Tuesday, December 13, 2016

Pray for Aleppo, Pray for Syria



#Pray4Aleppo
#Pray4Syria

Ade orang nasihatkan aku,
Kita ni kalau ada business jangan campur adukkan dengan soal lain..

Contohnya ada FB personal and FB page (niaga) tapi dekat personal tu share or comment pasal politik, pasal isu-isu lain..nanti orang tak suka..

contohnya isu-isu panas, isu berbangkit, isu-isu sensitif termasuk pasal Isu Syria, isu Rohingya, Isu Palestine dan macam-macam lagi.

Ok, aku terima nasihat dia..ada betulnya..
tapi apelah gunanya kau berniaga tapi kau ketepikan isu-isu ini, lagi-lagi isu Umat Islam..
biarpun kau nak kaya sendiri dan tak fikirkan orang lain, itu hal engkau.


Aku nak share apa pun, ini hal aku..

Aku tak boleh duduk diam-diam sedangkan orang sekeliling aku ini tak tahu, tak faham, tak cakna ape yang aku tahu.. ada orang bertanyakan pada aku, Aleppo tu apa? Allahuakbar..

Ye, sebab ramai tak cakna, sebab tu aku share dalam pelbagai channel, whatsapp, facebook, Instagram, twitter, blog (walaupun dah lama orang tak bukak blog)

So, aku share berita, updates, segala macam yang boleh asalkan membantu mereka yang memerlukan..

Sekarang ni, aku tak minta ap-apa pun, derma pun aku tak minta dari kau yang ber 'business' tu, aku mintak kau sebagai orang islam turut berdoa untuk saudara Islam kita di Syria, di Aleppo yang sedang terkepung sekarang ni..

Bukalah mata, bukalah hati untuk melihat penderitaan mereka..mereka pun xmintak duit Ringgit Malaysia kau tu, mereka cuma mintak kau berdoa..

Allahuakbar..lupakanlah sebentar drama-drama kat tv tu..ayuh berdoa, bacalah qunut nazilah tu tiap usai solat..

Mari berdoa untuk mereka..aku merayu ni..😢


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Allahurabbi..



No comments: