Wednesday, February 14, 2018

Al-Masih ad-Dajjal - Fitnah terbesar Akhir Zaman

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Sepanjang jalan perjalanan ke tempat kerja hari ni Allah gerakkan hati nak dengar ceramah di You Tube offline (You Tube video yang aku dah save dalam phone).

Buka ceramah dari siri ceramah Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar (semoga Allah selamatkan dan sembuhkan Al Fadhil ustaz seperti sedia kala).

(Ustaz Wadi bersama Allahyarham Ustaz Murtadha, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadha telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 Januari lalu).

Tak lupa kita doakan agar roh Allahyarham Ustaz Murtadha Yusof yang telah pulang ke rahmatullah pada 13hb Januari 2018 ditempatkan bersama roh orang - orang yang soleh dan beriman.

(Beliau meninggal dunia selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya yang sama.)

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

AL - FATIHAH... 


Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahan dia, muliakanlah kematian dia, lapangkanlah kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kpd ahli keluarga beliau.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Untuk ketahui berita dukacita ini, tuan-tuan boleh baca di sini.

Sayu dengar ceramah Ustaz Wadi, dalam hati tak henti berdoa agar Allah sembuhkan dan selamatkan Murabbi kita.

Jadi, apa yang nak dikongsikan adalah intipati ceramah yang disampaikan beliau di sebuah Masjid. Rakaman sangat clear dan HD, Alhamdulillah.

Dipetik dari tajuk yang menggegarkan setiap hati kita, yang digusari oleh Para Nabi dan Rasul, yang tiap kali menempa persoalan silih berganti iaitu Detik Kemunculan Al-Masih ad-Dajjal ("the false messiah, liar, the deceiver"). Allahurabbi.

Penting ke nak tahu? Zaman sekolah dahulu kisah Dajjal ni cuma disentuh sedikit sahaja dalam bab tanda-tanda Kiamat. Betul kan? Nak tahu lebih lanjut kena belajar kitab, duduk dengar kuliah agama, baru la ilmu bertambah. Apa yang umum tahu pasal Dajjal, Dajjal ni mata satu, keluar masa dah nak Kiamat nanti, Allah bagi dia kuasa untuk uji dan sesatkan umat manusia ni. Dia tiada kuasa pun kalau Allah tak izinkan. Setakat tu je?

Mari aku kongsikan sedikit intipati ceramah Al Fadhil Ustaz untuk kefahaman bersama. Siapa Dajjal ni? Adakah dari kalangan manusia? atau Jin? Atau makhluk lain? Dari mana dia muncul? Adakah dia sudah wujud atau belum? Bagaimana yang dikatakan Dajjal berupaya memberi menyesatkan umat manusia? Rasa-rasa nak tak diberi peluang jumpa Dajjal? Nauzubillahi min zalik..

Nabi Muhammad SAW juga menyatakan, tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Jom tonton video ceramah tersebut. Marilah meremang bulu tengkuk bersama-sama.

No comments: