Monday, March 10, 2014

Jodoh Berdua


Andai cinta itu begitu mudah..takkan lah syurga begitu indah..
Adakah kita pencinta dunia atau kita pencinta syurga..adakah kita hanya mencari cinta sebagai peneman di dunia ataupun kita sedang mencari cinta yang akan membawa kita ke syurga..Allahurabbi..

Selalu aku berfikir dan berfikir...


Siapakah insan yang istimewa dalam hidupku ni..yang ditakdirkan sedari luh mahfuz untukku..
Siapakah yang bakal menjadi imam solatku dan imam dalam keluargaku..
Jika ditakdirkan aku tidak menemuinya di dunia..siapakah kurniaan Allah padaku di syurga..

Mempercayai takdir dan jodoh adalah salah satu keyakinan kepada qadha’ dan qadar.
Soal melaksanakan sesuatu itu adalah di bawah tanggungjawab ALLAH, kita hanya perlu berusaha dan menunggu hasilnya di samping bertawakal dengan mengharapkan yang terbaik.

Jangan perlu bimbang dan khuatir, semua yang dikurniakan oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk hambanya walaupun di mata kita nampak tidak selesa dan kurang sesuai.

Hari ini mungkin akan terasa menyesal, tunggulah 2,3 tahun lagi ketika itu senyum kita adalah senyum yang paling bermakna. Barulah kita bersungguh-sungguh berterima kasih dengan Dia dan berkata:

‘Kalaulah dari dahulu aku nampak akan kebaikkan ini, nescaya aku akan terus berharap kepada DIA dan tidak akan menyesal dengan segala takdir yang telah ditetapkan’
Selagi mempunyai masa dan peluang untuk menemui jodoh yang terbaik, berusahalah ke arah itu sehingga mendapat apa yang kita mahukan.

Yakin dan pasti jika baik yang diinginkan ALLAH akan membuka ruang dan petunjuk untuk kita. Jangan pernah lupakan Istikharah dan teruskan usaha.

Antara usaha yang boleh dilakukan :-
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha
  • Lihat orang disekeliling "jodoh selalunya tidak jauh"
  • Jangan mudah patah semangat "tidak semua yang kita nak akan kita dapat jadi teruslah berusaha"
  • Mengisi hati dengan ibadah yang tertentu
  • Sayang pada semua orang disekeliling anda
  • Membersihkan hati supaya hati lebih Tenang
  • Sentiasa bersedia. Percayalah jodoh ada dimana-mana
  • Lengkapkan diri sendiri dengan mengikut syariat islam ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
Ketahuilah bahawa ketetapan jodoh itu sangat ajaib dan luar biasa, seandainya telah ditakdirkan seseorang itu sebagai jodoh kita, walaupun dia sudah 'dipunyai' waimmah sudah berkahwin sekalipun, dia masih mempunyai peluang untuk menjadi jodoh kita. Walaupun dia jauh entah di mana pun kalau dah jodoh pasti akan bertemu juga.

Apa yang paling penting percaya dengan ALLAH - yakin dia akan beri yang terbaik untuk kita, jangan berputus asa, mencuba sesungguhnya (ikut landasan syariat) dan paling penting berdoa, insyaallah, semoga ALLAH redha :)

YA Allah..Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,

Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

Selamat mencari jodoh, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah..semoga aku dan kalian yang masih mencari bertemu pilihan hati, insyaallah :)


No comments: