![]() |
| Hujan ~ Gambar Sekadar Hiasan |
Biar aku ceritakan di sini, agar aku akan ingat bila ianya berulang lagi nanti.
Keadaan di mana aku ada di kampung, set-up rumah lama, masa rumah masih ada dua tingkat. Keadaan masa tu hari gelap, macam nak hujan/ribut. Angin kuat, aku keluar berlari-lari nak angkat kain dari jemuran. Jemuran tu, ada sepanjang laman. Sama macam waktu dulu. Di tepi rumah, pokok rambutan tengah berbuah lebat, masak ranum. Awan kelabu bertukar gelap. Tiba-tiba, jadi ribut kuat, aku berlari ke dalam rumah untuk berlindung, aku nampak bumbung rumah terbang satu persatu, bahkan dinding pun terkopak satu persatu, habis basah lenjun. Macam puting beliung pun ada. Ada kalanya aku terbangun, lantas aku merasa sangat sejuk. Adakalanya mimpi tu bersambung, sampai aku nampak semua benda terapung, macam banjir atau baru lepas tsunami. Tak taw nak kata. Tapi aku masih ada dalam rumah tu.
![]() |
| Jemuran ~ Sekadar Gambar Hiasan |
Dan mimpi yang sama akan berulang bila-bila masa. Masih dalam set-up yang sama. Rumah lama, pokok rambutan, kain jemuran, hari gelap nak hujan, ribut puting beliung
Ada masanya, aku mimpi aku sedang petik buah rambutan yang masak ranum, kemudian hujan ribut pun mula turun.
Ada masanya, aku mimpi berkayuh basikal balik sekolah, sampai di rumah, hujan ribut tu pun bermula.
Ada masanya, aku mimpi tengah baring-baring dalam bilik (set-up rumah lama) tiba-tiba hujan ribut tu pun bermula.
Rumah lama yang aku maksudkan adalah rumah di kampung sebelum Arwah Ayah renovate menjadi keseluruhan binaan batu, satu tingkat. Aku sangat suka akan rumah lama, sebab ada dua tingkat, rumah atas rumah kayu, ada berandah kat luar, tangga batu tempat kami bermain-main dahulu.
Keliling rumah memang penuh dengan pokok rambutan. Masa pokok-pokok itu berbuah ranum, Ayah pasti akan panggil budak-budak Asrama sekolah agama berhampiran rumah kami ini untuk petik dan bawak balik asrama mereka. Walaupun ayah aku garang, tapi hati dia baik. Bukan main seronok budak-budak tu. Kadang-kadang kalau rambutan berbuah banyak, tiap petanglah mereka datang untuk petik dan bawak pulang ke asrama. Mudir pun dah tahu dan tidak membantah. Anak-anak sekolah ini walaupun orang luar tetapi sudah jadi macam anak-anak kampung ini juga. Kalau ada kenduri, kematian, tahlil, budak-budak sekolah agama ni la yang akan dipanggil oleh orang kampung.
Masihku ingat, bila Ayah meninggal dunia dan jenazahnya masih di rumah, tak putus budak-budak ni datang menziarah, bertahlil, berdoa untuk ayah. Dapat dilihat dari kejauhan, ramai yang berjubah putih dan berserban disekeliling rumah bila aku tiba di laman waktu Ayah meninggal dahulu. Ayah aku bukanlah siapa-siapa, bukan AJK Masjid, bukan juga orang Kuat Kampung, bukan Tok Sidang, namun ramai yang menziarah tak putus-putus. Sayu hati, mereka pun ingat akan budi Ayah pada mereka. Allahurabbi.
Hujan memang meninggalkan memori sedih padaku. Bila mataku melihat sekujur tubuh kaku Ayah, awan gelap bagai memayungi sepanjang perjalananku, air mata turun merembes saat mendengar perkabaran itu, angin sedu menerpa, langit bagai nak runtuh, begitulah keadaan waktu itu. Bila diceritakan semula oleh ibuku, saat terakhir ayah terjadi kala hujan lebat turun selebat-lebatnya, Ayah pergi saat dia bangun rakaat kedua dalam Solat Zuhur. Terus rebah dalam solat tika berjumpa Allah. Subhanallah, begitu indah pengakhiran Ayah.
Banyak yang aku belajar dari kematian Ayah. Antaranya, aku belajar dari kesabaran Ayah. Biar apapun orang buat pada dia, dia tetap berbuat baik pada mereka. Selalu Ayah pesan soal hati, bersihkan hati, jangan berhasad dengki, jangan iri hati, berbaik sangka, berbuat baik dengan semua orang. Tak pernah aku jumpa musuh ayah. Di manapun dia pergi, pasti ada terjumpa kawan lama. Buktinya, bila aku dan ayah ke pekan dan singgah minum di kedai, ada sahaja orang akan membayar. Kadang-kadang ayah sendiri tak tahu siapa. Perkara ini selalu terjadi sehingga aku pun perasan. Kadang kala bila kami minum di mamak, di kedai mee rebus paling famous di Teluk Intan tu atau di mana-mana sahaja. Murah rezeki Ayah. Kalau difikirkan macam pelik, Ayah cuma bekerja kampung, bersawah, berkebun, berniaga kecil-kecilan. Tetapi Ayah mampu membesarkan 4 orang anaknya dan menghantar anak-anaknya ke menara gading. Allahu. Rindu pulak pada Ayah.
Aku sendiri tak tahu kaitan mimpi itu dengan kehidupan aku. Kenapa hujan itu selalu dekat denganku. Aku memang sangat sukakan hari hujan, mandi hujan, duduk ditepi tingkap kala hujan, termenung jauh, berfikir di kala hujan. Hujan banyak menyimpan memori suka dan duka. Mungkin mimpi itu juga sebahagian memoriku. Memori kesakitan dan kedukaan sehingga ianya selalu muncul dalam mimpiku. Wallahua'lam.
~semoga mimpi itu bersambung lagi~

No comments:
Post a Comment