Telah kembali bertemu Yang Esa, Dr. Mohamed Morsi - pemimpin pertama dan terakhir yang dilantik melalui demokrasi di Mesir.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya.
. . .
Antara petikan ucapan Dr. Mohamed Morsi:
"Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia...."
Pagi-pagi buka laptop, nampak MSN update. Seriously dah lama tak tengok berita. Allahuakbar, betul ke ni? Buka laman berita yang lain, dalam dan luar negara. Betullah As Syahid Dr Mohamed Morsi sudah meninggal dunia. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Aku sangat mengikuti perkembangan Dr Morsi dahulu, salah seorang president dan pejuang yang sejati. Dr. Morsi merupakan satu-satunya president yang dipilih melalui demokrasi di Mesir menewaskan pemimpin ketenteraan negara tersebut, Hosni Mubarak dan digulingkan kembali oleh rejim tentera diketuai Fattah As-Sisi. Semasa kejatuhannya dahulu, gugur juga air mata ni berhari-hari. Peristiwa berdarah Rabaah menambah kesedihan seluruh dunia Islam. Itupun kalau anda ambil tahu apa yang jadi disebalik semua ini. Tanda R4BIA yang disebarkan dahulu adalah untuk mengenang kejadian hitam ini.
I lost trust on Egypt. Mesir tempat istimewa orang islam untuk menimba ilmu kerana di sana terletaknya institusi pengajian Islam yang terbesar, tertua dan bersejarah. Tempat lahirnya Ulama-Ulama dunia. Dalam masa setahun memerintah, beliau berusaha memperkukuhkan hubungan antara negara Islam dalam OIC, dan tegas menentang penjajahan Zionis di Palestin. Beliau juga tegas bersuara menentang penindasan Bashar Al-Assad di Syria. Kita dapat menarik nafas lega kerana bantuan demi bantuan di hulur kepada Palestine. Aku ingat lagi, itu antara perkara pertama yang dilakukan Dr Morsi bila dia memegang tampuk pemerintahan adalah dengan membuka jalan untuk menyalurkan bantuan pada Palestine yang sebelum ini dinafikan hak oleh negara-negara Arab yang lain. Kelantangannya menjadikan musuh gerun dengan kebangkitan Islam.
Namun, kejayaan itu cuma sebentar sahaja. Kejayaan parti yang pertama kali menang secara demokrasi itu digulingkan dengan rampasan kuasa tentera.
Siapa yang masih ingat tentang peristiwa Rabaah? Hari itu, hari yang gelap buat seluruh umat Islam semuanya. Peristiwa itu adalah rentetan kejatuhan Presiden Dr Morsi yang berlaku pada 3 Julai, tahun yang sama. Siapa sangka, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman di sebuah medan bagi menuntut hak mereka agar rejim kudeta Al Sisi menyerahkan kuasa yang sah kepada Dr Morsi bakal diperlakukan lebih teruk dari binatang, malah infrastruktur seperti masjid dan hospital turut dibakar sekaligus menyerlahkan kebangsatan rejim kudeta Al Sisi ini.Ramai yang syahid, dan pihak media diugut untuk tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa yang terkorban, gambar-gambar kehancuran dan kemusnahan kawasan pembantaian itu supaya masyarakat dunia tidak mengetahui berita sebenar di sana. Allahuakbar.
Perlu diingatkan rampasan kuasa terhadap pemerintahan Dr Morsi adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir. Penggulingan Dr Morsi berlaku kerana musuh Islam ini sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya pimpinannya!
Sesungguhnya aku sangat sedih hari ni, aku dah dapat mengagak tidak akan ada keadilan dalam perbicaraan Dr Morsi. Tiada siapapun dapat mendengar apa yang dibicarakan kerana terdapat dinding kaca kalis bunyi dalam kandang tahanan beliau.
Malah dia dalam keadaan yang sangat daif ketika dalam tahanan penjara. Ini sebenarnya pembunuhan secara terancang. Sejak enam tahun lalu, beliau didakwa terpaksa melalui siri penyeksaan melalui perbicaraan di mahkamah yang melibatkan penderaan mental dan fizikal secara berturut-turut dan berulang-ulang. Selain itu, beliau turut didakwa dinafikan hak penjagaan yang baik dan tidak diberikan akses kepada ubat-ubatan bagi penyakit yang dialaminya.
Menurut laporan Human Right Watch (HRW), tahanan yang memasuki penjara berkenaan tidak akan keluar dalam keadaan hidup. Mereka dinafikan hak untuk mendapatkan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan berkala daripada doktor disamping keluarga mereka dihalang dari menghantar bekakan ubat-ubatan dan makanan kepada tahanan. Allahuakbar.
Sesungguhnya kekejaman dan kezaliman terhadap Dr Morsi telah tamat. Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah menerima kematian Dr Mohamed Morsi sebagai kesaksian terhadap kebenaran yang beliau perjuangkan. Dr Morsi tidak meninggal kita begitu sahaja. Dia telah menghidupkan lagi jiwa-jiwa mukmin yang lain, Insyallah. Beribu lagi Morsi akan bangun berjuang!
Salam Takziah Mesir,
Selamat Jalan Wahai Syahid!



No comments:
Post a Comment