu merendahkan diri dengan Allah, mengadu betul-betul pada Allah. Sekadar tahu bahawa Allah lah yang memberi ujian dan melepaskan diri kita dari ujian. Kenapa ya? 

Benarlah, hati aku dah keras agaknya. Nauzubillahimin zalik. Aku tak mahu terus berada dalam keadaan ini. Keadaan ini membuatkan aku lagi jauh dari Allah. Kadang-kadang kerana perasaan kita yang sering buruk sangka pada Allah, mempersoalkan ujian yang silih berganti pada kita menjadikan kita tidak nampak lagi nikmat Allah yang lebih banyak dari ujian yang menimpa kita. Aku mahu dekat dengan Allah, Aku mahu Allah memandang aku yang kerdil dan hina ini. Janganlah Allah berpaling dariku. Aku nak jadi hamba yang soleh, Aku nak jadi hamba yang sedar bahawa hidup ini akan berbalik semula kepada fitrah. Fitrah sebagai manusia yang Allah cipta untuk menyembah ALLAH, MengESAkan ALLAH. Tu je tugas kita selain menjalankan fitrah kita sebagai khalifah Allah, menjaga dan mengimarahkan dunia ciptaan Allah ni untuk kebaikan bersama semua makhluk. 

Dan sememangnya ALLAH sangat sayang pada aku. Aku dah pernah cerita sebelum ini. Bila aku diuji dengan kekangan wang, tup-tup, Allah bagi rezeki. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat, Allah Maha Menolong. Sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari ALLAH. Jadi aku percaya Allah sayang pada aku, sebab tu Allah uji aku lagi.. dan uji lagi.. dan lagi.. tapi biasalah manusiakan mudah lupa. Kadang-kala, penat dan membebel seketika, tapi jangan lama-lama. Allah tunggu kita nak bercakap dan mengadu padaNya. Allah sayang sangat pada hambaNya. Sayang sangat! Aku terjumpa satu bacaan doa yang sangat powerful untuk merawat hati yang keras ni. Nak mohon doa bacakan doa ini dahulu. Jom amalkan sama-sama. Aku terjumpa semasa mendengar ceramah Dato' Ustazah Norhafizah Musa (UNM). Let's start today after solah.


InsyaAllah..will find the way..

1 comment:

Rais said...

Jangan sedih sedih Efa