Thursday, December 1, 2016

Coretan Seorang Alumni UiTM

 
Assalamualaikum wbt..
Aku seorang alumni UiTM Segamat dan UiTM Shah Alam..anda alumni cawangan mana?

Aku tertarik untuk menulis sesuatu kerana tahun ini anak-anak buahku punya rezeki menyambung pelajaran di UiTM juga..satu kebanggaan dalam hati melihat mereka turut mengikut jejak langkah kami..terima kasih pada Alongku yang dahulu memberikan inspirasi agar adik-adiknya turut sama menjejak kaki ke menara gading..sudah rezeki kami adik - beradik jadi anak didik UiTM..bermula dengan Along kemudian Ude dan aku..kini anak-anak buahku pula..

Apapun pendapat orang lain mengenai UiTM tak pernah memudarkan ingatanku pada UiTM Di Hatiku..masihku ingat dalam pada kegembiraan ayah dan mak terhadap pencapaian kami adik beradik..ada juga manusia yang panas hati..tiba-tiba berkata pada ayahku waktu itu..

"Alah bang, yang universiti tu Shah Alam je..yang cawangan tu semua kira tahap kolej je.."

Ayah pun tersentap berhari-hari lantas menalifon Along bertanyakan perkara itu..menggeleng kepala Along menerangkan pada Ayah..apalah niat manusia itu, pada Ayah dia cuma berkongsi kegembiraannya dengan saudara mara..namun, lain pula penerimaan mereka..sedih aku bila teringatkan cerita ayah..

Sewaktu aku mendaftar di kampus Segamat, sibuk mereka bertanyakan kursus yang aku pohon..aku mengambil jurusan Akaun waktu itu..jurusan yang tak pernah ku pohon masa isi borang UPU dahulu..walaupun begitu, atas restu Mak dan Ayah, aku teruskan biarpun tiada asas sewaktu sekolah dahulu..lantas bila balik kampung sibuklah manusia - manusia itu berteka-teka nak kerja apa nanti bila dah grad katanya..

"Sekarang ni orang ambil akaun dah berlambak..senang ke cari kerja nanti?" Orang itu pun menekankan sebab itulah semua anak-anaknya dihantar jadi pendidik..cerah masa depan senang dapat kerja nanti..katanya..

Aku cuma membiarkan kata-kata mereka berlalu begitu sahaja..niat aku belajar bukan untuk kerjaya..aku tak pernah menyesal belajar akaun. Satu pelajaran yang susah untuk kuhadam tapi akhirnya berjaya juga..tiada apa yang mustahil jika kita berusaha..

Pesanku pada anak-anak buahku..persetankan apa sahaja cakap-cakap orang yang tak membantu kepada masa depanmu..hadapilah hari ini dengan kesyukuran..percayalah Allah dah aturkan rezeki kita..Pasti ada hikmahnya kita dihimpunkan di UiTM ini..apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha..kejar cita-cita..jadi orang yang berguna di dunia ini dan di akhirat sana..aku sampaikan pesan Ayahku iaitu Nenek kalian dahulu..

"Betulkan niat belajar kerana Allah supaya ilmu tu berkat..
pergi balik kelas jadi ibadat..
Jangan pernah tinggal solat..
InsyaAllah terhindar dari perkara keji dan maksiat.."

Ingatlah cabaran di Universiti datang pelbagai bentuk, tingkatkan iman..teguhkan hati..ambil segala peluang yang ada untuk membangunan diri..sahut cabaran dalam mengasah bakat kepimpinan dalam persatuan, cuba bakat dalam pelbagai sukan dan pertandingan, percayalah macam-macam keseronokkan akan terjadi sewaktu belajar ini..Yang pasti kalian takkan pernah melalui kenangan manis sebegini lagi nanti..treasure the moment you had now!!

Tak percaya? Kalian boleh tanyakan pada Alumni-Alumni UiTM serata Malaysia ni..kalian akan dapat jawapan yang sama..you will never met a good friend that you had during your study elsewhere..you will never know your talent if you're not discover it yourself..you will never succeeded if you never go and fight for it..do the best, Allah will take care of the rest..trust me.


Truthfully
~Moonlight lady~
UiTM Segamat 2003-2006
UiTM Shah Alam 2007-2009

No comments: