Friday, February 21, 2014

Mujahidin.. Berbahagialah Dikau di Sana..

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt..

Ihsan:Kakinovel 

Tergerak hati ingin mencoretkan sesuatu melalui pembacaan ku saat ini. Sungguh aku tidak mengenali kedua Mujahid dan Mujahidah ini. Tetapi melalui pembacaan dan perkongsian di laman siber ini, telah berulang kali ku baca artikel mengenai coretan insan-insan yang ditinggalkan mereka.. mereka telah pergi menemui Al-Khaliq pada usia yang amat muda.. sebelum itu, mari kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada keduanya..

Al-Fatihah..

Pernahkah anda membaca kisah mereka yang amat menyentuh dan mengetuk minda kita yang masih entah berada di mana.. tak terluah rasa kagum pada keduanya.. Allahuakbar..

Baca di sini : Kisah Mujahid dan Mujahidah yang patut dicontohi.

Sesungguhnya membaca coretan artikel ini membuatkan aku berasa kerdil berbanding dua insan yang belia ini. Banyak bakti dan jasa yang mereka curahkan. Walaupun mereka telah pulang ke Rahmatullah, namun peninggalan mereka memberi impak dan inspirasi buat umat islam lain untuk terus berjihad di jalan Allah.. Subhanallah.. Saat mereka berjihad di jalan Allah, berdakwah dengan cara mereka, aku terfikir apalah sumbangan aku pada jalan Islam sepanjang usiaku.. di mana aku ketika aku masih seusia mereka?? Terasa diri terlalu leka dan alpa dengan nikmat dunia.

Mari kita muhasabah diri kita sejenak, saat ini adakah kita mencari jalan syahid Allah atau kita masih menghadap laptop atau pc, tablet atau smartphone dan sibuk mencari keseronokkan dunia?? apabila kita buka youtube, apakah yang kita layari? adakah kita mencari ilmu atau mencari video berjuta like atau "keek" yang berbagai agenda.. yang bisa membuat kita tergelak atau terkesima.. adakah apabila kita buka channel tv, kita akan tertumpu pada pencarian ilmu, ceramah agama, forum perdana? atau kita masih sibuk menonton rancangan lawak-lawak seluruh malaysia, ataupun acara menangisi kisah Cinta Melayu atau Korea.. adakah kita menjadikan Qasidah dan selawat sebagai halwa telinga atau kita masih mendengarkan lagu2 yang entah apa, K-Pop sini sana.. Allahurabbi.. jauh panggang dari api.. jauhnya perbezaan peribadi aku dan mereka.. menitis air mata saat membaca kisah mereka, betapa kental hati mereka dan cintanya mereka pada yang Maha Pencipta..

Kita lihat perihal Allahyarham Ahmad Ammar, sehingga sahabat-sahabatnya menggelarkannya "Syahid yang tertangguh" kerana cintanya pada jalan Allah.. mencari syahid di Syiria.. berdakwah pada usia yang muda.. Subhanallah..

Kita lihat perihal Allahyarhamah Siti Hajar, melihat wajahnya sahaja menyejukkan mata yang memandang.. betapa dia redha atas ketentuan Allah.. sabar atas ujian yang diberikan padanya.. saat dia menghadapi sakaratulmaut.. sungguh tak tergambar dengan kata-kata.. Subhanallah.. Allahurabbi..

Semoga jiwa Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir terus subur di dalam jiwa setiap umat Islam dan semoga kisah mereka, semangat dan perjuangan mereka menjadi pedoman kita semua..

Damailah kalian di sana..

Wassalam..

No comments: