#ceritahariini

Sebelum aku lupa, ni nak cerita.
Alhamdulillah hari ni ade orang belanja lagi, farewell treat katanya.
Masa jalan nak pergi lunch tu aku ternampak seorang makcik tu jatuh terbaring kat tepi jalan tak jauh dari tempat aku berdiri, aku rasa dia pitam.
Berlari-lari aku dan officemate aku ke arahnya. Aku tengok orang ramai kat situ dah tolong.
Disebabkan semua pun chinese mereka tak berapa paham apa yang makcik ni cakap. Aku pun datang dekat dan tanya.
Makcik OK ke? Makcik tu menggeletar tarik kain aku, dia cakap
"Ada air tak?"
Aku terus cakap kat officemate aku, dengan pantas Wei Leng and Amy pergi mintak air kat coffee shop depan tu.
Sambil tu mereka yang berada di situ bertanya-tanya padaku. Ada yang cakap, angkat Makcik tu duduk kat atas, ada yang tanya nak call ambulance tak? Ada sorang tu offer nak bagi kasut kat makcik tu sebab tengok kasut selipar dia putus sebab dia jatuh tadi agaknya. MasyaAllah. Baiknya rakyat Malaysia ni..
Bila kami beri air, Makcik tu minum terketar-ketar, Dia kata dia lapar. Allahuakbar. Aku tak ada apa nak bagi pada masa tu.
Kami semua pun baru nak keluar makan. Kawasan itu adalah kawasan office cuma ada 1 sahaja coffee shop. Kami buat keputusan bawak makcik tu duduk di coffee shop tu. Lagipun tepi jalan tu panas dan bahaya. Aku dan seorang Chinese guy yang pimpin Makcik tu duduk kat situ.
Aku sempat tanya makcik tu. Makcik tu kata, dia nak pergi Baitulmal.
Aku tanya lagi, nak pergi naik apa? Dia kata,"Jalan kaki"
Dia tunjuk kad OKU dia kat aku, dia tunjuk kaki dia berbalut-balut.
Allahu. Aku pun tak tahu baitulmal tu kat mana.
Aku suruh makcik tu rehat sementara tunggu seorang Chinese lady tadi ambil kasut spare dia. Mungkin office dia kat atas ni je. Aku cakap mak cik rehat dulu, dah OK baru jalan. Aku bukak purse, berapa je yang "hado"..Aku cakap, Makcik ambik ni simpan buat tambang.
Makcik tu terus teriak (menangis). Aku usap bahu dia. Tak tau nak cakap apa.
Aku pun berlalu meninggalkan makcik tu..
Sekadar gambar hiasan
Sebak..
Sepanjang makan tu aku masih fikir pasal Makcik tu.
Lepas makan, kawan aku belikan roti, tapi makcik tu dah tiada kat situ..hopefully makcik tu OK la hendaknya.
Kesian, tak dapat bayangkan kalau tu mak kita, yang tak sihat, yang tak larat. Jalan sorang-sorang nak pergi minta bantuan. Allahuakbar.
Aku pun tak tahu apa masalah Makcik tu, apa latar belakang dia? bagaimana dia boleh sampai ke area office aku? siapa yang menunggu dia di rumah? Apa hajat dia berjalan jauh dalam keadaan dhaif ni? Apa tanggungan Makcik ni? Siapa nak tolong Makcik ni? Allahu. Semoga Allah permudahkan urusan Makcik tu. Semoga Allah selamatkan dia.
Kepada #baitulmal, buat la kerja dengan sebaiknya. Turun padang, lihat sendiri kedhaifan kariah anda. Ada ramai orang yang tak makan dan tak cukup makan sedang anda bertugas mengumpul borang - borang bantuan. Jejak orang-orang yang perlukan bantuan ni. Kadang-kadang, bantuan tu tak sampai pada yang benar-benar memerlukan..
Wallahua'lam..


No comments:
Post a Comment